Tafsiran ‘Jakun’.

Posted on Saturday, June 14th, 2008 at 04:16

Sebelum aku mula hari ini, aku terlebih dahulu ingin meminta maaf jika kamu berketurunan dari suku kaum Jakun.

OK?

Aku sebenarnya ingin menulis perihal golongan ini sejak dari lama dahulu, cuma asyik terlupa. Kalau orang Singapura dan Budak Pulau (Cerita Lain…) terkenal dengan sifat ‘kiasu’ mereka, kita di sini memang terkenal dengan sifat ‘jakun’ kita. Tidak dinafikan ada bangsa yang lebih ‘jakun’ dari kita (lihat sahaja filem-filem Hindustan atau Tamil, penuh dengan ‘jakun’ yang suka memandang ke arah kamera ketika proses perfileman di tengah bandar) tapi aku rasa sifat ‘jakun’ itu begitu sinonim dengan kita sampaikan kita sudah menerimanya sebagai lumrah kehidupan di sini.

Jadi hari ini aku ingin senaraikan contoh-contoh mereka yang bersifat ‘jakun’, dan aku jamin kamu semua pernah mengalaminya atau pernah melihatnya dengan mata sendiri, atau kamu sendiri yang ‘jakun’.

1. Jakun Kemalangan.
Mereka kata Alex Yoong tidak mungkin boleh bertanding secara adil di arena F1 dahulu akibat sifat orang kita yang ‘jakun’ ketika berlaku kemalangan. Ada kereta/motor/lori/monorel terbabas sahaja, berpusu-pusu kita memperlahankan kenderaan, berhenti di tepi jalan, akibat kejakunan kita. Semua nak tengok. Akibat kemalangan kecil, kesesakan lalulintas besar-besaran berlaku. Tak masuk akal langsung.

2. Jakun Perempuan.
Aku mungkin telah menyentuh sedikit tentang perkara ini di nukilan yang lalu, tapi secara jujur aku nyatakan di sini sifat ‘jakun perempuan’ ini lebih kronik di kalangan lelaki Melayu. Pantang nampak perempuan, mata terus meliar. Macam binatang jantan yang terburu-buru si betina untuk mengandungkan anaknya. Aku sebenarnya kurang faham perangai ini, sebab macamlah perhatian sebegitu akan membuatkan si perempuan tertarik dengan si lelaki ‘jakun’ tersebut. Buat macam aku, iaitu buat tak minat, mesti si perempuan cantik tertanya-tanya, Kenapa lelaki ni tak layan aku?”, jadi semakin berdebar-debar hati dia.

Sebab itulah di sekeliling Asian Heritage Row atau Zouk penuh dengan Mat Rempit melepak. Semua jenis tak pernah nampak lurah dada.

Kalau kau buat aksi monyet ketika perempuan lalu kamu hanya akan menarik perhatian monyet, ingat tu!

3. Jakun Pesta Percuma.
Sebab itu Pesta Jom Kecoh popular di kalangan kita. Tempohari di Sunway Lagoon ada Pesta besar-besaran, kiranya ramailah juga perempuan berbikini di situ. Masalahnya pesta ini percuma, janji ada tiket yang boleh diperolehi dari majalah yang dikeluarkan si penganjur pesta itu tadi. Jadi, akibat 13,000 tiket percuma telah dikeluarkan, berpusu-pusulah rempit bertopi Quicksilver tiruan ke Sunway Lagoon dengan harapan boleh tersangkut dengan awek Melayu bikini.

Jangan harap.

Akibat terlalu ramai orang, kecoh jadinya. Sampai bergaduh-gaduh, hinggakan ada motorsikal rempit yang dibakar dan polis semua datang. Pesta percuma berbikini punya pasal.

4. Jakun Barangan Percuma.
Ini cuma lanjutan No. 3 di atas, di mana sebaliknya barangan percuma yang ditawarkan. Sebab itulah orang kita selalu tertipu dengan peraduan gores dan menang dan Black Money.

5. Jakun Artis.
Bukan Angelina Jolie atau Gisele Bundchen, tetapi artis atau selebriti Melayu murahan. Pantang nampak golongan Konon Selebriti ini, kecoh semeja kawan di mamak atau kopitiam. Menuding-nuding, menunjuk-nunjuk, sampai Konon Selebriti ni pun perasan dia terkenal. Aku paling tak suka pelakon drama swasta yang perasan dia terkenal akibat tumpuan perhatian dari ‘jakun’ ni semua. Tapi atas sebab yang sama ramai orang yang kenal aku ingatkan aku sombong. Bukan sombong, tapi sebab aku tak kenal kamu, ok? Kalau Denver tu kenal-lah.

6. Jakun Barang Baru.
Kereta baru, iPhone baru, isteri baru. Mesti menarik perhatian ‘jakun’ punya. Tak percaya tunggu model Proton/Perodua baru keluar dan kamu ternampak kereta baru tersebut diletakkan di tepi jalan depan khalayak ramai. Mesti ramai berkerumun.

Apa kata kita gunakan sifat ‘jakun’ kita ini untuk kebaikan? ‘Jakun’ sangat lihat kereta pakai biodiesel sampai kita bersungguh-sungguh majukan enjin yang lebih efektif untuk biodiesel misalnya… Boleh, bukan?

Popularity: 4% [?]

Responses (17)

  1. Enche' Kacak says:

    woohoo.. aku jakun. haha

  2. .khairi. says:

    haha..itu belum masuk jakun jalanan berkumpulan..
    cakap nak kuat2,gelak nk lebih2..
    berusaha sedaya upaya menarik perhatian..huhu

    dan pasal barangan percuma,mereka memang hebat.mereka akan rebut banyak2 sehabis baik,org lain jangan harap nak dapat..

  3. Silly Rabbit says:

    you missed out jakun mat salleh

  4. Melayu Minimalis says:

    silly rabbit-
    betul tu! jakun mat salleh memang ramai!!!!

  5. Rozana Alia says:

    SO TAK TERASA OKAYYYYYY hahaha.

    Anyway, Boleh kategorikan my uncle as Jakun Barang Baru as in ISTERI BARU. He now has 4 wives and a scandal. Eeeeeeeeeeeeee benci gila. But what to do, JAKUN. hahaha. pffft

  6. haniazrina83 says:

    aku jakun tgk perempuan cantik….tengok ape die pakai…lebih2 lagi rambut, kasut dan signature trend (macam gladiator shoes, vest, hippie skirt, etc)…if pakai baju pelik2 tak sesuai warna…mesti aku jerit dalam hati, “NOT!!!!!!!”

    ade skali aku terjakun artis…artisnya adalah Ariel Peter Pan….hehehe kat KLCC time aku tgh beli lemonade kat kedai kepunyaan makcik Anne

  7. fahmi says:

    explaination yang bernas. good.

  8. Hanna The Belgariad says:

    hahaha.. funniest entry.. I LOIKE IT!

    hehe

  9. zan says:

    Kesian kat Orang Asli suku kaum Jakun. Nama kaum mereka dipermainkan walaupun kalau dorang keluar bandar ke apa, orang ramai yang lagi “jakun” tengok dorang..heh

  10. Heiso says:

    the same thing that i observed. in your opinion is it imprinted in their genes? these ‘jakun’ people? that’s why they behaved like that? but how come some Malay people are imune to this (if i can say) syndrome?

  11. Melayu Minimalis says:

    heiso-
    jauh perjalanan, tambah pengalaman. itulah penawar penyakit jakun. bukakan minda dan pendapat, jangan tertutup dan terkongkong.

  12. Melayu Minimalis says:

    aku pernah jakun sekali btw. bila kali pertama aku bertemu dan diperkenalkan dengan nasha aziz.

  13. Sue Anna Joe says:

    Anna jakun tengok gadis bertudung labuh bawak motor. Seperti ada super power.

  14. Azzu says:

    Ya, aku sendiri pun tak faham orang yg jakun dengan kemalangan ni, lebih2 lagi yang jakun tengok artis. Member aku sewaktu di Penang dulu, kemain lagi menjerit tengok seorang artis ni. Aku? Aku sembunyi sebab malu dengan perangai dia.

    Bila ditanya yg aku ni tak seronok ke ternampak artis tu? Aku cakap yang aku suka juga, macam jamu mata, cuma aku takmau artis tu ‘kembang’ lebih2 sbb ramai sangat orang perasan kemunculan dia kat situ.

    So, maybe dalam hal ni, aku bukan jakun, tapi aku EGO. Hoho ;D

  15. thinker bell says:

    gila ending yg optimistik dan intelektual. hehe.

  16. Anonymous says:

    sbb nih laaaaaaaa aku malas gile nak g mamak.lelaki2 melayu nih jakun tgk pompuan, which is REALLY true. pantang orang jalan, sebok nak tgk. then kacau2.

    heritage pon aku x suke pegi. penih ngn melayu berbanding zouk.aku lagi suke la berdansa di khalayak non-Malays sbb dorng nih x jakun. kalau kat heritage tuh…jangan ckp.

  17. minianimalis says:

    MM, jakun terap mcm ne lak?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes