Seperti kebanyakan orang, pasti ada satu tempoh ‘bulan madu’ ketika kamu baru bersama seseorang, ataupun ketika selepas baru membeli sesuatu yang baru. Sekarang giliran aku pula.
‘Bulan madu’ aku dengan kamera Lumix aku sudah berakhir.
Mungkin kamu semua perasan sudah semakin berkurangan nukilan-nukilan ‘Malam Semalam‘ aku, dan memang patut pun, aku sudah semakin kurang keluar malam ke pesta-pesta yang penuh dengan muka yang sama. Membosankan.
Jadi di sini aku nekad mengambil keputusan untuk menjadi seorang yang berprofil rendah untuk seketika, dan lebih menghabiskan masa di rumah, atau sekurang-kurangnya ke tempat-tempat yang aku jarang pergi. Sudah masanya aku memberi peluang badan aku untuk berehat dan berejuvenasi.
Tetapi, sebelum itu, Sabtu ini, ya? (Rujuk banner di bawah)
(Oh ya, seperti yang aku pernah kata dahulu dalam nukilan ini, aku telah berjumpa dengan Ketua Gapena Johor hujung minggu lalu, yang telah sedikit sebanyak menceritakan aku tentang bila bermulanya organisasi Gapena, dan sejarah penulis-penulis awal Tanah Melayu. Beliau telah suruh aku memanggilnya satu hari untuk berbual, dan mungkin, jika aku ada masa, aku akan ceritakan di sini, ya?)
Popularity: 1% [?]



baiklah
p/s: nak jual ka lumix tu?
walaupun aku tak kenal kau MM,
kadang-kadang aku cemburu dengan orang seperti MM kerana ada peluang untuk merasai keseronokan hidup. sedangkan aku cuma hidup ‘bosan’ dan majoritinya graf kehidupanku mendatar(bosan = perkataan yg MM gunakan dalam salah satu post tentang kawannya yang memilih untuk jadi ‘bosan’)
kadang-kadang kita perlu korbankan ke’ranggi’an hidup ini untuk kebahagian masa depan (siapa yang pernah merasai fasa ini sahaja yang akan faham)
setiap saat kita bernafas di dunia ini, gunakan sebaik mungkin agar buku cerita kita berakhir dengan pengakhiran yang sekurang-kurangnya memuaskan kita sendiri
mak aku pun selalu cakap macam yang haniazrina83 cakap kat atas ni. tapi aku kurang setujulah. hidup yang tak bosan tak semestinya incompatible with a good / stable future. at least that’s what i think. aku hanya tak mahu jadi A.A.y.D.d.K.B.G.A.B kot. tapi, kedepan hari, siapa yang tahu? hopefully not-lah.
apa-apalah. asalkan hati tak kosong. jika kosong, cepat-cepat isikan dengan sesuatu
I think that the majority of men tend to have this I-WANT-TO-STAY-AT-HOME thing going on in their mid 20′s / early 30′s but usually around the 20′s (although I do not know how old you are but since you’re a guy sama lah tu)
ami-
taknak.
rozana-
yeah this is not the first time. mungkin ‘wave’ yang ke-3 atau ke-4.
hani-
ya. ya.
Mungkinkah MM sedang mengalami sindrom neo-con? (p/s: sekadar bertanya.)
Tentang Gapena—> Erm, itu adalah soalan saya tentang Beat & jawapan MM ada terpaut sekali tentang Gapena.
Saya tertarik untuk menunggu khabar dari perbualan MM dengan tokoh Gapena tersebut.
Keep it up, MM.
Terima kasih.