Fungsi ‘Budak Indie’ Dalam Masyarakat Majmuk Yang Aman Makmur Seperti Kita Di Malaysia.

Posted on Saturday, August 23rd, 2008 at 11:01

Aku tahu ramai orang di luar sana cukup menyampah topik Budak Indie. Tetapi, pada aku, ini satu perkara yang baik. Aku pernah sentuh perkara ini, walaupun aku tersilap dan telah kelaskan mereka ini sebagai ‘hipsters’. Aku mengaku, aku salah. ‘Hipsters’ dan ‘Budak Indie’ jauh sama sekali, sama jauh dengan ‘Scenesters’ dan ‘Hipsters’. (Cerita Lain)

Jadi sebelum aku jelaskan fungsi mereka ini, baik aku jelaskan siapa yang tergolong di dalam kategori ini.

1. Budak.
Belum cukup 21 tahun, masih membesar, dari segi ketinggian, besar peha dan saiz buah dada. Masih belum sah untuk masuk ke kelab malam, tapi hakikat ini tidak pernah mematahkan semangat dan kreativiti mereka untuk berparti secara haram di kelab-kelab malam yang asyik putarkan lagu ‘Young Folks‘ dan ‘I Predict A Riot‘.

2. Indie.
Fesyen: pada asasnya skinny jeans, kacamata berekabentuk Wayfarer. Jenis muzik: Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet. Sosial: Bukan kenalan-kenalan band terkenal Dragon Red.

Jadi sekarang aku akan terangkan fungsi mereka ini dalam masyarakat kita.

1. Penggerak Golongan Pencipta Citarasa.
Aku tidak pasti apakah istilah betul untuk ‘tastemakers’ di dalam Bahasa Malaysia jadi aku gunakan istilah Pencipta Citarasa. Apa yang aku maksudkan di sini adalah golongan yang akan jadi perangsang trend, dan mereka yang mula-mula mengecapi dan mengamalkan satu-satu trend. Walaupun sebenarnya golongan ini lebih relevan di dalam masyarakat yang lebih maju definisi sub-kulturnya (atau lebih senang ‘Budaya Popular’, yang selalunya berkaitan dengan fesyen dan muzik secara amnya) seperti di London, New York atau Tokyo, tetapi aku rasa ini sudah mula dirasakan di Malaysia.

Sebab sampai bila kita harus lihat ke tiga bandaraya tersebut sebagai panduan budaya popular? Dan Budaya Popular di sini aku maksudkan sebagai sesuatu yang boleh dianggap trendy dalam mana-mana masyarakat muda dunia. Malaysia pun Boleh© apa?

Walaupun secara asasnya kita masih meniru dan mengikut trend dari tempat-tempat di atas, tetapi setiap satu perkara harus ada permulaannya. Dan secara jujur aku rasakan kerelevenan ini tidak akan bermula dengan generasi aku, tetapi generasi yang asyik dengan Kami sekarang.

Di sinilah golongan Budak Indie boleh memainkan peranan, sebab apabila bilangan mereka bertambah, masyarakat umum (yang tidak terpengaruh dengan Budaya Popular) akan sedikit demi sedikit menerima segala idiosyncracy yang ditimbulkan oleh golongan ini. Tak kisahlah dari segi skinny jeans, gaya dandanan rambut, muzik dan sebagainya. Dan pada pendapat aku dari situ akan lebih mudah bagi satu idea atau gerakan yang berani untuk mencapai sasarannya. Lihat sahaja sekarang, Kuala Lumpur penuh dengan Gadis Urban berseluar hot-pants. Lima tahun dahulu pasti akan digelar bohsia.

Aku rasa sudah sampai masa Kuala Lumpur melahirkan gaya identitinya yang sendiri.

2. Penggerak Industri Berasaskan Budaya Popular.
Muzik dan fesyen secara amnya. Sebagai contoh aku akan sebut budaya skate yang mula popular pada awal 90an dahulu. Budaya ini kemudiannya telah membawa kepada trend streetwear dan skatewear, yang telah mewujudkan banyak ruang perniagaan untuk orang kita seperti kedai-kedai yang menjual fesyen berunsurkan skate, ataupun syarikat penerbitan majalah-majalah streetwear dan skateboarding (kalau di Malaysia dipelopori oleh majalah Revolution).

Dari skatewear dan streetwear muncul pula budaya sneakers atau penggemar kasut sukan. Lihat sahaja laman streething.com dan kamu akan perasan bahawa budaya penggemar sneakers kita di sini agak fanatik juga. Dari sini juga muncul budaya basikal bergear tetap, atau digelar Fixies di Malaysia, di mana anak-anak muda sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mengejar hobi basikal mereka.

Dan aku pasti Budak Indie di Malaysia juga sedikit sebanyak telah menyemarakkan pelbagai industri berasaskan budaya mereka. Lihat sahaja Angkatan Baju Malaya, yang aku pasti berjaya hasil dari sokongan ramai Budak Indie. Malah label Pop Malaya sampai masuk majalah Time lagi! Amat memberangsangkan. Juga kemunculan blog-blog fesyen, yang menjual pakaian dan kasut untuk wanita amnya, seperti The Shoplifters, mahupun bazaar-bazaar pakaian seperti Threadszoo. Aku pasti lima tahun yang lalu pasti pelaburan begini akan kurang berjaya. Perihal Topshop serta penjual kamera DSLR jangan ceritalah.

3. Pemusnah Gejala-Gejala Lain Yang Lebih Teruk.
Seluas mana pun budaya ini tersebar, pasti ada yang tidak suka. Lagi-lagi golongan Elitis Muzik (Cerita Lain) yang pantang apa yang digemar mereka itu digemari orang lain. Macam aku, aku lain, aku gemar berkongsi. Sebab itu aku buat blog ini. Kalau aku tidak mahu berkongsi, pasti aku akan privatekan blog ini untuk 99 orang pembaca sahaja, bukan?

Tetapi, seburuk mana pun mereka ini, dengan warna-warna bendera dipakaikan ke tubuh badan, aku rasa mereka tidak sejengkel Mat Rempit, atau Azman Heritage Row, atau Mereka Yang Perasan Berjaya. Aku lebih rela layan Budak Indie. Sekurang-kurangnya mereka ini ada citarasa muzik, dan pada aku, muzik itu boleh membuat seorang itu berjaya. Lagi-lagi muzik-muzik yang ‘pandai’. Muzik yang boleh membuat seorang ini pergi ke Wikipedia untuk mencari maksud-maksud di sebalik lirik. Kamu ingat masa aku umur 13 tahun aku belajar pasal Che Guevara dalam buku teks sekolah ke? Bukan beb, aku belajar pasal Che Guevara dan Debussy (with a disco beat) dari lirik lagu. Kalau nak harap dengar lagu Melayu jiwang sahaja memanglah kamu akan arif pasal cinta (di bawah pohon asmara) tetapi akhirnya cerai-berai juga. Lebih baik dengar lagu tentang penceraian yang digambarkan sebagai peperangan antara warlords di Mogadishu serta perumpamaan pemerhatian kerajaan sebagai Big Brother, bukan?

4. Lebih Penerimaan Umum Tentang Budaya Yang Dianggap ‘Asing’.
Jadi tiada lagi salah faham tentang Black/Blue/Pink/Fuchsia Metal ataupun Budak Punk Makan Sampah. Sejahat-jahat golongan Budak Indie pun pasti ada juga golongan pemimpin negara yang agak nakal suka letupkan orang dengan bom atau main lubang punggung orang, bukan?

Sebab satu kriteria Negara Maju (bukan Negara Membangun) adalah bidang kesenian yang amat kreatif dari penduduk negara tersebut. Dan ini bukan terhad kepada seni halus, tetapi termasuklah aspek-aspek kreatif lain seperti teater, fesyen, sastera dan muzik.

Aku selalu terfikir, lagi-lagi Hari Kemerdekaan kita yang ke-51 pun sudah dekat, apa yang kita perlu buat selain dari memupuk semangat kebangsaan (tak kisahlah dari segi seni tradisional dan sebagainya) adalah memupuk semangat Malaysiana© (Cerita Lain). Semangat yang sebati dengan rakyat, sebagai penduduk Malaysia, yang bangga dengan kemampuan serta kreativitinya, dan tidak mudah berpuas hati. Pada aku semua filem (iklan) Yasmin Ahmad mencurah-curah semangat Malaysiananya.

Globalisasi beb, tak akan ada yang ‘asing’ dalam budaya dalam masa sepuluh tahun lagi.

Panjang pula aku menyongel. Jangan lupa klik semua pautan OK? Aku buat banyak kajian baek punya malam ini!

Popularity: 4% [?]

Responses (25)

  1. schuhz m. says:

    two years ago, i tried selling off my vintage dresses online, langsung tak laku. in a way, you’re right lah. hehe.

  2. young team says:

    betul tu. berkongsi bagus. lagi2 psal private blog. nak kene ada invitation baru boleh baca. aihh mcm terhegeh hegeh pulak. menyampah i. haha

  3. The Shoplifters says:

    terima kasih menggolongkan kami sebagai penggerak industri(?), dan secara tak langsung mempromosikan kami ke mata pembaca AkuTakPeduli. Hopefully kemunculan kami adalah tepat pada masanya kan..

    untuk semua pembaca blog ni, kalau nak tahu next wednesday auction kami akan lebih hebat dengan kehadiran sepasang gaun vintage Lanvin. now, you don’t wanna miss out on owning a vintage designer item rite? Siapa Lanvin? Bak kata MM, sila Google :)

    Ehem, majalah Klue bukan penyumbang pembacaan golongan Indie kah?

    hehe..

    -ami.

  4. LARI KELUAR says:

    ini versi positif.

    bila nak ada yang negatif?

    baru seimbang.

  5. Dato' Fazly says:

    no harm’s done. i guess indie is just a statement that many people love to associate themselves with. trends followers will find some other stuff to follow and those indie fans will stay..

  6. Jumping Jane. says:

    “Perihal Topshop serta penjual kamera DSLR jangan ceritalah.”

    Got me laughing there, and still am. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHA.

    “Indie” (Underrated) dah jadi Overrated dah pun.

  7. Jumping Jane. says:

    P/s: Ada yang ikut firasat hati, ada yang tumpang sampan je, atau pun lebih di kenali sebagai, phonies bak kata Holden.

  8. Ferdows D. Isaac says:

    bagaimana pun, golongan ‘poser’(betul ke eja?) masih perlu ada dalam setiap trend baru. WAJIB.
    Setuju MM?

    Menyongel. Rindu dengar perkataan yang semacam klasik ini;)

  9. Anonymous says:

    Mula2 aku suka blog kau ni,aku baca pasa perempuan ampang dan lelaki ampang..mmg gerek… tapi sejak kebelakangan ini aku dah macam malas nak baca blog ko…

    dah tak cukup pedas…ko dh glamour dohhh sebab tuh nukilan ko dah cm cheesy sikit..

    masa org tak bape kenal blog nukilan ko mmg tip-top tapi bila kau makin glamer ni siap dgn subliminal ads yg ko masukan buat aku rasa muak…

    ermm aku kelakar yg ko apply theory diffusion of innovation tuh…boleh mengelirukan doh..sebab aku dh buat full report pasal itu….agak beratla jugak..tapi syabas ko manusia pertama kat malaysia yg cuba buka cite pasal tuh…yg ak tahu selain profesor aku.

    aku bukan kutuk kau sebab aku nak terkenal mcm style bebudak freestyle rap buat..agpun aku bukan ade blog…

    ..tp garisan bawahan nya, ko pedulik ape aku ckp, tol dak?

  10. Melayu Minimalis says:

    @tanpa nama-
    Betul!

    @Ferdows-
    Poseurs atau Ingin Jadi© harus ada dalam mana2 hierarki masyarakat. Dari poseurs lahirlah mereka yang benar2 percaya pada apa yang mereka lakukan

    @Lari Keluar-
    blog aku blog positif. nak negatif baca blog2 private.

  11. O my love says:

    Aku harap budak2 indie ni lama-lama akan nampak cahaya (light ala2 Ghost Whisperer) supaya lebih banyak dig dan membaca, tak kisah la jika ilmu muzik atau fashion itu sendiri. At least, ada makna.

    Adik bongsu aku claimed Indie (ok,dia cute). Tapi tu la, dia claimed kat orang (according myspace dia) dengar Radiohead (untuk nampak ke-Uk-an aku rasa), aku ingat dia pun dah jatuh cinta sama RadioKepala tu, aku tanya “hang dengaq lagu radiohead,album mana hang suka?”

    “erk.. lagu Creep tau lah”

    hehehe.. (berat nih!)

  12. Kwaidan Tarmizi says:

    Melayu Minimalis,

    Abang Kwai bagi tabik TOP BOYZ dan pingat top boyz choice blog awards atas Post ni yang amat sharp. Bila Abang Kwai free nanti, boleh ajak abang melayu minimalis minum kopi di old town kopitiam nanti. Bagus, post ini memang sharp. Abang Kwai tengok ni lompat- lompat rasa intelligence abang tercabar. HIDUP BLOG NI

    p/s: kita patut collaborate ngan satu cerpen pasal budaya popular negara kita. Abang dulu pernah ambik course pop studies kat Surrey Institute

  13. smallgestures says:

    Chuck Klosterman?

  14. Melayu Minimalis says:

    @kwaidan tarmizi
    buat apa cerpen, buku terus laa. ala chuck klostermen seperti kata smallgestures.. :)

  15. Anonymous says:

    haha..aku sekali lagi…

    MM tak peduli apa aku cakap, setahu aku la, yg pernah aku wat kajian di Universiti dan Pusat Kebajikan masyarakat dan kaitan-kaitan literatur menunjukkan,

    manusia yang mengaku dia tidak langsung peduli macam kamu adalah manusia yg paling peduli sekali.

    manusia yg mengaku tidak peduli, sebenarnya mempunyai pemikiran yg terlalu kritis dan selalu mampu melihat sesuatu secara analitik dan big picture secara serentak!.

    dan ini adalah anugerah, sama seperti Nostradamus yg mempunyai bukan sahaja IQ yg tinggi, malah EQ beliau juga tinggi. dont you know person with high EQ can have an hindsight of the future? itu cerita lain….kalau tak percaya statement aku di atas ini, cuba ini, bawa seorang perempuan jumpa ibu kamu, right off the bat mum can tell if she is a good gal or not so good gal for you…sebab EQ biasanya ada pada wanita sahaja, tapi bila ia ada pada laki, nah! kamu juga akan jadi seperti nostradamus atau jon duan de marco..

    tapi IQ tidak pernah ada pada wanita.i wonder why.takpe itu cerita lain…

    salah satu sebab utama org spt kamu ckp tidak peduli, itu hanyalah sebuah defense-mechanism yang dignakan untuk melindungi ID dan Superego sahaja, hehe..terima kasih encik Freud, anda telah membolehkan saya mengaplikasikan theory anda secara kecil-kecilan.

    walaupun feminist mengatakan pemikiran freudian gila, tapi pada aku, female anger is the weathervane of truth, dan aku harap kau bukan seorang pendukung idea feminist yg suka merendahkan lelaki.

    -tiada nama-
    dimana intelek meletup-

  16. 6darjah says:

    kenapa crowd masa aku pergi persembahan Butterfingers semalam x sama dengan crowd persembahan Nidji?.

    takde budak pakai suar skinny pun.

    band dan artis tempatan lain pun x de datang. lain sungguh.

    Meh la kita beramai-ramai tengok Avril pulak.

  17. Anonymous says:

    kita jadi follower pasal disini ada lagi manusia yang bertungkus lumus bekerja untuk pendapatan rm500 sebulan. Cuba pendapatan minimum kita rm2k sebulan, mesti kita bleh jadi trendsetter.

    - aku bukan “tanpa nama” diatas. tapi aku adalah suparman -

  18. Melayu Minimalis says:

    @tanpa nama a.k.a suparman
    betul.

    @tanpa nama
    betul.

  19. shaa says:

    aku tak suka fake indie kids yg mcm plastik. theory aku : dyorg suma ikot trend. dulu skate, emo, then indie. now hxc, nnt satg metalcore. mekaseh fakerssss. ko buat aku nyampah! (bukan ke MM) aku tak kesah kalau yg keep it real punya indie kids. those fa

  20. Fendy says:

    golongan poser memberikan keuntungan pada peniaga skateshop.

    dan aku setuju dengan pendapat kau dari poser lahirlah mereka yg betul-betul true.. tapi tidak semua

  21. Syah Saliman says:

    aku setuju dgn tanpa nama.

    posers skang mmg ramai bersama kawan2 mereka membeli-belah di kedai topshop dan pasti ber V-neck dan menjadikan modal ‘jeling2 senyum2′ untuk mengorat.

    teringat aku masa zaman emo.bdk2 ambil gambar dlm myspace penuh dgn gambar yang menutup mulut dan posisi camera dari atas bersama editing yang melampau seperti gambar tengkorak warna pink dan sbgnya.

    /aku tak pasti yg aku nmpk td adalah abg melayu minimalis dlm tren.if yes,fesyen anda mmg extraordinary sbb hanya kelihatan dari belakang sahaja.

  22. Anonymous says:

    hodoh gila model-model theshoplifters tu!

  23. The Shoplifters says:

    @tanpa nama, thanks!

  24. amoi chantek says:

    erk.. apakah semua neh..?

  25. [...] Tafsiran ‘Hipster Malaysia’. Dan sebagai dokumen sokongan sila baca ‘Fungsi ‘Budak Indie’ Dalam Masyarakat Majmuk Yang Aman Makmur Seperti Kita Di Malaysia.‘ Ini semua cerita lama so get with the program [...]

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes