August 14, 2008 20

Barangkali Ini Catatan Pertama Tentang Sludge Dalam Bahasa Melayu.

By in Panduan, Youtube

Dahulu, aku kerap menulis tentang jenis-jenis muzik yang aku minati. Kalau kamu terlepas, kamu boleh baca tentang panduan aku tentang muzik Post-Metal, Post-Punk, Post-Rock, Jazz/Bebop dan juga 10 Kumpulan Muzik Yang Relevan pada aku. (Sila baca jika kamu belum baca, mana tahu pengetahuan yang kamu perolehi dari nukilan-nukilan tersebut boleh buat kamu ‘sangkut’ dengan Awek Indie©.) Malangnya tidak banyak perbincangan yang timbul dari nukilan-nukilan tersebut, mungkin sebab majoriti pembaca-pembaca aku masih obses tentang Akademi Fantasia dan American Idol.

Jadi untuk hari ini aku ingin menyambung kembali siri nukilan ini, dan kali ini aku ingin menulis tentang muzik sludge. Perkataan ‘sludge’ kalau diterjemahkan, secara mudahnya akan bermaksud lumpur yang selalunya bercampur dengan kotoran. Sama seperti muzik yang dikelaskan dalam kategori sludge. Selalu berat, perlahan, dan ‘kotor’. Tiada lagu tentang cinta, tetapi selalunya tentang kematian, penyeksaan, hipokrisi, kekejaman (terutamanya kepada arnab-arnab comel), seks, politik dan mungkin juga tentang Wahid Satay. Topik yang berat, yang diiringi muzik yang berat dan ‘menyeksakan’. Berbeza dengan grindcore (Cerita Lain) yang mungkin berlandaskan topik yang sama, muzik sludge boleh dikatakan berada di hujung yang bertentangan dengan grindcore. Ideanya sama dan mudah, cuma temponya memang berbeza. Kadangkala sludge juga dikenali sebagai doom metal atau paincore, tapi kedua-dua istilah tersebut macam poyo, jadi jangan sebut di depan aku, OK? Di dalam sludge mungkin juga wujud unsur-unsur drone dan ambient, tapi itu semua Cerita Lain.

Kamu lihat sahaja contoh-contoh Youtube di bawah.

Corrupted
Kamu tidak boleh sebut sludge tanpa menyebut nama Corrupted. Band dari Jepun ini sudah bertahan lama, dan mungkin boleh disebut sebagai band sludge yang amat relevan yang kamu perlu tahu. Band ini obses dengan kematian, dan banyak album-album awal mereka menampilkan gambar mayat mengerikan di muka depan. Band ini juga amat obses dengan Bahasa Sepanyol, di mana semua lirik, tajuk lagu serta tajuk album-album dan EP mereka adalah dalam bahasa tersebut. Pada pendapat aku, bunyi sludge dari band ini adalah definisi sebenar sludge, yang amat menyeksakan dan boleh membuatkan kamu terkucil. Band ini pernah mengeluarkan album CD berkembar, yang hanya mempunyai dua lagu. Ya, 72 minit untuk satu lagu. Memang menyeksakan. Tapi aku memang obses dengan band ini, obses sangat.

Aku cinta Corrupted. <3

Neurosis
Selain dari Corrupted, band dari Amerika ini juga selalu dikaitkan dengan sludge. Mereka wujud lebih awal dari Corrupted (1985) sebagai band hardcore punk, tetapi kemudiannya mula bermain lebih berat dan lebih perlahan temponya, dan berubah kepada band doom metal dan sludge. Sludge versi mereka ini lebih ‘cantik’, lebih ‘metal’, tetapi lebih kompleks dari versi Corrupted yang lebih kasar dan jujur. Aku rasa dalam banyak-banyak band dalam kategori ini, mereka boleh dikatakan yang paling berpengaruh.

Aku rasa aku masih cinta Corrupted lagi.

Moss
Berasal dari United Kingdom, band sludge ini amat terpengaruh dengan unsur-unsur sihir dan penulis HP Lovecraft. Kamu Google sahaja tentang mereka ini, sebab kalau aku baca perkataan Moss aku hanya boleh teringat watak dalam kartun He-Man & The Masters Of The Universe, iaitu Moss Man. Masa aku kanak-kanak dahulu, abang aku ada membelikan aku figura aksi Moss Man ketika dia belajar di Amerika Syarikat. Bila dia pulang ke Malaysia dan ketika aku belek bungkusan permainan tersebut, aku lihat ia dikilangkan di kilang Mattel di Pulau Pinang. Gila jauh Moss Man aku berjalan!

Comel kan Moss Man? Ada bau pokok pain lagi!

Khanate
Lagu-lagu band ini memang agak melampau dan bising, penuh dengan jeritan mak nenek yang diselangi bunyi feedback gitar. Aku suka! (Tapi tak cinta-lah kot) Walaupun band ini sudah berpecah tahun 2006 dahulu, tetapi ketika aktif, ia menampilkan ahli-ahli dari band lain yang popular seperti OLD, Sunn O))) (band drone terhebat!), dan Blind Idiot God, semuanya band-band yang bagus dan berpengaruh.

Boris
Juga dari Jepun, Boris bukan terhad kepada sludge, tetapi juga dikenali sebagai band unggul untuk stoner rock. Jadi kalau kamu dengar album mereka, mungkin ada lagu sludge tetapi tiba-tiba ada lagu yang agak gembira tidak bertempat. Disebabkan ini, aku rasa mereka gila dan mempunyai masalah mental, dan aku patut minat mereka. Tapi aku lebih cintakan Corrupted. Boris juga pernah mengeluarkan album gandingan dengan Sunn O))). (Lihat bawah)

Selain dari band-band di atas, ada banyak lagi band sludge yang bagus, (Google sendiri lah!) dan juga band yang banyak terpengaruh dengan unsur sludge, terutamanya band-band yang aku sebut dalam panduan aku tentang Post-Metal. Sila buat kajian kamu sendiri dan hantarkan kertas kerja berdawai kokot selewat-lewatnya 31 Ogos ini. Terima kasih. Aku mahu tidur. Sebelum itu sebagai bonus sila lihat video band drone berjubah terunggul iaitu Sunn O))). Pasang speaker kuat-kuat di pejabat semasa kamu semua ponteng sembahyang Jumaat OK? Kasi makcik sebelah kamu tu terkejut sikit.

Popularity: 3% [?]

20 Responses to “Barangkali Ini Catatan Pertama Tentang Sludge Dalam Bahasa Melayu.”

  1. Fuad Rahiman says:

    macam bunyi enjin bot.

  2. Wan Adams says:

    aku lyn gak kdg2 muzik2 mcm nih.tp x cinta..hee..aku lyn mcm band all that ramains.best gak.=)

  3. Wan Adams says:

    lagi 1.aku nk tnye.cam all that remains..adakah band tu dikategorikan band sludge.hee.maaf.aku bute muzik sbnrnye.

  4. Anonymous says:

    MM….try CATHEDRAL….muzik mereka pernah digelar seperti ‘hippies masuk disco’ kekekekekke… tp album diorang ‘Garden of Unearthly Delights’ mmg rawks ah…!!

  5. jasmin says:

    band bloodlet genre apa?

  6. onnat-minti says:

    waa dah lama encik MM x buat entry pasal music nih..
    best! best!
    tp aku lagi suka dgn istilah doom dowh,baru nampak ganas skit..hahaha

  7. Kizzy TF says:

    aku ingat nak kenalkan kau dgn tunang aku. sebab “mind” kamurang sama jak.
    STK. ^_^

  8. Melayu Minimalis says:

    @kizzy TF
    tak payah, nanti dia jatuh hati.

  9. smallgestures says:

    Jangannnnnnnnn :(

  10. nrmn says:

    takder EyeHateGod? Noothgrush? Burning Witch?

  11. nadiah anwar says:

    sludge-enap cemar

  12. young team says:

    aku rasa MM masih berjiwa post-rock lagi. betul tak MM?

    aku kurang berminat dgn Sunn 0))) sbb pada pendapat aku band itu terlalu ber-fashion. haha. bukan lah pakai robe hitam tu cantik atau bergaya, tetapi usaha utk penampilan diri rasa mcm terlebih usaha. walau pun dari segi muzik sgt bagus. band-band yg memakai make up muka pun aku kurang minat. contoh mcm scissor sister.

    tapi, aku masih setuju muzik perlu di-salingi dgn fashion. contoh, tak kan lah power stand rock nak pakai seluar jeans baggy ala hip hop. mesti pakai seluar kulit ketat! baru ada feel. betul tak MM?

    apa pendapat kau?

  13. Melayu Minimalis says:

    @nadiah
    enap cemar! thanks!

    @young team
    hati aku tidak bergenre.
    aku rasa imej penting, sama penting dengan muzik.
    sebab tu ramai band sekarang imej lebih tapi muzik hampeh. atau muzik power tapi takleh jual sebab muka haprak.

    dua2 penting.

  14. saki baki naqi says:

    jom drones sampai muntah hijau

  15. Kizzy TF says:

    @melayu minimalis;
    tak usah takut jatuh hati. sebab dia lelaki.
    tak lama nanti dia pun nak bukak blog muzik. hard-core. *_*

  16. Aidil says:

    Jangan disamakan sludge dengan doom metal ya bang! Itu dua jiwa yang amat berbeza. Tambahan lagi, kugiran2 sludge ni mempunyai tendencies dan taktik2 muzikal yang jauh lebih hip berbanding kugiran2 doom. Lihat sajalah dari segi critical acclaim yang diterima kugiran2 sludge dari laman2 web agung hipster seperti Pitchfork. Kugiran2 doom biasanya tak dipedulikan langsung oleh abang2 hip sedunia.. Maklum sajalah, kugiran2 doom hanya mahu menjadi Black Sabbath sahaja, dan menghasilkan lagu2 untuk melayan ganja dan mabuk… Nantikanlah kugiran doom saya nanti ya bang!

  17. facet says:

    nice entry..but where’s TIAMAT? dioarang DOOM.adakah sludge spt istilah ko..need verfication :D

    Nway.nice hit,again.

  18. LARI KELUAR says:

    sunn o))) terbaik. :)

    rasa nak curik ja amp dia yg banyak banyak kat belakang tue. heh. tapi sound memang kebal ah.

  19. Dude says:

    Corrupted + Sunn O))) = Terbaik!

    tapi jangan lupa kan abang2 sludge cam Grief, noothgrush, bongzilla, eyehategod, cavity, 13, 16, Dystopia, etc…

    p/s: kalau layan sludge tapi xlayan doom metal, macam tak syok gak, eh?

  20. Anton says:

    kamu lupa the melvin bapak2 sludge permulaan mereka grunge tapi akhirnya melahirkan musik tanpa nama dan budak2 selepas itu menamankan ianya sludge (takpasti bagaimana nama itu timbul tapi itulah realitinya), paincore?? istilah kampung mana tu?
    aku setuju dengan Aidil, sludge dan doom adalah dua dunia berbeza sila ambil perhatian.yeah doom tak cool mcm budak2 postrock dan sludge kan.

    walaupun article ni dah lama takpa janji aku post pendapat aku di sini

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes