Sebentar tadi aku dan rakan sekerja aku baru selesai makan di Ampang. Kami telah singgah sebentar di singgahsana baru John (memang dia singgah sahaja di sana) di sekitar Wangsa Maju, dan alang-alang kami berada di sana aku telah mengajak si rakan sekerja aku tadi makan Murtabak Singapura berdekatan Ampang Point.
Untuk mereka yang jahil perihal murtabak, Murtabak Singapura amat istimewa. Murtabak yang dijual di kebanyakan restoran mamak di Malaysia hanyalah roti canai yang disumbat dengan daging. Tiada keunikan, maka tiada kelazatan dan kepuasan separa jimak. Berbeza dengan murtabak biasa yang biasanya diisi dengan lebihan kuah-kuah berasaskan daging atau ayam, dengan kulit asas roti canai yang keras dan nipis.
Murtabak Singapura biasanya dibuat dengan daging lumat yang dibebolakan kecil-kecil, dan versi daging ayam biasanya dibuat sekali dengan tulang-tulangnya sekali. Biasanya akan banyak telur, dan dimakan dengan bawang hiris dengan sirap ros dan sos tomato serta timun. Ya, sos tomato, bukan kari ya?

(Gambar diambil/dicuri dari sini.)
Kalau hendakkan yang asli, pergi sahaja ke Arab Street di Singapura dan cari Restoran Zam Zam. Memang ter-baek. Jangan lupa cuba nasi briyani mereka, memang lazat! (Tetapi jangan tertipu dengan Restoran Zam Zam tiruan, yang berada betul-betul di sebelah restoran yang asli. Restoran yang paling dekat dengan simpang adalah yang asli, ya?)
Tetapi di Kuala Lumpur memang susah untuk mencari Murtabak Singapura. Selain Restoran Tanjung Puteri di Hartamas dan di Ampang ada di mana ya? Siapa tahu? Tak silap aku ada satu di Taipan Subang, tapi aku tak pernah mencuba. Tolong!
Anyway, ketika menunggu Murtabak Singapura aku sampai, aku tergelak dalam hati sebentar. Bersepah Perempuan Ampang. Segala yang aku stereotaipkan dalam nukilan ini memang tepat, hinggakan ke beg tangan jenama Guess dan rambut karat, juga ditemani Lelaki Ampang berkumis nipis berbaju kemeja-T polo kolar ternaik.
Sampai naik rimas. Tapi kelakar-lah. Malangnya aku tidak berkamera tadi, jadi tiada gambar.
Ketika itu aku terfikir, pemerhatian aku sebenarnya memang agak bagus dahulu. Tetapi semenjak dua menjak ini fikiranku tidak tertumpu, asyik memikirkan perkara lain sahaja. Lagi pun sudah kurang golongan menarik yang aku ingin perhatikan. Macam sudah bosan.
Mungkin sebab mereka yang kenal aku sekarang semakin paranoid ketika aku berada bersama mereka. Takut diperhatikan dan menjadi nukilan abadi di sini. Tak mengapa, jangan risau, aku rasa mulai sekarang aku akan lebih memerhatikan sifat dan perangai manusia biasa berbanding dengan pemerhatian golongan-golongan tertentu. Jadi, bebaskan diri kamu dari paranoia sebegini dan pakailah skinny jeans walaupun kamu buncit sedikit, aku berjanji tak akan menulis perihal kamu semua, ya?
Murtabak Singapura ni pula yang buat aku paranoid.
Popularity: 10% [?]
lapa uh.
dimanakah lokasi sebenar wahai tak peduli?
yeah, kat mane kedai murtabak tu. i mean the ampang nyer.
kedai makanan singapura kat taipan blakang masjid wane biru,al falah kalu x silap. name kedai die victory. mertabak kambing die sdap. mee mamak & sup tulang merah & briyani mmg x bleh lawan zam2 le. tp ok le nk lepas idam kalu x pi singapore.
eh kat ampang kat mane ek? umah sy dkt area ampang point. tatau le plak ade murtabak,kat brayani aladin tu ek?
and i, being a jb rian wud travel far to find good johor & singapore food in kl. tp jarang jumpe. lelagi asam pedas. x bleh lawan johor punye kot.
papepun mertabak mmg terbaek. ;)
MM, mungkin MM boleh buat pemerhatian tentang sifat pembeli-pembeli Malaysia yang kelakar sewaktu membuat pembelian atau membelek barangan di kedai.
Ini sebagai contoh :
http://www.thehundreds.com/wordpress/?p=5452
Murtabak Singapura ada di Taipan Subang? Nanti saya cuba carikan, ya?
try roti daging/ roti hawaii kat restoren murni SS2. mcm sameje description dia tuh :D
slambe pegi ampang…
tak takut kene letop ke? eceh
ns-
terima kasih. nanti aku survey. di ampang adalah kedai mamak tepi jalan, sebelah CIMB yang bersebelahan Ampang Point. Tak ingat nama…
dd-
sila baca komen ns.
videl-
roti daging lain lah. murni overrated, sorry.
you and whose army-
ya memang selamba. aku undercover.
Agree with NS, Murtabak Victory kat USJ Taipan (belakang CIMB bank, at the quieter side, seblah the office building) best. Medium size RM10 for kambing boleh makan sampai kenyang 2-4 orang (depends on tahap buruk lantak).
Tak try biryani lagi tapi was told just as good as Singapore one. Sup Tulang Merah, Soto etc is only sold during weekends and public holiday.
Antara murtabak singapore dan mengkasar, mana lagi power?
Siapa menyambut ketibaan kau?
tulis pasal beza fan MU dan Chelsea..yang aku nampak kebanyakan fan Chelsea lebih cool dari fan MU.
bob-
mengkasar? tak pernah makan.
john-
orang angkasa la. SMS tak reply. chis.
seseorang-
tak minat bola. sorry.
Oooo..kedai mamak tepi CIMB tu rupanya. Tak tahu pun selama ni ada jual Murtabak Singapore kat situ.
Tapi bagi siapa2 penggemar makanan Johor dan inginkan Murtabak Singapore yg lazat (personal opinion), silalah pergi ke Restoran Mak Tim (Aneka Sajian Johor). Ada Murtabak Singapore (murtabak kambing dia gila sedap ok?), ada mee bandung muar, mee rebus baidali, briyani gam, otak2 kempas (ini mana2 pun boleh cari), bubur nasi johor, pelbagai jenis sate dan banyak lagi.
Lokasinya..dr MRR2, exit ke Keramat AU. Keluar2 exit MRR2 tu akan bertemu bulatan. Ambil simpang masuk ke Keramat Industrial (Keramat AU la tu). Sebelum betul2 masuk Keramat AU tu, akan jumpa satu lagi bulatan, dan Restoran Mak Tim ni berada pada pukul 11.55, bersebelahan dgn kaki flyover yg berada pada pukul 12.00 tepat dihadapan.
Eerrr..faham ke ni? ;)
Btw, restoran tu tutup setiap Isnin, dan hanya dibuka sehingga 11malam. Dan orang memang sentiasa penuh kat situ, kadang2 terpaksa tunggu utk cari tempat duduk.
Murtabak Kambing = RM9.00 (kalau tak silap)
azzu-
thanks for the tip.
satu lagi tempat boleh cari makanan johor seperti murtabak johor dan mee rebus ialah di restoran Ajidon di Plaza Damas. Dulu ada Rojak Singapura juga, sekarang takda.
Mana nak cari Rojak Singapura di KL? Dahulu adalah masa Pasar Ramadhan di TTDI, tetapi 2 tahun lalu. tahun lepas tak ada.
Satu tempat boleh jumpa Mee Bandung Muar best ialah di Wak Tomyam di Jalan Kolam Air, Ampang, bersebelahan stesen Petronas, dekat2 ISKL.
Kalau di bulan puasa, alang2 singgah ke Studio John di wangsa maju tu, singgah la sekali ke stall Rojak Singapore di bazaar ramadhan seksyen 1. Tiap2 tahun mesti ada, betul2 depan tangga nak naik ke jejantas LRT tu. Sedap, tapi agak mahal :( huhu.
Murtabak Singapore restoran zam zam memang lagend.. dari tahun 50an mak aku cakap dah ada.. mak aku kata sekarang diorang guna daging kisar beli..dulu diorang cincang daging tu sendiri..lain rase die.. mak aku kate ar.
banding murtabak mesia, yg byk telur dari daging..
sec 16, bdr baru bangi dkt shell ada org jual murtabak singapore, tp aku tak penah rase sini nye ‘murtabak singapore’
perihalkan org2 yang ber ‘ skinny jeans dan sedikit buncit ‘ amat menarik perhatian saya.
kelakarlah juga
kalau lensa saya bersama,pasti menjadi satu bahan jenaka kalau2 lepas snap nanti kantoi lemak sana-sini.
murtabak s’pore gerek seh.
baru jek try makan murtabak kat ampang sebelah cimb tuh smalam.ni bf yang rekomen sbb baca nukilan nilah.Memang sedap lah.Amik murtabak besar==10 hengget punyer.licin..tapi baru sedar tu murtabak arab..bukan murtabak singapore..huhu
ada satu stall di bazar ramadan sek 18 shah alam
murah – rm5.
though i’m not sure if it’s the ‘real’ murtabak singapore
tapi tak rugi cuba