August 22, 2008 19

Aku Dikelaskan Sebagai ‘Bumiputera’.

By in Pendapat, Politikus, Youtube

Aku teringat satu masa dahulu ketika zaman kanak-kanak aku pernah bertanya kepada Ayah aku tentang apa itu maksud ‘bumiputera’. Aku tidak ingat apa jawapannya, tetapi aku pasti jawapan Ayah aku itu tepat, sebab beliau seorang guru Bahasa Malaysia, dan bertanggungjawab dalam Lembaga Peperiksaan sebagai seorang dari panel yang menetapkan soalan kertas BM untuk peperiksaan SPM. Sebab itu tatabahasa aku bagus.

Aku juga teringat ketika zaman sekolah menengah dahulu, aku telah dua kali sampai ke peringkat akhir kebangsaan untuk kuiz berasaskan komputer antara sekolah-sekolah di Malaysia. Dua kali. Dan tiap-tiap kali aku seorang sahaja yang berbangsa Melayu yang bertanding. Pernah aku disindir dan dikatakan sebagai pelengkap kuota Bumiputera yang mereka tetapkan.

Atas kuota yang sama juga aku dihantar oleh kerajaan untuk menuntut ilmu di luar negara. Segala perbelanjaan aku ditanggung, dan aku telah membuat pelbagai kajian fizik nuklear di negara orang dan kemudiannya kembali ke Malaysia.

Jadi kamu boleh katakan sedikit sebanyak aku adalah produk dasar Bumiputera negara.

Pada masa yang sama, ketika zaman pelajar, aku cukup bengang diberikan ‘peluang’ atas dasar tersebut. Sebab aku selalu berfikir, apa kurangnya keupayaan aku jika dibandingkan dengan pelajar bukan Bumiputera yang lain? Kenapa aku sahaja yang dapat biasiswa dan kawan-kawan aku yang lain terpaksa mengorek kocek ibubapa mereka untuk melanjutkan pelajaran?

Macam aku, mungkin aku katakan aku benar-benar mengeksploitasikan peluang yang diberikan kepada aku, tetapi ada berapa ramai Melayu Minimalis dalam dunia? Yang aku lihat hanyalah mereka yang tidak pandai menghargai peluang yang diberi, mereka yang hanya terlalu bergantung kepada perintah, mereka yang suka berkampung, tak kisahlah sama ada tempat itu ada ribut salji ataupun pasir gurun. Mereka yang hanya membazirkan peluang yang diberi.

Bukan ke lebih baik peluang tersebut diberi kepada mereka yang benar-benar berupaya dan berkebolehan tanpa mengira warna kulit dan agama? Kenapa kita perlu memberi jalan mudah atas dasar ‘menjaga kepentingan’ atau ‘ketuanan’?

Aku lebih suka bersaing dengan dasar yang sama rata dan sama adil, tanpa kepentingan untuk sesiapa. Sebab aku tahu aku mampu bersaing, dan selama ini juga aku telah membuktikan pada diri aku yang aku mampu bersaing, sama ada diberi kelebihan ataupun tidak.

Jadi kenapa ramai yang tidak mampu bersaing?

Sebab kamu semua masa kanak-kanak tak menonton ‘Empire Strikes Back’.

“No! Try not. Do or do not, there is no try.”

Popularity: 3% [?]

19 Responses to “Aku Dikelaskan Sebagai ‘Bumiputera’.”

  1. ShaDaDooWapBeDoop says:

    kata mereka hak org melayu kena pertahankan.
    tapi bagaimana?
    dgn bergantung pada peluang, subsidi dan kuota?

    tade usaha ke arah pertahankan hak.
    yang ada cuma org terpekik terlolong.
    tanpa ada yang ke depan dan berani compete fair and square.
    tanpa quota. tanpa subsidi. tanpa priority.

    *sigh*

    Rgrds,
    Dari kornea aku

  2. Shafi'e Hamdan says:

    akhirnya ada orang berseuara tentang bumiputera dengan reasoning yang relevant.

    aku penyokong hak rakyat malaysia sepatutnya sama adil tanpa mengira bangsa atau agama.

  3. Dila Raden says:

    buku kita sama!

  4. Azzam?? says:

    waaaaa… patutlaa.. aku pun dulu tengok Empire Strike Back jugak..

  5. Jumping Jane. says:

    saya tengok, tapi tak ingat lah. kecik sangat!

  6. Anonymous says:

    finally ada post pasal ni…
    well done =)

    hopefully it gets to people who need to read it the most. i think this message really should be voiced out to the malays out there…kasi bukak sket mata tu. we’re the ones with the most opportunity in this country and yet majority of the malays are still so poor…and anak-anak melayu jugak yang merempit.

    dah la tak menghargai peluang yang kita dapat, tapi bila orang nak tarik balik, ada hati pulak nak bersuara, nak complain, nak bantah…

    kalau boleh banyak lagi yang i nak cakap tapi baik tulis kat blog sendiri kan!

  7. natelppa says:

    Wow. I love this post.
    Setuju with the part u said we all patut bersaing dengan adil, hak sama rata. :) bagus!! :D

  8. natelppa says:

    Opps, I mean dasar sama rata :)

  9. GGG says:

    bagus pendapat kau. sebab tu aku minat baca blog nie.

  10. Anonymous says:

    sebagai seorang kononnya pemerhati persekelilingan, dan juga pengkiritik budaya, inche adalah seorang melayu yang tidak pandai untuk berterima kasih dan tidak menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya dalam membantu negara inche yang mengalamun dalam kekolotan ini.

    mengapa pada awalnya inche MM menerima tawaran biasasiswa walaupun inche MM tahu jikalau inche menolak tawaran tersebut, kemungkinan seorang pelajar cina, india atau melayu yang lebih layak untuk mendapat bantuan itu?

    kalau orang tanya mengapa bantuan MARA tidak membuahkan hasil apa-apa, pada saya, orang-orang seperti inche dan juga pelajar-pelajar melayu yang suka berkampung di institusi luar adalah penyebabnya?

    yang saya hairan, inche suka mengecilkan orang-orang ramai tanpa menyedari diri sendiri.

    sebab inche MM adalah salah seorang daripada melayu yang inche kecil-kecilkan. walaupun tak berpolo kollar ke atas, luaran tidak menentukan apa-apa.

  11. eD says:

    “mengapa pada awalnya inche MM menerima tawaran biasasiswa walaupun inche MM tahu jikalau inche menolak tawaran tersebut, kemungkinan seorang pelajar cina, india atau melayu yang lebih layak untuk mendapat bantuan itu?”

    biar aku jwb,sbb biasiswa die tu mmg dh khusus utk bumiputra kot.jd kalau pn die tolak,biasiswa tu ttp akan dpt ke bumiputra lain,bukan cina,india,etc.

    aku setuju ngan kau.aku skrg belajar guna biasiswa kerajaan,khas utk pelajar bumiputra.diorg kata biasiswa ni khas utk protect kepentingan org bumiputra,tp aku tak nampak kenapa kita org bumiputra,melayu khususnya tak boleh bersaing fair and square dengan kaum lain.

    kawan aku yang lain kata sbb bangsa melayu masih lemah,tapi bila aku lihat masa zaman aku sekolah menengah,bukan sbb bangsa melayu lemah.tapi sbb budak2 melayu ni suka melemahkan diri sendiri.tak nak ambil peluang yang diberi.bukan tak boleh,tapi tak nak.

    sekian.

  12. penanya says:

    ini semua kerana majoriti dan minoriti. berdasarkan puisi yg dulu pernah aku tulis dan aku ringkaskan begini;

    jika kita dalam keadaan majoriti,kita akan menjadi sedikit lemah atau sgt lemah secara individualnya. dan jika kita berada dalam kelompok minoriti, kita akan menjadi kuat dan sgt survival (juga mengikut individu itu sendiri).

    lihat negara kita. orang cina dan india yang DULU nya di bawa masuk ke bumi mAlaya dan hidup berminoriti.mereka berkerah dan terkerah untuk survive di bumi asing. hingga kini. lihat di bumi tanah asal mereka bagaimana mereka?

    dan jika di tanya siapa kita yang pernah ke luar negara, hidup berkelompok sesama kita di luar negeri berminoriti, bagaimana kita?

    jauh sekali dgn kita yg bermajoriti di negara sendiri. kita di sana akan membantu sesama kita sendiri x mcm kita di sini mensantau sesama sendiri (betul x abg MM yg pernah di sana?).

    begitulah kitarannya. namun tak mustahil utk berlaku. dan sudah berlaku di banyak negara kini.lihat masyarakat cina Amerika Syarikat, elit2 Pakistan dan India di tanah Britain, pak2 arab di benua afrika. bagaimana kelansungan hidup mereka di sana?

    persoalkan. wahai kalian golingan pemikir (MANUSIA)

  13. and again it's me, myself and i says:

    wei lu poyo la.. dah dapat scholarship banyak pulak cakap. tak dapat baru tau.

  14. hafiz says:

    Yeah!!! anda telahpun menconvertkan diri anda sebagai anak malaysia!!!! aku sokong!!!!

  15. azrulazmie says:

    Good for you to say that you got your scholar because you deserve to get a scholar no matter what race/religion you are.

  16. aiXat.MR says:

    Maaf.
    Tiada bersetuju.
    Jika kita diberi kemudahan, gunakanlah.
    Seperti contoh tuhan mengurniakan kita tangan, namun jiran sebelah rumah tidak.
    Adakah perlu kita potong tangan kita semata-mata memberi persaingan sihat dengan jiran sebelah?

  17. QaSiyh says:

    ini pembuka minda!!!

  18. ron says:

    “There is a tendency among Malays to regard the discrimination in their favour as a privilege, as a recognition of their superior status. I think this is wrong. The discrimination is in order to give them a kind of headstart so that they can catch up with other races. To me, it is shameful to have to be protected because we do not have the capacity to compete. We are not Red Indians to live on reserves. We should regard it as a temporary expedient to be done away with once we have achieved the capacity to compete on our own.” – Tun Dr M

  19. bulan.ke.bulan says:

    saya kata:setuju!
    kalau lah semua bumiputera yang berada di overseas nun dan yang ditaja oleh kerajaan or sesiapa berfikiran seperti anda.alangkah bagus.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes