9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Batman.

Posted on Friday, July 18th, 2008 at 07:31

Malam semalam aku telah pergi menonton The Dark Knight lakonan Christian Bale dan Heath Ledger (Edison Chen pun ada!). Terus terang aku katakan di sini, filem tersebut adalah Filem Berdasarkan Komik Yang Terunggul Dalam Sejarah Perfileman(tm). Pengarah Christopher Nolan memang seorang genius. Kalau kamu keluarkan Batman dari filem tersebut pun, filem itu secara asasnya memang filem yang bagus. Tonton jika kamu belum tonton, ok?

Tapi aku rasa macam ada orang dengki sedikit, sebab mengapa Mat Salleh sahaja yang boleh jadi Batman. Jadi, selepas nukilan berkenaan zombie yang lalu, aku jelaskan di sini 9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Menjadi Batman.

1. Sebab Silat Banyak Bunga.
Kamu lihat sahaja cara Batman melawan musuhnya. Penuh dengan aksi mempertahankan diri yang berkesan, pantas dan tepat. Tak ada bunga-bunga pun macam silat. Kalau Batman pakai silat dijamin dia sudah tumbang awal-awal. Paling kurang pun lawannya sempat keluarkan mesingan, acu mesingan betul-betul dan menarik picu. Mati.

2. Sebab Melayu Ramai Sangat Kroni.
Kamu bayangkan, kalau Bruce Wayne yang kaya-raya itu Melayu. Pasti dia akan turunkan projek Batmobile atau Batpod ataupun Batsuit kepada kroni-kroninya. Akibatnya kroni-kroni tersebut mesti sub-kan kontrak tersebut kepada syarikat lain. Akibatnya ramai orang akan tahu identiti sebenar Batman berdasarkan jumlah topeng yang akan dihantar ke Bukit Damansara (kalau Bruce Wayne Melayu tinggal di Bukit Damansara-lah). Kantul identiti, semua orang pasti tahu. Tidak macam aku, alter ego aku masih terpelihara. Mungkin. Kalau identiti sudah terdedah semakin meriahlah Harian Metro dan Kosmo!.

3. Sebab Quality Control Kita Masih Lemah.
Kamu bayangkan, kalau Bruce Wayne hendak membina Batmobilenya, pasti dia terpaksa minta bantuan Proton, atau sekurang-kurangnya Perodua. Mesti jenuh dia menunggu Batmobilenya tiba, macam aku tunggu Satria Neo aku (sudah lebih 6 minggu!). Itu tak kira lagi perasaan bengangnya apabila dia hentak turunkan tingkap ketika hendak merokok semasa menunggu giliran di road-block, pasti tingkapnya tersangkut. Juga mungkin dia hendakkan Batmobile berwarna hitam, tetapi akibat Proton yang tidak cukup bahagian kereta mungkin terpaksa menghantar Batmobile berwarna jingga sebab tiada warna hitam. Kamu boleh bayangkan tak Batmobile warna jingga?

Ini kita belum fikir kalau dia minta bantuan Naza lagi. Ingatkan boleh dapat enjin khas, tengok-tengok enjin Hyundai dalam Batmobile. Tak ke parah?

4. Sebab Kita Kecoh Dengan ‘Black Metal’ Sangat.
Bayangkanlah, jika ada lelaki berjubah hitam dan bertopeng berkeliaran di Jalan Tun Razak. Sudah pasti dilabel ‘black metal’. Memang Batman sukar untuk bekerja akibat paranoia masyarakat kita. Mesti habis rumah Bruce Wayne di Bukit Damansara diselengkar untuk mencari tempat menyembelih kambing hitam dan bilik khas parti seks beramai-ramai. Keluar sahaja Batman di mata awam pasti beramai-ramai orang berkerumun di depan rumah selepas sembahyang Jumaat.

5. Sebab Batman Itu Kebal, Bukan?
Sudahlah berimejkan kelawar, mesti geng-geng ‘Seekers’ dan bomoh-bomoh handalan tercari-cari akan kekuatan Batman. Mesti tengok-tengok ada orang jual tangkal kebal Batman di Jalan Masjid India, jual jus yang dibuat dengan kelawar yang dikeringkan dan dicampur dengan air dari gua berkelawar. Geng-geng ‘Seekers ‘mesti pasang kamera merata-rata di tempat-tempat sunyi, semata-mata untuk ‘melihat’ si Batman. Datuk-datuk semua pasti tercari-carikan punca sebenar ‘kekebalan’ Batman, pasti timbul perkhidmatan ‘urut Batman’ yang diberikan khas oleh pakcik-pakcik berserban di dalam hotel-hotel murah sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

6. Sebab Orang Kita Tidak Akan Sejahat The Joker.
Siapa Batman tanpa musuh-musuhnya? Kalau Batman Melayu, siapakah yang bakal menjadi musuh ketatnya? Pihak media massa pasti akan melaga-lagakan dia dengan Anwar Ibrahim ke, Khairy Jamaluddin ke, Najib Tun Razak ke. Setakat mereka ini jentik sekali pasti tumbang. Orang Melayu kita bukan jahat sangat pun sampai mampu berlawan dengan Batman. Paling kuat pun aku rasa Mona Fandey. Atau mungkin Botak Chin.

7. Sebab Tidak Ada Siapa Yang Sanggup Menjadi Robin.
Mengapa? Ini semua akibat stigma Pembantu Peribadi Lelaki Yang Muda. Batman pun aku rasa tidak sanggup mengambil pembantu yang mungkin di masa akan datang akan menuduhnya membuat perkara-perkara tidak elok berhampiran punggungnya.

8. Sebab Kita Suka Yang Popular Sahaja.
Aku rasa tidak sampai dua bulan pun nanti Batman akan aktif melawan penjenayah. Selepas dua bulan pasti tidak akan ada orang sanggup AFUNDI dia lagi. Kalau popular pun mesti tidak boleh lawan Mawi, walaupun populariti Mawi semakin menurun semenjak dua menjak ini akibat kekurang video lakloknya di Youtube.

9. Sebab Orang Jawa Singapura Sahaja Yang Boleh Jadi Batman.
Tak percaya? Lihat gambar berikut.

Serius, pergi tonton The Dark Knight sekarang!

Popularity: 5% [?]

Responses (40)

  1. Miko Yamaguchi says:

    saya suka joker…he’s so cooolll…tapi xsempat tgk abis semalam…dekat ending, tiba2 cirit birit pulak…haih…

  2. Enche' Kacak says:

    tak sempat lagi aku nak tonton movie ni. nanti.

    p/s: i got my neo already.

  3. Melayu Minimalis says:

    enche kacak-
    TAK ADIL! hitam? like ke m-line? kamu booking bila?

  4. Enche' Kacak says:

    booking agak lama dah. 2month ago kot.

    hitam 1.6lite je.

  5. magenta says:

    Hahaha I love this post. One of your funniest posts.

  6. gadisjahat says:

    haih, heath ledger. tetap kacak walaupun pakai baju jururawat.

  7. Munira says:

    Omg this post is so funny! I’m still laughing. The picture was just too much! :D I saw the movie yesterday. Still reeling from it.

  8. PinkCherry says:

    I was already laughing when I saw the title hihihi!

    But abang MM, orang kita tak ganas ke? Tu Altantuya kena tembak execution style then kena bom plak tu, I think that’s pretty ganas kan? Tapi seganas mana pun confirm tak boleh jadi ganas in style and sexy like Heath Ledger! And we make super hero look like an undernourished dim-witted wussy! Like hello, cicak man?!

    And where did you get the IC?! OMG so hillarious!

    Cannot wait to see the movie! I heart Heath Ledger!!!

  9. smallgestures says:

    Dude, you’ve been smoking crack lately?

  10. Melayu Minimalis says:

    munira-
    eh? aku ingatkan kau masih dalam penjara kat jepun? sorry just kidding.

    pinkcherry-
    itu bukan manusia

    smallgestures-
    i’m high on something else. and you know what it is….. *sigh*

  11. Dayana says:

    hahaha! u pun perasan ada Edison Chen?

    huahuahua!

    Heath Ledger, Christopher Nolan – gila superb.

  12. momoe says:

    best gilak entry ni pandainya

  13. 47 says:

    the dark knight was saaah-weet!! saw it last night.

    i honestly think..this is the first time ever that a comic book movie was made in a very dark and broodingly serious tone.

    apa ni MM “Serius, pergi tengok The Dark Knight sekarang” ?

    Why so serious? lol

  14. Munira says:

    melayu minimalis,

    I broke out, Great Escape-style. The Japanese never saw it coming.

    I wrote a review on DK, but can’t beat your 9 Sebab. Hahaha!

    pinkcherry,

    Google the name on the IC. Nama dia and the IC dah meletup all over the Internet.

  15. w a h i d a says:

    hilarious as always.
    and i stayed up all night reading all your other entries, this year’s and last year’s.
    =D
    very orgasmic i shall say.

  16. Anna says:

    pergh, batman bin suparman tak macam bengang muka dia masuk sini.

    LOL. :D

  17. Rozana Alia says:

    I want my name to be Catwoman binti Suparman please!

    Anyway, Proton memang takde quality. Last year a friend of mine bought a Satria Neo and after two months of using the car tiba tiba nak start engine the engine jatuh! Nasib tak jatuh time driving kalau tak naya je.

    ps: Nak naik Satria Neo!

  18. Sue Anna Joe says:

    Kalau Suparman ayah kepada Batman, siapa agaknya, ibu Batman / bini Suparman?

  19. Melayu Minimalis says:

    47-
    serious? if you notice this is the only non-serious post about The Dark Knight you’ll ever read online. At least in Malay :) this post goes deeper than face value. so who’s serious now? :)

    munira-
    oh, ok. next time dont simply trust oversea job offers k?

    wahida-
    i hope you didn’t wet anything.

    anna-
    muka dia all over the internet. at least with a post in Malay dia senang faham sikit. ibu Batman/bini Suparman? hmm. Cerita Lain.

    roe-
    nak naik buat apa? :p

  20. .(ns) says:

    MM,

    entri ni klako.
    hehe. i cud no stop laughing.
    terima kasih le ceriakan hujung minggu walaupun sedang bekerja.
    klako.;P

    .(ns)

  21. S.Saliman says:

    MM,

    fani tol.saya pun belum sempat tgk batman ni.
    pasal jawa2 jgn main2.saya jawa s’pore dan indon. (jelir lidah) tapi cerita pasal Batman bin Suparman ni mmg lawak dari dulu bapak saya cerita. (tak sedar diri )

  22. aremierulez says:

    bro…
    serius yg ni paling kelakar…
    paling kelakar sekali kat no. 2,3 dgn 7..
    hahaha..

  23. thinker bell says:

    saya sokong sume sebab nape Melayu takleh jadi Batman.

    huhu kartun gile.

    entry awak mmg terencat akal. huhu.

  24. Rozana Alia says:

    Nak naik Satria Neo untuk masak nasi goreng ikan masin pedas, ho yeah! Boleh? :p

  25. Tipu Tapi Benar (TTB) says:

    MM,
    Botak Chin bukan Cina ke?

  26. chenaD says:

    haha..mmg klaka..batman mmg wujud di malaya rupanya~~batman bin suparman

  27. Siberkop says:

    Aku tak tahu kalau ada mamat muda yg jadi jutawan kat negara kita ni, selain menjadi playboy dan berfoya-foya, sanggup gi tolong polis banteras jenayah dan rasuah.

    Derang lebih suka guna kekayaan utk jadi kaya dan dpt lebih ramai perempuan lah yeay!

  28. n I'mI says:

    bestla blog u!..huhu…menarik2… =)

  29. adeb says:

    hail ohh manusia minimalis!

  30. Melayu Minimalis says:

    roe-
    tak boleh.

    ttb-
    why so serious? haha.

    siberkop-
    kalau aku, aku buat lain. sila baca nukilan terkini ;)

    adeb-
    nama sahaja minimalis, ya?

  31. Lesbian Penguin says:

    naza pakai enjin kia aaa bukan hyundai hehehe :D

  32. Azzu says:

    aku tak sangka IC singapura sangat tidak cantik design-nya. nak kata design versi yg lama, date of birth batman suparman tu baru tahun 1990. keke.

    apa2 hal, filem dark knight mmg best. cuma aku agak kecewa sewaktu part dgn line “why so serious?” tu, tak ada adegan mengelar (mengkelar?) muka seperti dalam pan’s labyrinth. ke dah kena potong scene tu? :P

  33. mishmashpu3 says:

    i’ve seen it…it was totally awesome…best movie ever…no kidding…

  34. eryzal zainal says:

    munira dah lepas..wow~!
    tp entry ni naiss berrohh

  35. Fariz Bakar says:

    aku pernah baca post ni tp di blog org lain. dan aku rs kamu mmg original author utk post ni. brilliant.

  36. Tangerynne says:

    MM,
    Hilarious! So original, so refreshing! If only we could all laugh at ourselves and enjoy it when others laugh along with us, like you have done. Well done! Keep them coming!

  37. fatboybakes says:

    you are ONE FUNNY guy!!!! keep it up.

  38. Melayu Minimalis says:

    thanks all. didnt know people still read this post haha.

  39. Syreen Zaidatul Abdul RashidS says:

    Wakakakkaaa… funny gila siol…

  40. [...] ini post memang thumbsup beb.. korang klik sini baca [...]

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes