Nukilan aku tentang Batman tempohari telah membuat aku terfikir tentang apa yang aku boleh buat jika harta aku sebanyak harta Bruce Wayne. Disebabkan aku seorang minimalis, aku rasa aku akan belanjakan sedikit wang untuk benda-benda yang mempunyai rekabentuk minimalis (seperti Lamborghini Gallardo untuk pergi Tesco, gitar custom jenama Electrical, 3 buah Macbook Pro, satu untuk kegunaan di rumah, satu di pejabat dan satu untuk kegunaan di luar rumah, 5 unit kondo berlantaikan kayu hasil projek MK Land atau YTL untuk makan duit sewa dan akhirnya satu unit tentera khas berbaju seragam hitam yang aku akan gelar ‘Angkatan Tentera Minimalis’ yang akan aku gunakan sebagai entourage aku. Simbol tentera aku hanyalah perkataan ‘Angkatan Tentera Minimalis’ di dalam font Helvetica Neue) dan selebihnya akan aku gunakan untuk membeli jawatan Perdana Menteri Malaysia serta membayar gaji ahli kabinet aku.
Disebabkan duit aku ada berbillion-billion ringgit, aku akan gunakan duit aku untuk memulakan pelbagai projek-projek kerajaan yang aku harapkan dapat menampung sendiri kos mereka setelah pelaburan duit aku sendiri selama 10 tahun minima, tanpa peningkatan cukai pun. Kalau tidak dapat menampung kos sendiri dalam 10 tahun aku akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan beli Pulau Lang Tengah dan naik takhta sebagai raja.
Jadi diantara perkara-perkara yang akan aku buat di bawah pemerintahan rejim aku adalah seperti berikut.
1. Merombak Sistem Pendidikan.
Pendidikan wajib akan aku kekalkan sehingga Tingkatan Lima, tetapi aku akan merombak semula kurikulum sekolah dari Darjah Satu sehingga Tingkatan Lima. Sistem pendidikan akan berubah kepada sistem yang berasaskan pengalaman dan aplikasi dan bukan berdasarkan peperiksaan. Akibatnya pelajar-pelajar akan lebih berada di luar kelas untuk belajar menggunakan apa yang di ajar di dunia luar, tanpa sistem gred yang terlampau mementingkan ‘A’, sebaliknya menggunakan sistem analisa pelajar yang lebih menyeluruh. Para guru juga akan dilatih secara komprehensif, dan sistem saringan untuk mereka yang layak menjadi guru akan lebih diketatkan.
2. Membiayai Pendidikan Percuma Sehingga Peringkat Universiti.
Mereka yang layak serta berminat akan dibiayai pendidikan dalam negara sehingga peringkat universiti. Mereka yang inginkan pengalaman boleh memohon biasiswa penuh khas untuk ke luar negara, tetapi hanya mereka yang melalui proses pemilihan yang amat ketat. Antara kriteria pemilihan adalah keterbukaan minda, serta mampu menyesuaikan diri dalam apa-apa situasi sosial dan bukan sahaja keputusan peperiksaan. Segala buku rujukan dan buku teks serta buku latihan akan dibekalkan secara percuma tanpa mengira pendapatan keluarga, serta tidak akan wujud sekolah-sekolah atau kolej-kolej swasta. Kemudahan am semua pusat pendidikan akan disekatakan, tanpa membezakan lokasi sama ada di bandar atau kampung.
3. Gaji Tenaga Kerja Perkhidmatan Awam/Am Akan Dinaikkan.
Gaji guru/pensyarah, pekerja dan pegawai kerajaan, polis/tentera/bomba, penyelidik awam serta doktor akan dinaikkan sehingga tarap yang boleh menandingi sektor swasta. Pemilihan untuk ke sektor awam juga akan diketatkan, dan bukan calang-calang orang akan boleh bekerja di dalam kerajaan. Gaji kerajaan akan dinaikkan ke tahap yang amat kompetitif sehinggakan orang ramai akan lebih terkejar-kejar untuk masuk ke dalam kerajaan dan bukan sektor swasta. Pelindungan dari segi kos kesihatan, perumahan serta pengangkutan, dan tidak lupa kontrak yang menjamin pekerjaan jangka panjang akan menjadi sebab utama ingin menyertai kerajaan.
Latihan untuk memasuki sektor kerajaan juga akan dikemaskinikan, dan akan menumpukan lebih kepada aspek perkhidmatan pelanggan serta dedikasi kerja.
4. Memansuhkan Segala Akta Yang Akan Menguntungkan Mana-Mana Kaum/Pihak Tertentu.
Aku rasa ini yang mungkin penting. Akibat pemansuhan ini semua orang akan menjadi lebih kompetitif dan bekerja keras, dan tidak perlu ‘disuap’ dengan ‘kerusi’ yang dijamin ataupun subsidi yang membebankan kerajaan. Jika semua rakyat, tidak kisah harta, pangkat, kaum dilayan secara adil tidak akan ada mana-mana pihak yang akan mengadu ada pihak lain yang mendapat lebih layanan dari kerajaan.
Aku rasa, dengan hanya empat langkah diatas, akan berlaku kesan domino yang akan mendatangkan kebaikan terhadap rejim (ha ha) kerajaan aku secara automatik.
Antara yang aku rasa akan berlaku ialah:
a) Peningkatan Taraf Hidup.
Aku mungkin boleh rapatkan jurang miskin dan kaya, dan akibatnya 95% rakyat akan tergolong di dalam golongan pertengahan. Kuasa pembeli akan meningkat, dan akan meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhan. Aku malas fikir secara ekonomi makro. Peningkatan kualiti perkhidmatan awam juga akan meningkatkan keberkesanan, dari pemprosesan dokumen kerajaan hinggalah kepada pengagihan projek pembangunan. Gaji yang cukup akan menyebabkan semua orang berdedikasi terhadap kerja, dari pemandu bas hinggalah kerani kaunter kerajaan. Semua orang gembira.
b) Kurang Penyalahgunaan Kuasa.
Akibat tidak banyak perbezaan taraf hidup di antara seorang pegawai pemasaran di syarikat swasta dan seorang pegawai polis, akan hilang situasi di mana salah seorang dari dua orang tersebut akan berada di situasi menguntungkan dari segi kuasa atau wang (get the upper hand-lah kata Mat Salleh) jadi semua mungkin akan berlaku secara adil. Kesan terus dari ini akan aku hapuskan agensi kerajaan yang mungkin tidak berguna jika semua ini berlaku, seperti Badan Pencegah Rasuah serta mana-mana badan serta Suruhanjaya Di-Raja dan juga pemerhati NGO yang tidak relevan.
Haih. Impian semata-mata.
Tunggu apa lagi? Sila transfer wang ke akaun aku sekarang!
Popularity: 8% [?]

Kalau aku kaya aku mahu jadi macam Syed Mokhtar Al Bukhari dan menderma pada orang yang memerlukan.
Selebihnya aku nak beli pulau Ibiza.
Interesting blog you have here. Salam perkenalan untuk aweks2 comel pembaca MM!
kalau kau jadi PM, jangan lupa turunkan harga minyak tau..
impressive!
sila bertanding bila dalam pilihanraya akan datang nanti.
dan jangan berhenti pada jawatan perdana menteri sahaja, usahakan sehingga mewujudkan jawatan dan menjadi supreme chancellor..
Ah, you’re still on crack..
Jangan beli Electrical.
harris-
awek comel? mana?
aremierulez-
tu secara automatik akan terjadi. aku tak payah buat pun.
47-
yes! MM FOR SUPREME CHANCELLOR!
smallegestures-
a man can only dream. terima kasih kerana update blog. DENGAN SATU GAMBAR.
kalau jadi PM tolong lantik KJ jadi duta besar ke Timor Laste
Setuju dengan kebanyakkan langkah yang mahu dilaksanakan kecuali meminda akta-akta yang melibatkan kaum. Ianya agak sukar untuk dilakukan buat masa sekarang, mahupun 50 tahun lagi kerana jurang ekonomi antara kaum masih tidak sekata. Orang yang dah tersepit takkan mahu benarkan ‘hak’ mereka dikecilkan lagi. Tapi masih boleh dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada aspek mengubah minda terutamanya orang-orang melayu yang masih fikir tanah ini mereka punya jadi mereka boleh lepak, tido, bergayut sesuka hati dengan harapan kekayaan boleh turun dari langit.
Meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dari segi peningkatan kualiti pemilihan anggota dan meningkatkan tangga gaji adalah cadangan yang baik. Ianya bakal membantu mewujudkan penjawat awam yang lebih efisien. Tapi kita kena ingat, dalam dasar Pak Lah, ada 3 agensi saja yang dianggap sepenuhnya Counter Service Agency, Imigresen, JPN dan JPJ saja. Kalau 3 agensi ini mempunyai perkhidmatan kaunter yang amat baik, ianya mencerminkan kecemerlangan perkhidmatan awam kerajaan keseluruhannya. Itu kata Pak Lah…
Cadangan yang baik…
MM
Kenapa tidak nampak sebarang dasar yang menjurus kepada pemuliharaan alam sekitar dan dasar-dasar yang berunsurkan ‘hijau’ (mewajibkan tenaga solar untuk menjana tenaga dan kitar semula di bangunan kerajaan atau dan di kawasan perumahan)?
Tolong pastikan penguatkuasaan yang dijalankan oleh agensi kerajaan di bawah pemerintahan MM nanti lebih telus dan lebih tegas. Biar sigapura malu melihat kehebatan penguatkuasaan di Malaysia.
PS – Harap MM beri perhatian kepada usaha untuk meningkatkan kebersihan dan mencari penempatan baru dan tersusun untuk gerai-gerai makanan yang bersepah di KL ini.
Dan wajibkan pembinaan parkir bertingkat. Sungguh bersepah kereta2 yang parkir tepi jalan di kawasan perumahan dan pejabat di sekitar KL ini.
merujuk kepada ttb, asasnya kan datang dari pendidikan. and yeah, bukan setakat bertulis sahaja, praktikal pun. meh la saya tolong sebarkan ttg penjagaan alam sekitar. kalau mahu tapau makanan, bawak mangkuk tingkat sendiri. hee
abg kwsn-
beres!
frossonice, ttb, senandung k-
pada aku kena ubah yang asas dahulu, ambil masa yang lama, sebelum kita mampu mengubah apa2 yang lain. masalah kita yang utama ialah kita terlalu ambitious, dan mudah patah semangat bila nampak tanda2 kegagalan. kalau kita tukar cara pemikiran anak2 kita, lambat laun mereka yang akan bertanggungjawab untuk negara pada masa akan datang, bukan?
MM..
saya pegawai kerajaan. skrg time rehat, so bleh layan blog jap..
saya setuju ngan cadangan pemilihan pegawai secara ketat utk agensi kerajaan. sbb skrg ni, kroni masih lagi mendominasi. kalau anak pengarah, atau datuk (dato’) mudah je masuk kerja kerajaan, walhal tak bleh buat kerja. Pastu baca blog time keje…ish, ish, ish…anak sapa la tu…
so, kalau MM jadi PM, saya nak minta jawatan menteri keewangan, merangkap menteri pertahanan.
minimalis the idealist, okayyyy
cool! Id like to apply for ur citizenship!
Love your blog, so witty! kikiki
and should you become the prime minister, what would be the best pick up line to get you interested?
watch out. my blogs are mostly NSFW. especially in the banana republic where your hotness resides.
@kinkylube
best pick up line would be
“They appointed me as your deputy!”
went to your blogs. i like the ones with all the scribbles. yours?
@bulma
thanks!
yeah man, they’re mine.
since being the deputy is currently taking on way too many negative connotations, how about this for a pick up line instead:
“excuse me, do you know kinkylube? no? hi, i’m kinkylube.”
well, that’s hardly A line, but it’s worked wonders for me.
oh. bernas sungguh idea-idea tu. calonkan la diri anda untuk election akan datang. sure dapat sokongan punya. haha.
kalau lah aku PM ngkorang … aku akan…
JADI MACAM SIVAJI THE BOSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!
Hmmm…kalau MM jadi PM, alamatnya habislaaa isteri2 kepada menteri2 disapunya. Terutamanya isteri2 yang ‘chinese look’ tu. Eh, macam Pak Lah la taste you.
negara jepun/china aku x sure..kalau sesapa keja ngan kerajaan, sgt lah tinggi org respek.
p/s: tax cigar xnak turun ke?+)
KALAU lah anda dicalonkn utk jd pm. saya pangkah anda.
konklusi:good content indeed.
[...] Sila lihat nukilan ini. 2. Belum cuba. Aku rasa perubahan paling besar untuk OS ini adalah penukaran dari sistem 32-bit ke [...]