Aku baru sahaja habis pra-tonton filem Kami (2008) petang tadi. Aku letak (2008) sebab sebelum ini pernah ada filem berjudul ‘Kami‘, lakonan Sudirman pada tahun 1982. Jadi jangan keliru OK?
Balik kepada filem ‘Kami’ edisi 2008 (yang tiada kena mengena dengan filem tahun 1982).
Terus terang aku katakan, aku suka filem ini. Jalan ceritanya agak menarik, dan kamu tak perlu ikuti siri TV ‘Kami’ untuk faham jalan cerita filem ini. Barisan pelakonnya walaupun muda, tapi agak berkesan untuk menyampaikan mesej yang ingin disampaikan dua pengarah filemnya. (Ini filem pertama yang diarah oleh Effendee Mazlam dan Fariza Ishak. Kalau kamu ingat, Fariza atau Fizzi ini pernah berlakon dalam filem arahan Hishamudin Rais, ‘Dari Jemapoh Ke Manchestee pada tahun 90an dahulu. Fendi pula ialah pemain gitar bass untuk band ‘menjilat’ Carburetor Dung)
Aku tidak akan berikan spoiler untuk filem ini, jadi aku tinggalkan sahaja komen serta pemerhatian aku selepas menonton tadi.
1. Banyak Yang Tersirat.
Banyak mesej sinis yang boleh didapati dari filem ini kalau kamu perhatikan betul-betul. Yang paling klasik ialah adegan yang melibatkan dua pegawai polis dan sebungkus dadah dan kemudiannya komentar tentang keberkesanan kereta ambulans. “Renung-renungkanlah…” kata seorang watak dalam filem ini. Klasik.
2. Banyak Lagu-Lagu Bagus.
Runut bunyi (ya, runut bunyi) filem ini bagus. Selain Hujan dan Meet Uncle Hussain, ada They Will Kill Us All, Furniture, Deepset, Laila’s Lounge, Koffin Kanser, Meor dan banyak lagi. Semuanya muzik tempatan, dan secara jujur, semuanya bagus dan kena dengan filem. Tiada lagu Dragon Red.
3. Banyak Watak-Watak Pembantu Berkesan.
Watak Abu, Pak Din, Boy dan Razak memang bagus. Tabik. Cuba tonton sendiri.
4. Tiada Adegan Bodoh.
Ya, tiada adegan berborak sambil memakai jaket tebal di sebelah kereta mahal yang dipinjam dari Naza Motor di tepi KLCC/Jambatan Putrajaya, tiada adegan memesan jus oren dari waiter berkemeja putih lengan panjang dan memakai bow tie (eh? mungkin ada), tiada adegan pesta hari jadi di tepi kolam renang (mandi tepi pantai ada-lah), tiada adegan yang melibatkan Rosyam Noor, tiada adegan yang melibatkan Rosyam Noor berambut perang, tiada adegan yang melibatkan Rosyam Noor memakai rambut palsu, tiada montaj bazir filem seperti montaj adegan jatuh cinta di tepi kolam/repair kereta/latihan seni mempertahankan diri.
5. Ada Adegan Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Ani Zayanah…
…pakai baju sekolah. Dan kemudian pakai skinny jeans. Haih.
Apa-apa pun, filem ini akan keluar pada Hari Raya Pertama nanti. Cuba tonton kalau boleh. Memang disarankan. Sambil menunggu, sila tonton trailer di bawah.
Popularity: 3% [?]

u are reccomending us to watch this movie? biar betul. cerita pasal budak2 muda skg,pasal indie scene di malaysia. biar betul. kami sgt overrated, though mayb it’s a good thing, tak se-overrated movie2 melayu kita. hmmm, dilemma.
HAHAHA Skinny jeans is soooooo IN. I’m SOOOOOOOOOOOO gonna wear mine. Woohoo. Hidup Indie?
Kill me now.
Wow!!!…baca ur entry make me can’t wait for the movie..Sangat bersemangat nak pergi tengok nie..
Not much into the TV series, but if you say that its good, I guess its worth the watch. You’ve got good taste, no?
“Hidup ini mmg palat”
betul ke apa aku dgr?ke gegendang telinga aku dah kurang kenyal???
ya betul.. hidup ini memang palat pun! tapi esok masih ada.. tak pernah plak aku recall rosyam noor cakap camtu.. xD
Juliana Evans~~
owh.i’m gonna watch it too
raya pertama kot!
MM umur ko 21 tahun ke?
sebab aku tgk ko mcm obsessed dgn KAMI jerr….ke sebab juliana Evans?
Kami ni rasa2nya takde la nak jadi klasik sampai tahap filem Stanley Kubrick ke apa, tapi lagi baik la drp tgk film2 melayu yg keluar masa raya kang. Dan elok lagi tengok Juliana Evans daripada Fasha sandha yg tak habis2 carik lelaki ‘elit’ kononnya, si Saiful Apek dgn lawak ‘lalok’-nya, ataupun Yusry KRU trying hard to look cool, macho ala2 Justin gitu, but ended up like a tong kosong dweeb.
Cerita ini budak2 bagi org2 yg mungkin dah berumur, stok kalau layan lagu pun zaman2 Butterfingers, Love Me Butch , Dead Mushroom (ada lagi ke?)….but hey, masa kita layan band2 tu pun kita dianggap budak2 jugak oleh old timers yg kebanyakannya layan band2 black metal underground semua.
Walaupun aku bukan zaman2 bittersweet, they will kill us all, oh chentaku semua tu, aku still layan Kami The Series , sebab memang kalau aku berumur 18-22 tahun skarang ni pun, aku akan layan band2 tu jugak, dan mungkin aku pn akan digelar budak indie jugak. Sama seperti aku dilabel sbg ‘mamat grunge’ hanya kerana masa zaman aku layan butterfingers, saturnine semua tu.
Aku rasa lebih baik pergi ke panggung wayang masa raya ni dan layan Kami The Movie daripada melepak dengan elitist muzik yang poyo mengaku dengar muzik yang ‘bukan semua orang dengar, hanya org2 tertentu’. Tu belum lagi nak disentuh tahap jiwang karat mamat2 elitist muzik ni bila cakap soal cinta. Penuh puitis taik minyak. Cerita lain.
wahey, i was actually quite lookingg forward to catch that movie. Saw the trailer a week back and did not feel the usual icky chills down my spine or flinch at a scene that would usually be too trying and tak jadi that I USUALLY get when watching local movies.
And nampak like they can actually act, so that’s a bonus there i guess
:p
@natrah
semua manusia boleh ‘act’
especially golongan wanita, sebab acting does not need a good IQ.
adik bongsu aku mesti pergi tengok! pasti.
aku? tak kot sampai ke wayang..
tapi aku suka komen tarantular.
ya benar!!
filem yang baik tak salah untuk kita tonton. filem yang baik juga lain definisi pada semua orang. jadi, ikut diri sendiri.
maaf, masih nampak seperti filem melayu lain walau hanya dengan trailer ini.
jelasnya bukan ‘pemecah tanah’ (ground breaking), cuma lain dari yang lain.
takkan ke wayang untuk menonton, tapi mungkin pinjam VCD/DVD member untuk tonton.
adakah tuan Neraka terlibat dengan filem ini?
saya suka cerita ni, bukan pada yang nampak sahaja tapi pengisiannya. saya dah tengok semalam. siapa yang cakap cerita ini budak-budak terpulang pada akal dan pemikiran masing-masing yang pasti pengisian dan positif part tuh sepatutnya dah boleh ambil dan jadikan rujukan dalam jalan hidup kita akan datang. sekurang-kurang nye kita boleh bersedia. bukan semua orang boleh terima cerita yang kritikal. kalau cerita ini mudah cuba ambil yang positif thinking dalam movie ni, kalau yang mudah pun susah nak terima apatah lagi yang kritikal movie. betul kan?
susah jugak rupenye nak jadi elitist ni.sume benda yang dah jadi trend/ikutan.semuanya nak dipangkah “overrated” katanya.
haih! xpaham
aku harap ianya benar.
umur aku 22 thn. bole la tengok KAMI ye?
KAMI ni nampak je macam cerite budak2. nampak je macam budak2 tu jahat. tapi diaorg jadi macam tu atas satu sebab. orang DEWASA. orang yg berumur 21 thn ke atas. maka aku rase xde salahnye orang dewasa tonton movie ni supaya mereka sesama sedar sekali.
kalau dah suke, ceriter SHIN CHAN pun org tua tengok
ah cibai..macamana ko dapat tgk pra-tonton,ini tidak adil.
en MM,ada macam masa mula-mula ‘dari jemapoh ke manchestee’ keluar tak feel die?
tak sabar nak tgk.walaupun dah bukan zaman aku.
Aku sokong Kami sebab untuk pertama kali, orang- orang tanah air ikut ‘brief’ dengan cerdik dan waras.
Gila bai 5 jingga. set untuk bebudak form FIVE. Sasha Bashir tu dah tua blad, Jed tu Form One in real life (i know, i’m in so much trouble) dan ASAL BEBUDAK FORM FIVE PAKAI FAKE EYELASHES GI SKOLAH?!
Kami memang Real.
nota personal: Bro, aku dah gi Office takde Sky High lagi, skarang sibuk ngan collaboration editions je.
aku layan kami ni dari the series lagi…
jalan cerita kami the series ni sebenrnya masa zaman masa aku zaman awal sekolah menengah dulu… dimana flyers dan zine masih begitu popular…
sekarang benda tu dah tak wujud lagi rasenye…. dah pupus sejak 5-6 tahun dahulu… bdk2 sekarang pun bnyk tak tau ape tu zine..
filem ni boleh mengembalikan nostalgia dulu-dulu.. zaman-zaman pegi gig secara curi-curi tanpa pengetahuan parents…
kan baik kalau runut bunyinya guna lagu lama-lama pada zaman underground still kuat.. sekarang underground dah tak wujud…
tapi, baik la layan cite ni kot… dari layan cerita yusof haslam dan anak lelakinya tu…
aku ingat kau nak tulis ada babak Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Ani Zayanah pakai bikini tepi kolam renang… teruja kejap aku tadi… hehehe…
setiap movia ade pro n con nyer
so tak payah nk down kan movie melayu yg lain jugak.
filem2 lain juga ade mesej tersembunyi.bukan melalui persembahan sahaja.
as i said setiap movie ade pro n con.
KAMI nih pun same
xlah hebat mane.hanya sebb trend sekarang nih je so KAMI jadi sebut2an.
melayu kalau dah perangai hasad dengki,
tak pernah nak support orang melayu.
susah nak kongsi bila melayu dah mula buat sesuatu dan nampak senang.
masing-masing nak die je yang betul.
tukar la sikit pemikiran tuh weh!
support each other!
dahla politik dah teruk, takkan scene muzik pun nak berpuak jugak?
muzik indon boleh je korang bangga-banggakan. filem indon? toksah cite la!
c’mon guys!
UNITE la untuk kesejahteraan bersama.
Hmm, sbb ko dah tgk kan MM, apa kata ko kasik beberapa movie yg lebih kurang dgn citer Kami ni.
Mana tahu mcm citer American Beauty ker, Grease ker, atau macam Sutun ker? Similarity.
Sajer tanya.
huhuhu..cerita kami ni mengingatkan zaman masa sekolah sekolah dulu. Tak payah la kategorikan cerita ni cerita budak budak.
Macam la tak tengok cerita sin chan n sponge bob walau dah berumur banyak daripada 22- 24 tahun.
Aku tak pernah tengok tv series. Tak sempat pun walau kawan aku banyak kali suruh tengok diorang pakai design shirt2 aku dulu. Jam 10malam still kat ofis. Macam mana nak tengok kan.
Kami 2008 banyak relevannya. Macam ada satu komen kat atas ni; watak watak pelakon memang ikut brief cerita. Takde la ambik orang umor 30 tahun jadi budak form 5, pergi sekolah pakai eyelashes. Tido pun pakai gincu dan blusher.
Dan yang paling penting, tak ada Rosyam Nor.
Aku natural. Tapi akan penuh support. Daripada aku tengok filem budak budak Indonesia; baik aku tengok filem dari negara sendiri.
Supportlah beb. Nak ke industri filem Malaysia kekal pada tahap yang kurang baik; streotype, erra fazira dan yusri?
come on…
@siberkop-
hmm. good question… as far as Malaysian movies go, I think it’s in a class of its own. kalau nak buat comparison dengan movies Barat, susah juga… can’t think of anything right now.
i just like the fact that in portrays an aspect of KL life berkenaan watak yang tak memandu kereta sewa dari Naza Motors.
haha. dulu membe ajak suruh layan Kami The Series. mula cam tak caya. biar betul? yucks. malay series. double yucks.
sekali layan. haha. sangkut.
trailer looks good. to me anyways.
will catch da movie. but on 1st raya? haha. of course not. puasa sebulan nanti free2 je wat dosa hari raya.
a bit later? probably. hehehe. well.. nama pun dah sangkut.
hope it will be a non lame malay movie. penat la tengok movie melayu yg memalukan.
kau yg mana satu?
nampak akab n joe kidd je
Aku sebelum nak kutuk atau nak judge apa – apa, filem atau teater, aku akan TENGOK dulu baru kritik.
Tapi orang – orang kat sini dah kritik, dah judge, dah kutuk walaupun belum tengok.
Macam mane boleh kritik kalau belum tengok? Adil ke tu?
@tengok dulu
tak adil.
@farah
rahsia.
@wuteva
dia agak tidak typical malay movie la.
haha..
Wuteva, baru-baru ni, dengan PR melambung on the movie, I got curious over the series and decided to YouTube it. Spent the entire night watching all 8 episodes of the show. Pun sangkut jugak haha…
I think just what I like about the whole thing was that it reminds me of the KL that I know, rather than the KL that you usually see on the telly. Astana Idaman or Anak Mami The Movie is not my KL. Sorry.
And the whole twist of the storyline is agak unexpected, but it didn’t piss me off at the same time as well. So in that sense i felt that whatever the writers were on about kinda works.
But most of all, it made me miss home. It made me miss KL, a lot.
Heck, to me at least that’s got to count for something ! !
Budak2 theywillkillusall memang muda2 belaka.semua lingkungan 18-19 tahun.lagi muda dari band punkrock bunkface!
Apa la korang ni, nak kutuk2 citer melayu, tapi citer2 omputeh atau omhitam yg korang suka tu bagus sgt ke? Entah2 citer omputeh overrated je, yakni citer2 yg sumer org hip dan ada good taste MESTI suka mcm Stanley Kubrick.
Kalo nak jadi org hip/good taste pun, carik la sendiri benda yg nak disukai, takyah nak ikut2 apa yg omputeh hip/good taste suker, sebab kalau jadik org hip/good taste yg kambing biri2 jer, watper kan…
Bosar kan tolur tu sikit, kalo dah suko, cakap jo suko cito tu, takyah nak fikir2 “Okay ko tak aku nak suko cito ni?”
Hish, susah botul nak jadik org hip/good taste nih…
Wakakakakakakakakakkakakaka
Aku dah tengok. Ada sedikit ulasan.
Di sini ikatkata.wordpress.com
sumpah aku x paham cite kami the series tu..
maybe sbb x ikot dr mule..
btway, yg the movie ni ade sangkut paut ngn the series or totally different?
ada dragon red dlm ost kami the movie. haih
indie boleh dijual beli. kalau tak caya, tanyalah gb (sekadar contoh).
kau pergi pratonton kami? i was there to… the film mmg bagus. n yahh..org yg tak tgk series nya pun sure faham citer sbb movie nya ‘berdiri sendiri’… mcm mana kau blh tgk haaa???
aku baru je tengok cite nie mlm tadi,biasela..cite nie main waktu first raye.So,aku nak bagi ckit komen ttg cite nie.Aku dah brp kali tengok KAMI episod,mmg layan lah cite nie.Aku ade ckit frust tgk ending cite nie mlm tadi,x best lah abu mati..x syok..ending cite nie pun tak de kesudahan.Maksud aku,mak adii apa crita,mak dier kan pekak..hehehe..watak lynn pun x der penghabisan,lps kwn2 dier org tau yang die teka-teki.Adii pun aku x tahu dier punye ending.Bab ending nie lah aku frust ckit ttg cite melayu nie.But anyway,aku mmg sokong cite melayu especially cite mcm KAMI nie.Selain mengangkat martabat cite melayu,redfilms jugak mengangkat underground scene.HIDUP REDFILMS.hehehe.so untuk yg sokong cite melayu,keep going n yang belum sokong lagi,sokong2kan lah.PEACE!!!
cerita ni mmg utk kaki2 gig ke?
xsuke tgk cerita ni…
pernah sekali try tgk,tp filem2 melayu ni kdg2 xmenggambarkan pelakon2 dan org2 belakang tabir tu seorg islam…
byk sgt ciri2 yg teruk dan memalukan melayu Islam…
mungkin kaki gig dan bdk2 indie sukela kot cerita ni…