Bukan, aku bukan hendak bercerita pasal ayah kepada ayah atau ibu kamu, tetapi berkenaan satu golongan istimewa, yang aku pasti ramai antara kamu yang pernah jumpa. Ok-lah, sebenarnya aku tak tahu berapa istimewa pun, tapi faham-faham sajalah.
Jadi, seperti biasa, ini hanyalah pendapat aku sahaja, jadi jangan ambil hati kalau aku secara tidak sengaja berjaya meneka 100% tepat keperibadian kamu. Terima kasih.
1. Bergelar ‘Datuk’.
Ini sudah pasti. Tak kisah-lah bagaimana dia dapat gelaran itu pada awalnya, tetapi tak silap aku mudah sahaja untuk mendapat gelaran yang bakal memberikan kamu laluan mudah dalam perniagaan dan mungkin perkahwinan dengan artis. (Lihat bawah) Janji kamu kroni atau berkawan dengan kroni. Paling kurang pun kamu mendapat gelaran Datuk akibat rajin menyanyi di luar negara. Ataupun mungkin kamu pernah ke angkasa lepas. Perlu diingatkan golongan yang mempunyai cucu bukanlah jenis golongan yang aku ingin tafsirkan hari ini.
2. Berumur 40 Tahun Ke Atas.
Bukan syarat, tetapi kebiasaanya mereka ini berumur 40 tahun ke atas. Kecuali kalau kamu anak Jamaluddin, berkahwin dengan anak perempuan Abdullah, pakai iPhone dan bercita-cita untuk menjadi pengerusi syarikat minyak negara. Memang tak mustahil jadi seorang Datuk pada umur awal 30an.
3. Malas Memandu Kereta.
Walaupun kesihatannya mampu dan masih sihat serta cergas (kalau kamu tidak cergas ini bermakna kamu bukan seorang Datuk sebaliknya seorang Tan Sri atau Tun) golongan ini memang kurang gemar memandu kereta. Kebiasaannya mereka ini akan berkereta hitam yang banyak makan minyak, serta mempunyai cermin tinted yang setinted mana pun tidak akan disaman polis. Kereta-kereta mewah mereka ini (yang biasanya bukan kereta tempatan, lagi-lagi kereta Proton Saga stretch limo yang hanya dipandu ke pasar oleh mereka yang tertipu dengan harga murahnya dahulu) hanya akan dipandu oleh lelaki Melayu kampung yang ingin berangan memandu kereta mewah bukan milik sendiri sambil berkaca mata hitam, atau dipinjam tanpa pengetahuan dan dipandu oleh anak-anak liar mereka yang suka beritahu yang mereka anak Datuk di kelab-kelab malam sepanjang Jalan Dooraisamy di Kuala Lumpur.
4. Suka Perkataan ‘Projek’ dan ‘Bisnes’.
Projek itu projek ini. Asalkan ada perkataan ‘projek’ atau ‘bisnes’ memang mereka ini sudah cukup teruja. Lagi-lagi tentang projek yang memerlukan lesen vendor kerajaan serta melibatkan perkataan ‘juta-juta’ serta ‘sub-contractor‘. Perlu diingatkan ketika bercakap perkataan ‘projek’ atau ‘bisnes’ ini perlu diucapkan kuat-kuat agar nampak lebih bergaya ketika sedang membaca suratkhabar The Edge serta Wall Street Journal edisi semalam. Harian Metro hanya b0leh dibaca ketika bersembunyi di belakang cermin gelap di dalam kereta.
5. Tidak Gemar Bersukan Kecuali Sukan Yang Melibatkan Padang Golf.
Aku rasa kalau kamu pernah tertonton drama swasta Melayu kamu mesti tahu golongan Datuk ini suka bergaya di padang golf. Walaupun ayunan kayu golf kekok atau hanya mampu beli bola yang dikutip oleh caddy dari dalam tasik pun tak mengapa. Janji golf. Kalau kamu tak percaya lihat sahaja siapa yang menonton rangkaian Golf Channel di Astro. Kan? Tetapi ada juga Datuk yang tidak suka bermain golf, seperti Datuk Nicol David yang lebih gemar dengan sukan skuash.
6. Suka Baca Majalah URTV, Mangga Dan Bahagian Pancaindera Dalam Utusan Mingguan.
Ini semua kerana kebiasaanya golongan Datuk ini sudah bosan dengan perangai ‘Datin‘ mereka. Akibatnya mereka ini gemar membelek majalah-majalah ini umpama katalog untuk mencari bakal isteri muda. Yang menjadi sasaran adalah artis perempuan Melayu yang ‘kampung‘ sedikit, terutamanya yang berambut karat, serta menyanyi di dalam kumpulan. Dari majalah-majalah ini, golongan Datuk boleh menilai sama ada artis tersebut sesuai dengan kehendak mereka. Di atas sebab itulah, kebanyakan majalah-majalah ini, penuh dengan gambar artis yang disertakan bersama biodata remeh temeh, seperti ‘Makanan Kegemaran’ serta ‘Saiz Kasut’. (Macam aku, aku sukakan wanita yang kasutnya bersaiz 7 dan suka makan makanan Jepun.)
Pada masa yang sama pula, artis-artis majalah yang kampung ini suka menjadikan golongan Datuk sasaran mereka, sebab mereka inginkan perkahwinan romantis seperti majlis perkahwinan Datuk bermisai dan bernama dengan satu abjad yang juga berkahwin dengan seorang Datuk. Yang perasan kurang kampung sedikit dan ada ‘kelas’ pula akan mensasarkan golongan Mat Salleh kampung, cuma kampung yang didiami terletak di Perancis atau Amerika Syarikat. Tapi tetap kampung juga.
7. Suka Menyaman Dan Disaman.
Kononnya golongan ini kaya harta dan maruah, jadi kerapkali di dalam akhbar kita melihat berita bahawa Datuk A ingin menyaman suratkhabar B atas tuduhan menjatuhkan maruah mereka. Tidak ketinggalan juga golongan ini selalu disaman oleh orang yang mengaku dibelasah sama ada oleh Datuk tersebut, anak Datuk tersebut ataupun pengawal-pengawal Datuk tersebut. Yang lebih malang akan dijadikan habuan di mahkamah oleh golongan-golongan Tan Sri serta Tun. Janji bisnes masuk. (Jangan saman aku!)
8. Suka Berurut Dan Spa.
Untuk menenangkan fikiran, golongan ini suka melawat tempat-tempat yang ada menyediakan khidmat berurut. Terutamanya dari tukang urut lelaki yang meletakkan gambar iklan mereka yang bertelefon bimbit warna emas di suratkhabar serta spa-spa yang penuh dengan perempuan yang tidak pandai berbahasa Melayu atau Inggeris. Perempuan-perempuan di sini juga suka menjadikan Datuk pelanggan mereka, asalkan mereka berhati-hati agar tidak diletupkan sampai berkecai oleh bom tangan.
Erm, sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih. Semoga dapat tinggalkan komen-komen bernas.
Popularity: 4% [?]
OMG so funny!
Another thing abt Datuk2 ni kan, mostly suka simpan misai (lagi tebal lagi power) and suka senyum sumbing sambil menjilat lips utk membasahkan bibir bila nak mengatal dgn hot chicks – true story! Dah tu kebanyakan perasan handsome and so tak sedar yg perut dah boroi and rambut beruban.
Haha I’m still laughing!
em. manusia yang hilang punca untuk hidup. terpengaruh dengan dasar tapi bukan yang nyata. suffocate sebab hidup mereka tak seindah manusia biasa. simpan misai tak salah.lagi pun misai tu tak bersalah pada sesiapa. cuma yang bezakannya nak misai seperti manusia atau kucing?gah sangat dengan harta benda.
LOL :D best best!
I just typed a long comment and the fucking internet bermasalah. Now I dah malas nak type. Hmf.
Anyway, I paling benci Datin yang berlagak macam husband dialah yang paling bagus. Suami baru dapat Dato’ dah kecoh kecoh tak tentu pasal.
There was this one time my Aunt had this conference thing at her house in The Hague and all the important (bernama) people around Europe came and when there was this one Datin who was such bitch. Nak sangat duduk dekat table Ambassador pastu padan muka kena sound dengan Thai’s Ambassador
He said: “Madam, Your husband may be a Dato’ but you are surely just his companion. Your Datin role is worth nothing to us so, would you be kind enough to sit at the wives table. It would be much appreciated”
I yang tengah intai tergelak agak kuat and bila dah habis kena marah dengan my Aunty. Pfft
Ok bangang. Cakap malas nak type tapi terpanjang lebar jugak hahaha
eh sape kutuk misai? mangkuknye ;p
The coolest Datuk of em all is Datuk Jean Todt, period. And no misai either.
Not sure where does he fit in you ‘observations’, though.
Apakah perbezaan antara Datuk dan Dato’ ?
pasni kau cerita ciri ahli politik pule.
Dato’ tu yang pangkat. Datuk tu grandpa :-P
I tahu pon sebab pernah nampak dkt credit card kawan my dad (nampak sangat aku ni penyibuk)
aku cuma ‘sedikit tak suka’ dato khairy jamaludin dan kroni kroninya. yang lain2 tu dalam keadaan kemungkinan.
Donnie, that asshole Kayy Jayy mana ada dato lagi in his name
haha
aLA,
SUSAH SANGAT ARTIS RAMBUT KARAT TU AMIK JEK LA DATUK M DAUD KILAU.AVAILABLE LAGI TUH.KALO ADA PON,PASANGAN MANJE2 SEJENIS ADELA.OOPS,TELEBEY SUDA.
nombot lapan tu style ;)
nway Datuk Nicol Ann David adalah dr kalangan kenamaan yg positif. sbelum ni dpt Darjah Bakti (DB) pastu dpt pulak Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN). ini bkn calang2 datuk. lari byk dr list tafsiran datuk hehe
sejak haritu aku simpan Kumis, nanti 20tahun lagi aku jadi dato’ dengan 1 huruf jugak. oh, aku juga ada jaga projek besar yg berjuta di selatan semenanjung blablabla…
From what I’ve heard, no matter how successful you are and no matter how many ‘juta-juta’ projects that you have, in order to get the Datuk-ship, the people in the palace must like you then only you’ll get it. So it depends if you are likeable enough by them you’ll get the title sooner or later. As for Dato’ and Datuk, I think Dato’ is given by the Yg Dipertuan Agong and Datuk is given by a sultan or a Yg Dipertua Negeri (^_^)
i pun tak suke jugak dengan hieraki neh.. i ade kenal datuk jugak.. tapi i tak suka.. sebab bile dengan datuk2 neh.. dy ingat dy kaya n berlagak.. dy lei dapat n buat apew yang dy nak.. ade yang i kenal tuh.. ckp gi ctu cni sbb nak berlagak dengan i.. lagi dy berlagak dengan i.. lagi i nak up kan diri.. bagi dy nampak skit.. i neh bukan la serendah sangat… setakat datuk tuh.. alahh, i tak terhegeh2 pun.. n for ur mention la.. yang i kenal neh, selaen golf, dowg maen tenis gak.. tapi tak tau la yang laen2