August 16, 2008 15

10 Band/Pemuzik Rawak Yang Kamu Patut Cekidaut.

By in Panduan, Youtube

Hmm. Aku pasti kamu semua sudah baca nukilan-nukilan aku tentang muzik bukan? (Kalau belum sila klik ‘panduan’ di ruang ‘Jenis-Jenis Nukilan’ di sebelah kiri ini). Tapi ada banyak lagi band yang aku belum tulis lagi. Dan disebabkan aku tiada buah fikiran untuk menulis tentang benda lain apa kata aku sambung sahaja penulisan tentang muzik.

Jadi, hari ini, aku akan menulis tentang 10 kumpulan muzik atau penyanyi yang aku rasa kamu patut dengar dan tahu, band-band yang mungkin tidak termasuk dalam mana-mana nukilan muzik aku yang lain. Seperti biasa, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjelaskan jenis muzik yang mereka main, tetapi lebih afdal jika kamu lihat sendiri klip Youtube mereka, ya? Dan jika kamu sudah pun kenal band-band dan penyanyi di bawah, bagus untuk kamu! Tapi aku ingin berkongsi dengan mereka yang belum tahu lagi, OK?

Melt Banana
Seperti yang aku tulis sebelum ini, band dari Jepun ini memang agak gila-gila. Muzik avant-garde yang mereka bawa ini memang unik dan menarik, vokalis perempuan yang menyanyi dengan suara comel, diiringi pemain gitar yang suka buat bunyi gila-gila sampai aku pun tak faham. Band ini sudah aktif lebih dari 10 tahun, dan salah satu band yang paling bekerja keras di Jepun, dan sanggup main beratus-ratus persembahan setahun, kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Eropah.

Aereogramme
Band dari Glasgow, Scotland ini pada awalnya berunsur hardcore dan metal, dan kemudiannya berubah menjadi post-rock. Walaupun sudah pun berpecah tahun lalu, aku rasa lagu-lagu mereka, terutamanya dalam album terakhir mereka “My Heart Has a Wish That You Would Not Go” memang mengancam, dan mengandungi lagu-lagu yang aku rasa memang indah dan menenangkan. Siapa kata post-rock tidak boleh ada vokal? Kalau kamu suka Aereogramme kamu juga patut cekidaut dua band dari Sweden iaitu Jeniferever dan Ef, sebab semua band ini seakan-akan sama.

Aphex Twin
Projek gila seorang manusia dari UK bernama Richard D James. Juga dikenali sebagai AFX dan mempunyai banyak projek-projek muzik lain. Kategori muzik ini dikenali sebagai IDM atau intelligent dance music = muzik dansa pandai. Jadi muzik dansa apa yang bodoh? Selain IDM dia juga banyak keluarkan lagu-lagu ambient. Kiranya lagu boleh buat lepak-lah. Video yang aku letak di sini adalah untuk lagu ‘Rubber Johnny’, video arahan pengarah muda genius Chris Cunningham. Agak mengerikan jadi jangan tengok kalau kamu tak suka benda-benda ngeri. Sebenarnya video Aphex Twin semua mengerikan, tetapi muziknya kadangkala comel. Aku suka!

Bonnie ‘Prince’ Billy
Penyanyi dari Kentucky, Amerika ini dikategorikan dalam jenis muzik folk dan Americana. Lagu-lagu yang kamu boleh dengar ketika kamu memandu kereta Chevy tahun 1976 kamu merentang lebuhraya di tengah-tengah Amerika. Yang aku minat tentang dia bukan sahaja muzik dia, tetapi pendirian dia yang kurang konvensional dan anti-pentadbiran. Kamu tidak perlukan gitar elektrik bising untuk memberontak, dan kamu tidak terhad kepada lagu cinta sahaja jika kamu hanya ada sebuat gitar tong. Ini baru tangkap lentok!

Chris Clark
Dia ini juga seorang pemuzik IDM, bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama dengan Aphex Twin iaitu Warp Records. Sebenarnya aku baru mula layan dia ni, jadi aku tak ada banyak maklumat tentang mamat dari UK ini. Apa-apa pun sila layan ‘tangan terbang’ di dalam video di atas. Zass!

Dungen
Band ini sebenarnya band projek pemuzik Sweden bernama Gustav Ejstes, yang selalunya akan main semua alatan muzik dalam semua rakaman-rakaman yang dikeluarkan. Band ini memang unik, dan bermain jenis rock yang amat psychedelic. Kiranya macam muzik yang mak bapak kita dengar ketika zaman layan cendawan tahun 60an dulu. Apa-apa pun aku tabik Dungen sebab mampu main dan rakam semua alat muzik berseorangan untuk CD mereka, walaupun di atas pentas dia ada band penuh.

Edan
Inilah rapper terbaik dunia. Aku serius. Lelaki Mat Salleh Yahudi dari Brooklyn ini bukan sahaja pandai rapping, tapi juga seorang penerbit, DJ dan pereka seni. Kiranya macam mamat Dungen di atas lah, cuma versi hip-hop. Rapper lain boleh bling-bling dengan rantai emas berlian mereka dan topi serta baju berlogokan pasukan besbol tetapi si Edan ini boleh selamba pakai kemeja bertali-leher dan seluar ketat dengan rambut kembang. Kalau lihat muka memang tak kena dengan suara yang keluar di mikrofon. Aku minat dia sebab aku memang minat old school hip-hop. Hip-hop bling-bling MTV sekarang ini memang aku tak layan. Lagi-lagi yang Melayu perasan black.

Jose Gonzales
Seorang penyanyi/penulis lagu dari Sweden (kenapa banyak pemuzik dari Sweden yang aku minat ni?) yang hanya menyanyi diiringi gitar akustik. Berketurunan Argentina, aku suka bukan sahaja cara dia menyanyi, tetapi cara dia bermain gitar, yang seakan-akan bermain gendang. Amat percussive. Lagu di atas adalah lagu dendangan asal Massive Attack, tetapi diolah dengan cara beliau. Mengasyikkan.

Sufjan Stevens
Juga seorang penyanyi/penulis lagu, dia amat terkenal dengan tajuk-tajuk lagunya yang amat panjang. Juga suka mengeluarkan album berkonsepkan negeri-negeri di Amerika Syarikat, dan setakat ini telah berjaya mengeluarkan dua album dengan konsep tersebut, iaitu Illinois dan Michigan. Ada lagi 48 buah negeri lagi! Lagu-lagunya banyak berkonsepkan sosial dan agama, malah namanya Sufjan ialah nama Arab/Islam hasil pemberian ibubapanya yang menyertai pertubuhan Subud. Muzik untuk orang pandai. Bukan aku cakap aku pandai, ya?

UA
Penyanyi dari Jepun ini agak unik dengan suaranya yang dalam dan tidak secomel penyanyi-penyanyi pop Jepun yang lain. Dia juga banyak mengeluarkan album konsep, dari pop ke indie rock ke dub reggae. Album dub reggae beliau berjudul ‘Turbo’ adalah album kegemaran aku, dan kalau lihat rupa pun boleh tahan-lah. Dari kamu dengar Ayumi Hamasaki lebih baik kamu dengar UA. Lain-lain penyanyi perempuan Jepun yang aku sarankan kamu dengar ialah Kahimi Karie dan Shiina Ringo.

Ok sekian sahaja untuk hari ini. Jadi blog muzik pulak.

Popularity: 3% [?]

15 Responses to “10 Band/Pemuzik Rawak Yang Kamu Patut Cekidaut.”

  1. yoshz says:

    Dungen tu best gila!!
    Thx!

  2. Uzair Sawal says:

    i love jose gonazalez. bought an album (yea, aku tak kesah spend duit untuk album yang aku rasa best).

    i like your choice of music. i think you’re my 3rd reference kot, after pitchfork and jools holland kat bbce.

  3. Uzair Sawal says:

    and also, tak pernah aku nampak rapper guna delay pedal.

    wicked!

  4. 2 daging says:

    err boss, matisyahu?

  5. Melayu Minimalis says:

    @uzair
    wah! tq!

    @2 daging
    matisyahu ok ok jer la. wasnt impressed with his album. talib qweli lagi bagus dari dia aku rasa.

  6. buruh says:

    shiina ringo yeah!

  7. Kizzy TF says:

    hebat.

  8. Anonymous says:

    ouhh, shiina ringo dan tokyo jihen.saya suka.

  9. ms izah says:

    mika nakashima pun ok jugak:)

  10. Jumping Jane. says:

    “We had our minds set, all things know, all things know..”

  11. Saiful Nizam Kassim says:

    Tokyo Jihen. I second that.

  12. young team says:

    aereogramme! muzik yg indah. especially lagu barriers. aku rasa word yg boleh describe band tu ialah ‘beatiful’. lagu barriers mmg mcm situasi cinta aku. we love each other, but as we go along, we create a barrier between us. aku setuju sgt2 lah dgn MM pasal aereogramme.

    jose gonzales mmg best. tapi aku rasa ada byk lagi singer/songwriter mcm dia. tapi takpa, ini pilihan MM.

    btw, MM cerita psal konsert toe envy tu? boleh ah jadi mcm ROTTW. haha

  13. Melayu Minimalis says:

    @young team-
    tak main la ROTTW semua.

  14. Fariz Bakar says:

    haram 1 pun aku xkenal.

  15. mord says:

    memang la orang sweden terror main music sejuk xde benda nak buat vodka rock roll je la
    aku pun suka banyak band sweden

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes