Aku memang minat menonton filem. Dan aku kadangkalanya memang agak obses dengan filem, terutamanya tentang set, kesan khas, kostum, prop, suntingan dan macam-macam lagi.
Jadi, akibat terlalu banyak menonton filem, aku menjadi terlalu terperinci. Filem tempatan, misalnya, kalau aku perhatikan, memang hancur dari segi ketelitian. Terutamanya untuk prop-prop dan kostum yang tidak kena dengan zaman yang kononnya dipaparkan dalam filem tersebut.
Oleh sebab yang sama, aku lebih gemar menonton filem barat. Terutamanya fiksyen sains yang dibuat sebelum kemunculan animasi grafik komputer. Malam tadi misalnya, aku telah menonton filem arahan Ridley Scott iaitu ‘Alien’, lakonan Sigourney Weaver. Dahulu, masa zaman 70an, teknologi yang sedia ada tidak secanggih teknologi sekarang.
Akibatnya, futurisme yang cuba dipaparkan dalam filem tersebut, walaupun mungkin boleh dipercayai pada tahun 1979, tapi untuk kita sekarang seakan sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Satu benda yang aku perasan (bukan sahaja untuk filem ‘Alien’ tapi untuk banyak filem-filem (dan siri tv) fiksyen sains lain) adalah penggunakan skrin CRT (tiub sinaran kathod? cathode ray tubes la) sebagai interface komputer. Walhal kita tahu sekarang teknologi LCD (dan juga OLED) amat maju sekarang dan hampir digunakan di semua tempat. Jadi segala filem dan siri tv fiksyen sains yang menggunakankan penggunaan skrin CRT (yang melengkung seperti skrin tv dan skrin komputer biasa) untuk kononnya memaparkan penggunaan komputer pada tahun 2045 akan kelihatan ‘salah’ untuk kita di tahun 2008 ini.
Atas sebab yang sama, lampu mentol kelap-kelip yang sering kelihatan di set-set filem ‘Star Wars’ yang awal (maaf, trilogi terbaru tak masuk. Maaf George Lucas, ketiga-tiga filem tersebut bodoh betul) dan siri tv ‘Star Trek’ versi William Shatner seakan-akan kelakar untuk kita, yang sudah pasti akan tahu teknologi lampu LED lebih banyak digunakan sekarang jika dibanding dengan lampu bermentol. Inikan pula untuk filem yang kononnya untuk zaman beratus-ratus tahun yang akan datang. Perasan tak?
Pada masa yang sama, masalah ini juga berlaku secara songsang, ketika pengarah-pengarah filem sekarang ingin buat filem-filem berdasarkan zaman dahulu kala. Macam malam semalam, aku ada perasan satu perkara yang benar-benar buat aku fikir Hollywood itu bodoh.
Kita tak perlu lihat pun filem-filem zaman purba, atau zaman dinosaur atau zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain atau Maharaja Rom, sebab mereka memang berbelanja banyak untuk set, prop dan kostum untuk filem-filem sebegitu.
Tapi perkara ini aku memang selalu perasan untuk filem-filem baru yang menunjukkan kehidupan pada tahun 1940an-50an. Zaman ketika tiada lensa sentuh. Dan tiada lensa multicoated untuk cerminmata yang biasa dipakai oleh orang biasa ketika zaman itu. Tak silap aku lensa multicoated hanya wujud pada akhir tahun 60an atau awal 70an.
Tapi Hollywood selalu buat kesilapan ini. Macam Matt Damon dalam filem ‘Good Shepherd’ yang berkisar sekumpulan perisik CIA pada tahun 1950an di Amerika.
Tak nampak sangat dalam gambar di atas, tetapi kalau kamu menonton sendiri, kamu akan nampak segala balikan cahaya di atas cermin mata yang dipakai Matt Damon seperti dalam gambar adalah pembalikan cahaya lensa multicoated, iaitu pembalikan yang berwarna-warni, bukan seperti cermin biasa. (Susah nak terangkan, lihat cerminmata kamu atau kawan kamu sendiri).
Gila trivial kan?
Popularity: 2% [?]

ya, mmg trvial fakta ni, tapi menarik. thanks for the info. saya dah menonton good shepherd, saya tak perasan pun ttg lensa multicoated tu sedangkan saya pun memakai lensa multicoated
lu memang observant gile la… detail pulak tu…
Teringat zaman menonton filem bersama kawan-kawan lain di mana kamu akan mengkritik detail-detail tentang filem itu (yang mungkin bukan benda yang biasa orang lain akan kritik).
Bak kata orang muda,
“agak trivial ah.”
mungkin mereka guna cermin polariser untuk mengurangkan kesan pencahayaan/biasa cahaya pada cermin mata untuk memperlihatkan mata/memek muka watak tersebut.
lu salah beb. star wars bukan citer masa depan. a long long time ago in a galaxy far far away…haha
“Akibatnya, futurisme yang cuba dipaparkan dalam filem tersebut, walaupun mungkin boleh dipercayai pada tahun 1979, tapi untuk kita sekarang seakan sudah lapuk dan ketinggalan zaman.”
So kau rasa movies should be timeless, like a broken watch?
drawnq-
oops! hehe
nazim-
ada sikit jer
salah satunya blade runner.
cayalah..seorang pemerhati yang bagus.
“nazim-
ada sikit jer
salah satunya blade runner.”
Aku tak rasa Blade Runner is timeless at all. Vangelis’ score is so 80s’, man. Dan kalau betul kau seorang yang detail, takkan kau tak perasan masa scene Deckard nak contact Rachael via a phone call, dia tak contact minah tu pakai a teensy, tiny handphone. No, dia straight ke phone booth. A phone booth? Serius, siapa ada nampak phone booths dalam tahun 2008 (in Malaysia!) let alone 2019?
Dan aku totally OK with that! Walaupun Ridley Scott dah punch up the film a bit dengan Final Cut dia, aku happy dia tak buat dengan cara that Spielberg and Lucas have done with their films. Aku tak faham the idea yang timelessness adalah suatu quality movies should strive to achieve. To me ni bukan takat bodoh je, it’s quixotic and impossible, atas beberapa sebab ranging from the technical to the artistic.
Aku suka the way that films feel of their era, dan lebih dari itu, aku enjoy the little peeks into the past. Sebuah filem made in the 60s will reveal attitudes and assumptions completely lain from the modern day; kalau the story and the performances and the movie itself are good, these peeks lebih kurang macam bonuses la. Of course if the film is bad, they can become the whole experience – macam tulah you end up with kitsch pictures. I can only watch Death Race 2000 because it’s so of its time, bukan sebab it’s a remarkably good movie.
Pada pendapat aku, butolah “timelessness.” Aku rasa a lot of the people yang suka nitpick macam ni bukan sebab dia ni jenis teliti ke apa, more like jenis orang yang doesn’t know where to look bila tonton satu-satu filem tu.
nazim-
obviously the way we look at movies are different, but that’s OK.
that’s why i mentioned sikit aje. in a way, Blade Runner is timeless because it’s so different from the future we expect. but from a futuretro ‘noir’ movie point of view, the phone booth, the ceiling fans etc would suit perfectly.
not only do i find the way some movies depict ‘future’ (future in relation to when that movie was shot, that is) technologies funny, i also found the way they use technology current at that time in their movies to be to era specific. a good example would be the T-1000 character morphing effects in Terminator 2. Those effects wouldnt even bat an eyelid now.
in the end, movies that represent the era that they were shot in would be as close as timeless to me. movies like Rebel Without A Cause, Singles, Breakfast Club etc.
imho-lah.
Filem pendek dalam sitcom Gado-Gado petang semalam memang ‘tha bomb’!
Dialog ‘mak’ yang diucapkan 2 kali dalam 2 scene yang berbeza dan intonasi yang berlainan, dan diakhiri dengan scene tangan yang diikat dan berlumuran darah, memang menakjubkan!
Pembikinannya memang mendahului masanya. Tak sangka Orang malaysia mampu buat filem pendek yang bagus seperti itu!
Sungguh ‘awal 90an’!
“i also found the way they use technology current at that time in their movies to be to era specific. a good example would be the T-1000 character morphing effects in Terminator 2. Those effects wouldnt even bat an eyelid now.”
I don’t geddit. Habis tu macam mana kau tengok King Kong (’33) dengan segala stop motion dia? Those effects wouldn’t even bat an eyelid now either.
nazim-
check this out
http://www.viceland.com/int/v15n5/htdocs/yesterdays-tomorrow-todays-disapointment-110.php?source=db
CUBA korang tgk cita resident evil 3…..kalau korang perasan..salah sorang hero lam cita tu (mamat ensem) kena geget ngan zombie..so..dia decide utk naik treller dan rempuh zombie yang ramai kat pintu masuk umbrella tuh BERTUJUAN utk buka jalan kepada heroin dan rakan-rakannya…yang aku nak cakap kat sini…cuba korang tgk betul2 time diorang berpeluk2 sebelum mamat tu naik treller…korang akan nampak blakang diorang ada highway..dan ada kereta lalu lalang….WAT THE HELL….kan semua orang kat dunia da jadi zombie…hahaa…. FAIL!…