August 15, 2008 14

Barangkali Ini Catatan Pertama Tentang Grindcore Dalam Bahasa Melayu.

By in Panduan, Youtube

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Nasib baik kita di zaman moden ini tak perlu seluk pekasam, bukan? Jadi, semalam aku telah bercerita sedikit tentang sludge, jadi hari ini pula aku akan bercerita tentang grindcore. Perlu aku ingatkan di sini bahawa segala senarai band yang aku letak dalam semua nukilan-nukilan aku adalah band yang relevan dengan aku, jadi jangan kecil hari jika band kegemaran kamu tidak masuk ke dalam senarai aku, OK?

Grindcore, secara umumnya, adalah muzik paling laju dalam dunia. Walaupun di dalam grindcore ada banyak sub-genrenya seperti goregrind, techgrind, noisecore dan deathgrind, tetapi di sini aku hanya akan sentuh tentang grindcore secara amnya. Seperti biasa, aku rasa daripada aku menjelaskan di sini bagaimana bunyinya muzik grindcore itu, lebih baik kamu lihat sahaja klip-klip Youtube yang aku letak di bawah, ya?

Discordance Axis
Terus terang aku cakap di sini, band dari New Jersey, Amerika Syarikat ini melambangkan segala apa yang bagus tentang grindcore. Terbaik, terpantas, dan juga menampilkan pemain dram blast beat (rentak meletup!) terbaik dunia iaitu Dave Witte. Band ini banyak ambil pengaruh dari budaya popular Jepun, dari anime hinggalah ke permainan video. Malangnya band ini telah berpecah akibat masalah pendengaran pemain gitar utamanya, tetapi pemain dram Dave Witte masih aktif mengetuk dram untuk banyak band lain, dan vokalisnya sekarang aktif bersama superband grindcore Gridlink.

Napalm Death
Band dari UK ini pernah datang beraksi di Kuala Lumpur sebanyak dua kali, dan selalunya diiktiraf sebagai salah satu band grindcore yang pertama di dunia. Bunyi mereka lebih kasar dari ketepatan muzik grindcore Discordance Axis, tetapi masih merupakan antara band grindcore yang paling berpengaruh dalam dunia kita sekarang ini. Bekas ahli Justin Broadrick juga popular dengan band industrial (Cerita Lain) Godflesh dan sekarang aktif dengan Jesu, salah satu band post-metal terulung buat masa ini.

Anal Cunt
Seth Putnam merupakan satu contoh bagus band yang mampu bermain berpuluh-puluh lagu grindcore/noisecore pendek di dalam persembahan live mereka. Vokalis dan ahli utama Seth Putnam dahulu terkenal akibat konfliknya dengan band Discordance Axis, dan atas sebab yang samalah aku terjumpa band ini. Band ini terkenal dengan lagu-lagu lucu/lucah yang panjangnya beberapa saat sahaja, tetapi mempunyai tajuk lagu yang panjang seperti ‘No, We Don’t Want to Do a Split Seven Inch With Your Stupid Fucking Band’. Memang kelakar.

Brujeria
Aku selalu pandang band ini sebagai Corrupted (lihat nukilan sebelum ini) tetapi versi grindcore. Selalu menyanyi dalam Bahasa Sepanyol, dan obses dengan kematian dan mayat berkecai-kecai yang digunakan sebagai grafik album-album mereka. Pemain bass Napalm Death Shawn Embury juga bermain untuk band ini. Aku suka dengan lagu mereka sebab lagu mereka selalunya kedengaran macam lagu orang sedang bergaduh. Bertekak, memekik-mekik.

Naked City
OK, sebagai bonus kamu patut dengar band ini. Band pimpinan pemain saksofon avant-garde/freejazz John Zorn ini memang hebat. Kamu bayangkanlah dalam band grindcore ada pemain saksofon. Bagaimana tu? Band ini juga hebat dengan ahli-ahlinya, termasuk bekas vocalist Faith No More Mike Patton, dan pemuzik-pemuzik noise (Cerita Lain) Jepun seperti Merzbow dan Melt Banana. Kata Mat Salleh memang total mindfuck-lah kiranya.

OK, aku boleh cerita secara ringkas sahaja, dan jika kamu fasih tentang grindcore kamu mungkin perasan band-band yang aku senaraikan di sini semuanya banyak band-band lama. Maaflah, jika kamu suka band seperti Locust atau Slipknot, sebab aku tak suka semua band macam itu.

Jadi selain dari band-band di atas, banyak lagi yang aku minat (satu ketika dahulu.) Antara yang kamu patut dengar ialah Extreme Noise Terror, Agathocles, SxOxB dan Multiplex. Semuanya hebat.

Sebagai bonus sila tonton klip Youtube Merzbow di bawah. Pasang kuat-kuat di kubikel kamu di pejabat ya?

Popularity: 2% [?]

14 Responses to “Barangkali Ini Catatan Pertama Tentang Grindcore Dalam Bahasa Melayu.”

  1. Saiful Nizam Kassim says:

    I pernah dengar satu band jepun nama Damage Digital. Muzik mereka lebih kurang sama macam band2 di atas. Damage Digital ni boleh di kira sebagai pembawa muzik grindcore juga kan?

  2. nrmn says:

    damage digital terbaik!

  3. onnat-minti says:

    yup DxDx terbaik dowh! Misa Moronaga & Makato Kusano = idolaku time skolah dulu
    garam masala! garam masala!

  4. Azzam?? says:

    in BM?? pernah kot before this.. waktu aku skolah menengah dulu! waktu zine benda yg semua orang tunggu2 and Mesia waktu tu kecoh pasal isu bohsia bohjan.

  5. Melayu Minimalis says:

    aku baru Google Damagedigital tadi. boleh tahan la dorang.

    @azzam
    aku dah agak dah. grindcore dulu semua orang dengar. skarang semua dah nak jiwang.

  6. Chutra Padi says:

    Merzbow mmg terbaik. Noise beliau ada soul.

  7. Azzam?? says:

    aku tak surprised sangat laaa.. sbb ada jeerr.. band jiwang/femes kita kat mesia skarang ni.. dulu hardcore, grindcore, metalcore, or at least reti stage dive.. skarang.. hmpphh.. tapi nakwat camne kan?? cari makan.. xD

  8. Koperasi Hak Asasi Babi. Senyum-lah.. says:

    mungkin kau perlukan “pig destroyer” atau “nasum” dalam list kau ni. cadangan.

  9. Lesbian Penguin says:

    agak2 laaa nak kipas hahahhaa… dxdx ok laaa tapi discordance axis memang terbaeeeek

  10. Lesbian Penguin says:

    jgn luper band grind tempatan.. melarat… terbaeeek gak

  11. vagabond says:

    taknak review band sendiri ke?

  12. Anonymous says:

    ishhhh…
    Melayu Minimalis yang buat blog ni memang dulu main ngan damage digital…
    aku pernah tengok kat TORA TORA TORA @factory BB yang kena raid ngan polis..
    Damn Dirty Apes baru start kuar..
    Diorang tak rilis apa pun lagi time tu..*kalo tak silap
    Time tu sume jahil lagi ngan muzik yang takde vocal ni..
    DDA pun time tu orang label space rock..
    ermmmmmmmmmmmmm…..

  13. Facet_ says:

    Aku suka anything entri ko pasal muzik ;)

    Tp saya rasa agak tidak adil untuk tidak meletakkan Carcass di sini. Carcass adalah band gc terulung yg menjadi influence band2 grindcore seperti juga N.D dimana Bill Steer anggota carcass juga pernah menjadi line-up band tersebut dan terlibat untuk album SCUM.

    Aku xseberapa suka music grind actually.tapi untuk memastikan masa berjalan dengan cepat,ya grindcore santapan terbaik untuk itu.hehe

  14. Melayu Minimalis says:

    @tanpa nama
    aku main band ke?

    @facet
    seperti aku katakan, minat semua subjektif. macam aku, aku tak pernah terpengaruh dengan gaya Carcass. sebab aku lebih suka gaya grindcore macam Discordance Axis.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes