‘Skeptic’ dalam Bahasa Inggeris. (Terima kasih ‘Battlestar Galactica’ dan Astro.)
Sebenarnya begini, ayah aku telah didapati menghidap Parkinson’s Disease kira-kira empat tahun yang lalu. Aku rasa ketika diberitahu, memang amat sukar untuk ayah aku menerima realiti tersebut. Walaupun tidak seteruk peninju Muhammad Ali yang terketar-ketar, tetapi sekarang memang agak susah untuk ayah aku bergerak-gerak. Fikiran dia masih waras, cuma akibat masalah sistem saraf, susah untuk dia melakukan aktiviti mudah seperti berjalan dan sebagainya.
Cuba kamu bayangkan, kamu masih waras dan mampu berfikir seperti biasa, cuma kaki kamu tidak bergerak bila kamu memerlukannya untuk langkah ke hadapan. Memang agak mengecewakan, dan hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan dia apabila selalu dipapah dan dibawa ke sana sini dengan kerusi roda.
Seperti biasa, orang tualah katakan, memang tidak cukup apabila si doktor terang-terangan mengatakan masalah sebenarnya ialah Parkinson’s Disease. Dan memang jelas, semua simptom yang biasa dengan Parkinson’s ditunjukkan oleh ayah aku, dari tulisan tangan yang semakin kecil, ke gerak jalan yang amat perlahan dan menunduk ke bawah, dan sebagainya. Tetapi keluarga aku masih tidak puas, masih mencari penjelasan lain.
Dan penjelasan yang mereka terima mestilah ada mengena dengan ‘santau mayat’, hantu serta makhlus halus. Beratus-ratus ringgit dibazirkan untuk rawatan ‘tradisional’, yang kononnya perlu untuk menghalau ‘hantu’ yang bertenggek di atas bahu ayah aku. Dan ini semua setelah bapa aku menunjukkan perubahan positif selepas berada di bawah pengubatan doktor pakar di Kuala Lumpur.
Tetapi dia berhenti mengambil ubat. Dan akibat dorongan ibu aku serta kakak aku, dia mula mengikuti perubatan ‘tradisional’, yang lebih menjurus ke arah ‘semangat’ dan ‘makhlus halus’ dan bukan ke arah masalah sistem saraf.
Aku pasti ayah aku tahu, ini semua masalah saraf, tetapi akibat terlalu ingin percaya (aku rasa dia masih tidak mahu mengaku ianya Parkinson’s Disease) dia ikutkan sahaja.
Ya, memang semangat, tetapi semangat yang diperlukan ialah semangat hati serta motivasi sendiri untuk dia mengatasi semua rintangan yang menimpa.
Kadangkala aku sedih melihat ayah aku, seperti tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, cuma sekadar ketawa dan senyum bila kami semua bersusah-payah untuk membantunya bergerak.
Cuba bayangkan kekecewaan beliau. Aku pasti, sebagai anaknya, apa yang dia perlukan ialah motivasi untuk meneruskan kehidupan, dan supaya tidak putus asa. Bukan sekadar menyalahkan ‘buatan’ orang lain.
Tetapi yang percaya memang susah untuk memahami si pewaham macam aku. Dan sebelum kamu berkata apa-apa, ya, aku pernah lihat dengan mata sendiri pelbagai perkara yang aku sendiri tak boleh jelaskan, tetapi aku percaya, jika kamu terlalu percayakan sesuatu, semua yang dikatakan boleh berlaku, akan berlaku.
Macam dalam filem trilogi ‘The Matrix’ dulu, jika otak dan fikiran kamu percaya kamu mati, maka kamu akan mati. Itu sahaja kepercayaan aku, kerana otak manusia ini memang ajaib, lebih ajaib dari segala jenis hantu, jin, batu geliga, buluh perindu dan yang sewaktu dengannya dalam dunia ini.
Aku sampai bertekak dengan ibu aku, ketika dia mengeluh akibat kesusahan menjaga ayah aku yang kononnya dibuat orang.
Aku terang-terangan berkata aku faham masalah ibu aku itu, cuma apa yang aku percaya dan ibu aku percaya menyebabkan ayah aku jadi sebegitu adalah berbeza, jadi sekurang-kurangnya janganlah buat aku paranoid dan makin haru-biru pemikirannya dengan cerita-cerita pasal ‘pendinding’, diiringi dengan saudara-mara aku yang bersilat didepannya untuk ‘membawa pulang’ apa yang bertenggek di atas bahunya.
Sebab aku pasti apa yang ayah perlukan ialah motivasi, dan rasa gembira.
Buktinya? Tiap-tiap kali aku balik kampung perkara yang pertama sekali ayah aku buat ialah berdiri dan berjalan tanpa dibantu siapa-siapa.
Sesungguhnya akal dan fikiran serta kecekalan hati manusia itu lebih kuat dari segala-galanya.
Popularity: 6% [?]


aku rasa, ini kali pertama kau bercerita pasal peribadi kau. aku rasa ini satu perubahan. bukan negatif atau positif. best jugak. hehe.
aku fikir, kau perlu ke kata2 semangat, moral support atau motivasi dari pembaca kau? aku rasa mungkin org seperti kau tak perlu semua itu. mungkin pembaca lain akan rasa kau tak suka cliche seperti menagih simpati bila kau tulis pasal peribadi kau. tapi last2 aku fikir, you are still a human after all. at least i think so. be strong, bro.
oi cliche gila!
wishing all the best for you and your family. yup entry ni tak macam entri biasa kau
aku salah seorang pembaca senyap blog kau, dan buat pertama kali ingin bersuara. selamat berkenalan!
aku sedih jugak baca entri kau yang tiba-tiba personal ni, tapi aku menulis bukan untuk itu. lebih kepada diskusi sebab aku rasa mungkin itu boleh beri perspektif lain. bapak kau masih tak makan ubat ke? kalau ya, aku rasa kau patut bincang dengan family kau sebab L-dopa slows the progression of PD, improves prognosis 50% and lowers mortality rate over time. the mental well-being of your dad should also be of utmost importance, as you know it is a nerve disease and will affect cognitive functions sooner or later. however, on a different level, something you should think about is depression, because long-time sufferers will understandably be depressed. sebagai family, yang itu kau boleh tolong elakkan. kaedah ‘tradisional’ mungkin boleh bantu dari aspek itu, tapi yang penting kena makan ubat jugak.
dan kau tak perlulah paranoid sangat (rujuk entri lama)… sebab genetics as a sole cause for PD is quite rare. all the best ok.
danial-
thanks. i’ve been doing my own research on PD and yes i know the intake of L-dopa increases dopamine and improves the whole situation. i saw that when he was on his medication he basically regained the ability to walk, and was in generally happier.
it’s just sad to see my dad going into depression and later seeing my mom said it’s because ‘someone’ is making him feel that way, that further confuses my dad, which is the point of this whole post. because i know how depressing it is to lose your motor controls and have people say its because of something else.
it’s pretty sad really.
oh.. ok. kalau macam tu aku doakan family kau nanti akan faham dan share the same view with you. cadangan aku ialah kau cari neurologist yang nampak macam alim sikit supaya dia boleh relate to your family better. it’s all psychological at this point. aku pun tak naklah komen banyak-banyak sangat, bukan blog aku pun, tapi kalau kau rasa perlu bincang dengan sapa2 (dan free, sebab aku bukan doctor lagi dan tak perlu charge orang) just give me a shout ok dude.
teruskan menulis. pemerhatian kau hebat.
as im a pharmacist… ubat sangat membantu untuk your father condition yang kekurangan DOPAMINE,with medication ur father will improve the dopamine in the brain that will slow the progression of PD(parkinson disease) kalau boleh pujuk makan ubat sementara ur mum n sister try to berubat cara lain.ur father akan melalui beberapa stages, so usahakan terus makan ubat tu, it helps, itu cara terapi PD dengan ubat untuk mengurangi simptom dan kecepatan PD.ok! saya doakan semoga ayah anda berada dalam keadaan yang lebih baik..
i think your family could be as confused as your father about the whole thing, or not willing to actually believe it is infact PD. tiada apa yang boleh diungkapkan lagi, berat mata membaca(memandang, ehem!), berat lagi bahu yang memikul ye dak?
semoga famili awak memilih untuk bersetuju dengan pendapat awak..
ah by the way, the same thing happened to my family when my late dad disahkan menghidapi kanser paru2 (bukan perokok). bonda sibuk memanggil bomoh/pawang/alim ulamak mengeluarkan kaca dan jarum dari badan ayahanda. sehingga ke death bed sekali pun, di hospital.
aku tak mengerti apa-apa masa tu, i was 13.
Sorry to read bout your father,MM.
It’s actually typical for Malays to be thinking that when something happened, blame it on ‘buatan org’ or something. I don’t know why. I guess it’s escapism from something that we cant fully understand. Just bear with your mother and sis. I’m sure they want the best for your father to but at the same time try to tell them slowly. I think Mr. Danial’s advice that u find a doctor that’s quite religious may actually help..
arwah ayah aku pun pernah sakit, tapi luekemia. dalam keadaan ini, emosi memang bercampur baur dan pada waktu itu aku dapat lihat siapa yang betul2 care dan berusaha bersungguh2 pasal arwah ayah aku which is my mom and older sister (time tu aku darjah 4). saudara-mara memang bagi macam-macam cadangan termasuklah cara2 traditional.
bagi aku, if dah memang sakit yg dah didefinekan dalan buku medic, tentulah perlu diubat di hospital. perubatan tradisional hanya untuk pesakit histeria, rasuk dan yg sewaktu dgn nya.
cuba try hospital swasta yg islamik di jalan tun razak. tak ingat namanya, tapi setentang dengan IJN. besar dan ada hotel utk kemudahan pelawat.
aku percaya, jika kita pernah susah sekarang, in future kita akan senang. setiap keluarga ada konflik nya sendiri. tiada keluarga yg perfect. cobaaaaaaaan..
I think what haniazrina83 mentioned is PUSRAWI.. It is actually quite a good hospital..
The key point is, never give up.. I’ve been passed the moment that you’ve currently feel.. I know what it’s like..
thanks all for the supportive words. will look into Pusrawi and what they offer, maybe the have something that could help my dad.
:)
kegembiraan adalah faktot untuk mereka terus hidup dan mahu anak-anak menemani mereka sepanjang hayat mereka ada.. jadik gembirakan la mereka dengan apa jua cara agar semangat tak hilang okep.. =)
guys, check out islamic services provided by pusrawi.
they have >>> Special Services with Islamic Values < <<
http://www.yellowpages.com.my/biz/hospital-pusrawi/
i know how you feel bro. Aku pun pernah jaga arwah bapak aku, tolak wheelchair sana sini. From a very active person to half-paralysed, and it all happened suddenly without any warning. Selagi orang tua kita masih ada, jagalah elok2.
well on a lighter note, pehhh kluang station tu. tip top gambo ni ekk. orang kluang ke?
this is the most right time to say it.
may the force be with you.
ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.. Allah takkan bagi ujian kalau Dia tahu kita tak mampu hadapinya.
:)
btw, tuh Railway Station [or something like that] kat Kluang kan? dah pergi twice. lg 1 branch dgn Giant kot.
eh. gambar itu..di manakah? mcm tau jek..
Was googling the word “pewaham”, and your entry came on top. I enjoy this post, and sorry for your family. You migh enjoy our community, Unscientific Malaysia (http://unmsia.com). We promote science, scepticism & freethought.