Aku lihat ramai di antara kamu yang suka bila aku menulis pasal makanan. Dan ya, aku suka makan, walaupun mungkin di antara kamu ingat aku kurang makan. Jadi di sini aku ingin senaraikan masakan-masakan kegemaran aku. Maaf, kalau senarai ini penuh dengan makanan orang Johor. Sebab masakan Johor paling bagus. Senarai ini tidak menurut kedudukan apa-apa, bermaksud No. 1 bukanlah makanan kegemaran aku, semuanya aku suka secara adil, sama rata dan saksama macam segala inisiatif Barisan Nasional. Bu-wek. (Oh ya, aku malas letak gambar untuk nukilan ini sebab nanti semua marahkan aku buat mereka kelaparan.)
Juga aku senaraikan tempat di mana boleh dapat jenis masakan yang aku senaraikan di Kuala Lumpur, atau tempat-tempat di mana aku selalu makan masakan tersebut. Di sini aku perlukan pertolongan kamu untuk senaraikan tempat-tempat lain di mana aku boleh dapat makanan tersebut. Sila letakkan nama restoran dan lokasi, ya?
1. Mee Rebus Johor
Aku pernah makan Mee Rebus di Terengganu. Gila ke apa? Maaf, tapi istilah ‘Mee Rebus’ disalahgunakan di sana. Mee Rebus yang aku maksudkan ialah jenis yang popular di Johor, sepertimana resepi yang digunakan restoran Mee Rebus Nasir dahulu di Pantai Lido. Kuah gelap yang pekat, selalunya dimasak dengan daging lembu, dan disertakan dengan taugeh, tauhu yang dihiris dan cebisan tepung (gandum?) yang digoreng. Juga dihiasi dengan bawang goreng dan lada hijau. Biasanya kuahnya berasaskan belacan, dan ada rasa udang sedikit.
Di mana? Aku selalu makan di Restoran Ajidon di Plaza Damas, Restoran Village Park dan Kopitiam Killeney’s di Uptown Damansara tetapi yang paling masyuk ialah gerai tepi jalan (yang menggunakan lori kecil putih macam penjual rojak dan cendol) di Keramat AU2 berdekatan dengan Petronas dan 7/11. Tetapi hanya di waktu siang, ya?
2. Mee Jawa
Dia seakan-akan Mee Rebus, tetapi biasanya ditambah dengan kentang rebus yang dihiris dan sayur (sawi?). Juga berasaskan belacan.
Di mana? Mak aku buat. Aku tak pernah makan yang bagus di kedai. Paling overrated ialah kedai yang menjual Mee Jawa di food court Pavilion KL. Ish ish.
3. Lontong
Nasi himpit yang dimakan dengan kuah lodeh, sejenis kuah seakan kuah lemak, tetapi biasanya di masukkan tempeh, tauhu, udang dan kubis. Selalunya di makan dengan kuah kacang, tetapi ada tempat yang menggunakan sambal. Selalunya di makan di Johor sebagai sarapan pagi tapi aku suka makan bila-bila masa.
Di mana? Setakat ini yang paling aku suka di Restoran Village Park di Uptown Damansara. Aku dengan lontong terbaik adalah di Medan Selera atau pasar di Seksyen 14 Petaling Jaya, tetapi cuma di waktu pagi. Betul ke? (Aku tak pernah makan di situ).
4. Murtabak Singapura
(Sila baca nukilan ini.)
5. Rojak Singapura
Beza rojak ini dengan rojak mamak biasa ialah bahan-bahan yang diletakkan di dalamnya. Selalunya selain tepung yang digoreng, akan ada tepung yang digoreng dengan bawang, sayur, dan macam-macam bahan lain. Biasanya tepung ini akan digoreng dalam bentuk bebola seakan saiz bola tenis (mungkin kecil sedikit), dan juga akan ada tempeh goreng, kentang rebus dan telur rebus yang disalut dengan tepung goreng, dan timun serta lada hijau seperti biasa. Kuah kacangnya juga seakan kuah satay, tidak berapa pedas. Aku pernah makan di Pelita KLCC dan Mamak Bistro di Subang, tetapi kedua-duanya menghampakan keinginan aku dengan Rojak Singapura.
Di mana? Seperti yang aku katakan tiada yang bagus di KL, kecuali dua tahun lepas di Pasar Ramadhan TTDI. Kata si penjual dia biasa menjual di tepi jalan di bandar Dengkil, siapa tahu di mana ya?
6. Satay
Kalau kamu tak kenal satay sila berpindah ke Myanmar atau Filipina.
Di mana? Dahulunya yang paling sedap aku makan ialah GG Satay yang berdekatan Restoran Naan Corner di Ampang Jaya, berhadapan 7/11 yang bersebelah ISKL. Sekarang kedai itu tidak wujud lagi? Jadi sekarang aku akan makan sama ada di Restoran Ajidon (lagi) di Plaza Damas, dan kedai-kedai Satay Haji Samuri (boleh tahan). Juga aku dahulu suka makan di Restoran O Mulia di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Semarak (?) tetapi amat susah parking di sana.
7. Mee Bandung Muar
Maaf, tetapi segala apa jenis Mee Bandung yang dijual di Kuala Lumpur semuanya tipu. Penuh ‘sampah’ terutamanya serai. Mee sedikit sahaja. Mee Bandung asli dari Muar memang jauh berbeza dari Mee Bandung Lembah Kelang. Kuah sedikit pekat (bukan cair) berasaskan belacan, yang dimasak bersama daging, telur dan sedikit sayur. Kadangkala akan dimasukkan kacang tanah yang dikisar (tetapi tidak terlalu halus) di dalam kuah.
Di mana? Di KL aku hanya makan di satu tempat seperti aku tuliskan di nukilan yang lepas iaitu Restoran Wak Tomyam yang disebelah stesen Petronas di Jalan Kolam Air di Ampang Jaya.
8. Superstar with Cheese
Dua keping burger daging yang besar, dengan sayuran segar, pickles dan tomato serta keju. Yummy! Kalau nak lagi sedap cakap di kaunter supaya jangan letak mayones. Aku memang jarang makan makanan segera tetapi untuk burger ini aku sanggup makan. Memang sedap. Tak percaya cuba! Aku janji lepas ini kamu akan bekerja keras, dapatkan lebih banyak gaji agar kamu mampu makan di sana sebab McDonald’s dan Burger King akan jadi tidak menyelerakan langsung. Dan ya, cuba makan french fries mereka dengan sos khas yang mereka sediakan!
Di mana? Cawangan Carl’s Junior di Pavilion KL, One Utama dan Mid Valley. Paris Hilton pun suka Carl’s Junior tau!
Itu sahaja yang aku ingat kali ini. Babi, sudah pukul 3 pagi dan aku mula lapar.
Popularity: 13% [?]
siot. pukul 3 kau cerita pasal makanan. gembira mamak kat depan umah aku tau aku lapar.
mee bandung muar aku tau ada satu tempat yang agak enak. aku tak tau standard kau tapi standard aku agak tinggi. mee bandung muar di restoran brothers di bangi. secara spesifik, disebelah UNITEN bangi.
kuah yang pekat.(aku rasa bukan pekat sebab kacang tapi pekat sebab grinded prawns)
yg lain semua bullshit kononnya original muar.
nasi ayam yg paling sedap aku penah makan di kg pandan depan maybank(area pasar ramadhan kg pandan). Nasi die berkualiti, ayam ditambah rempah, sup pun sedap dan yang penting sos dia pekat ada rasa pedas manis2. harga murah. ramai org sanggup tunggu nasi ayam dia.
burger special paling sedap pun ada dekat2 situ di gerai Pink Burger. seorang awek cun berseluar trek ketat(selalu tutup mata bf aku if lalu ctu) menjual burger special yg ada baked bean dan campuran sos yg banyak dan masyuk. aku suke burger tu tapi aku sakit mata melihat awek tu, jadik aku jarang pergi…
ok next stop. pink burger
saye mmg suke cakap pasal makan nih..try makan di bum bum bali di puchong…sedap jugak
mee rebus paling best memang dkt area lido..takpun kt foodcourt plaza angsana..
tempat2 lain, tak setanding langsung..mak ako buat jugak sedap..>:P
pasal rojak singapore, kt dengkil? sepanjang ako lalu kat situ takde penah jumpa pun..mungkin terlepas pandang??
for mee rebus try old town white coffee nye…its pretty good, and lontong paling best is definitely dekat makcik lontong seksyen 14 tue…queue mesti pnjg…superstar tue best jugak but its sooo huge…another one u shud try is the guacamole sauce and yg ada bacon strips (x ingat nama dia).
Aku rasa Mee Bandung yang paling sedap pernah aku makan adalah di Pagoh Muar sahaja. Yang lain hampeh!! Full of imitation.. Aku t5ak pernah jumpa yang betul² sedap kat area lembah klang ni.. So kalau aku balik ke Johor aku akan singgah ke kedai tu untuk menikmati Mee Bandung tersebut.. Only 1 word.. SUPERB!!
Lontong paling best aku makan cuma mak aku yang buat. Ade lodeh, ayam goreng, sambal tumis, serondeng kelapa dan rendang daging. Nasi himpit dia direbus dalam daun pisang sarung ngan dua tin susu. Gila hebat!
Tiap kali raya memang satu kampung serbu rumah aku.
Kalau korang makan sekali mesti ko semua nak jadi anak angkat mak aku… ;)
satay paling sedap aku makan kat kl ni ialah satay sri melaka.letaknye di taman permata.bersebelahan dgn petronas.
en MM,aku dah try murtabak singapore kat ampang petang semalam.restoran al-mehraj nama die.sebelah cimb tepi ampang point.murtabak arab’s street.
MM..entre makanan anda membuatkan aku terpanggil untuk menambah.
Bekalan Mee Bandung aku selalu dapatkan dari rest Haslam,Jln Pahang. Bagi aku, boleh la tahan.Walaupun di sebelahnya juga terdapat sebuah lagi kedai,namun aku kurang selesa dengan pelayannya.
Mee Jawa aku selalu dapati di sebuah gerai di Danau Kota,berhadapan surau yang agak cantik itu.Kuih muih pun berlambak di situ.
Ya, Vilage Park memang layan,apatah lagi aku bekerja di hadapan ini sahaja,tapi aku suka Soto saja setiap kali berkunjung ke sana.Suka makan sambil nonton tauke yg manis itu.
Dan ya..superstar is marvellous..yg membuatkan aku membelanja diri sendiri pabila masuk gaji.
Cheers!
aku suke gile nasi ayam chee meng or nasi ayam hailam chee meng, kedai tu kat bukit bintang sederet dgn linda on nasi ayam…tp kedai linda on kosong sbb semua org serbu kdai nasi ayam chee meng tu..hehe
memang susah nak cari nasi ayam sdp kt kl ni tp lps kwn aku bgtau.aku pg cari n die suh aku try side dishes kt kedai tu, kangkong goreng sambal.peh lps aku try mmg x boleh tahan beb. sedap giler, tp harga mahal sikit la, side dishes die yg lain pun glemer kt ctu cam kerabu mangga die, walau nmpk pelik mkn dgn nasi ayam tp tu lah tarikan nnye, kalu risau sbb tu kedai cine, jgn khautir, kedai tu halal n pekerja die pon melayu, n kedai tu dah berpuluh thn n glemer sampai pak arab berpurdah pon mkn kt ctu. pg lah try. gerenti dtg blik.sup die, ayam stim die , nasi die , side dishes die..mmg x bleh thn, bf aku nak blik kg kt perak pon sanggop ajak aku redah kl semata2 nk mkn kt ctu.
meh klik —
http://cheemeng.com.my/
ish..gg satay eh. sedap tu..tp sekejap je. tp kalau dkt ampang, zaini satay la plg bes skali. dulu parents aku buat open house pun panggil dia baka satay. tp zaini skrg dah x sedap, marinate dia dah tak power. cuba korang pegi layan steambot dkt kak eita steambot, wangsa maju. power beb. murah plak tu.
bob-
mak aku pun masak lontong style sama. masa raya only. memang power. satu neighbourhood nak makan dalam tepen.
anil-
siapa yang tak kenal nasi ayam cheemeng? aku dah makan kat sana bertahun-tahun. dia bagus sebab kualiti dia constant.
drawnq-
tu lah. kau tau GG Satay pergi mana? sebelah dia Nasi Lemak Boss pun happening jugak.
a8jnme-
ya village park memang power. aku suka belasah lontong kat sana.
catalyst-
nanti aku cuba mee rebus Old Town Coffee. Tak pernah singgah….
darihati-
kat bum bum bali ada masakan apa?
oui, u should try the lontong at sec 14. satisfy the curiosity. parking tk susah pagi-pagi…
okh okh okh…bangga tol sebagai org johor nih…kamoo minat mknan johor….huhu..mn nk cari…johor jew ade…murtabak spore x yah g sn pom ada kt johor…huhhu..sodap oikh…but i love to eat LAKSA JOHOR…mak oikh..sedap gile tuh…
kembang hidung nih…
thanks krn jadikan mknan johor sbg feveret kamoo…
Dear MM,
Most of your favourite food list sambal belanchan as main ingredient.. it makes me wonder why doesn’t sambal belachan make the list?
bagi aku lak..penggemar nasi ayam boleh la singgah kat nasi ayam nadia..dkt ngan stesen bas alor gajah..nasi dia best, ayam dia byk n paling masyuk..sos n kicap dia sgt terbaek.. pedas2..
nasi lemak lak..nasi lemak makcik arqam dkt umah aku..kat selayang.. pergh!! nasi lemak cmpur paru and kerang baru rm2.50.. gile arh!!
ermm dulu kat pasar malam jalan TAR ari sabtu tu ader Rojak Singapura yg sedap…la ni tak tau lak ada lagi ker tak..mee rebus..so far yg plg sdap pernah rasa kat plaza angsana JB…klu nk satay lazat kat kajang seblah courts mammoth..hj samuri tak baper sgt la..yg tepi courts mammoth tu lagi terasa satay dier..cukup manis,rasa halia,rasa serai sumer cukup la..
aku tak nampak nasi ayam dalam listing kau, tp disebabkan ramai benar sebut2 nasi ayam ni, aku teringat nasi ayam berdekatan komtar penang dulu. nasinya wangi (warna putih), sup ayamnya nipis tapi lazat, ayamnya pula dibakar sehingga kulitnya rapuh seperti keropok…dengan sayuran2 salad dan timun, ditambah sesenduk stir-fried taugeh yg cukup rangup (sbb goreng sgt sekejap). dan kuahnya? imagine this, sambal cili cuka, kicap with garlic dan *gasp* AIR ASAM! damn…sunggoh menyelerakan ;P~~~~
sebut pasal lontong, tahun lepas ada member belikan lontong di klang. sedap, sedap, sedap. betul2 authentic dgn nasi himpitnya bukan nasi biasa, tapi nasi yg dimasak dlm sejenis balutan daun (bukan pandan, bukan palas, tak pasti). ya rabbi sedapnye! kuah yg pekat dgn bawang goreng yg banyak. ADUI! aku lapa :(
mee bandung yang aku boleh war2kan ada tersorok kat enquin park, seri kembangan.. restoran tu belakang pejabat polis lepas jusco lepas round about belok kiri.. tghari ada asam pedas johor mmg patut cuba juga..
bang, abg org johor ek?
johor kat mane bang?? tauke mee rebus ajidon kat hartamas square tuh sedare dgn mee rebus nasir kat pantai lido tuh bang..
owh, yg kat keramat kat roundabout kat rumah org tuh ek bang?? itu bukak malam jugak…dan buka pade semua hari kecuali hari isnin.. heheheh
lontong terbaek mmg kat jb la bang.. kat bomba kat larkin.. tapi kalau kl takat nih..kat tepi highway mrr2 sebelum nak ke zoo negare… atau sebelom masuk ke susur kg pasir..betol2 tepi highway..byk jugak kotai2 singgah makan kat situ..bukak waktu pagi je..
mee bandung paling sedap dlm dunia pernah saya rasa yelah mee bandung muhamid kat pasar gombak sebelum ke ongtai kim… kedai mee bandung tuh atas sekali dlm gombak kat tuh..cube la makan kat situ… mmg terbaekk!! bukak setiap hari pukul 8 pagi sampai 4 ptg.. kecuali hari isnin..
rojak s’pore kat plaza angsana terbaek bang!!! uish.. kat kl mmg hampas kelape la…
btw, kalau nak segala makanan johor, abg pergi la kat keramat kat roundabaout tuh.. tuan rumah tuh buat rumah lot corner die jadi kedai makan.. au2 jugak kot..3..saya pon tak pasti..tapi nama restoran tuh restoran maktim.. haaa pergi jgn tak pergi..
hanna-
terima kasih! aku rasa aku kena pergi Restoran Mak Tim sekarang ni. Banyak info makanan Johor la kamu. Bagus!
Thanks again!
azzu -
Daun pisang lah.
laparnya bila baca entri ni. aku suka makan lontong tapi entah kenapa masa hari raya je baru dapat makan. ada jual ke?
hahaha….paling sdap adlh mskan mak sy….
aku sgt setuju dgn mereka. mee rebus di plaza angsana mmg terbaik!!
GG satay dah bungkus la rasanya. Nasik lemak tu pun dah tarak. dulu nasik lemas bes dekat marvelous, sebelah padang skolah taman kosas. skrg dah pindah dkt tmpt lain, even though it still tastes the same, tp feel makan kt tmpt baru tak sebest tmpt lama.
Kluang ada makanan spesel apa ek?
selama 3 bulan aku kat muar, aku jadi addict dgn 3 benda ni
1: mee bandung muar
2: mee siput
3: nasi goreng ayam berlada
nasi ayam kak laili dekat pasar ss15. sedap. aku rasa masa aku kecik2 dulu pun dah ada. kak laili tuh pun dah takde dah sebenarnye. tinggal pekerja die je kot. tapi still masih sgt sedap. kalau beli bungkus, die bungkus dlm plastik n kertas surat khabar. bukan dlm polisterin. kalau dlm polisterin rasa kureng sikit. sedap gila!
to manusia ganjil ikan yu-
kluang ade kluang station yg authentic dn old skool giler..x mcm die nye branch. x asli…dan of coz lah yg plg terbaik adlh roti bakar bulat n pjg die..peh..kopi n nasi lemak 60 sen die tu..
lg satu mee rebos veteran
mee rebos tu giler terbaik..dr dulu sampai skrg harge die ttp Rm1.80..dalah ingredient ikhlas n byk.. die dpn balai raya di kluang bru..silelah cuba jika ke kluang
Eh, satay yg sedap bawah umah kite. Dekat Tomyam Demaju, gerai kecik kat tepi tu.
sedap siot!! skrg gak aku nak gi makan >_<
lau koorg dtg muar…dtg sini.
Asam pedas..asam pedas jj(jalan jonid),asam pedas mak pon(pt jawa)asam pedas gerai abg bob(kat tanjung emas)..
Mee bandung…warung tenang(lorong haji yunus),warung acin posmen(tmn guru)
Satay(dr pg ke mlm semua sedap di semua ceruk muar)
Nasi ayam…kat bangunan mara tepi sungai..gerai yem…power..
Lontong,mee rebus…kat warung razak..gila sedap..
Burger..mottrang burger.(kat pt kadi,jln temggong ahmad..gila best..burger tepi jalan je..tp mmg best a burger diaorg..mcm2 bahan ada..siap ada epal..roti john pon power..)
Mee siput..kat gerai gorng pisang periok..dpn padang sekolah ismail..sambal dia power.laksa johor..kat bentayan..besh o..kuah pekat..
Selamat mencari lokasi ni dlm muar..
pasal makan johor nie teringat semalam aku pergi kat satu rumah terbuka kawan aku kat salak, fuh ingatan kembali pada arwah embah aku, kena nasi impit daun pisang rebus dengan daun pandan nasi halus ko, ayam masak kicap johor ( nak cakap tak reti tapi rasa rempah),anak bini aku makan tak ingat… eheeh sambal goring jawa, serunding kelapa kikir ( dah lama x jumpa), laksa johor fuh kuah pekat ada sambal belacan (mantap + mantap), mee rebus kuah keledek+udang kering, memang best… chef import dari pontian ehehehe.. dengar cerita.. kuh kuh kuh nie mesti mak ko…apa apa pun Thank U tuan rumah..
restoran Mak Tim kat keramat tu ok pe semua masakan johor ada… ok..murtabak singapore dia ok, mee rebus, ok aku dah makan
nak asam pedas best kat lembah klang kurang la ada pun x mantap mcm kat parit jawa, kena kepala ikan mayong fuhh… anak cina makan pengat sendiri mau ingat…
wow.meleleh aku dgr psl mee bandung ni..aku pun org johor gak.tp skg stay kat gombak.kalau sesiapa yang nak rasa mee banung muar kat gombak ni yg sedap..boleh try kat gerai di batu 28.sg pusu gombak..kalau drs etapak..terus menghala ke UIA..tapi bila traffic light b4 uia..belok kiri..lepas masjid zakaria..sedap wooo..mee bandung muar kat sini!!..malam je bukak..
We are a bunch of volunteers and opening a new scheme in our community. Your website provided us with useful info to paintings on. You have performed a formidable task and our entire group will likely be grateful to you.