Aku perasan aku ada tertinggal beberapa soalan yang diajukan kepada aku, jadi apa kata aku jawab semua soalan-soalan yang tertinggal dengan nukilan pendek ini ya? Kalau ada soalan lain tunggu dulu, tunggu bila aku buka sessi soalan seterusnya, OK?
tumpanglalu bertanya…
dalam kehidupan seharian, kita banyak jumpa perkara berkenaan kualiti antaranya kualiti terbaik, rendah mutu kualitinya, belum sampai tahap kualiti yang diinginkan dan sebagainya.
kalau contohnya air mineral A, si A kata ia adalah berkualiti terbaik tapi dalam masa yang sama, dia tak tahu yang nun di ujung dunia sana ada si B menganggap air mineralny Bnya adalah paling baik.
soklan saya, camna nak jelaskan terma ‘kualiti’ kerna tiada rasanya piawaian untuk menetapkan sesuatu hal/benda tu terbaik atau terburuk dan yang sewaktu dengannya..
Tidak silap aku ada beberapa jenis piawaan yang dijalankan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa untuk menetapkan nilai mutu serta kualiti. ISO 9000 misalnya, tetapi maklumlah, segala piawaan yang diberikan oleh mana-mana badan tertentu ada ‘harga’nya tersendiri, dan jika kamu ada wang, kamu boleh ‘beli’ kualiti. Tanya sahaja Puspakom.
Meer bertanya…
Salam encik MM,
Walaupun sy dimaklumkan oleh entri-entri terdahulu bahawa encik MM bukan seorg gitaris, sy mohon pandangan.
Sekiranya encik MM menjadi gitaris suatu hari nnt, gitar apakah yang menjadi pilihan encik MM untuk berkarya & mengapa ia menjadi pilihan encik MM?
p/s: kalau boleh sila nyatakan juga efek-efek gitar yang enak untuk bereksperimen.
Terlebih dahulu terima kasih kerana memahami bahawa aku bukan seorang pemain gitar. Tetapi, jikalau aku seorang kaki goreng, gitar yang aku gunakan akan bergantung kepada jumlah belanjawan aku. Kalau kurang RM2500, aku syorkan gitar-gitar jenama Fender buatan Jepun. Almaklum barangan Jepun biasanya berkualiti tinggi, dan ini juga benar untuk gitar-gitar Fender mereka. Lupakan gitar jenama Squire buatan China, Korea atau Indonesia, mahupun gitar Fender dari Mexico yang semakin mengarut harganya. Dengan jumlah wang yang kamu belanjakan, memang berbaloi untuk melabur dengan membeli sebatang/sepucuk/sebuah gitar Fender Jepun.
Dan dari jenama Fender, aku syorkan gitar model Stratocaster. Ada sebab kenapa gitar ini adalah gitar yang paling popular di dalam dunia. Ini kerana gitar ini amat selesa, dan mudah dimainkan. Kamu beli sahaja gitar yang model stock, dan kemudian kamu ubahsuailah sendiri untuk menampilkan personaliti, watak dan cara mainan kamu. Gitar Fender model lain aku tidak berapa minat, kecuali Fender Telecaster Deluxe, tetapi amat sukar mencari keluaran Fender Jepun untuk model gitar ini. (Tidak mustahil.)
Jikalau kamu suka juga, kamu boleh membeli gitar Fender Amerika, terutamanya dari siri model Highway One. Harganya amat berpatutan, dan hampir sama dengan harga gitar Fender Jepun. Ingat, cari yang versi Highway One (Upgraded—versi tahun 2006 ke atas), bukan versi Highway One yang asal kerana ia agak poyo.
Jika belanjawan aku melebihi RM2500, ada banyak gitar yang aku idamkan. Antaranya ialah Rickenbacker 360. Aku pernah bermain gitar ini di tepi jalan, dan tona bunyi serta rupanya memang seseksi kasut-kasut bertumit tinggi yang dipakai wanita yang berkaki panjang. Dua lagi gitar yang mungkin aku fikirkan ialah gitar jenama Mosrite model Johnny Ramone Re-issue, dan gitar jenama Ampeg model Lucite. Kedua-dua gitar tersebut memang terbukti bergaya dan mempunyai tona yang unik, dan bakal mendapatkan awek-awek indie comel selepas kamu membuat persembahan di atas pentas.
Selain dari itu, antara gitar-gitar lain yang aku rasa boleh blah ialah gitar jenama Paul Reed Smith model Singlecut Satin, Vox model Virage, Hofner model Verithin, dan juga model-model vintage keluaran Fender Amerika sebelum tahun 1970an. Maklumlah, gitar dibuat dari kayu, dan secara amnya peribahasa ‘makin tua makin berisi’ boleh digunakan terhadap mutu gitar-gitar vintage. Aku tidak pernah mencuba mana-mana gitar ini jadi jika kamu sudah habiskan RM8000-80,000 untuk gitar tersebut dan bunyinya tidak sedap jangan salahkan aku ya? Paling kurang kamu boleh tolak kat aku, aku sanggup angkat, tapi murah-murah-lah sebab bunyi tidak sedap.
Dan pada aku, ada dua jenis efek gitar yang kamu perlu ada. Tuner pedal dan delay. Sebagus mana pun gorengan gitar kamu kalau kamu tidak in tune memang poyo beb. (Ini memang masalah merundum yang menimpa banyak band-band di Malaysia.) Efek delay pula berguna untuk membuat alunan-alunan bunyi gitar yang indah yang boleh mencairkan wanita, dan juga kalau digunakan dengan betul, boleh membuatkan permainan buruk gitar kamu seakan-akan The Edge dalam U2.
Jenama-jenama efek pula, memang banyak. Cuma aku nasihatkan jangan terhad kepada jenama Boss. Ada banyak lagi efek dalam dunia ini yang kamu boleh beli dari Internet dengan menggunakan kad debit. (Boleh beli di 7-11). Antara jenama yang boleh tahan ialah BBE, Guyatone, Electro Harmonix dan MXR. Kalau jenama boutique atau efek-efek buatan tangan, jangan ceritalah, memang berlambak, itu pun jika kamu ada duit berlambak. Tetapi aku rasa tidak banyak beza antara jenama boutique dan jenama keluaran kilang sekarang. Aku sarankan kamu cekidaut jenama-jenama yang aku sebut di atas.
Oh ya, aku tahu banyak pasal gitar sebab aku rajin membaca di Internet. Aku sebenarnya seorang pemain hang drum. Lihat klip dibawah, ya?
Popularity: 2% [?]
macam best je, nasib aku tak pandai main gitar.
Whoaa, where can I get one of those things (hang drum)?
Terima kasih atas jawapan pantas encik MM, sesungguhnya anda memang bukan pemain gitar & aku sungguh percaya tanpa batasan.
Ehem 2x
thx MM kerna sudi melayan soklan aku tu. even jwpn hg kurang jelas tp xpa, dah lbih dr ckup. nway ni aku ada soklan lain;
watak dalton russell dlm inside man ada kata camni masa mula2 crita:
My name is Dalton Russell. Pay strict attention to what I say because I choose my words carefully and I never repeat myself. I’ve told you my name: that’s the Who. The Where could most readily be described as a prison cell. But there’s a vast difference between being stuck in a tiny cell and being in prison. The What is easy: recently I planned and set in motion events to execute the perfect bank robbery. That’s also the When. As for the Why: beyond the obvious financial motivation, it’s exceedingly simple… because I can. Which leaves us only with the How; and therein, as the Bard would tell us, lies the rub.
soklan aku, kita tau ‘rub’ tu asal dr mana tp ‘Bard’ tu mana pulak asalnya?
laa. soalan pun tak abes. tanya la skali ngan amp. MM, apa amp kegemaran kau?
jangan kata 2 cabinet marshall yang susun satu terbalik kat atas sudah. hahaha.
MM. saya nak komen pasal kualiti.
Apa yang dipersoal oleh tumpanglalu memang benar, di sini suatu yang tidak berkualiti mungkin dianggap sebaliknya oleh orang di sana.
Untuk mengatasi masalah tersebut [ataupun bukan untuk mengatasi masalah], ISO telah mengeluarkan beberapa set piawaian seperti ISO 9001:2000 dll supaya organisasi di seluruh dunia mempunyai suatu piawaian yang sama.
ISO 9001:2000 atau apa sahaja piawaian adalah satu set sistem kerja yang wajib dipatuhi oleh pemegangnya.
Audit pematuhan dilakukan oleh pihak dalaman organisasi dan luaran yang memberi tauliah piawaian tersebut misalnya Sirim.
Kegagalan pematuhan akan menyebabkan organisasi diberi status ketidakpatuhan [NCR] atau pemerhatian [observation].
Walaubagaimanapun kita sering terdengar
“..harap ada ISO sahaja tapi gagal..!”
Ini terjadi kerana kegagalan pematuhan piawaian atau kerja/produk tersebut tidak dimasukkan ke dalam piawaian ISO yang perlu dipatuh. Namun ada juga yang memilih jalan selamat dalam memastikan pematuhan sistem seperti:
Bayaran anda akan dibuat selewatya 14 hari bekerja.
Hakikatnya bayaran tersebut boleh dilakukan dalam masa 3 hari bekerja. Di negara lain yang menggunakan sistem ISO yang sama, bayaran tersebut mungkin boleh dilakukan selewatnya dalam masa 24jam bekerja.
Jadi, betul lah apa yang dipersoal oleh tumpanglalu. Sini lain, sana lain.
Saya pernah ditemuramah mengenai kualiti dan saya menjawab, kualiti adalah suatu perkara/produk yang melebihi jangkaan pengguna.
ps: saya pernah melihat papan tanda iklan produk automotif yang besar di jalanraya. tulisan ISO 14000 dibesarkan. hakikatnya ISO 14000 adalah mengenai alam sekitar dan bukan menjamin kualiti produk automotif tersebut.
Saya menyokong Wawasan 2020.
“Terlebih dahulu terima kasih kerana memahami bahawa aku bukan seorang pemain gitar.”
hahahahahahahahahahahahaha (this should be longer but i don’t want to flood your comment box)
encik MM.. jom lah kita jamming kat cm awak bawak hang drum tu, aku bawak gitar kapok aku =D
btw.. menurut kawan aku hang drum tu sangat mahal dan custom made untuk dedicated players je. adakah awak sudah memilinya?
*memilikinya?
oh, masuk ishibashi memamg mampu buat siapa2 yang waras jadi gila. seperti orang berpuasa berdiri di depan kedai kek. begitulah perasaannya :P
MM, aku ingin sangat melancong ke england. Kau ada idea tak cara paling save cost untuk ke sana. Destinasi yang menarik atau backpackers. Apa-apalah yang berkaitan.
thnx in advance.
tipu la hg x main gitar. haha
Untuk Tanya Abang Minimalis
Q:p/s/s atau p/p/s?