September 10, 2008 12

Tujuh Tahun Yang Lalu.

By in Pendapat

Pejam celik pejam celik, hari ini sudah masuk tahun ketujuh ulangtahun serangan Al-Qaeda terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York dan Pentagon di Washington DC. Jadi sejauh manakah manusia sejagat telah berubah dari saat tersebut? Memang banyak.

Aku ingat lagi saat dan ketika serangan itu berlaku, sebab waktu itu aku sedang ditemuramah untuk satu majalah sains dan matematik. Ketika sedang asyik berbual, jiran aku yang tinggal di bawah tiba-tiba menghantar SMS menyuruh aku memasang TV dan menonton berita.

Dan pada ketika itu aku sedar dunia kita akan berubah selama-lamanya.

Tahap paranoia kita (dan terutamanya rakyat Amerika) begitu memuncak ketika itu, dan juga sehingga sekarang. Terutamanya paranoia terhadap mereka yang dilabelkan Islam. Akibat dari paranoia itulah sifat Amerika sebagai Polis Dunia mengiyakan segala apa kejahatan yang mereka lakukan terhadap mereka yang dikatakan ‘bersalah’. Asalkan nama kamu ada ‘Bin’ kamu sudah bersalah.

Semakin memuncak-muncaklah sifat Amerikanisme, semua kononnya akibat sifat patriotisme negara, sepoyo segala adegan-adegan filem Amerika yang melibatkan dialog ‘…it’s the American truth/dream/way‘ (yang diselitkan dengan Lagu-Lagu Semangat Berkobar) serta adegan ‘Amerika menyelamatkan segalanya’ (yang juga diselitkan dengan Lagu-Lagu Semangat Berkobar) sebagai klimaks filem. (Sebagai rujukan sila tonton mana-mana filem yang melibatkan askar Amerika dan/atau Denzel Washington dalam pakaian seragam.)

Walaupun aku tidak pernah dapat merasakan kesannya secara langsung, aku pasti ramai di antara kamu semua yang rajin berulang-ulang ke sana dan ke mari dengan kapalterbang pasti pernah ada pengalaman. Termasuklah semua kawan-kawan Kelantan aku yang ada nama ‘Syed’ dalam pasport ketika hendak turun ke Singapura.

Susah hendak membuat perjalanan, susah untuk mengambil gambar, susah untuk membeli barang di Ebay dengan kad kredit, susah segalanya.

Tetapi berbaloi ke segala paranoia sebegini? Tak kisah-lah kamu di pihak yang benar atau salah, tetapi aku dari dahulu tidak percayakan taktik keganasan. Sampai sekarang pun aku hanya pernah melepaskan tumbukan sekali ke muka orang, itu pun ketika aku di Tingkatan 3. Jadi memang aku tertanya-tanya apakah yang boleh membuatkan bekas rakan sedarjah aku yang dahulu senyap dan comel di dalam kelas menjadi seorang radikal agama. Sehingga sanggup berniat membunuh orang ramai dengan bom di Jakarta.

Sebab persoalannya, bolehkah kamu peduli sangat sampai kamu tidak pedulikan nyawa orang lain?

Popularity: 2% [?]

12 Responses to “Tujuh Tahun Yang Lalu.”

  1. Ferdows says:

    MM, computer games yang selalu mentioned Muslims as a terrorist jangan lupa..
    sikit banyak pengaruhi fikiran orang gak..

  2. deconformed says:

    MM, kwn ko yg dari Kluang tu ke? mcm aku kenal jer..

  3. Sarah is the One says:

    ada jambang juga susah

  4. Tipu Tapi Benar (TTB) says:

    Seperti kata pepatah, keindahan itu ada di dalam keserdahanaan.

    Bila terlalu taksub dan ikut membuta tuli, beserta dorongan emosi yang keruh, sudah pastinya segala tindakan hanya akan membawa kepada kerosakan dan bencana.

    Perlu ada ketenangan fikiran, pertimbangan yang waras dan ikhlas di dalam mengatasi segala masalah supaya semua keputusan yang akan diambil akan dapat memberikan kesejahteraan kepada semua.

    PS – Ekperimen di Large Hadron Collider (LHC) telah bermula. Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang ilmu nuklear, apakah impak ekperimen ini kepada sains dan kehidupan sejagat? :-)

  5. Faisal says:

    Nice post monsieur.
    Kau semacam sudah kembali ke zaman-zaman boom kau…(zaman-zaman post perempuan Ampang).

  6. O my love says:

    Bush dok kat tadika buat buat cuak.

  7. zhafir says:

    aku tak sedaq harini ulang tahun perubahan iklim dunia ni sampai la aku baca blog hang.

    kawan sekelas hang tu mungkin lack of diet kot?

  8. hafiz says:

    kepada teman yag telah menjadi teroris. di wajar menduduki semula spm nya!

  9. A'XTEQS says:

    mksod ko dr azhari?? dia dr kluang bukan? dan dia juga setaman dgn aku di kluang…

  10. farizzet says:

    birthday aku

  11. Iron Butterfly says:

    adakah syed dari kelantan itu SMEK? yang kadang2 berjambang macam taliban? dier pernah melawak and said he got stopped at all the airports when he went to Europe. sampai skarang tidak dapat dipastikan benar atau tidak. huehue.

  12. Iron Butterfly says:

    oh yes. Azhari tu ur friend yer? rumah dier kat KL in keramat kan.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes