Tafsiran ‘Minah Jilbab Urban’.

Posted on Wednesday, September 24th, 2008 at 09:22

Baru-baru ini aku telah ke Restoran William’s di Kelana Jaya, dan aku telah duduk bersama-sama teman wanita di sebelah meja yang penuh dengan budak-budak Melayu yang sedang bersahur. Aku rasa mereka ini dari kalangan warga urban ibukota, yang jelas kedengaran dari cara mereka berbahasa Inggeris. Dari sini aku telah mendapat buah fikiran untuk nukilan hari ini, jadi apa kata kita terus mula sahaja.

1. Sudah tentu perempuan Melayu bertudung, dalam lingkungan umur awal 20an. Tetapi banyak yang bezanya dari Minah Tudung Ketat, fesyen tudung yang dipakai, contohnya. Malah mereka tidak suka dikatakan ‘bertudung’ tetapi ‘berjilbab’. Golongan ini lebih terbuka untuk bereksperimen, dan tidak terhad kepada tudung potongan biasa berwarna hitam/putih/merah jambu yang biasa diperagakan oleh pelajar-pelajar IPTA di sini. Aku rasa dengan sebab dari sokongan golongan inilah fesyen Tudung Wardina (dan kemudiannya Tudung Mawi?? Aku tak pasti, tetapi aku pernah nampak di kedai) popular satu ketika dahulu. Tudung yang berpotongan elegan, bercorak moden, penuh dengan rona-rona menarik tetapi minimal (tidak sesibuk tudung golongan Makcik yang ala-ala corak Versace itu) dan dipakai dengan cara yang kreatif. Tetapi apa yang mungkin paling membezakan golongan ini dari golongan bertudung yang lain ialah kemungkinan golongan ini faham kenapa mereka perlu memakai tudung, dan akan memakai tudung bukan sebab dipaksa ibubapa atau dekan kolej. Kiranya mereka rela memakai tudung, dan tidak menjadikan bertudung itu sebagai alasan untuk tidak berfesyen. Kiranya kalau aku tengok pun mungkin senang hati dan terpikat-lah. Itupun kalau dia tinggi dan berbuah dada besar. Mungkin.

2. Salah satu aspek yang paling penting ialah golongan ini memang fasih berbahasa Inggeris, atas sebab dibesarkan di dalam keluarga yang selalu berbahasa Inggeris, bukan sebab tidak suka ponteng kelas semasa kelas Bahasa Inggeris di sekolah dahulu. Aku selalu terjumpa mereka ini yang bergaya berbahasa Inggeris, dengan pelat Amerika lagi. Kiranya kalau lihat lupa luaran mereka ini memang tidak sangka-lah. Tidak semua yang bertudung itu kolot dan tidak pandai menjaga kebersihan kulit kepala, dan tidak semua yang berambut coklat itu urban dan moden, OK? Perkataan yang paling pantang — “That’s mean“, ketika ingin berkata “That means.

3. Terpelajar. Sebab itulah aku katakan mereka ini semua faham kenapa mereka bertudung, dan mereka bertudung pun atas sebab yang betul. Bukan sekadar hendak cover line. Pakai saja tudung tetapi aksi klip lucah telefon bimbit bukan main lagi. Buat malu orang pakai tudung sahaja. Jangan hairan kalau golongan ini tahu tentang fizik nuklear mahupun tentang Kris Van Assche, OK? Senang cerita cita-cita mereka ini bukan untuk menjadi pembantu makmal atau tubuhkan kumpulan nasyid perempuan-lah.

4. Idola – Akak Wardinah dan Yuna. Aku rasa kedua-dua mereka ini memang epitome golongan ini. Tetapi tidak semuanya berasal dari golongan Gadis Bangsar Era Lewat 90an (Cerita Lain) yang suka berpeleseran dan berpakaian seksi dan kemudiannya ditangkap JAIS ketika berpakaian seksi ya? Paling tidak suka Mawi atau Akademi Fantasia, dan lebih menjurus kepada muzik-muzik ‘ilmiah’ seperti genre-genre muzik yang aku selalu tulis di sini. Mungkin atas sebab yang sama aku ramai pembaca perempuan bertudung. Hai.

5. Citarasa bagus. Tak kisahlah, dari segi muzik, filem dan sebagainya. Akibat berasal dari golongan terpelajar, ramai dari mereka yang bercita-cita tinggi dan mengejar karier yang tidak dijangkakan. Aku misalnya kenal seorang yang sedang belajar membuat filem di New York. Dan juga seorang yang bekerja di dalam bidang fesyen. Sampai sekarang masih tidak buka tudung. Aku tabik.

6. Tidak takut untuk bereksperimen. Dan di sini aku tidak maksudkan berani merakam aksi mengulum zakar teman lelaki loser di dalam kereta nasional atau di dalam pondok durian terbiar. Yang aku maksudkan di sini ialah mereka inilah yang kita lihat di gig, mahupun kadangkala menyaksikan pertunjukan fesyen atau bersuka ria di kelab malam atau bar eksklusif. Walaupun tidak minum arak, tetapi pandai mengawal diri ketika berada di dalam situasi yang mungkin ada arak. Pendek cerita pandai menyesuaikan dirilah, bukan malu-malu kucing atau bodoh sombong atau takut hendak mengenali dunia luar seperti biasanya. Golongan Boleh Capai Wawasan-lah kiranya.

8. Aku sebenarnya banyak benda-benda baik hendak dicakap tentang golongan ini. Tapi untuk menyenangkan diri aku boleh rumuskan satu fakta penting. Keadaan mereka yang bertudung ini tidak pernah menghalang mereka dari membuat apa-apa. Kiranya tidak masuk stereotaip golongan bertudunglah. Kadangkala memang banyak paradoksnya, tetapi kalau difikirkan betul-betul aku rasa memang mereka ini golongan yang berani. Berani memakai tudung di dalam situasi yang mungkin janggal untuk bertudung, dan berani keluar dari stereotaip perempuan bertudung.

OK-lah esok aku mula pakai jilbab.

Ralat – Setelah menulis nukilan ini baru aku sedar perkataan yang aku cari ialah hijab, bukan jilbab. Terima kasih kepada semua pembaca yang memberikan komen. Walhal mungkin sebenarnya aku sengaja gunakan perkataan jilbab itu, bukan?

Popularity: 8% [?]

Responses (53)

  1. Fariz Bakar says:

    betol observation ko. carta teratas nilai wanita muslim. 2nd. xpakai tudung terus 3rd. pakai ke ofis/kuliah, buka ketika pegi tgk wayang 4th. tudung tp mengulum zakar(c)/pakai bj ketat nmpak g-string(c)

    aku suka posting ko ttg tafsiran.

  2. Marzuki says:

    Kiranya kalau lihat lupa luaran mereka ini memang tidak sangka-lah.

    *typo

  3. Leeds Al-Malique says:

    Assalamualaikum.

    I like this entry.

    Dah lama saya tunggu pemerhatian sebegini. Sebelum ni saya menyangka MM melihat semua perempuan bertudung sebagai “Minah Tudung Ketat”.

    Ternyata saya silap, maaf. Dan terima kasih atas entry ini, bakal membuka banyak mata yang sentiasa pesimis pada wanita bertudung.

    Yang benar,
    PTBTBMTK
    (Pembaca tegar bertudung tapi bukan minah tudung ketat)

    :)

  4. Diloz says:

    minah tudung ketat boleh berevolusi menjadi minah jilbab urban.Yuna mula-mula camtu la jugak.

  5. Dayana says:

    Hai. :)

  6. naakaf says:

    waa…aku jugak kenal wanita bertudung yang sedang belajar buat filem di NY…orang sama ke ?

    tafsiran kali ni antara paling membina aku rasa…

  7. Si Jambi Darat says:

    Observation yang menarik..
    aku suka..santai dan kelihatan bernas..hehehe

  8. cik paperdolls says:

    yer la..
    x semestinya semua perempuan bertudung adalah minah tudung ketat.

  9. Azzam?? says:

    hmmmmm… minah tudung ketat bleh berevolusi kepada minah jilbab urban ni dengan ilmu dan exposure je kot.. kalo tak.. rupa fizikal nye je sama.. dalam kepala tu stll minah tudung ketat jugak~! =D

  10. Siberkop says:

    MM cuba mengambil hati woooo!

    Cuma kpd yg baca dan terima pemerhatian ini, jgn hadkan apa yg anda tahu mengenai org2 yg bertudung setakat dari apa yg anda baca di sini sahaja.

    Banyak jenis golongan yg setiap satunya mesti punya persamaan walaupun secara fizikalnya tampak berbeza.

    Beri peluang kpd diri anda utk lebih tahu daripada apa yg anda sudah tahu.

  11. fallen angel says:

    babe.. i love this entry.
    bagus.kan bagus kalau ada ramai org berfikiran mcm ko neh.. tak semua minah bertudung tu gagal dr banyak aspek hanya sbb mereka memilih untuk cover their head.
    observasi yg real.bagus.

    • nur amira says:

      pergi bar mcm logik la pakai tudung…sy pernah ke pakai tudung g bar..tp pergi clubbing susah sket…especially klu yg agak crowded n asap tebal setinggi gunung…mmg xpakai la..lgpon clubbing make u look seriously weird to wear tudung…

  12. siku lipat says:

    satu definisi yang bagus dan hampir tepat. nuff said. well done.

  13. Ladynoe says:

    ini namanya definisi jaga hati. hehehehhe. Tapi saya still nak menafikan ada jugak la kebenaran dalam nukilan kali ini. Walau tak 100%.

  14. RUN WITH THE WAVE says:

    Hey there! Join us for a BBQ buffet at the beach in Penang with watersports activities included this Christmas! Check out my website at http://www.runwiththewave.com Thanks!

  15. BUNK BED says:

    camne dengan isu perempuan bertudung tapi merokok?…sudah beberapa kali jugak sy terserempak dgn keadaan cenggini..mmg org akan pandang (pasti!!) tapi mereka ni relax jer sbb mungkin diorg tgu mase utk jwb( lebih2 lg kalo akak tak bertudung yg sound)…” kak oi tak pakai tudung tu lg le haram drpd rokok ni..rokok ni makruh je kak! “….

  16. SESEORANG says:

    en MM,aku sangat setuju dengan observation ni.aku ada juga kawan sebegini dan aku suka.cuma pada pendapat akula, observation ni hanya appicable untuk KL, singapore dan mungkin JB.bandar-bandar lain di malaysia, mungkin berbeza.dan gadis-gadis luar KL juga mungkin tak sependapat tentang hal ni.bapak susah nak nampak golongan ni di kota bharu misalnya,atau sg petani,atau kuantan,atau ipoh..

  17. Syah Saliman says:

    aku still x faham kenapa perlu melawakan diri dengan bertudung.
    sebab bukankah Islam suruh pakai tdg utk ttp perhiasan diri supaya nampak tak cantik supaya lelaki tak terliur tgk wanita berbuah dada besar. mcm aku kot.ergh

    sbb skang mcm lagi ramai wanita berjilbab yg take over fashion statement lebih dr yg non-jilbab.

    that’s my opinion la.
    kudos to mm utk entri ‘takfsiran’ kali ini.

  18. the raihan says:

    hah..atlast!
    buat jugak entri psl hijabis..
    :D

    -another silent reader

  19. Melayu Minimalis says:

    @leeds al malique
    takda la.. aku pun ramai kawan bertudung.

    @naakaf
    yes miss alkaf

    @siberkop
    bukan ambil hati, cuma kadangkala tak ada point untuk mengutuk sesuatu yang obviously baik.

    @fallen angel
    thanks!

    @bunk bed
    hmm so far saya tak pernah nampak perempuan bertudung yang merokok. kalau makcik tua ramaila…

    @seseorang
    sebab itu ada istilah ‘Urban’ bai.

    @syah saliman
    agreed.

  20. weed and bandages says:

    agak setuju dengan ladynoe

  21. nanatron says:

    Ohh bunk bed..iya…last night aku ternampak sorang akak(or makcik???)bertudung siap berbaju kurung neh..smoking dgn kwn nya…di starbucks the curve..aku dh biase tgk yg bertudung smoking…tp yg harunye kali ni…didepan anak2 kecilnya…yg berbaju kurung juge…ayoooo~ sebbaek anak dia tahu order air starbuck je…kalu ikot smoking skalik?? pitam lah~

    i think dia golongan datin-datin bermasalah kot…~ because dia macam feeling2 vogue jeh..

  22. enamdegrees says:

    *that’s mean MM suka perempuan berjilbab la ek.

    x tau skang ni ada fesyen jilbab sebab dulu-dulu perempuan sekolah tahfiz yang pakai jilbab.

  23. suparman says:

    Ape masalah dengan merokok ? bukan minum arak. Atleast, lebih baik merokok sambil berjilbab dari merokok dengan berpakaian seksi dah macam pelacur thailand. Minah tudung ketat yang tak merokok, pandai masak tapi last skali kulum zakar kekasih di dalam kereta nasional sambil dirakam oleh henset ber 3g macammana pulak ? Ini suma mengenai mentaliti. Tapi ape pun aku suka entry kali ini pasal lecturer aku berjilbab tapi nampak cool dengan boot hi hill kulit dan speaking superb. Mungkin kene mengena dengan ape yang ko tulis ni. :-)

  24. Hanna The Belgariad says:

    mm,
    saya bertudung.tapi im not a fan of wardina or yuna.
    hahah

  25. Hanna The Belgariad says:

    terlupa..
    ingat kan mm anti org pakai hijab selame nih..

    owh ok2..saya silap.. minta maaf

  26. Uzair Sawal says:

    selalunya diorang ni menentang perkahwinan poligami. macam sisters in islam.

  27. diana says:

    very nice. i was laughing the whole way cos this definition really fits a friend of mine! dia suka pakai tudung lilit. grew up in florida and mainly speaks english, with the american accent. oh, another term that they like to use besides “berjilbab” is “berhijab” kot.

    btw, i have a friend who is the splitting image of your girlfriend. kalau betullah the girl yg keeps appearing in your “petang semalam” photos tu is your girl. when i showed the pics to my friends, all of them flipped cos they really really look alike.

  28. diana says:

    spitting image*

    typo.

  29. Ami Schaheera says:

    diana bercakap tentang aoki kimura ke? :P

    hmm off-topic but tetiba teringin mash potato williams. alamak..

  30. das'dis'dus says:

    hahahahaahahahahahah…

    aku mula gelak sebaik aku bukak page ni dan nampak title dan gambar wardina…

    aku gelak walaupun aku belum baca lagi text ko…

    hahahah…

  31. kecik says:

    the best entry ever!

  32. Sarah is the One says:

    ada nampak macam jaga hati juga! ada jumpa orang bertudung/jilbab/hijab yang sangat cantik dan cool ok. surrounding tempat belajar memang ramai pakai tudung, so boleh kata ramai juga cantik. tapi pernah jumpa juga yang pakai tudung tengok gig dan dia layan lebih sangat-sangat-sangat kalahkan orang lain, tetiba rasa macam lame pulak aksi itu. tapi of course tak semua

  33. Sue Anna Joe says:

    Tak pernah terpikir plak kamu anti org bertudung walaupun pada entri minah tudung ketat.

    Aku mungkin sedikit prejudis, tapi aku rasa kurang selesa melihat perempuan berutudung yang merokok.

    Tapi makcik makcik tua, dan nenek di kampung merokok aku rasa sungguk rock. Ahahaha.

    Wardina I respect muchly, because she was once quite a wild teen. I guess it comes with the great looks. Dugaan tu. :)

    Tapi masa kat sekolah dulu pun, walaupun dia gadis popular, she was still very humble. And takdalah sombong ke apa. Sentiasa tersenyum!

    Kekadang rasa segan when I hear her talk about religious matters. Cause she’s still very urban, modern, tapi sangat menjaga prilaku. Ah sukanya!

  34. fuzzywoozy says:

    Saya bertudung, a fan of Yuna and living in Perak. I’m one of your silent readers but this time I have to say… Entri terbaik! Definitely a good observation.

    Salam Aidilfitri En. MM.

  35. xxeemm says:

    I think you got jilbab and hijab confused. Jilbab is more of the jubah or loose cloak that Muslim women wear. Hijab is translated as veiling or covering.

    And so far I’ve heard the term ber’hijab’ but not ber’jilbab’.

    (courtesy of Wikipedia. :P )

    Anyway, terima kasih for acknowledging the existence of “Minah Hijab Urban”. If only all Malay men would stop assuming we are all “Minah Tudung Ketat”.

  36. Melayu Minimalis says:

    @xeeem

    yeah i realized that after writing it, but i guess too late. plus the word jilbab sounds funnier maybe.

  37. enamdegrees says:

    chup.

    kwn sy orang terengganu bahasakan jilbab sebagai tudung.

    tudung labuh @ menutup dada.

  38. Aini, Aqila says:

    wow!

    ;)

    serius best!

    mula2 memang ingat mm ni anti ppuan bertudung.

    haha.

  39. theladyteller says:

    i love ur observe on this..
    ingat kan u nie assume all lady pakai tudung as minah tudung ketat jer..anyway, satu tafsiran yg membina..

  40. kisahdreamer says:

    aku rasa mereka yang “bertudung” mengikut istilah kau tidak boleh di stereotype kan.
    a human’s identity and development is much influence by many other factors.
    including family backgrounds, social economic status, and education.
    the bottom line of your argument above is about having your own principe, own philosophy of life and to be able to stand firm on your ground, and your belief.

  41. nur suhana says:

    betul, sangat susah dulu nak kena tahan orang lain pandang serong bila pergi gig. selamat hari raya mm(:

  42. SelendangAyu says:

    “Tetapi apa yang mungkin paling membezakan golongan ini dari golongan bertudung yang lain ialah kemungkinan golongan ini faham kenapa mereka perlu memakai tudung, dan akan memakai tudung bukan sebab dipaksa ibubapa atau dekan kolej. Kiranya mereka rela memakai tudung, dan tidak menjadikan bertudung itu sebagai alasan untuk tidak berfesyen. Kiranya kalau aku tengok pun mungkin senang hati dan terpikat-lah. Itupun kalau dia tinggi dan berbuah dada besar. Mungkin.”

    Kiranya mereka ini rela memakai tudung? Apa maksud ko? Ko tahu kah apa sebenarnya sebab orang Arab memaksaa orang perempuan bertudung?

    Ko nampaknya keliru dan tak tahu ugama sebab itu ko kata tak pe perempuan pergi gig bercampur dengan peminum arak kerana mereka bertudung dan pandai jaga diri!! Hotak ko! Ko buat ugama sendiri ke ni?

    Takpe kalau perempuan pakai tudung macam Yuna asal berani bereskperimen kulum zakar lelaki!1Weii ko ni guru nanak Melayu
    Minimalis…

    Weeh banyak sangat rubbish yang ko tulis pasal tudung ni..tapi takpe sebab ko nak tahu itu satu yang positif.

    Tudung itu dipaksakan atas perempuan Arab untuk mengawal mereka. Perempuan Arab tak dibenarkan keluar rumah tanpa teman lelaki apa lagi pergi gig. Muzik tu haram satu hal lain lagi..menghampiri zina di gig satu hal lagi..Do you know in Saudi Arabia women are not allowed to drive?

    Kita orang Melayu tak perlu lah pakai tudung…pakai selendang saja lebih ayu. Macam ko kata perempuan perlu menarik perhatian lelaki sebab itu walaupun mereka takut dengan dongeng arab akan digantung rambut mereka dan memakai tudung. Tetapi mereka memakai seluar jeans ketat kerana naluri perempuan untuk memikat lelaki.
    Tudung itu bukan satu rukun iman. Ada 5 rukun iman.

    Kata ko kalau perempuan itu besar buah dadanya ko akan terpikat walaupun pakai tudung. Ini satu dosa. Tunduk kan mata ko..!

    Bottom line is, perempuan memesti menarik kalau nak memikat lelaki. Ramai perempuan Melayu IPTA dan IPTS bertudung sekarang tidak berteman hidup kerana tidak dapat menarik perhatian lelaki.
    Jadi pemakaian tudung itu perlu dielakkan dalam alam remaja kerana waktu subur perempuan sangatlah singkat selepas itu mereka tak laku lagi dan makin bertambahlah andartu Melayu. Satu masaalah sosial!!!

  43. sharkpitt says:

    wahh!!marah sungguh selendangayu.emokah kamu?
    MM observasi yg ku kagumi.

  44. Amri says:

    selendangayu….cuba ko baca balik apa yg ko comment tu..sheeesh!

    perempuan berjilbab bagus….attractive….tapi cakap omputih tak semestinya pandai

    menang arguement bukan segala2nya

  45. adamyanpoyo says:

    bila baca artikel ni teringat nurul izzzah anak anwar ibrahim.

    hmmmmmmmmmmm

  46. syera says:

    aloha!…
    Aku sangat sangat setuju dgn selendangayu… ! Pembaca lain harus baca komennya sebelum bersetuju dgn posting ini.

    sekian.

  47. Awin Roslin says:

    si selendangayu ni sah2 kene baca balik comment dia. tgh menulis smbil ‘xaxau’ kot.tu turned out cmtu.wakaka

  48. Iron Butterfly says:

    “THAT’s MEAN” hahaha. seriously. that’s how we comment. If we wanna know about someone’s command of English we’ll ask “Dier that’s mean tak?”. Kalau tidak dari golongan “that’s mean” kire lowest benchmark lepas la. Akekekeke.

  49. zarticcus says:

    damnn… menepati ciri intipati gadis idaman aku.. hahaha… aku pon dalam diam menggelar golongan ini “gadis hijjabi urban”…
    Strong, elegant, cool, chic and a bliss of uniqueness…

    …tapi aku masih tidak cukup hebat serta cool untuk menambat hati mereka…

    abang minimalis, ko dah ada post pasal cara2 nak pikat gadis2 melayu tak? hahaha..

  50. oly says:

    wahai selendangayu yg bodoh, rukun iman dlm Islam ada 6. rukun Islam yg 5. itu pun tatau ker???? ko pegi balik ngaji agama dulu lain kali blom ko nak cakap aper2.

  51. mord says:

    aku tidak maksudkan berani merakam aksi mengulum zakar teman lelaki loser di dalam kereta nasional

    part ni kira bridge entri ni haha klaka siak

  52. nur amira says:

    nk tergelak…ak masuk gp no. 3..kih3x…may b nk kena improve..tp ntah…biar la ak jpa keikhlasan hati nk jalan2 lepak pakai tudung…

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes