Kawan Aku Di Kedai Mamak.

Posted on Friday, June 13th, 2008 at 09:04

Tak lama dahulu ketika aku sedang menunggu rakan sekerja untuk ke pejabat, aku telah ditegur oleh seorang lelaki Melayu, yang selalu aku terjumpa minum di kedai mamak yang sama tiap-tiap pagi.

Dia ni memang lelaki Melayu tipikal. Rambut kerinting halus dipotong secara flat-top (dan berekor sedikit di belakang), misai halus dan berjanggut sedikit, suka pakai kemeja-t polo yang tidak dimasukkan ke dalam seluar jeans yang berpotongan kasual.

Biasalah, adat Melayu suka tegur-menegur, jadi dia tegur aku dulu, disebabkan tiada tempat duduk kosong di kedai mamak, dan memang kebiasaannya aku selalu duduk seorang pun.

Jadi semenjak aku kenal dia, memang selalulah dia duduk bersama di kedai mamak itu kalau ada kesempatan, dan macam-macam hal yang suka dia bualkan. Seperti biasa aku hanya mengiya dan mengangguk.

“Mula-mula dulu orang semua ingat aku polis, tak tahu kenapa pun!”
- Memang rupa dia macam polis. Sebenarnya dia seorang drebar.

“Kerajaan ni memang takkan tahan lama. Nanti kalau Anwar masuk bertanding aku dengar satu Sabah akan lompat parti, lepas tu mesti majoriti pembangkanglah Parlimen.”

(Sigur Ros – ‘All Alright’ sedang berkumandang di iTunes aku. Cuba lihat video terbaru mereka. Penuh dengan perempuan bogel di dalam hutan!)

Ketika penjual cincin batu menghampiri kami—“Ni cincin ni apa kuasa dia? Kau tak mahu cincin?” (Sambil memandang ke arah aku)

Benda-benda macam tu-lah perbualan kami. Tetapi aku perasan satu perkara yang mesti dia selalu buat. Perbualan kami (sebenarnya dia seorang sahaja yang bercakap sambil berlagak boss di kedai mamak tersebut) selalunya terbantut bila ada perempuan berjalan berdekatan kami. Tak kisah-lah yang lawa atau pun bukan, janji perempuan.

Matanya akan terbeliak sebentar, badannya macam terkaku, dan matanya akan meliar mengikuti perempuan tadi.

Kenapa lelaki Melayu sahaja yang suka buat macam itu ya? Sila bincangkan.

Popularity: 2% [?]

Responses (14)

  1. Popo says:

    bos aku berbangsa bukan melayu.

    matanya memang liar melihat perempuan. tapi yang lawa sahaja lah. dia boleh sampai berpusing 360 darjah semata mata melihat perempuan yang cantik. (biasanya di airport) atau Kanna Curry House di pagi Sabtu (ramai MILF, percayalah).

    Aku rasa ini sebenarnya hal Lelaki bernafsu. Tidak berkait bangsa.

  2. farizzet says:

    biasa laki camtu pakai cermin mata hitam baru rasa selamat nak meliarkan mata dia.

    dia mungkin gersang

  3. s p o r a k e h i d u p a n says:

    aku sokong kata popo.. bukan orang melayu aja yang suka melihat perempuan.. orang lelaki memang camtu.. pastu kalau tengah port ngan memember, abis satu kaum tengok..

  4. penanya says:

    tengok perempuan dgn mata yang tajam! boleh bayangla macammana..

    haish…

    golongan seperti ini boleh dikategorikan sebagai apa ya?

  5. n u t t ' s says:

    btol lah bukan melayu je yg suke buat cm2
    lelaki yg gersang n xtau nk respek perasaan org laen je buat cm2

    xada sense of respect ke?
    is it wrong 4 women 2 have boobies?
    some ppl always said that ‘nk menikmati keindahan’

    tp jgn la smpai kantoi,smpai tuan punye bdn pon nmpk awk tgk dada dia

    p/s:maaf sedikit emo

  6. Mek Na says:

    aku rasa semua lelaki akan buat macam tu. yg membezakannya sikit or banyak je rasa nak tengok ppuan yg ada kat depan mata ataupun mungkin jenis citarasa yg bagaimana menjadi pilihan serta cara masing2 melaksanakannya, terang2an atau curi @ jeling jeling paku :)

  7. nizam.nuri says:

    hei. mesti kau dah download album sigur ros yang baru tu. ape pendapat kamu?

    aku suka tengok perempuan juga.

  8. haniazrina83 says:

    aku lagi takut kalau lelaki tengok macam tak tengok, pandai cover….tapi dalam hati nafsu meluap2….pernah terjadi…sebab pakwe aku bgtau kawan die tgk aku dgn komen yg mengejutkan lepas kelas…fobia aku…

  9. noor says:

    I dont know about you guys… (you all orang2 muda nih)but over my whole life, I only met Melayu Men like this jakuns!! (my nasib la kut)..so dont blame me..so you young Malayu guys out there,’SAYANG DAN HORMATI LAH PEREMPUAN SEPERTI KAMU SAYANG MAK,NENEK,AWEK, ADIK,KAKAK..selagi mereka bergelar perempuan…

  10. Azzu says:

    aku rasa dia mungkin dari golongan laki-laki lemah teknologi dan tiada harga diri :|

  11. PinkCherry says:

    lol oh my gawd so funny!

    but i think all men are like that lar. my boyfriend (malay) dulu i think cam tu jugak but now dia tak buat lagi coz he knows it bothers me but it’s a habit he picked up from his friends lar. kawan dia semua buat cam tu menyampah tul and they like to do it especially in groups. I have non malay male friends yg suka buat cam tu jugak. Unfortunately it’s a guy thing, I think!

  12. Melayu Minimalis says:

    pinkcherry-
    staring is not wrong, i stare at people’s boobs all the time, it’s just that i do it discreetly, you know?

  13. budak gemuk says:

    mungkin sebab mereka jakun.

  14. PinkCherry says:

    Eleh when it comes to guys, stare discreet sampai mana pun we still can tell what’s going through your head when a papaya farm passes by. Let’s just say we girls are born with a special six sense that can detect threat miles away hehe! And mind you if the girl buat tak kisah mesti coz dia dah bosan or busy discreetly staring at some other guy’s bumbum haha! Woops guilty as charge ;p

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes