Akhirnya, setelah 2 tahun menunggu, setelah kali terakhir aku berjumpa dengannya 2 tahun yang lalu di Pasar Ramadhan Taman Tun Dr Ismail, aku telah berjumpa semula. Berjumpa semula dengan…
Rojak Singapura Tersedap Di Malaysia (gila irony).
Tahun lepas aku dihampakan apabila orang-orang yang menjual Rojak Singapura kegemaran aku di Pasar Ramadhan TTDI pada tahun 2006 tidak menjalankan perniagaan di tempat yang sama. Tahun ini juga sama, tiada Rojak Singapura, kecuali Rojak Singapura ala-kadar yang digelar ‘yong tau foo stail rojak’ oleh pelajar IPTA yang jahil dan bodoh sombong.
Tetapi, dengan pertolongan maklumat dari rakan sekerja, aku telah meredah kawasan Bangsar tadi dan aku telah berjumpa semula dengan aroma dan rasa yang aku tidak jumpa selama 2 tahun. Memang sedap. Seperti biasa aku lebihkan kentang (aku memang kaki kentang. Apa-apa makanan yang dibuat dengan kentang aku suka. Antara Top 5 Makanan Kentang aku ialah —
1. French Fries
McDonald’s dengan Burger King, Wendy’s semua tak main. Yang aku paling suka ialah fries di Ikea dan Carl’s Jr. Dan untuk aku wajib dimakan dengan sos tomato, bukan sos cili. Baru asli.
2. Potato Salad
Ubi yang direbus tetapi masih keras yang dihidangkan sebagai salad dengan sos berasaskan mayones dan kemudiannya disejukkan. Aku memang jadi gila bila makan benda ini. Tapi bukan yang di Kenny Roger’s Roaster.
3. Bergedil/Pegedil
Aku sampai sekarang tak tahu mengeja nama makanan ini. Biasanya boleh dijumpa di gerai-gerai makanan Melayu atau dari Seberang, dibuat dengan kentang yang dilenyek dengan daging kisar dan sedikit telur. Sedap dimakan bersama nasi atau nasi lemak dan selalu dijumpai dalam soto nasi himpit.
4. Mashed Potatoes
Yang paling penting harus ada tekstur kentang (bukan yang berasaskan tepung seperti di KFC dan banyak kedai-kedai makanan segera yang lain) dan gravy yang mengancam. Aku rasa yang di William’s di Taman Megah Kelana Jaya memang menepati citarasa aku.
5. Jacket Potato/Hash Browns/Potato Chips
Senang cerita kalau dibuat dari kentang itu memang aku suka-lah. TETAPI ada satu masakan dari kentang yang aku sudah tak makan agak lama juga. Ianya juga salad kentang, tetapi salad kentang ala Jepun. Kentang yang dibasuh bersih dihiriskan halus-halus dan dihidangkan dengan salad dressing ‘wa-fu’ (dressing yang dibuat dari minyak bijan dan syouyu atau kicap Jepun) mentah-mentah. Memang layan. Tidak perlu masak pun, tetapi harus dihiris amat halus untuk menghilangkan rasa ‘tanah’ kentang mentah. Tetapi aku tidak pernah jumpa di Malaysia. Siapa tahu? Gila lari topik.
Sambung cerita.
Seperti biasa aku lebihkan kentang, ditambah dengan tempeh goreng dan telur rebus untuk protein, dan 2-3 ketul tepung yang digoreng. Tak perlu sotong, tak perlu ketam. Itu sahaja sudah mencukupi untuk aku. Rojak yang ini juga dipotong dan dicampurkan dengan bawang dan lada hijau.
Tetapi tadi ketika di Bangsar, orang-orang yang membeli rojak macam monyet. Berasak-asak, bertolak-tolakan, menjerit-jerit dan tidak pandai beratur. Lagi-lagi Azman yang berbeg galas besar konon-kononnya hendak tunjuk macho pada awek Minah Tudung Ketatnya. Tidak lupa Pakcik Bangsar yang perasan kaya walhal pasti tidak puasa pun yang berebut-rebut untuk membayar dengan aku. Kecoh.
Pasar Ramadhan Bangsar, tolak markah.
Popularity: 3% [?]

hahaha..aku x penah lg pegi bazaar ramadhan taun ni..vote untuk kentang..aku pon suka mkn kentang goreng tp dgn sos cili la..
Argh, aku pun gila kentang. Ahaha. Hari tu aku ada tengok rancangan memasak semua pasal kentang. Memang tak berkelip aku dibuatnya.
Aku suka buat baked potato. Nyam nyamm. Mudah dibuat, enak dimakan. Dan sangat mengenyangkan. Aku rasa macam nak bukak restoran kentang. Jual makanan berasaskan kentang sahaja. Ooh la.
Time pasar ramadhan, salah satu makanan yang aku pasti carik ialah popia basah. Tapi tahun ni baru sekali je pergi pasar ramadhan.
Oh, dan sos tomato yang sedap adalah HEINZ.
beb..kat kl mmg susah nak cari rojak singapore..umah aku perak ade je bnder nih..kalo aku balik aku snggup abiskan rm12 untuk bnder nih hari2..berbaloi..murtabak 4 layer baru rm2..nasib arini aku dah chow balik kampung..2minggu cuti beb!!haha..selamat2
begedil ejaan yg betul. kot
nice blog (:
canteek. looking forward untuk cari benda nih sementara ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi. bro, boleh bagi landmark skit, apa nama gerai tuh?
potato salad yang sedap:
kentang, telur rebus dan bell pepper diced, gaul dalam mayonis, letak dalam peti sejuk. lepas tu makan. serious sedap.
ah pasar ramadhan!
ramadhan dah nak habis, ms weed belum ronda lagi!
rojak? rojak yang menepati taste saya ada kt alor gajah. dkt dgn pasar.
http://wikimapia.org/#lat=2.382488&lon=102.2108477&z=18&l=0&m=a&v=2
kentang lovers.
shepherd pie dan boxty juga dibuat dari kentang!
begedil terbaik!
nak sharp buka puasa memang rojak singapore.
aku ni orang johor mm.
london sihat ah. majikan aku bagi aku miharayasuhiro spring summer 09sneakers.
skarang everytime aku tengok majikan aku aku cam nak cium dia. punya pipi lah.
aku rindukan nirwana maju.
try la buat sendiri.wa-fu/wa-hu ngn syouyu kat jusco ade aku tgk aritu.sebijik mcm kat Marumatsu.
perghh. giler american mkn fries ngn sos tomato
pernahkan anda merasa mojos hidangan shakey’s pizza zaman dahulu kala?saya rasa yg versi shakey’s kini tidak ada!
amat sedap malangnya rasanya hanya tinggal memori saja.
http://www.sharkpitt.blogspot.com
ARGH MOJOS!!!
william’s yang penuh dgn tikus lalu lalang bawah meja ke?
oh dijamu pula dengan aroma asli longkang berdekatan.
voila!