Tanya Abang Minimalis Lagi!

Posted on Wednesday, September 10th, 2008 at 10:39

Seperti biasa, sila kemukakan soalan-soalan kamu di sini. Aku tidak akan melayan soalan tentang perkara-perkara yang aku memang tak tulis seperti politik, agama dan diri aku sendiri, jadi pandai-pandailah bertanyakan soalan ya?

Soalan-soalan retorik amat digalakkan, juga soalan tentang falsafah, fesyen, muzik, fizik dan buah dada. Tetapi hanya buah dada wanita, maaf, bukan buah dada lelaki yang lebih lemak mahupun yang mengamalkan suntikan steroid.

Kepada sesiapa yang masih ada soalan yang belum terjawab dari sessi yang lalu, sila kemukakan soalan-soalan kamu kembali, dan soalan terbaik mungkin akan memenangi barangan eksklusif blog Aku Tak Peduli©! (Mungkin, dan hanya sah untuk penyertaan wanita sahaja.)

Popularity: 2% [?]

Responses (26)

  1. Dila says:

    saya kurang periksa jika encik MM sudah menerangkan atau tidak tentang perkara ini.

    kenapa encik MM gemar mengambil gambar kaki dan berminat dengan apa-apa berkaitan kaki?kasut,contohnya.

  2. Kwaidan Tarmizi says:

    ha encik MM
    http://cgi.ebay.co.uk/KRIS-VAN-ASSCHE-KVA-High-Top-Suede-Sneakers-sz-41_W0QQitemZ190249976638QQcmdZViewItem?hash=item190249976638&_trksid=p3286.m63.l1177

    size euro 41/42 = 8
    kalau itu size ko , ko memang bertuah gila di bulan ramadhan nih. dah la location HongKong

  3. Ahmad Adib says:

    Wahai saudara MM,

    Saya pasti yang saudara MM menghabiskan zaman kanak-kanak pada tahun 80an. Jadi soalan saya, bolehkan saudara menyenaraikan kartun-kartun kegemaran saudara? Top five lah kalau boleh. Ingin sangat mengetahui ‘taste’ animasi kegemaran saudara…

    Terima kasih…

  4. Hanna The Belgariad says:

    bila nak kawin?

  5. Tipu Tapi Benar (TTB) says:

    Sekiranya MM sudah bosan hidup di KL dan balik ke kampung untuk meneruskan hidup, apakah pekerjaan yang akan MM usahakan di kampung serta aktiviti seharian yang MM lakukan demi meneruskan kehidupan dan memberi impak kepada masyarakat kampung?

  6. young team says:

    MM, pada pandangan kamu, untuk seseorang dlm umur linkungan awal 20-an, dimanakah patut kita berada dari segi fikiran, sosial, etc etc. contohnya, buku apa yg patut kita sudah baca pada umur ini. muzik, filem dan sbgnya. tahap knowledge apa yg perlu kta sematkan di dada. soalan ini mmg sgt subjektif. tapi cuma ingin tahu pandangan MM. sbb blog abg KT dan jack takde ruangan mcm ini. haha!

    ok selamat berpuasa.
    -gravity

  7. zaX says:

    Kenapa muzik perlu dilabel? Kenapa manusia sering meletakkan label pada sesuatu?

  8. Melayu Minimalis says:

    teruskan bertanya!

  9. Azreen Zzz says:

    saya ni baru pindah ke singapura. agak terkejut melihat kaum melayu yang agak mundur dari banyak segi. jadi di sini saya nak tanya, sebab saya tak sure la kan, apa maksud rempit dan konsepnya di negara ekonomi maju?
    maaf kepada pembaca2 blog ini dari singapura.

  10. Syah Saliman says:

    dok temasik lagi seronok kan mm?tandas bersih.jln bersih.tak ada org ludah2.sng nk cr sushi halal dan dan dan dan dan girls x yh mask national srvse.

    wek,i got pee-ell-kay-anne

  11. mujjin says:

    MM, mampukah kau buat post dengan cara ejaan macam syah saliman ni?

    i know its not a question, but its a dare.

  12. Mo. says:

    abang MM, saya seorang budak dari Petaling Jaya yang belajar di UiTM. soalan saya ialah. Kenapa permain backstab meng back stabbing (cakap belakang, tikam belakang, umpatan, fitnah) banyak di praktikkan oleh org org di UiTM? sebijik macam drama drama di dalam TV yang di minati oleh most suri rumah. padahal masa saya bersekolah di PJ dan bersekolah menengah di Damansara sy tidak pernah encounter benda benda macam ini. apa pandangan abang MM?!

  13. Mo. says:

    oh. anda berminat tak dengan kasut reebok edisi tiesto berwarna putih.hijau dan kuning. ya?

  14. enamdegrees says:

    kenapa si jahat muncul dengan banyak bila ekonomi gawat?

  15. Rhona Zlan says:

    sekejap! barangan eksklusif blog Aku Tak Peduli© tu barang apa?

  16. Seyn says:

    apa tafsiran perempuan secara puisi bagi anda

  17. Yin says:

    soalan.

    Jika MM diberi peluang.. era/zaman/generasi apakah akan MM pilih untuk hidup? dengan pemikiran MM pada zaman kini.

  18. Amri says:

    kajian science politik di U tempatan menunjukkan walaupun pengundi itu yang tak amanah,kuat makan rasuah,tak jujur mereka tak boleh menerima pemimpin yang sama sifat dengannya atau lebih buruk darinya

    ulas sket.

  19. Melayu Minimalis says:

    tanya lagi tanya lagi!!! hujung minggu ni aku jawap!

  20. amilah says:

    cara belajar fizik yang paling best untuk dapat A? di sekolah mungkin. erk

  21. .khairi. says:

    nak tanya jugak..
    apa pandangan MM tentang aliran musik yang bermusim..
    contoh macam genre emo,memang sekarang pun ada orang duk layan lagi..tapi,semakin senyap bukan..
    dan satu contoh lagi, new metal zaman 90an dulu..
    tidak kah abang MM terfikir yang genre pos rok ynag menusuk kalbu sekarang ini akan menimpa nasib yang sama?akan tenggelam?hanya bermusim?apa pandangan kamu..

  22. the blackpaper says:

    Kehadapan Saudara MM,

    Aku tidak pasti samada soalan yang aku tanya disini ada berkaitan dengan kerjaya Saudara MM sebagai ahli fizik nuklear. Tetapi aku tetap ingin bertanya.

    OK. Soalannya berbunyi begini.

    Adakah kerjaya anda sebagai ahli fizik nuklear dipengaruhi oleh mana-mana pergerakan seni/rekabentuk/senibina seperti Swiss Style yang terkenal dengan typeface Helvetica dan juga Univers. Mungkin juga sekolah Bauhaus yang terkenal sebagai pusat seni yang menghasilkan beberapa icon dalam bidang seni/rekabentuk seperti Barcelona Chair oleh Ludwig Mies van Der Rohe mahupun typeface Universal yang direkabentuk oleh Herbert Bayer pada tahun 1926.

    Dan jika kerjaya anda tidak dipengaruhi oleh mana-mana pergerakan/idea/kumpulan seni/rekabentuk, apakah pula pandangan anda pada bidang rekabentuk/senibina/seni di Malaysia. Bolehkan kita mencapai satu tahap seperti Bauhaus yang melahirkan tokoh-tokoh dan juga mempengaruhi bidang rekabentuk pada satu masa dulu. Semuanya di bawah satu bumbung. Tidak kiralah mereka itu jurufoto, perekabentuk grafik, arkitek mahupun lain-lain ahli seni. Apakah pandangan Saudara MM.

    Terima kasih.
    A.Z.H.

  23. alyaa says:

    kenapa pelik ramai pembaca wanita bertudung plak?

    oh yeah. you mmg minat kasut ye. and lawa lawa plak kasut kasut tu.

  24. Meer says:

    Salam encik MM,
    Walaupun sy dimaklumkan oleh entri-entri terdahulu bahawa encik MM bukan seorg gitaris, sy mohon pandangan.

    Sekiranya encik MM menjadi gitaris suatu hari nnt,
    gitar apakah yang menjadi pilihan encik MM untuk berkarya & mengapa ia menjadi pilihan encik MM?

    p/s: kalau boleh sila nyatakan juga efek-efek gitar yang enak untuk bereksperimen.

    Terima kasih.

  25. Pecah Kepala says:

    ahh masih sempatkah untuk aku bertanya?

    mm, apakah langkah yang akan anda lakukan jika diboikot? apa yang akan anda lakukan. dan apakah cara untuk mengatasi perkara sebegini.

    terima kasih

  26. budak jahat says:

    MM, kau penah dengar x orang cakap kalau minum air yang ada semut boleh jadi pelupa atau semakin sengal? Ape pendapat kau?

    *Rumah aku banyak semut.. dalam air kosong pun semut nak lepak. Disebabkan malas nak mengeluarkan semut terbabit, aku selalu minum jek air tu tapi aku rasa macam x jadi sengal pun. Sungguh pelik*

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes