Eeee Seronoknya!

Posted on Tuesday, May 20th, 2008 at 02:14

Aku telah ditag oleh si Rhona, yang pada aku (selain dari blog Wow Und Fluttert) adalah blog milik perempuan paling selamba aku pernah baca. I mean, selain dari nukilan ini. Seram. Dan disebabkan aku malas bekerja hari ini, aku akan menjawab tag tersebut.

The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules.
At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve been tagged, and to read your blog.

Fakta 1:
Aku selalu mulakan dari kanan. Langkah pertama kaki kanan, stokin kanan dahulu, kasut kanan dahulu, telinga kanan dahulu, puting kanan dahulu. Tetapi aku suka tidur di sebelah kiri katil sebab lengan kanan aku lebih mampu menampung berat badan seorang wanita yang sedang tidur nyenyak.

Fakta 2:
Aku pernah hidup di atas bot layar catamaran selama seminggu dalam tahun 1998.

Fakta 3:
Aku tidak mempunyai kereta tetapi selalu memandu kereta orang lain sebab aku dianggap sebagai seorang pemandu berhemah dan selamat. Akibatnya aku pernah memandu lebih dari 10 jenis kereta dalam 4 tahun kebelakangan ini, dari kereta nasional hinggalah ke sports car.

Fakta 4:
Aku mula memakai seluar boxer dari tahun 1995. Sebelum itu aku suka memakai boxer-briefs Calvin Klein (pengaruh Marky Mark) dan sebelum itu Scuba putih.

Fakta 5:
Aku tidak boleh makan makanan pedas sebab aku akan berpeluh lebih-lebihan dan kulit kepala aku akan mula gatal. Bahan makanan kegemaran aku ialah tempeh dan tauhu, kedua-duanya sumber protein tumbuhan yang bagus. Akibatnya aku kurang makan daging, dan aku pernah hidup tanpa makan daging lembu selama 8 tahun kecuali setahun sekali semasa Hari Raya Pertama. Rendang daging, beb.

Fakta 6:
Hidung aku sensitif terhadap bau badan orang, dan bau badan termasuk dalam salah satu kriteria utama pemilihan teman wanita aku selain dari ketinggian, bentuk bahu dan lengan serta bentuk lekuk pinggang. Secantik mana pun perempuan itu tetapi kalau bau badannya ‘salah’ aku tidak akan berfikir dua kali untuk lari jauh.

Fakta 7:
Aku paranoid dengan penyakit Parkinson akibat sejarah keluarga.

Fakta 8:
Aku pernah bersama wanita yang boleh berejakulasi. Bukan mitos sama sekali, ya?

8 orang yang aku ingin tag adalah pemilik blog-blog berikut.
1. Punca Kuasa Mati
2. (Small) Gestures
3. www.chedet.com
4. Kinky Blue Fairy
5. Made From Vinegar And Ice
6. Budu Dan Belacan
7. Ini Belog Saya
8. Linolumixa’s Notebook

Sekian, terima kasih.

Popularity: 2% [?]

Responses (3)

  1. manusia ganjil ikan yu says:

    aku ingin sekali melihat fakta Dr M.

  2. aremierulez says:

    kau suka tempeh ye?
    ikut petua khir toyo ke.. hehehe..

  3. 47 says:

    haha! chedet.com ditag. teringin juga tengok hasilnya nanti.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes