June 23, 2008 9

Kurang Ajar.

By in Pendapat

Sebentar tadi aku telah ke Toast Box di Pavilion, dan telah mencuba lontong mereka. Tidak berapa sedap. Terlalu pedas untuk citarasa aku, serta tidak berkuah sambal kacang atau sambal biasa.

Itu aku tidak bengang pun.

Yang aku bengang adalah ketika aku sedang beratur dan menunggu untuk membuat pesanan makanan, ada budak berbangsa Cina tiba-tiba potong line aku. (Aku rasa dia dalam umur 8 ke 9 tahun). Kemudian adik dia yang gempal sedikit pun buat benda yang sama, dengan bau peluh dia, dan dengan aksinya macam monyet tak sabar menunggu sampai terpijak-pijak kasut putih aku. Dan ketika semua ini berlaku, si bapa bodoh mereka hanya melihat mereka dari tepi. Aku tenung muka dia, tapi dia buat muka bodoh (mestilah, orang bodoh takkan nak buat muka pandai bukan?)

Kalau bapanya sudah kurang ajar, takkan boleh dia mengajar anak-anak monyetnya bukan? Jadi, pesanan untuk ibu bapa sedunia, tak kisahlah, anak kamu nak jadi angkasawan ke, rockstar ke, blogger termasyhur ke, tapi janji dari kecil kena ajar supaya beratur. Faham?

Popularity: 2% [?]

9 Responses to “Kurang Ajar.”

  1. Popo says:

    Aku paling benci driver bahalul yang suka potong Q. Babi.

  2. heartbeat says:

    hahahaha..
    sekolah aku dari primary 1 dah memang tegas dalam line up.

    Rules :
    “i shall look in front”
    “i shall keep quite”

  3. azahaldir says:

    huhuhu..mmg payah klu org potong Q…ag2 time tgh pjg gile munyet..
    mcm syiak jew….
    ahaks…

  4. syah saliman says:

    saya separuh cina.dan saya juga tak suke prangai cina yang suke memotong barisan.bkn sahaja di kedai makan.di mana2 sahaja.cheit.nasib bapak aku ajar aku betul2.selamat hari bapa,ayah!alamak,terlebih suda. :))

  5. Rambo says:

    wa sokong lu!

    wa amat hangin bila masa keselesaan dah hak aku di gugat dan di rentap oleh manusia-manusia sedemikian.

  6. haniazrina83 says:

    manusia memang pentingkan diri dan kurang tanggungjawab bila berada dalam kelompok orang awam yang tidak dikenali. sikap memotong barisan, tidak dahulukan orang mengandung/orang tua/OKU etc.

    Paling aku tak suka orang yang sandar di tiang dalam lrt, berposing kat tiang macam tiang itu dia yang punya tanpa hiraukan orang lain yang dah tergolek-golek, bontot bersentuhan dengan mamat/pakcik/lelaki indon kerana tidak dapat pegang mana-mana pemegang yang ada di bahagian tengah, hampir dengan pintu lrt. lelaki/perempuan pun serba salah nak pegang tiang tu takut terkena badan dia seorang dan mendapat pandangan sinis dari dia.

    Aku mesti dengan keringnya tegur orang tu. Tapi ada pula yang ingat aku kerek, padahal aku malas nak berhadapan situasi bergolek-golek dalam train secara beramai-ramai sahaja T_T

  7. Azzu says:

    haha, cerita haniazrina83 ni pernah aku sebut dulu:

    http://eurekayzoe.blogspot.com/2007/10/khas-untuk-mereka-yang-buta-perut.html#links

    maaf MM, tumpang letak link jap kat sini. keke ;P

    cerita org potong Q ni mmg biasa sgt kena. tapi aku tak kira. budak ke, bapak budak ke, baik melayu, cina atau india ke, aku sound je direct kat situ. kuat2 bagi semua dengar. kalau tak ada org nak malukan monyet2 ni, sampai bila diorang tak belajar. tapi entahlah, monyet bolehke diajar?

    huh.

  8. warrior2 says:

    itu masalahnya dengan kebanyakkan kita.

    apabila kids yang potong Q, ada 2 choices. Let them be because they are kids or tell them off (in this case of yours, kalau dah pilih opsyen ini, tell them off dan tell the father off too). Tell them to go to the back of the line. Why la nak bengang bengang or suffer in silence kalau dah tak suka kids potong Q?

    Saya selalu happen to ternampak di kedai kedai dimerata tempat, adults potong Q budak budak yang sedang beratur. yang peliknya, cashier akan layan pemotong Q tersebut. kalau saya yang jadi cashier , I will tell them not to Q but to F off!

  9. amoi chantek says:

    ;)

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes