Untuk kamu yang mengikuti perkembangan tentang kereta Proton aku, ya, aku sudah pun menghantar e-mel kepada Pengarah Urusan Proton. Malangnya dia tak baca pun e-mel aku, dia lepas tangan hantar kepada orang bawah dia, dan orang bawah dia hantar pada orang bawah dia satu lagi, yang akhirnya menghantar e-mel yang sama kepada orang yang paling bawah.
Jawapannya? Sama seperti jawapan penjual kereta aku. Lebih baik tak payah. Hari ini genap 2 BULAN, beb.
Sebelum aku menyumpah-nyeranah apa kata kita lihat soalan-soalan untuk kali ini ya?
renegix_01 berkata…
terangkan teori kematian wang dan sejauh mana relevan penggunaan dinar emas dalam menggantikan wang?
Kan aku sudah cakap jangan tanya berkenaan Tajwid? ;) Tapi jika kamu perlu tahu sila baca artikel ini, yang memang menerangkan konsep penggunaan dinar emas, termasuk contoh penggunaannya dalam sistem ekonomi Malaysia dan Indonesia. Maaf, aku memang tidak fasih ekonomi, duit simpanan pun tiada.
Ferdows D. Isaac berkata…
MM, persepsi kau terhadap perempuan Melayu Bimbo? hehe
Satu perkara yang kamu perlu faham tentang blog aku ialah, walaupun adakalanya aku menulis tafsiran yang begitu sinis tentang kelompok-kelompok tertentu di dalam masyarakat, tetapi aku akur bahawa setiap kelompok itu ada relevannya di dalam masyarakat sejagat. OK, aku bagi contoh, golongan ‘kyogaru’ atau ‘kogal’ di Jepun misalnya (mungkin ini yang paling hampir dengan golongan Melayu Bimbo yang kamu maksudkan), merupakan satu kelompok masyarakat berpendapatan sederhana yang mempunyai banyak pengaruh di Jepun. Dari fesyen, trend, rekacipta telefon bimbit, jenis makanan dan minuman dan banyak lagi semuanya banyak dipengaruhi apa yang digemari golongan ini. Bukan itu sahaja, pendapatan boleh-buang (? – disposable income) kelompok ini juga banyak mempengaruhi gerak ekonomi negara Jepun, terutamanya berkenaan barangan serta produk yang digunakan kelompok ini. Sebab itu selalu dikatakan mana-mana trend terhangat di dunia ini banyak dimulakan dari Shibuya serta Shinjuku, kedua-duanya tempat yang penuh dengan golongan remaja ini.
Tapi aku kurang pasti tentang ‘kuasa pembelian’ (? – purchasing power) yang dimiliki oleh Melayu Bimbo, dan sejauh mana kelompok ini mampu mempengaruhi ekonomi negara kita. Sedikit sebanyak pun golongan ini mampu menghiburkan kita dengan gambar-gambar lurah dada di Flickr yang diambil dengan kamera digital serta telefon bimbit berkamera mahal mereka, bukan?
aiko berkata…
adakah anda perokok? kalau ye kenape? kalau tak kenape? lastly, kenapa org suke merokok walaupun dah tau merokok tu membahayakan diri & org sekeliling dan juga membazir duit?..
Ya, aku perokok. Sebab rokok mengandungi nikotina, satu dadah yang amat ketagih. Orang suka merokok bukan sebab mereka suka merokok, tetapi mereka suka aksi yang dilakukan ketika merokok. Ini termasuklah mengetuk kotak rokok ketika mula dibeli, membuka bungkusan plastik rokok dengan cara tertentu, menarik atau menyimpan balutan kertas aluminium di dalam rokok, menarik rokok keluar dalam aturan tertentu, mengeluarkan pemetik api, cara membakar rokok dengan api, cara meletak rokok di bibir, cara memegang rokok dengan tangan, cara menyedut asap rokok, cara menghembus asap rokok, cara menjentik abu rokok dari rokok, cara memadam api rokok serta cara membuang puntung rokok. Semuanya penting.
Dan manusia memang selalunya suka benda-benda yang membahayakan dan membazirkan. Sebab itu aku merokok. Bukan untuk nampak ‘cool’, OK?
Sue Anna Joe berkata…
MM, soalan saya ialah, apesal sorang diorang kat atas ni tak best?
Aku tidak mendiskriminasi. Cuma aku ada pendapat tentang orang sahaja.
heartbeat berkata…
MM, soalan saya – kenapa perlu tanya soalan kepada anda?
Sebab ramai orang ingin membaca pendapat aku di sini, tak kisahlah sama ada betul atau salah, tetapi ia memangnya pendapat aku. Juga sebab kamu semua tahu aku tak peduli apa pendapat kamu tentang pendapat aku. Sebab itu tajuk blog aku ‘Aku Tak Peduli’. Sila rujuk vendetta aku kembali jika kamu kurang faham.
47 berkata…
wahai MM, ini soalan aku: kenapa sesetengah blogger tidak kisah mendedahkan identiti dan muka mereka dan sesetengah lagi mahukan anonymity?dan pada pendapat MM, apakah pros and cons kekal anonymous / mendedahkan identiti?
Aku pernah menyentuh hal ini lama dahulu. Sebab aku ingin anonymous (walaupun aku tidak berusaha sangat pun semenjak dua menjak ini) ialah aku tidak mahu identiti serta kedudukan aku (serta reputasi aku, tak kisah baik ataupun buruk) mempengaruhi apa yang kamu baca di sini. Dia macam Ozzy Osbourne serta Snoop Dogg, kamu dengar lagu mereka memang mereka ini macam handal, tetapi bila melihat rancangan tv realiti mereka pendapat kamu tentang mereka berubah terus (Ozzy tu macam orang tua nyanyuk, dan Snoop Dogg tidaklah se-gangsta mana pun).
Aku banyak memikirkan kelebihan dan kerugian menyembunyikan identiti, tetapi aku rasa dalam kes aku lebih mudah untuk aku tidak mendedahkan identiti, sebab banyak implikasinya terhadap aku. Cukuplah kamu semua menganggap semua lelaki berseluar ketat dan berkasut putih itu Melayu Minimalis.
H berkata…
MM, dulu ada tafsiran lelaki metrosexual. dan sekarang boleh bagi tafsiran lelaki maskulin?
Aku sudah tulis-lah. Di sini.
Kwaidan Tarmizi berkata…
Lagu kegemaran encik MM tahun ini, dan Album terakhir encik MM last dengar?
(Blog kamu best!) Lagu kegemaran aku tahun ini semestinya ‘Halcyon – Beautiful Days‘ dendangan Mono. Mendalam ertinya buat aku. Dua album terakhir yang aku dengar betul-betul ialah album M83, ‘Saturday = Youth’ serta album Bitcrush bertajuk ‘Epilogue In Waves’.
Jebon berkata…
Encik MM, normalkah untuk saya berasa marah/berang/nak tampar diri sendiri apabila mendengar pasangan bercinta (bawah umur/cukup2 umur,mostly di myspace) menggunakan kata ganti diri ‘Mama’ dan ‘Papa’ bila bercakap sesama sendiri?
Normal. Aku harapkan mereka yang bawah umur ini jangan pula begitu sebab asyik menggunakan pengganti cincin tunang yang semakin popular di Amerika sekarang. Betul-betul jadi ‘Mama’ dan ‘Papa’.
Fendy berkata…
Apakah antara perkerjaan yang cool bagi anda? Jelaskan.
Perdana Menteri Malaysia. Selain dari itu aku rasa pekerjaan aku sebagai ahli fizik nuklear memang agak cool. Sebab aku dan rakan sekerja aku sahaja dari Malaysia yang bakal melihat particle accelerator di CERN, Geneva, membinasakan dunia kita dengan ‘lubang hitam‘.
Sarah is the One berkata…
di manakah di Malaysia kedai untuk membeli kostum-kostum nakal selain daripada costume nurse atau catwoman atau rabbit. ada tak kedai yang mempunyai lebih variasi dari itu. terima kasih.
Hmm. Setahu aku di Malaysia tiada. Kalau ada pun mungkin di kedai-kedai (atau gerai-gerai kecil) yang menjual lingerie murahan di pusat membeli-belah. Untuk lelaki aku pernah berjumpa seluar dalam berupa belalai gajah, di Jusco tidak silap aku. Memang comel untuk mereka yang berzakar panjang. Kalau hendak senang beli di Ebay sahaja, banyak boleh beli kad debit (di 7-11 pun ada) yang boleh digunakan dalam Ebay. Untuk aku senang sahaja, baju sekolah. (Bukan untuk yang dibawah umur, ok?)
Bagaimanapun, jika kamu peminat Furry Fandom atau seorang ‘Furvert‘, banyak kedai-kedai pakaian beragam di Lembah Kelang yang menyewakan sut penuh dengan topeng sekali. Di sini aku ingin tabik Freelove kerana berjaya memuaskan hati semua ‘Furvert’ di Malaysia dengan video muzik mereka di bawah ini. Mengghairahkan. Oh ya, teman lelaki kamu memang bertuah.
Popularity: 2% [?]
MM,
terima kasih utk penjelasan panjang lebar anda
bagi aku,(aku tak tahu yg lain bagaimana) bimbo disini dimana, muka cantik tetapi when we start to talk about current issues atau perkara lain yang memerlukan kita memerah otak, mereka hanya mampu membisu dan tersengih2 dan mereka memang benak gamaknya. Haha
pendapat kamu?
Wah! Terima kasih untuk link yang menarik itu!:))
dan, kau dah dengar lagu-lagu baru malique?
Pendapat kau?
tak dapat kereta lagi? ish..u should try Tribunal Pengguna.
MM;
Sekiranya MM diberikan dana untuk membuat sebuah filem, cerita yang bagaimanakah yang akan MM jadikan filem?
Dan apakah lagu-lagu yang MM akan pilih untuk dijadikan soundtrack untuk filem MM itu?
sir,
i am curious as to your opinion on
a. consensual anal sex
b. non-consensual anal sex
thank you for your time. :)
Tolong senaraikan filem2 best berkaitan “HACKERS” selain dari filem yg pernah aku tengok seperti….HACKERS, ANTI-TRUS…etc..
Terima kasih…
adios…
Wah soklan Anna yg tah pape tu pon dijawab. Very good lah you. I was just kidding about the q’s being tak best btw. :P
Tapi cara MM jawab soalan2 tu suma, membuatkan soalan2 tu kelihatan teramat menarik.
Tahniah MM!
Okay, serious question, kalau ada masa nak jawab, berkaitan ngan jawapan MM pada aiko yg bertanya pasal perokok,
You said in the end “… Bukan untuk nampak ‘cool’, OK?”
Soalan saya ialah: Cemana nak detect orang yang merokok untuk kelihatan ‘cool’. Apakah kriterianya?
apakah kurangnya industri muzik di tanah air kita ni? industri muzik non-mainstream lah (aku pun tak tau nak label ape lagi kpd industri ni, underground?, indie?, whatever)
apa kurang berbanding scene indonesia? walhal kita punya muzik sume bagus2 (segelintir shj lah)
Aku rasa dari segi penerimaan, kita semua sudah terbuka. kita boleh menjemput band2 post-rock, dan akan dtg band math spt TOE. maksud nya sudah ada pendengar dan market kpd genre ini. bukan aku kata post rock dan math satu kayu ukur, tapi aku rasa di situ ada perkembangan iaitu keterbukaan. metal(segala jenis metal lah), indie atau emo semua itu sudah kita terima lama dulu. mungkin tidak seawal negara jiran spore dan indonesia.
dan mcm mana pula langkah2 utk mengembangkan industri ini?
terima kasih.
oh ya, lama dah tak nampak KLPHQ main. mana pergi ya?
Hai En MM…
Ble tlg senaraikan benda2 best yg ble dberi utk kaum lelaki…
Terima kasih…