Tafsiran ‘Azman’.

Posted on Monday, September 15th, 2008 at 12:17

Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf jika nama kamu Azman. Tidak semestinya seorang yang bernama Azman itu adalah seorang ‘Azman’, dan jika kamu tidak faham apa yang aku maksudkan di sini teruskan membaca, ya?

1. Lelaki Melayu Terakhir.
Sudah semestinya ‘Azman’ ini adalah seorang Melayu, biasanya Melayu asli, tidak ada darah kaum lain, tetapi mungkin ada di antara mereka ini berdarah campuran. Tetapi kuranglah. Fenomena ‘Azman’ ini wujud dikalangan lelaki yang berumur awal hingga akhir 20an biasanya, dan akan bertukar menjadi seorang ‘Azmi’ (Cerita Lain) bila mencecah umur 30an.

2. Berambut Pendek
Aku jarang berjumpa Azman yang berambut panjang, kecuali mereka yang minatkan Innuendo. Selalunya mereka ini berambut pendek, dan masih gemar gaya-gaya rambut terpacak yang popular dahulu pada zaman awal 2000an. Rambut terpacak di sini aku maksudkan sebagai rambut yang dipacakkan menggunakan bahan penggayaan rambut yang bukan Tancho yang busuk itu, itu hanya terhad kepada Mat Rempit. Paling pantang jika disamakan dengan Mat Rempit, sebab pada mereka Azman ini sekurangnya satu tahap ke atas dari tahap sosial Mat Rempit. Aku misalnya tidak berada di dalam skala yang sama, tetapi cukup untuk seorang Azman untuk berada hanya satu tahap di atas Mat Rempit, sebab Melayu memang mudah puas hati. Baru-baru ini akibat penjenamaan Asmawi Ani, gaya rambut yang dahulunya dikaitkan dengan budaya kuning Skinhead memang amat popular, tetapi majoriti mereka masih mengamalkan penggayaan rambut pendek yang dicacakkan. Biasanya juga rambut tidak diwarnakan sebab Azman kan nama Melayu?

3. Fesyen Kemas Tapi Macam Tidak Kena.
Azman ini bergaya, tetapi tidak sebergaya Lelaki Metroseksual. Sebab Lelaki Metroseksual sering disalahanggap oleh golongan ini sebagai Lelaki Homoseksual, dan amat penting untuk seorang Azman untuk meyakinkan satu dunia bahawa dia ada lelaki Melayu tulen yang sejati. Akibat untuk menunjukkan imej professional, golongan ini gemar bertali leher (tali leher yang sedikit lebar dan bukan nipis agar tidak dikelirukan dengan Mat Indie), walaupun untuk makan tengahari, dan kemeja yang sama akan dibuka 3 butang dari bahagian kolar ketika keluar berseronok ketika waktu malam agar boleh menunjukkan imej bersantai. Sudah tentu kemeja adalah pakaian kegemaran, terutamanya yang berwarna putih ala Innuendo dan berwarna hitam ala Billy Zulkarnain. Selalunya akan dipadankan dengan seluar jeans yang bukan skinny (sekali lagi agar tidak dikelirukan dengan Mat Indie yang tidak bekerja dan tidak berwang) yang diseterika. Selalu dipadankan juga dengan cermin mata hitam, yang dipakai terutamanya ketika memandu, mengambil gambar untuk akaun Myspace/Facebook dan berjalan di waktu malam.

Walaupun berusaha untuk bergaya, dengan sentuhan ala-dandyism dan unsur-unsur Lelaki Itali (antara jenama yang sinonim ialah Gucci, Armani, Versace dan apa-apa yang dipakai Aznil Nawawi), masih kelihatan seperti sekurang-kurangnya ketinggalan 5 musim fesyen kontemporari. Akibatnya ramai yang jarang bereksperimentasi dengan fesyen, kecuali mereka yang berani yang akan mengenakan kemeja T polo Ralph Lauren berlogo besar yang bukan dengan logo satu kuda+pemain polo di dada, tetapi dengan DUA ekor kuda+pemain polo. Sila Google. Seperti yang disangkakan, kolar baju wajib dinaikkan sebab hawa di dalam kereta mereka ini terlampau sejuk dan mudah untuk melakukan aksi Gentel Kolar Untuk Menunjukkan Sifat Kerek.

Pengecualian dari gaya di atas ialah pakaian yang disertakan lambang-lambang penaja sukan lumba kereta F1, terutamanya yang berwarna merah dan hitam.

4. Tidak Suka Naik Bas.
Berbeza dengan Lelaki Ampang yang sukakan pengangkutan awam dan kereta Nasional, Azman ini menjadikan kereta BMW sebagai sasaran utamanya, terutamanya model terpakai 10 tahun ke atas, model yang dipasang di Malaysia (sebab murah). Biasanya akan diubahsuai untuk menampakkan ia bukan model terpakai, terutamanya dengan cermin kereta yang tinted melebihi piawaan yang dibenarkan JPJ/Puspakom. Ini untuk menampakkan gaya stealth agar tidak menampakkan raut muka ketika mendekati kumpulan-kumpulan liar Perempuan Ampang yang berjalan beramai-ramai ketika memandu sepanjang Jalan Dooraisamy.

Golongan-golongan Azman juga suka bergaul dengan Azman lain yang memandu jenis kereta yang sama. Akibatnya fenomena Kumpulan Kereta Sama wujud. Walaupun tidak terhad kepada kereta buatan luar (kita lebih biasa dengar tentang Kumpulan V6, Satria GTi dan Kenarianz misalnya) golongan ini memang suka berkumpul atas dasar memiliki kereta jenama yang sama. Perjumpaan biasanya akan diadakan di restoran-restoran mamak di kawasan separa eksklusif seperti Taman Tun Dr Ismail dan Danga Bay, di mana kereta-kereta akan ‘dipamerkan’ di tempat meletak kereta berhampiran restoran mamak. Perbincangan biasanya akan menjurus kepada topik strut bar, rim sukan, Paul Tan dan bengkel-bengkel boleh settle. Sebenarnya tiada beza dengan Kumpulan Kereta Sama yang lain, cuma jenama kereta sahaja yang berbeza.

Aku rasa aku boleh tulis satu nukilan penuh tentang Kumpulan Kereta Sama ini. Jadi, Cerita Lain ya?

5. Hobi Sama.
Kereta. Bola. Cara settle awek. Bola. Belasah orang akibat tidak puas hati. Mentaliti berkumpulan amat penting untuk kekal sebagai seorang Azman. Seorang Azman yang meminati benda yang tidak diminati Azman lain dalam kumpulan yang sama, (seperti buat cupcake misalnya) akan dipulaukan serta-merta. Akibatnya keinginan untuk berada di dalam kumpulan yang sama akan membuatkan Azman-Azman ini jarang bergerak berseorangan dan jarang memiliki hobi yang dianggap bertentangan dengan konsep ‘Azman’.

Antara hobi yang dianggap bertentangan adalah—berseluar skinny jeans, keluar dengan wanita bukan Melayu atau ‘terlampau’ Melayu, memandu kereta hybrid, memandu kereta stok tanpa pengubahsuaian, membenarkan teman wanita memandu kereta ketika si Azman berada di dalam kereta, meminati Liga Bola kebangsaan, mendengar Lite FM dan stesen radio IKIM, meminati hoki, membela rambut dreadlock dan pergi gig.

6. Bro.
Semua Azman akan dianggap sebagai keluarga, oleh sebab itu panggilan mesra yang diamalkan adalah ‘Bro’, iaitu singkatan untuk ‘Brother’ atau Abang/Adik. Suka hormat kepada mereka yang lebih tua dengan mencium tangan serta memanggil dengan gelaran yang bermaksud ‘bapa’ atau ‘abah’, walaupun tiada kaitan darah dan tidak pernah berkahwin dengan ibu mereka.

7. Kerja Pangkat Eksekutif.
Pekerjaan yang diidam-idamkan adalah pekerjaan yang berpangkat eksekutif. Terutamanya yang berkaitan dengan projek, tender atau Datuk. Tempat atau cara mendapatkan pekerjaan tersebut tidak relevan, janji line bagus. Kurang meminati kerja-kerja kreatif, lebih tertumpu kepada syarikat-syarikat yang menawarkan komisyen. Syarikat idaman: Kumpulan Naza dan syarikat korporat bapa/bapa saudara. Sebenarnya semua tidak relevan janji ada perkataan ‘eksekutif’ di kad nama sendiri.

8. Tidak Melayu Hilang Di Dunia.
Akibat dari proses persekolahan yang biasanya bertempat di sekolah-sekolah yang tertutup kepada bangsa lain, sifat ke-Melayuan mereka amat terpuji. Suka merebut peluang perniagaan khusus diberikan kepada bangsa Melayu, yang biasanya direbut untuk diberikan seadil-adilnya kepada golongan bukan Melayu iaitu 100% peluang. Aku puji sifat ini kerana inilah golongan yang akan memperjuangkan keunggulan Melayu di era globalisasi ini. Mungkin.

Baiklah, masa untuk bersahur. Kamu sahur apa?

Popularity: 18% [?]

Responses (44)

  1. magenta says:

    Ada typo sikit kot.

    Aku jarang berjumpa Azman yang berambut pendek,

    pendek=panjang

  2. peanut says:

    haa, dah tambah satu lagi kuda? damn. ada seluar khakis penuh dengan kuda. belum nampak ‘azman’ pakai lagi.

  3. Melayu Minimalis says:

    @magenta
    edited, thanks.

  4. Siberkop says:

    Adoi, baru nak start puasa hari ni dah terbaca ni.

    HeHe.

  5. Marzuki says:

    ada la kena sikit dengan azman kawan aku, masing-masing jangan peduli la.

  6. bojed says:

    ahaha

    sifat2 azman yang kau sebutkan dalam entry ini adalah sangat tepat dengan watak “azman” yang selalu muncul di dalam filem2 melayu.

    sebagai azman yang sebenar, hanya nombor 2 dan nombor 8 yang tepat kena setepek kat hidung aku.

    aku rasa takde pun kenalan yang panggil aku azman, sebab aku sendiri pun x gemar nak promote nama aku ni.

    cun MM. entry kau kali ni membuatkan aku menghadapi ramadan hari ini dengan senyuman sehingga ke belakang hidung.

  7. bakri hafiz hisham says:

    good observation.
    nice one.

  8. Meer says:

    Apa kata MM tambah dengan aksesori-aksesori wajib seorang "Azman" seperti beg-kulit-tali-panjang yang boleh dibeli di mana-mana up&down-town seluruh Lembah Klang? Cara pemakaian adalah wajib merentangi bahu, dada, rusuk hingga ke pinggang.

    Sekian, terima kasih.

  9. azrulazmie says:

    I seriously don’t get this. I seriously cannot match any guy I know with all eight descriptions. It’s rather ambiguous, don’t you think?. Err… am I taking this too seriously?

    Btw, in 5 years I’ll be azmi (literally). Guess you can finish the ‘azmi’ post by then…

  10. Ladynoe says:

    tehehehe…hobi bertentangan tu kelaka. ada2 je la MM ni.

  11. O my love says:

    Yeah.. MM dah kembali dengan tulisan yang sebegini!

    Biasanya puak puak Azman ni tak kan pandang Ms Weed kerana Ms Weed agak selekeh dan tidak seksi atau tidak blonde.

    Puak Azman ini juga kalau boleh ingin mengambil tempat Awal (tatau nama penuh, alahh yang pelakon tuh!).

    Lagi gong kalau si Azman dapat bercakap selang seli dengan bahasa Inggeris.

  12. a8jnme says:

    rakan aku tetiba ym sound “kau azman”..sial lu mat…

    tp setelah detelaah, aku gagal memasuki ruang lingkup ini.
    cumanya no 2-sbb rmbut aku akan mengembang kalu pnjg2..so stylist suh bg pendek2 je..

    n,adakah Azman transformasi dari lelaki Ampang, setelah mereka x tinggal dgn famili lagi, mampu berkereta besar sikit, menjawat jawatan eksekutif??

  13. Hanna The Belgariad says:

    hahaha entry paling azman….

    so mm, pls accept the fact that u are no match to these azman-s…

  14. sham o))) says:

    hahaha. pasepa mesti azman ah. hahaha

  15. enamdegrees says:

    MM. Saya nk minta padamkan gambar lelaki berkereta kuning tu.

    Itu adalah kenalan jauh saya.

    Terima kasih.

  16. catalyst says:

    kalau g kayu kat aman suria weekend nites mesti ada bnyk smart car kat situ.

  17. suparman says:

    lagi satu ko lupa, azman ni suka join MLM, so senang nak jadi kaya cepat leh bergambar depan BMW sambil buat tanda thumbs up.

  18. a8jnme says:

    @suparman – wahah..MLM wt thumb up – begitu klise.

    juga yg bertugas dgn kelab2 pelancongan/percutian,yg memujuk rayu masuk keahlian di roadshow2 pasaraya..

  19. bukan nama sebenar says:

    akhirnya seseorg mendedahkan kewujudan azman yg telah lama aku perhatikan.. kelompok utama mmg tertumpu dia area damansara, subang, ampang dan taman tun.. rasta baru, suzie corner dan uncle don desa hrtms mmg menjadi lokasi bersantai.. gossip mengossip tentang kawan2 sendiri menjadi topik utama.. diselang-seli dgn topik politik…

  20. Azzu says:

    azman yg aku kenali cuma azman abu hassan. itupun aku saja yg kenal dia, dia tak kenal aku. keke ;P

  21. QaSiyh says:

    azman n lelaki ampang tak same ke???
    tp bila kaitkan azman ngan abg2 MLM konon kaya tu mcm nmpk cket clear view…

    i want more MM…
    i want more…

  22. penanya (?) says:

    apakah azman2 ini type begini?—> ///

  23. syencho says:

    @penanya
    lol ^^

  24. penanya (?) says:

    syencho – kau marah aku? atau suka aku?

  25. das'dis'dus says:

    aku nk tmbah,

    dirang suka:

    ferero roche

    jus oren

    swimming pool 5 bintang

    spender renoma

  26. Ami Schaheera says:

    azman pasangannya siapa?

  27. theladyteller says:

    i like ur observation bout azman hahahaha cant wait to know what about azmi next, plus my bf name azmi hahaha so weirdo!

  28. Melayu Minimalis says:

    @dasdisdus
    HAHAHAHAH betul! bagus pemerhatian kamu!

    @ami
    pasangan azman = farah.

    @qasiyh
    be patient. more is coming. i just cant seem to find anyone else to describe. ideas?

  29. sham o))) says:

    farah. hahahhahaaahaha. buleh start rangka karangan dah kot. tak sabaq nie. hahaha

  30. das'dis'dus says:

    MM, apakah mungkin selain tafsiran Azman, kemungkinan tafsiran golongan seperti John, Bad, Boy, atau Hafiz boleh menjadi sesuatu yang menarik jika dirungkai dari perspekstif kacamata MM?

    selain dari nama Azman, saya rasa nama Nizam juga terdapat dalam kelompok lelaki ampang….atau bukan?

  31. Diloz says:

    bapak mereka panggil mereka Man jer.

  32. Emphbone says:

    About that number 6..

    I guess you never heard about ‘Tiga Line’ izzit?

    More research needed.

  33. Melayu Minimalis says:

    @emphbone
    dan kamu tak pernah dengar istilah ‘cover line’?

    More wisdom needed.

  34. Emphbone says:

    hahahhaha..

    saje bakar line..

    aku nak promote kelab kereta aku saga iswara owners club (sioc.cjb.net) heheh..

  35. QaSiyh says:

    MM,describe bout ur league!!!
    kamu ni manusia camne…
    name saintifik ape???
    owh-aku-sgt-eager!!!

  36. Melayu Minimalis says:

    @qasiyh
    mana boleh!
    how was your raya?

  37. kazeem says:

    nape nk kne nme Azman ?
    punyer aa xbest nme …
    buatkan aku tringt kat warden aku waktu skola dulu2 …
    tapi kitorg panggey die maksum jer …
    hahahahahaha

    p/s: lenkali cover line siket ye bang … hehehehe

  38. Anonymous says:

    nice!!!
    this one i like..
    n aku nak belanja sikit..

    azman dalam nama lain yg digelar ‘mat kental’..the main reason why we go for ‘mat kental is bcs..uhmm..lets see..mayb untuk mengdescribekan lagi betapa pathetic nya diorang ni..mmg aku admit most of them ni mmg laa anak org2 kaya..yelaa..nak buat mcm mana..rezeki diorang..aku x ckp semua org mcm tu..yg x kaya tapi nak buat2 kaya pun ada juga..sorry kpd sesiapa yg terasa..
    aku x marah dkt diorang ni..tau laa korang ni handsome, kaya, gaya terserlah dgn beg silang leather korang but pleasee..mind ur own business..sudah2 laa tu pukul,pau n kacau hidup org2 yg x berdosa..that is for golongan2 azman yg taksub dgn abang2 mereka yg sgt gagah dan kuat..boleh dikatakan kebal dan x lut dr segala apa jua bnda2 yg boleh menembusi kulit daging manusia biasa..

    and for those golongan azman yg tdak taksub dgn bnda2 karut mcm tu pula..aku ucapkan selamat maju jaya dgn business berjuta korang..yeah!!!HIDUP MULTI LEVEL BUSINESS!!aku harap korang berjaya mencapai cita2 korang spt membeli bmw 3 series..ahah..

    ps:to Azman(s),whatever happens, korang mmg super LAME!!bcs u bunch of pathetic losers re meant to be described that way!!!thanks MM!!

  39. Azman says:

    Assalamualaikum.

    Nama saya Azman. Tapi bukan salah seorang Azman yang disebut di atas. Saya Azman Biasa.

    Nampaknya bukan saya seorang yang perasan fenomena baju kuda. Anda juga berpendapat begitu. Ini menunjukan betapa wabak ini telah menular di kalangan Azman-Azman.

    Blog ‘aku tak peduli’ ni dicadangkan oleh salah seorang kenalan saya setelah dia membaca nukilan di blog saya, yang kebetulan menerangkan fenomena yang sama mengenai kuda di dada. Kalau anda tak keberatan, bolehla datang menjenguk sekali-sekala.

    Very nice blog by the way. Keep it up, errr… bro. Hahaha.

    p.s: Dah lama saya tak menulis dalam Bahasa Malaysia secara formal. Barulah terdetik di hati betapa jauhnya antara saya dan bahasa ibunda. Saya mesti perbetulkan keutamaan saya selepas ini.

  40. . says:

    azman skarang dah femes.sana-sini org sebut azman.fb pon ada azman.gila lah

  41. ijam says:

    kasihan…

  42. [...] jika berimejkan ‘Azman‘. Kalau tidak lupakan sahaja cita-cita [...]

  43. Mbah Surip says:

    BRO, ko ni mesti lahir bulan januari kan, baru bro.

  44. [...] Apabila Kamu Akhirnya Berjaya Memajukan Diri Kamu Berubah Menjadi ‘Azman‘. Jika kamu bernasib baik, kamu akan jatuh di dalam golongan 2% yang berjaya membebaskan diri [...]

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes