September 15, 2008 17

Aku Rindukan Saat-Saat Kita Berpegangan Tangan Di Brick Lane Dan Kemudian Bergambar Untuk Face Hunter.

By in Layan Diri

(Gambar dari Lumix aku yang diambil ketika kami dalam perjalanan ke The End, kelab malam eksklusif kegemaran kami yang malangnya telah pun bungkus. Oh, kenangan.)

Kadangkala apabila aku berbuka puasa berseorangan dengan roti yang disapukan marjerin (dan bukan peanut butter, sebab berlemak sangat) aku selalu terkenangkan saat-saat indah ketika aku masih bersama teman wanita aku Miss S. Rambut keperang-perangannya, dan lentuk tubuh badannya serta lentikan bulu matanya selalunya mengingatkan aku kepada Kate Moss, dan ramai teman-teman wanita aku yang lain sendiri berkata bahawa rupa mereka berdua memang sama. OK-lah, mungkin tidak sama sebab aku rasa buah dadanya lebih besar, dan kita semua tahu bagaimana rupa buah dada Kate Moss (pautan TSDTK dan boleh mengurangkan pahala berpuasa), bukan?

Aku juga selalu terkenangkan malam-malam intoksikasi akibat melayan air tin cap rimau, menyebabkan kami terhoyong-hayang, tanpa apa peduli pun di dalam dunia. (sebab itu blog aku ini aku tajukkan ‘Aku Tak Peduli’. Ya, sekarang kamu semua tahu. Ini semua angkara Miss S.) Malam-malam penuh keseronokan, malam-malam di mana aku boleh bergesel bahu dengan kawan-kawannya Giselle, Natalia dan Ahmad, semuanya manusia yang dirahmati Tuhan dengan rupa fizikal yang amat menarik sampai aku pun tidak boleh tahan.

Tetapi seindah mana pun malam-malam aku dengan Miss S, aku amat berterima kasih dengannya, kerana disebabkan kecurangannyalah aku berpeluang bertemu dengan Lady S, seorang bangsawan Inggeris rupawan yang tidak suka menunjuk muka tetapi suka memandu Lamborghini Diablonya ketika menjemput aku di rumah.

Walaupun kehidupan aku dan Miss S amat sukar akibat agama yang berbeza dan akibat kehidupan tanpa pedulinya yang terlampau tidak peduli, hidup aku dengan Lady S pun agak sukar pada mulanya, kerana keluarga bangsawan Inggerisnya tidak merestui perhubungan kami. Tetapi itu semua berubah di saat aku diterima sebagai pakar fizik pertama Malaysia dan petugas tetap di Pelanggar Hadron Besar tempohari, di mana dengan secara tiba-tiba bapanya yang bengis, Uncle Charles, seakan-akan merestui perhubungan kami. Mungkin Uncle Charles sedar tentang keupayaan aku yang mampu memusnahkan dunia dengan Lubang Hitam Mikro, ataupun mungkin juga dia gembira sebab aku syorkan beliau makan di Restoran Mak Tim bulan lalu. Kamu bayangkanlah perasaan bangsawan Inggeris ketika makan Laksa Johor, dan emosi yang mungkin timbul ketika melihat pasta spaghetti juga boleh dimasak sebegitu. Orang Johor memang genius.

Tetapi aku masih tidak maafkan Miss S. Aku kesal di saat aku terjumpanya berpelesaran dengan si Pete, ahli muzik sundal berseluar ketat bertopi busuk yang konon-kononnya ‘kawan sahaja’. ‘Kawan sahaja’ my ass. Aku hampa, aku membawa diri, aku tulis lagu cinta tanpa lirik, macam-macam aku buat untuk melupakan peristiwa yang lalu.

Tak mengapa, akan aku hargai saat-saat aku boleh bersama Lady S, dan aku akan hargai cintanya sebaik mungkin, sebab apa kebarangkalian untuk aku berjumpa dengan perempuan comel yang tegar dengan fahaman Neoisme? Dan kebetulan juga aku memandu kereta Neo. Neo=Neoisme? Seakan-akan memang sudah ditakdirkan. (Kisah Benar.)

Selamat Hari Malaysia, semua! (Cerita Lain.)

Popularity: 3% [?]

17 Responses to “Aku Rindukan Saat-Saat Kita Berpegangan Tangan Di Brick Lane Dan Kemudian Bergambar Untuk Face Hunter.”

  1. SESEORANG says:

    alamak,kau nak jadi protege marjerin ke MM.adakah ini entri menganjing?

  2. Sue Anna Joe says:

    Waha, semua nak buat tribute ni apehal. Sibuk la MM. Tapi ko nyer lebih SX la. Wuih. Berpeluh aku baca.

    Ahaha.

  3. T I N A says:

    Lady S ada buat yoga tak?

  4. Dayana says:

    orang Johor memang genius!

  5. rooneil says:

    Miss S tu bukan Samantha kan?

  6. 47 says:

    hati hati MM, nanti terpaksa tutup blog :P

  7. Hanna The Belgariad says:

    sedeh jugak kisah cinta mm nih…
    MM ni dah mcm M dlm cerita Goda kat 8tv la…

    btw, i can deny that johorian mmg genius!

    raya kali nih balik jb mm?

  8. Hanna The Belgariad says:

    oh lupe pula…
    moss dah tak laku sgt dah mm..
    sekarang nih AGYNESS DEYN is the new moss… and shes so me
    haha

  9. magenta says:

    Hahaha amboi 47. Ah, baca pagi tadi ingat fiksyen. Mamai kot.

  10. Ladynoe says:

    ahaah. gila menganjing.

  11. Friendster Addict says:

    dah macam entri blog seseorang je. hehe.
    ada udang di sebalik mee?

  12. eamy says:

    a tribute to peanut butter..hahaha.

    *tgh berdebar2 tunggu dia buat blog baru

  13. schuhz m. says:

    nasib baik tetek i lebih cantik dari kate moss.

  14. farah says:

    i dun get it
    kisah benar?
    freakmie?
    apakah?
    sori aku lost
    (tapi tetap sibuk nk tau)

  15. yourdrugbuddy says:

    Nice try.

  16. aQila aini says:

    haha.. lawak!

    teringat kepada seseorang bila makan roti sapu dengan peanut butter.

    heh.

  17. am_am_am says:

    pandai MM bercerita.

    hehe.

    kena sapu peanut butter. marjerin tu yang berlemak sangat.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes