July 31, 2008 11

Tanya Abang Minimalis: Musim 3 Episod 2.

By in Tanya Abang Minimalis

Aku sudah masuk tahap bengang gila. Akibat cuba menyelesaikan masalah kereta aku, aku sampai tidak sempat ke tempat kerja hari ini. Majikan aku pasti marah. Tapi hendak buat macam mana? Jadi, sementara kemarahan masih meluap, aku akan alurkan segala kemarahan tersebut untuk menjawab soalan-soalan kamu semua.

Rozana Alia berkata…
MM, saya guna MacBook and I don’t know why tak boleh masuk Facebook and sejak Twitter ubah apetah cannot masuk Twitter juga. (padahal boleh tanya dekat kedai Mac. Saje je mana lah tahu you tahu kan)

Kamu guna browser apa? Cuba resetkan ‘cookies’ kamu, dan jika tidak boleh juga padamkan ‘preferences’ kamu dari ~Home/Library/Preferences. Padamkan fail com.apple.Safari.plist jika kamu guna Safari atau org.mozilla.firefox.plist jika kamu gunakan Firefox. Mungkin boleh membantu.

Ferdows D. Isaac berkata..
MM,
terima kasih utk penjelasan panjang lebar anda
bagi aku,(aku tak tahu yg lain bagaimana) bimbo disini dimana, muka cantik tetapi when we start to talk about current issues atau perkara lain yang memerlukan kita memerah otak, mereka hanya mampu membisu dan tersengih2 dan mereka memang benak gamaknya. Haha. pendapat kamu?

Wah! Terima kasih untuk link yang menarik itu!:))
dan, kau dah dengar lagu-lagu baru malique? Pendapat kau?

Muka yang cantik jangan disangka otaknya kosong. Kadangkala perempuan suka berbuat demikian di depan lelaki, agar mereka nampak lemah, dan membolehkan si lelaki merasakan ego mereka melonjak-lonjak ketika mereka berupaya ‘menolong’ si perempuan yang konon lemah ini. Secara peribadi aku kurang minat mereka yang sebegini, tapi dari pemerhatian aku ramai yang masih sebegini dan ramai lelaki (terutamanya lelaki artis Melayu yang suka ceraikan isteri sebab isteri lepak di kelab malam) minat dengan mereka yang seakan-akan berotak kosong dan tidak mempunyai pendapat sendiri. Bukan aku. Aku lain tau!

Dan aku tidak mendengar album solo Malique lagi, jadi tiada komen.

Tipu Tapi Benar (TTB)
berkata…
Sekiranya MM diberikan dana untuk membuat sebuah filem, cerita yang bagaimanakah yang akan MM jadikan filem? Dan apakah lagu-lagu yang MM akan pilih untuk dijadikan soundtrack untuk filem MM itu?

Aku akan bikin filem kehidupan dan cinta di Lembah Kelang yang setepat mungkin, tetapi yang langsung tidak melibatkan Mat Rempit, Bohsia (relevan ke golongan ini sekarang?), Mamat Drift, jus oren serta Abang Misai Muka Ketat Berjaket Kulit. Sebaliknya ia akan mengenai golongan-golongan yang rapat dengan aku. Ia akan penuh dengan bahasa slanga dan bahasa pasar, lurah dada, seks rambang dan arak, tanpa disunting oleh penerbit filem atau Lembaga Penapis Filem serta Kementerian Dalam Negeri. Filem yang sejujur-jujurnya, tanpa perlu tunduk pada mana target market dan trend terkini. Filem jujur. Soundtrack instrumental aku akan buat sendiri, semestinya. Kalau inginkan rakaman orang lain mungkin aku akan meminta izin Blue Note Records untuk menggunakan rakaman-rakaman jazz bebop mereka sekitar akhir tahun 1950an.

Pada aku, filem Malaysia yang mungkin paling hampir dengan visi aku ialah filem arahan Teck Tan, iaitu ‘Spinning Gasing‘. Premis awalnya mungkin menggalakkan, tetapi mungkin akibat tekanan penerbit dan syarikat filem, filem ini pada aku tidak berapa berjaya, kerana mengorbankan realisme untuk memudahkan pemasarannya dan menjadikannya komersil, serta barisan pelakon yang agak kekok dan tidak kena. Hampa jugalah.

harakirimonkey berkata…
sir, i am curious as to your opinion on
a. consensual anal sex
b. non-consensual anal sex
thank you for your time. :)

Di sini aku hanya boleh memberi komen tentang soalan di atas dari segi seks heteroseksual. Yang pertama, isu non-consensual sex atau seks tanpa izin tidak sepatutnya timbul. Tidak kisahlah depan, belakang, atas atau bawah. Sebab menurut pemahaman aku ‘tanpa izin’ adalah sama dengan rogol, satu jenayah paling berat yang aku tidak mahu berlaku kepada mana-mana kenalan wanita (dan mungkin lelaki) aku. Berkenaan cara-cara seks itu dilakukan, aku percaya kamu kena tepuk dada tanya selera. Terlampau subjektif, cuma mungkin tabiat-tabiat seks ‘pemimpin’ kita (sama ada benar atau tidak) tidak sepatutnya digunakan untuk melariskan akhbar. Itu sahaja.

Kurie berkata…
Tolong senaraikan filem2 best berkaitan “HACKERS” selain dari filem yg pernah aku tengok seperti….HACKERS, ANTI-TRUS…etc..

Aku dahulu obses dengan filem ‘Hackers‘, dan itulah pengenalan pertama aku kepada Angelina Jolie. Sebab filem tersebut jugalah aku mula belajar Unix, dan mula bermain inline skate. Seingat aku, filem lain yang mungkin menarik minat kamu ialah ‘Pi‘ (soundtrack dia memang bagus!), ‘Wargames‘, ‘Electric Dreams‘ (bukan berkenaan penggodam tetapi agak menarik juga), ‘The Net‘ (lakonan Sandra Bullock). Juga janganlah lupa ‘Swordfish‘ dan mungkin juga ‘Tron‘. Aku dengar mereka akan bikin sambungan filem ‘Tron‘, jadi pandai-pandailah gunakan Google ya?

Tapi apa-apa pun, jangan lupakan siri tv ‘Max Headroom‘ yang popular dahulu. Watak ‘Max Headroom‘ lakonan Matt Frewer amat popular pada pertengahan tahun 1980an dahulu, dan visi masa hadapan yang ditunjukkan dalam siri tv tersebut (anarki berkomputer, user-generated content dan sebagainya) memang relevan untuk kita sekarang yang hidup di zaman Youtube, 3G, Akademi Fantasia serta tv realiti. Memang agak visionary.

Sue Anna Joe berkata…
Soalan saya ialah: Cemana nak detect orang yang merokok untuk kelihatan ‘cool’. Apakah kriterianya?

Orang yang hembus rokok guna hidung.

young team berkata…
apakah kurangnya industri muzik di tanah air kita ni? industri muzik non-mainstream lah (aku pun tak tau nak label ape lagi kpd industri ni, underground?, indie?, whatever)
apa kurang berbanding scene indonesia? walhal kita punya muzik sume bagus2 (segelintir shj lah) Aku rasa dari segi penerimaan, kita semua sudah terbuka. kita boleh menjemput band2 post-rock, dan akan dtg band math spt TOE. maksud nya sudah ada pendengar dan market kpd genre ini. bukan aku kata post rock dan math satu kayu ukur, tapi aku rasa di situ ada perkembangan iaitu keterbukaan. metal(segala jenis metal lah), indie atau emo semua itu sudah kita terima lama dulu. mungkin tidak seawal negara jiran spore dan indonesia.
dan mcm mana pula langkah2 utk mengembangkan industri ini?
+ oh ya, lama dah tak nampak KLPHQ main. mana pergi ya?

Aku pernah menulis tentang ini dahulu. Semuanya akibat pasaran. Aku, engkau dan kawan-kawan engkau. Paling kuat pun yang mungkin minat dengan muzik sebegini berapa orang? Kamu rasa dalam penduduk Malaysia yang mungkin mencecah 27 juta orang ini, bilangan kita sampai satu juta orang tak? Aku rasa tidak sampai. Dan jumlah pasaran yang kecil inilah yang amat terhad inilah yang amat membantutkan perkembangan kita. Berlainan dengan Singapura, walaupun jumlah penduduknya kecil jika dibandingkan Malaysia, tapi aku rasa nisbah penduduk dengan mereka yang mungkin menerima jenis muzik baru itu adalah amat tinggi. Dan Indonesia pula jumlah penduduknya teramat besar. Walaupun nisbahnya mungkin lebih kecil dibandingkan negara kita, tetapi jumlah penduduknya yang amat besar menjanjikan pasaran yang amat besar untuk band sekecil mana pun.

Aku rasa yang lebih penting dari mengembangkan industri kita ialah untuk me’mature‘kan industri kita terdahulu (maaf aku tidak jumpa istilah sesuai). Jumlah akhir tidak penting, tetapi yang penting adalah pemikiran mereka yang berkarya kreatif di sini, serta sebab-sebab dan motivasi mereka ingin berkarya sedemikian.

KLPHQ sekarang sedang tour Brazil, tidak silap aku.

Dang Ijah berkata…
Hai En MM… Ble tlg senaraikan benda2 best yg ble dberi utk kaum lelaki… Terima kasih…

Proton Satria Neo 1.6 Manual Lite Hitam.

Popularity: 2% [?]

11 Responses to “Tanya Abang Minimalis: Musim 3 Episod 2.”

  1. Dang Ijah says:

    Terima kasih atas cadangan En MM tu tapi ble ker bg cdgn benda yg simple dan ble dibeli ikut kemampuan… Kalau keta 2 saya xmampu nak beli…

  2. encik erm says:

    ooops,neo hitam kene tunggu lebih 3 bulan…hehehe

    pastu service,lebih sejam

    berlebih lebih pulak aku komen

  3. Amir Hamzah says:

    Encik MM,

    Bolehkah disambungkan berkenaan GAPENA? Terima kasih.

  4. Tipu Tapi Benar (TTB) says:

    MM,

    Terima kasih atas jawapan MM terhadap soalan yang saya tujukan.

    Diharap MM dapat meneruskan sesi Tanya Abang Minimalis selama adanya blog Melayu Minimalis ini.

    Soalan suka-suka – Sekiranya MM menjadi Dr. Gregory House di Princeton-Plainsboro Teaching Hospital, siapakah yang MM pilih dari 4 calon terakhir (Kutner, Taub, “Thirteen”, Amber)untuk menjadi pembantu anda, dan mengapa?

  5. Uzair Sawal says:

    Sesi soalan masih terbuka?

    Here’s mine. Ada pergi tayangan Susuk untuk press hari tu? Kalau tak, kau akan pergi tengok Susuk tak? Rasanya ada harapan tak untuk sinema seram Malaysia? (Susuk dah keluar, sekarang ni aku tunggu Histeria arahan James Lee pulak).

  6. Yin says:

    Soalan.

    Kalau MM diberi peluang, era/zaman/generasi bila akan MM pilih untuk hidup? dan dengan pemikiran MM pada zaman kini.

  7. emollient says:

    mature=matang

  8. Zaini says:

    Good day.

    Bro,nak tanye soklans?

    1.Aritu ak kne bli beras.Ak xpnah pon bli sblom ni.So,soklannye,cmne kte nk pilih bli bras a?Punyele byk brand,jenis,size,warna dll.Nk determine price wise lg.Adeh.

    2.Ape pendapat bro MM ttg life after death?(sori kalo da ade org tanye sblom nih)

    3.Sy seorng graduan course civil eng. .Sy ingat nk further master.Antara mba n master in structure,klo kne pilih mane yg bro MM pilih?

    Thanx bro.Super thanx.

  9. hani says:

    slm.

    aku bodoh lagi di sini. so maafkan aku kalau byk lagi bnda2 yg org bodoh pun tahu tapi aku lgsung tak tahu nak guna kat blog ni.

    anyway aku just nak tnya. kalau2 ko tahu apa jenis bisnes (esp agriculture- sbb aku minat bdg ni) yang menguntungkan kat malaysia ni? kalau ko tahu plz reply.

    aku minat bisnes. tp sejak akhir2 ni aku nampak agriculture semakin byk dimajukan. so apa pendapat ko/ ko ada tak suggestion, say, any website yang baik, tuk aku study pasal bnda ni. aku kekurangan resource. n aku tgk ko quite knowledgable. dats y aku tnya ko.

    kalau ko baik, reply la. aku tahu ko baik.

  10. Sarah is the One says:

    aku nak try jawab soalan hani.

    salah satu cabang- buat baja untuk tanaman sangat menguntungkan. bila dapat hasilkan komposisi tertentu untuk tanaman tertentu, semua akan cari kau.

    sepatutnya hari tu pergi MAHA. nanti jangan lupa pergi.

    cabang kedua- tanam transgenik crop pun ok. tapi biasanya ini collaboration universiti, research institute, penanam

    itu je. tunggu MM tolong jawab untuk kau

  11. hani says:

    oh tq sarah. tp sound complicated sgt. memerlukan kajian yg mendalam. mgkin tak brapa sesuai ngn tahap kecerdasan otak aku ni. aku nak sumthing yg lebeh simple. sbb agriculture ni luas.

    masa maha tu mgkin minat aku belum lg bercambah dlm bidang ni. n memg betul, its good if i was there.

    apa pendapat ko tentang sarang burung? aku rasa interesting. cuma aku tak tahu macamana nak mula n sapa yg patut aku refer.

    kalau sapa2 tahu, plz tell me. anyone plz. kpd mm sori memperalatkan blog ko ni tuk kepentingan kebendaan aku. thanks to ur popularity. kalau ko tahu apa2 info, plz tell me.

    oh ya… ko disabled anonymous lg? jgnla cmtu. pose kena byk sabar.

    daa~

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes