September 13, 2008 11

Antara Identiti Dan Kebenaran.

By in Pemerhatian, Pendapat

Kalau kamu rajin mengikuti perkembangan blog Malaysia, sekarang ini kecoh berkenaan perihal seorang penulis blog yang konon-kononnya asyik menyulami cerita-cerita fiksyen yang dipercayai benar oleh pembaca-pembacanya, terutamanya yang perempuan.

Aku rasa masalahnya di sini ramai di antara kita yang memikirkan majoriti blog itu semuanya satu versi diari peribadi yang disimpan di Internet. Dan sudah jelas sekarang bahawa tanggapan itu selalunya tidak benar. Apa yang ditulis di dalam blog yang kononnya berupa blog peribadi tidak semestinya menceritakan Kisah Benar, satu realiti yang aku sedar lama dahulu.

Juga mungkin kerana pengalaman aku, blog yang menceritakan kisah peribadi selalunya menyusahkan dan melecehkan, sampai melibatkan peguam, SMS fitnah dan kenyataan bersumpah. Mungkin atas sebab yang sama aku jarang menulis perihal peribadi aku di dalam blog ini, sebab maklumlah, inikan blog pengetahuan am dan fiksyen sains.

Tetapi mungkin apa yang menjadi masalah adalah tanggapan bahawa segala apa yang ditulis oleh penulis sesebuah (eh? apa penjodoh bilangan untuk blog ya?) blog itu adalah berdasarkan kisah peribadi yang benar, dan bukan fantasi si pemilik blog.

Memang lumrah orang kita yang suka beremosi, terlalu mempercayai apa yang dibaca (atas sebab yang samalah Harian Metro dan Kosmo! amat berjaya di sini) hingga selalunya menelan bulat-bulat apa yang disuapkan.

Aku pun sampai sekarang hendak berjumpa si Samantha dan teringin melihat kelibat Denver.

Popularity: 2% [?]

11 Responses to “Antara Identiti Dan Kebenaran.”

  1. Marzuki says:

    teruskan membaca samada itu benar atau palsu.

  2. aQila aini says:

    haha..

    kecoh ye pasal blog tu.

    apa2 pun, layan je.

    terhibur gak baca.

    cerita penuh fantasi.

    ;)

  3. Sue Anna Joe says:

    Ni yang payah nak percayakan anonymous bloggers ni.

    Hmmm.. Gambar awek ni, lu punya ke bro? Macam tak percaya je.

    Ahahaha. ;P

  4. yourdrugbuddy says:

    Buat tak faham je. Anyway, dah lama tak dengar berita pasal Samantha.

  5. Melayu Minimalis says:

    @sue anna joe
    aku ada buat statement tu awekz gua ke bro?
    haha.

  6. Kwaidan Tarmizi says:

    abang MM

    takde hal bro. aku takde kat tanah air dan tak tahu bila balik sebab baru start kerja baru ni jadi nak guest blogging takde hal. aku actually honored gila kot.

    aku pun nak branch out ah blog ni. nak buat playboymelayuterakhir.blogspot.com fikir Borat tapi playboy Melayu pakai hackett travel europe tapi kita mirror apa society orang melayu ni suka buat. sure kena pukul (aku doa tak ah) tapi ni plan aku. long term ah.

    tak pun blog P.M.T ni macam more video orientated.

  7. Kwaidan Tarmizi says:

    oh betul gak kata lu MM
    aku delay second blog konsep aku ah. Aku cuba italisekan kata kata aku. Pernah bincang ngan Jack Lingam pasal slanga kita, tapi kita nak buat konsep bebual. Sebab tu kadang- kadang main kecah je.

    Apa- apa hal terima kasih. Hidup blog ko yang amat sharp ini. Dan blog aku yang akan ku cuba heavykan lagi.

  8. Sue Anna Joe says:

    Ops, my bad. Aku ingat marka hang la kan. Hehe.

  9. missy siti says:

    teringin gak tengok samantha and denver tu..
    hahhaa

    terlalu melampau..baca sekali pun boleh agak…

    bkan nak berpandangan buruk..cuma ni pandangan je..

    mgkn saya muda lagi..tak cukup pengalaman idup

    tapi sampai dah merapu memang orang boleh agak ar..haih

    takpelah..pilih yg baik..abaikan yg buruk=)

  10. O my love says:

    yang pecaya blog2 jenis tu semua taksub sangat kot.

    ghairah mungkin!

  11. LoveyAshLiecious says:

    samantha & denver?
    autojohnografi?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes