June 4, 2008 19

Aku Peduli. Sikit.

By in Pendapat

Kita di Malaysia dikatakan antara orang yang paling bertuah di dunia, jika difikirkan dari segi subsidi minyak yang diberikan kepada kita. Sebab itulah ramai orang Singapura dan Thailand berduyun-duyun ke bandar-bandar sempadan negara kita semata-mata untuk membeli petrol dan diesel.

Apa yang aku dengar di berita tadi, dengan kenaikan 78 sen harga petrol seliter ke RM2.70 dan kenaikan harga diesel ke RM2.80, kerajaan kita boleh jimatkan duit sebanyak RM56 billion. Banyak tu. Tapi nak buat apa ya dengan duit banyak-banyak tu? Aku ada cadangan—

1. Mansuhkan cukai jalan. Jangan beri rebat RM625 sahaja. Mansuhkan terus. Tak cukup ke dengan duit tol?

2. Kurangkan cukai ke atas kereta import dan kereta mewah. Mini Cooper S itu bukannya mahal sangat pun sebenarnya, sama seperti Mazda 3, tambah nilai cukai sahaja membuak-buak harga jadinya. Buat Proton dan Perodua gelabah sedikit, biar meningkat sikit mutu kereta tempatan. Beri peluang pengusaha kereta luar untuk bertanding secara adil dengan pengusaha kereta tempatan kita.

Juga kita boleh fikirkan tentang mengurangkan cukai untuk motorsikal berkuasa 150cc ke atas. Sampai bila Mat Rempit kita nak merempit dengan motorsikal berkuasa kecil? Mungkin bila mereka semua mampu beli motor 250 atau 500cc mereka akan lebih menyayangi nyawa mereka. Tak pun sayangkan motor jadi segan nak bawa laju-laju.

3. Tingkatkan mutu pengangkutan awam. Tak kisahlah, bas, teksi, monorel, LRT, KTM, semuanya. Yang paling aku hendak lihat peningkatan mutu ialah perkhidmatan bas kita. Ketatkan penguatkuasaan, pastikan jadual perjalanan yang berkesan tetapi realistik, dan juga sistem pembayaran tiket keseluruhan yang lebih efektif. Touch ‘n’ Go ada harapan, tetapi gagal dari segi penyelenggaraan. Bukan kita semua sudah ada MyKad bercip mikro bukan? Juga, tukar sistem LRT (Light Rail Transit) kepada MRT (Mass Rapid Transit) seperti di Singapura. Tambah jumlah gerabak, pastikan lebih ramai penumpang boleh menaiki tren untuk setiap perjalanan.

4. Jangan dibiarkan laluan pejalan-pejalan kaki. Di Kuala Lumpur ini memang aneh, banyak kaki lima yang tiba-tiba mati tanpa penyambung. Memang leceh, dan ini untuk orang yang celik. Kalau laluan untuk orang yang cacat penglihatan jangan cerita-lah, macam obstacle course paling susah di dunia kalau mereka hendak kesana-sini.

Ok enough ranting. Aku nak beli basikal.

Ralat: Bukan RM56 billion, tetapi RM4 billion. Banyak juga tu.

Popularity: 2% [?]

19 Responses to “Aku Peduli. Sikit.”

  1. Firdauz takes five says:

    Jom buat project best best

    generate side income

  2. Melayu Minimalis says:

    apa lagi call aku la!

  3. Firdauz takes five says:

    Cam pompuan nak suruh suruh call, lol.

    Nanti nanti, minggu ni busy sket. Kasi aku settle semua kerja dulu okay sayang?

    =)

  4. encikmasen says:

    bro, kalo duti moto >150cc dikurangkan pun, tak dapat rebate rm150 setahun..

    full tank r6 dah sama dengan kelisa..adeh..

    beskal ako mana ek?

  5. khalidzul says:

    baru nak mintak MM tulis ttg kenaikan harga minyak. dah ada pun.

  6. Spa says:

    silap info, kalau subsidi tak dikurangkan, kerajaan akan belanjakan RM56 billion utk subsidi.
    dgn kurangkn subsidi, kerajaan akan jimat hanya RM4 billion.
    tol patot dihapuskn! dorang dh byk sgt untung.

  7. haniazrina83 says:

    Tak payah nak jimat2…duit rasuah tu patut boleh cover minyak…menyusahkan rakyat dan meningkatkan kos sara hidup rakyat jer….gaji swasta tetap takde sape pantau…..gaji kerajaan berlebih tp staff kerek/mengular nak mampus….terpaksa adapt dan redha dgn penuh kesal…poyo suruh berjimat cermat…minyak tu keperluan…600 setahun? tak praktikal..pelancongan dalam negeri dan karnival beli belah bakal kurang sambutan….suruh naik motor….nak jadi katak mati tgh jalan boleh la…

  8. manusia ganjil ikan yu says:

    Nak cari spare part basikal murah2??
    Tiada masa ke kedai2 basikal berhampiran anda?

    call – 0123567894

    Harga boleh dirunding

  9. iN@ says:

    hi im ur new reader, first time letak komen.

    yup! stuju sekali..hehe
    br nk berangan beli kete dh terbantut =)

  10. kuc1n993m0k says:

    takde yang nak buat report polis gak ke..hoho

  11. ain fadzal says:

    beli jek kreta…

    kreta dah murah, tp simpan jek dlm garaj…

    dah de reta, janji puas…

    haih!

  12. ammosham says:

    gua setuju dengan lu!

  13. tHe anIMateD bIJaN says:

    aku stuju jek.. sokong2!!

  14. you and whose army says:

    Tun

    saya sokong apa yang Tun cuba terangkan di sini. Tun patut kembali bertugas. hidup Tun!

    …eh ni bukan chedet.com ke?? shite

  15. penanya says:

    bolehkah saya bertanya tentang perihal penggunaan gas dalam bidang automotif? ada rakan mengatakan ia jauh lebih jimat dari penggunaan petrol?
    atau adakah di Malaysia penggunaan gas adalah untuk kegunaan industri pembuatan produk gunaan demi menjimatkan kos pembelian pengguna adakah benar?

  16. eryzal zainal says:

    rebate 150 setaun…nk beli eskrem anak pun tak lepaih.

  17. Jo Ju says:

    bukan salah kerajaan kerana kurangkan subsidi tapi salah kerajaan kerana dah bagi subsidi.
    patutnya biar dari dulu lagi jangan bagi subsidi.kalau dari dulu tak pernak bagi subsidi mesti sekarang orang tak merungut.
    rakan-rakan,minyak sangat penting,kalau rasa tak mampu,takyah pakai kereta..tak pun kurangkan kos untuk alat make up,hiburan dan lain-lain benda yang tak atau kurang penting.
    kita patut set dalam kepala otak yang minyak seliter harga RM5..so sekarang ni boleh lah kita kata beramai-ramai..”wa…murahnya minyak!!”

  18. Azzu says:

    ya, setuju dengan semua points..tp agak kurang setuju dengan mengurangkan cukai untuk motorsikal berkuasa 150cc ke atas akan mengurangkan aktiviti rempit yg bermotosikal besar. sbb pada saya aktiviti rempit ini satu tabiat, dan tabiat itu sukar dibuang. kalau mat rempit dah buang tabiat rempit, maknanya mmg dah nak sampai ajal la jawabnya tu :)

    yg nombor 4 tu sgt2 tepat. kaki lima di malaysia semuanya adalah lorong mati, so tak hairan lah ramai org kdg2 berjalan betul2 tepi jalan besar.

  19. amoi chantek says:

    4billion jew?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes