July 29, 2008 15

Tanya Abang Minimalis Lagi!

By in Tanya Abang Minimalis

Baiklah, atas permintaan ramai sekali lagi, aku akan buka ruang di sini untuk kamu bertanyakan soalan kepada aku, Encik Melayu Minimalis (tiada pangkat, tiada darjat). Soalan-soalan yang dibenarkan adalah soalan yang selain berunsur agama dan politik, seperti biasa. Tetapi untuk kali ini, soalan-soalan berunsur Matematik serta Ilmu Tajwid juga tidak digalakkan. Lagipun aku rasa kamu salah blog jika kamu ingin bertanyakan soalan sebegitu.

Juga, selain dari soalan, permintaan-permintaan nukilan serta pendapat juga dialu-alukan. Tidak lupa juga segala dermawan-dermawan internet yang ikhlas yang ingin menderma juga akan mendapatkan jawapan terperinci kepada semua soalan-soalan mereka, ya? Tetapi perlu disertakan dengan bukti dermaan, terima kasih.

(Sebenarnya aku semenjak dua menjak ini kurang marah. Kecuali terhadap Proton. Lain-lain hal aku no hal. Jadi kalau mahu cari hal tanyalah soalan ok?)

Popularity: 1% [?]

15 Responses to “Tanya Abang Minimalis Lagi!”

  1. renegix_01 says:

    terangkan teori kematian wang dan sejauh mana relevan penggunaan dinar emas dalam menggantikan wang?

  2. Ferdows D. Isaac says:

    MM,
    persepsi kau terhadap perempuan Melayu Bimbo?

    hehe

  3. aiko says:

    adakah anda perokok?
    kalau ye kenape? kalau tak kenape?
    lastly, kenapa org suke merokok walaupun dah tau merokok tu membahayakan diri & org sekeliling dan juga membazir duit?..

  4. Sue Anna Joe says:

    MM, soalan saya ialah, apesal sorang diorang kat atas ni tak best?

    Ahahaha.

  5. heartbeat says:

    MM, soalan saya – kenapa perlu tanya soalan kepada anda?

    Hehe

  6. 47 says:

    wahai MM, ini soalan aku:

    kenapa sesetengah blogger tidak kisah mendedahkan identiti dan muka mereka dan sesetengah lagi mahukan anonymity?

    dan pada pendapat MM, apakah pros and cons kekal anonymous / mendedahkan identiti?

    thanks.

  7. H says:

    MM,

    dulu ada tafsiran lelaki metrosexual. dan sekarang boleh bagi tafsiran lelaki maskulin?

  8. Kwaidan Tarmizi says:

    Lagu kegemaran encik MM tahun ini, dan Album terakhir encik MM last dengar?

  9. Jebon says:

    Encik MM,

    normalkah untuk saya berasa marah/berang/nak tampar diri sendiri apabila mendengar pasangan bercinta (bawah umur/cukup2 umur,mostly di myspace) menggunakan kata ganti diri ‘Mama’ dan ‘Papa’ bila bercakap sesama sendiri?

  10. Sarah is the One says:

    di manakah di Malaysia kedai untuk membeli kostum-kostum nakal selain daripada costume nurse atau catwoman atau rabbit.

    ada tak kedai yang mempunyai lebih variasi dari itu. terima kasih

  11. Fendy says:

    Apakah antara perkerjaan yang cool bagi anda? Jelaskan.

  12. Rozana Alia says:

    MM, saya guna MacBook and I don’t know why tak boleh masuk Facebook and sejak Twitter ubah apetah cannot masuk Twitter juga. (padahal boleh tanya dekat kedai Mac. Saje je mana lah tahu you tahu kan)

  13. tumpanglalu says:

    salam..

    dalam kehidupan seharian, kita banyak jumpa perkara berkenaan kualiti antaranya kualiti terbaik, rendah mutu kualitinya, belum sampai tahap kualiti yang diinginkan dan sebagainya.

    kalau contohnya air mineral A, si A kata ia adalah berkualiti terbaik tapi dalam masa yang sama, dia tak tahu yang nun di ujung dunia sana ada si B menganggap air mineralny Bnya adalah paling baik.

    soklan saya, camna nak jelaskan terma ‘kualiti’ kerna tiada rasanya piawaian untuk menetapkan sesuatu hal/benda tu terbaik atau terburuk dan yang sewaktu dengannya..

  14. LoveyAshLiecious says:

    xsangka anda seorang yang popular. :|

  15. bat says:

    salam

    persoalan..i ask u bcause i can relate to some of your entries..saya seorang gadis yang bingung.I have no lack of suitors tapi bile mula berpasangan saya rasa rimas dan menyampah dan lebih suka buat hal sendiri dan akan meninggalkan mereka terkontang kanting tanpa pesan secara tiba2

    Âpe kene dgn saya ni?Baru2 ni ade buat kuiz psikologi yang certified dan analisis nya ialah saya ada tendency pada schizotypal .Do u tink i have to do sumthing or biar saja sbb jenis saya tak cendderung pada perbuatan yang boleh membinasakan. Er kan?..

    -yaya-

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes