June 20, 2008 1

Hujung Bulan, Katanya.

By in Layan Diri

Argh. Cakap awal-awal kan senang?

Kemasan Rawak:

1. Kawan aku dapat tiket pergi menonton My Bloody Valentine. Cemburunya.

2. Sudah lebih 2 minggu. Akhirnya kena berborak dengan majikan penjual kereta itu baru dia beritahu perkara sebenar. Kononnya-lah.

3. Aku tak sabar menunggu ‘The Dark Knight‘. Kamu dah ‘Jokerize’ gambar kamu ke belum? Dan, why so serious?

4. Bulan Jun 2008 adalah bulan paling sibuk dalam seumur hidup aku.

5. Bulan Jun 2008 juga adalah bulan paling gembira sejak akhir-akhir ini. Bukan sebab Xanax, ya?

6. Aku jemu makan makanan yang sama, sebab itu semenjak dua menjak ini keluar nukilan tentang makanan. Dan aku seperti sudah tidak mampu selalu makan Superstar With Cheese mahupun Udon Sushi set sahaja.

7. Aku kena balik kampung malam ini sebab saudara aku kahwin esok. Dan aku paling tak suka pergi kenduri kahwin, sebab terlalu banyak soalan. Tekanan! Aku rasa esok adalah kenduri kahwin pertama aku akan pergi dalam masa 4-5 tahun.

8. Berapa harga purata pocket bike?

9. Aku rindu Rojak Pak Manan.

10. Aku rindu dia.

Popularity: 1% [?]

One Response to “Hujung Bulan, Katanya.”

  1. Ferdows D. Isaac says:

    pocket bike yg betul2 pocket utk budak atau org dewasa boleh tunggang?
    kurang lebih RM1500.
    tapi, yg enjin mesin rumput la
    haha
    sekarang zaman supermotard bro MM
    jom la pakai..
    :)

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes