August 25, 2008 10

Kerelevanan©.

By in Layan Diri

Salah satu persoalan yang selalu ditimbulkan dalam blog aku ini ialah tentang mengapa aku tidak mahu menulis tentang golongan-golongan tertentu, ataupun inginkan pendapat aku tentang sesuatu topik.

Dan kebiasaannya aku tidak akan melayan soalan-soalan atau permintaan-permintaan sebegini, semuanya atas satu sebab—ia tidak relevan dengan aku.

Jadi di sini, aku ingin terangkan sedikit tentang Kerelevanan© dalam tahun 2008.

Kerelevanan© berkait rapat dengan citarasa dan trend. Walaupun begitu, pada firasat aku masyarakat di Malaysia ini kurang gah dengan trend, jika dibandingkan dengan masyarakat yang tinggal di Tokyo atau London misalnya. Pada masa yang sama juga, tidak semua trend yang wujud di sana boleh diaplikasikan 100% di negara kita.

Kita lihat fesyen misalnya. Macam kita di sini, bukan tinggal di negara yang mempunyai 4 musim. Akibatnya banyak trend fesyen yang kita tiru (kita masih meniru, bukan memimpin, ya? Setakat hendak harapkan batik atau songket memang tak ah!) di sini adalah trend fesyen musim panas, ataupun mungkin musim bunga. Trend musim sejuk memang tak-lah, sebab negara kita memang boleh dapat sauna percuma. (Mungkin atas sebab yang sama kemudahan sauna tidak berapa popular di sini. Lagi-lagi sauna penuh dengan perempuan kurus berbuah dada besar dan berbogel seperti dalam filem ‘Hostel’ arahan Eli Roth.)

Di sini kita boleh katakan fesyen musim sejuk Tidak Relevan untuk kita. Seperti muzik juga, kita boleh katakan muzik Country dari Amerika Tidak Relevan untuk kita, atas sebab tidak ramai Melayu yang boleh mengaku koboi atau memandu trak pikap. Seperti juga muzik Dragon Red tidak relevan untuk aku, sebab aku bukan pemain sukan boling Olimpik yang perlu pakai sarung tangan besi berkrom untuk bertanding.

Macam aku, aku mengaku aku sundal fesyen. Walaupun hanya untuk jenis-jenis fesyen yang tertentu, bukan semua yang aku suka. Cuma bezanya, walaupun aku sundal fesyen tertentu, aku akan cuba ambil tahu tentang fesyen yang aku tidak aplikasikan terhadap diri aku sendiri. Terutamanya non-fashion, iaitu fesyen yang tidak berfesyen, ataupun fesyen golongan-golongan tertentu, yang aku pasti kamu semua sudah baca dari nukilan-nukilan aku yang lalu. Tidak lupa juga aku kerap menulis tentang muzik, dan kriteria utama yang aku lihat untuk menulis tentang kedua-dua subjek di atas adalah berapa relevannya perkara tersebut dengan minda aku.

Jadi kamu membaca blog ini atas dua sebab. Sebab ianya relevan kepada kamu, atau langsung tidak relevan dengan kamu. Tapi ingatlah, apa yang aku tulis adalah benda yang relevan dengan aku, dan bukan dengan kamu, ya?

Relevan, bukan?

Popularity: 2% [?]

10 Responses to “Kerelevanan©.”

  1. Hiddsta. says:

    teringat Adam AF yang mengikat kain kat tangan dia masa zaman bodoh-bodoh dia kat AF. haha.

  2. little lost souls says:

    so you’re writing your blog so that you’d find your conformity to your own and society’s expectation?

    it’s ok dude, don’t have to be too intense ‘cuz everybody’s living in their own make believe world.

    why

    so

    serious?…

  3. Jumping Jane. says:

    Minum kopi jom?

  4. Mas Mohd Yunus says:

    MM,

    adakah sundal fesyen boleh disamakan dengan mangsa fesyen? need verification

  5. Melayu Minimalis says:

    @Mas -
    Tidak boleh disamakan.

    @Jumping Jane -
    jom.

    @little lost souls -
    betul

    @hiddsta -
    tak faham.

  6. Perempuan Jomblo says:

    Setuju. Relevan.

  7. redSeptember says:

    BM anda dikatakan agak hebat ya.

    saya kagum.

    sundal fesyen = fashion slave?

  8. hicsuntdracones says:

    s.f. = f.w. (fashion whore)

  9. QaSiyh says:

    apa yg dikategorikan sundal fesyen???
    mereka yg terlalu up-to-date ka fesyennya???

  10. Melayu Minimalis says:

    @qasiyh
    sundal fesyen – orang yang menyundal fesyen.

    @hicsuntdracones
    betul!

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes