Kita teruskan…
“en. MM apa erti jahat pada kamu? — catalyst“
Orang yang mempergunakan kepercayaan orang lain untuk keuntungan diri sendiri. Juga orang yang suka letupkan orang lain dengan bom.
“MM, mcm mana nk lupa kan lelaki/perempuan yg bg bnyak janji2 manis? — Cerita Seorang Aku, Saiful Nizam Kassim“
Dengan perlahan. Jangan terburu-buru. Kalau kamu terburu-buru kamu sendiri yang akan jadi seorang yang hanya banyak janji-janji manis kepada orang lain. Macam aku, aku ambil masa 4 tahun, tetapi dalam 4 tahun tersebut aku belajar banyak tentang diri aku, dan tentang orang lain. Jangan terburu-buru, sebab di dalam semua perhubungan lelaki/perempuan kamu tak patut berada di dalam situasi yang kamu perlu mengejar sesuatu. Jadi, lakukan apa saja yang perlu dalam tempoh yang panjang tersebut. Macam aku, aku buat band. Inspirasi yang paling berguna ketika berkarya ialah ketika hati kamu parah.
“abang MM, terangkan lebih lanjut,dalam,dan padat tentang super delegates — renegix_01“
Seperti yang aku katakan, aku tidak berminat dalam politik. Sila Google sendiri. Maaf.
“band yang best dan patut diambil peduli- so your makanan lah i guess. tq! — Sarah Is The One“
Selain dari band-band yang aku pernah tulis di sini, band baru atau meningkat yang kamu semua perlu tahu ialah seperti The Whitest Boy Alive, BMX, Omega Massif, The Ting Tings, Santogold dan I Quit Antartika untuk band tempatan. Maaf, aku tidak berapa muzikal hari ini.
“Agaknya lah, Malaysia ni ada harapan tak jadi negara maju? Dulu 1997 masa dijangkakan menjadi harimau kuat southeast asia, kegawatan ekonomi melanda. Baru macam nak pulih (macam) arena international bergolak, food crisis melanda, harga minyak naik pula. Dan, pada pendapat MM, pembangunan mentaliti umum pula bagaimana? ada improvement atau tak ada atau lagi merudum? — 47“
Dalam hal ini, aku rasa chedet adalah seorang genius. Walaupun tidak dikenali sebagai ahli kewangan yang masyhur, tindakan beliau tidak merantai Ringgit Malaysia ke Dolar Amerika dahulu aku akui adalah langkah yang bijak. Baca sahaja nukilan beliau baru-baru ini. Apa yang kita perlukan adalah seorang strategis kewangan yang sanggup mengambil risiko tinggi seperti chedet. Apa yang kita perlukan bukan ‘kekuatan’ kewangan antarabangsa, tetapi ‘kekuatan’ serantau. Kalau kita kurangkan pergantungan kepada keadaan ekonomi antarabangsa, dan bersama-sama negara serantau (yang sudah semakin meningkat kuasa membeli serta pasaran secara amnya) memajukan keadaan ekonomi serantau, kita, serta negara-negara jiran kita mungkin mampu mewujudkan zon ekonomi yang tidak bergantung langsung serta tidak dipengaruhi ekonomi luar. Mungkin agak far-fetched tetapi kata mereka dalam seabad inilah giliran Tamadun Dari Timur untuk maju kehadapan, sehingga mewujudkan konflik dengan Tamadun Dari Barat. Dan pada pendapat aku konflik yang dimaksudkan di sini ialah konflik ekonomi. Salah satu tanda-tanda awal telah muncul, lihatlah sahaja recession di Amerika sekarang. Sekarang giliran kita untuk tampil kehadapan.
“Antara He-Man dengan Pendekar Laut mana lebih power..sebab aku tgh avatar ko he-man,aku nak tanya nih.
P/s: Boleh ke Power Grey Skull lawan Kuasa Petala Langit ? — Bro Hitz“
Boleh.
“soalan untuk MM.berapa orang da derma kat paypal MM sehingga sekarang? tak mahu betul-betul karang buku sendiri ke? — suka hati“
Dua orang. Nilai keseluruhan USD1.65. Sedih, bukan? Dan aku tak ingin karang buku sendiri, sebab tidak boleh kaya di Malaysia. Tash Aw tak kira, sebab dia bukan terbitkan buku di Malaysia pun. Blog lagi senang, lebih publisiti. Dan percuma untuk semua. Kamu ingat ada orang nak bayar untuk baca karya aku ke? USD1.65. Itu buktinya.
Ralat: “tindakan beliau tidak merantai Ringgit Malaysia ke Dolar Amerika dahulu aku akui adalah langkah yang bijak”. Sepatutnya “tindakan beliau tidak mengapungkan Ringgit Malaysia ke Dolar Amerika, dan menolak pertolongan Bank Dunia adalah langkah yang bijak” Terima kasih Popo.
Popularity: 1% [?]
Dalam hal ini, aku rasa chedet adalah seorang genius. Walaupun tidak dikenali sebagai ahli kewangan yang masyhur, tindakan beliau tidak merantai Ringgit Malaysia ke Dolar Amerika dahulu aku akui adalah langkah yang bijak. Baca sahaja nukilan beliau baru-baru ini. Apa yang kita perlukan adalah seorang strategis kewangan yang sanggup mengambil risiko tinggi seperti chedet. Apa yang kita perlukan bukan ‘kekuatan’ kewangan antarabangsa, tetapi ‘kekuatan’ serantau. Kalau kita kurangkan pergantungan kepada keadaan ekonomi antarabangsa, dan bersama-sama negara serantau (yang sudah semakin meningkat kuasa membeli serta pasaran secara amnya) memajukan keadaan ekonomi serantau, kita, serta negara-negara jiran kita mungkin mampu mewujudkan zon ekonomi yang tidak bergantung langsung serta tidak dipengaruhi ekonomi luar. Mungkin agak far-fetched tetapi kata mereka dalam seabad inilah giliran Tamadun Dari Timur untuk maju kehadapan, sehingga mewujudkan konflik dengan Tamadun Dari Barat. Dan pada pendapat aku konflik yang dimaksudkan di sini ialah konflik ekonomi. Salah satu tanda-tanda awal telah muncul, lihatlah sahaja recession di Amerika sekarang. Sekarang giliran kita untuk tampil kehadapan.
>che det TELAH rantai RM ke USD, >cuma dia tidak mengambil
>loan dari bank dunia untuk bail
>out kita punya ekonomi.
>
>mungkin abang MM mau check fakta
>berikut.
Pendekar Laut?! Siapa Pendekar Laut yang mahu mencabar He-Man?!
He-Man adalah lambang kejantanan yang gentlemen! Tiada watak kartun/animasi/komik yang mampu menandingi karekter dan keperibadian Putera Adam. Cuma yang kurang pada Putera Adam ialah sifat kebapaan seperti yang ada pada Matt Trakker dari M.A.S.K.
Mana mungkin Kuasa Petala Langit mencabar kekuasaan Istana Tenggorak Kelabu?
Lagipun He-Man ada adik kembar perempuan yang hot!
“Macam aku, aku buat band. Inspirasi yang paling berguna ketika berkarya ialah ketika hati kamu parah.”
dan kalau takde band lagi parah
hehehe
haha Matt Trakker.
abg…
kat tpt kerja abg ada vacancy utk graphic designer x???
hehe…
blog abg sgt best…
saya adore amat…
dan suda link di blog saya…
soalan utk MM. scholarship mana lagi bagus. bank negara atau uem? haha