Tafsiran ‘Jaguh Internet’.

Posted on Thursday, September 25th, 2008 at 09:00

Aku pasti kamu semua pernah dengar istilah ‘jaguh kampung’. Jaguh Internet pun lebihkurang sama, cuma versi moden untuk kita yang hidup di zaman Internet ini. Semenjak dua menjak ini aku rasa fenomena Jaguh Internet ini membuak-buak, mungkin sebab sekarang sudah semakin mudah untuk kita online di mana-mana. Juga sebab aku rasa mudah untuk sesiapa pun untuk menjadi jaguh di Internet. Jadi apa kata kita lihat tafsiran aku untuk golongan ini. (Ingat, ini semua pemerhatian aku, semuanya subjektif jadi terpulang kepada kebijaksanaan pembaca untuk mengolahnya sendiri, OK?) Maaf, tetapi tafsiran kali ini bukan berbentuk point form, tetapi berbentuk kertas Karangan Bahasa Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia.

Semenjak orang Melayu kita pandai melawat forum (bukan Forum Perdana yang penuh dengan Pak Lebai dan makcik-makcik mata mengantuk di RTM1, ya?) macam-macam suara boleh kedengaran. Apa yang aku rasa kita mungkin ketinggalan kita sebenarnya jahil tentang Tatasusila Internet. Maklumlah, kita pun agak lambat, sebagai masyarakat umum, untuk betul-betul menggunakan Internet. Macam aku, aku mula online dari tahun 1995, ketika zaman Internet masih bayi lagi. Zaman Yahoo! berlatarbelakangkan warna kelabu. Akibatnya mungkin aku sudah lama tahu tentang apa itu tatasusila ketika menggunakan Internet, dan cara-cara membawa diri di alam maya. (Online pun kena bersopan-santun apa?)

Dan akibat perangai kamu yang memang suka cakap banyak dan ‘main belakang’, memang syurga di dalam dunia (maya) bila kamu berada di dalam situasi di mana kita boleh bersuara tanpa ada muka. Anonymous. Itulah kata kuncinya. Kunci ajaib. Di mana kamu (dan aku juga) boleh bersuara tanpa muka (kecuali blogger-blogger yang sibuk letak gambar sendiri dalam blog sampai kena tahan ISA).

Secara langsung sesiapa sahaja boleh buat sial dalam Internet tanpa mempedulikan tindakan apa-apa. (kecuali kalau kamu kutuk/fitnah orang tertentu-lah, itu memang bahaya. Tanya PR Menteri Besar Kelantan kalau kamu nak tahu.)

Akibatnya muncullah dua golongan utama yang seakan obses dengan kehidupan di dalam internet.
1—Lelaki kesepian berzakar kecil dan bermuncung tirus tetapi bersemangat menghentak papan kekunci untuk membela nasib hidupnya yang agak sedih, dan 2—Perempuan montel berbekas bedak di ketiak yang layan MLM tetapi perasan model iklan walaupun realiti hidupnya juga agak sedih.

Kita tulis pasal versi Jaguh Internet No. 1 dahulu.

Sebenarnya aku kurang pasti tentang imej sebenar Jaguh Internet Lelaki, sebab aku jarang berjumpa mereka. Ini kerana mereka selalunya terperuk di rumah sewa yang dikongsi bersama 12 orang pelajar IPTA lain, tidak keluar makan/minum/sembahyang Jumaat sebab khusyuk online lebih 12 jam sehari. (Dan sanggup angkut CPU naik motor kapcai ke Plaza Low Yat bila motherboard hangus akibat terlalu panas.)

Mereka inilah biasanya akan berusaha sedaya upaya untuk memporak-perandakan keamanan di dalam sesebuah forum/blog/komuniti, sebagai peringatan bahawa hidup mereka itu sedih. Tetapi jarang yang suka letak gambar sendiri di Myspace/Facebook/Blog (macam aku lain beb.) sebab deskripsi rupa yang diletakkan online biasanya tidak menepati muka dan badan yang dianugerahkan Tuhan. Kiranya cakap tak serupa bikin-lah.

Paling suka kalau sasaran mangsa mereka ialah orang yang disenangi ramai di Internet, tidak kisahlah sama ada selebriti, tuan punya forum atau Nasir Bilal Khan. Mulalah cuba mengapi-apikan keadaan untuk mendapatkan perhatian. Macam aku, senang sahaja. Aku tidak memberikan apa-apa respons. Respons itulah yang menyemarakkan dan mengghairahkan mereka, akibat ketidakupayaan untuk berkomunikasi dan kurang kasih sayang di alam yang nyata.

Sebab aku pasti (dan memang sah pun), kalau berjumpa dengan mereka ini, suara mereka kecil sahaja, tiada kelantangan seperti yang ditunjukkan di Internet. Boleh bunuh beribu-ribu orang dalam permainan Call Of Duty dan Defense Of The Ancients, tetapi sebenarnya malu-malu tikus. (Setaraf lebih rendah dari malu-malu kucing.) Boleh tulis pernah tidur dengan 4,322 orang di dalam blog sendiri tetapi sebenarnya hanya pernah melihat buah dada wanita di skrin komputer. Itu pun buah dada palsu. Tidak macam John, aku pasti Samantha itu hot gila babi.

Jaguh Internet Versi No. 2 pula lebihkurang sama. Semuanya akibat inginkan perhatian akibat kekurangan kasih sayang. Modus operandi pun sama, kalau nak tahu, lihat sahaja di Myspace, dan browse users. Cari pengguna yang meletakkan gambar dua orang perempuan sebagai gambar profail. Salah seorang dari perempuan tersebut mesti hot mengalahkan Julia Rais, dan yang seorang lagi gambar samar-samar. Pastilah lelaki gatal (mungkin juga Jaguh Internet Versi No. 1) akan klik profail tersebut berdasarkan gambar perempuan mirip Julia Rais (atau Sofea Jane, jika kamu suka) tetapi 99% kebarangkaliannya profail tersebut adalah milik perempuan yang gambar samar-samar tersebut.

Tidak kurang pula yang sanggup meletakkan gambar buah dada rawak sebagai umpan lelaki-lelaki gersang, dan kemudiannya bertukar-tukar ID Yahoo Messenger atau MSN Messenger, dengan janji-janji manis yang biasanya melibatkan perkataan ‘basah‘, ‘kemban‘ dan ‘orang kata muka I macam Juliana Evans sikit…

Walhal sebenarnya kamu melancap sendiri berdasarkan gambar palsunya, dan awek yang sedang melayan chatting dengan kamu sebenarnya tengah menyumbatkan karipap kentang berminyak ke dalam mulutnya sambil gelak ketawa tergolek-golek dengan 12 orang rakan serumahnya yang sedang membaca apa yang kamu taipkan. Selepas kamu sudah puas, mulalah dia mengotakan janji untuk berjumpa, dan mulalah kamu membazirkan duit kredit kamu untuk memanggil telefon mereka bila mereka asyik buat missed call. Kalau kamu nasib baik mungkin kamu menyerah kalah sebab si dia asyik memberikan alasan tidak boleh berjumpa. Kalau nasib kurang baik kamu akan akhirnya berjumpa dengan ‘wanita idaman’ kamu yang hanya inginkan kamu sebagai downline skim MLMnya. Kalau nasib lagi tak baik perempuan itu sebenarnya Jaguh Internet Versi No. 1 yang sudah habis modal. Parah.

Macam aku, aku pernah kena. Sampai habis kena potong line telefon aku. Tak apalah, kita semua belajar dari kesilapan bukan? (Lepas tu aku kena sekali lagi, dengan orang lain pula.)

OK aku nak chatting dengan awek aku jumpa di Myspace ni. Aku tengok gambar muka dia macam Kate Moss sial

Popularity: 4% [?]

Responses (22)

  1. Cik says:

    wah kate moss

  2. theberuk says:

    .yeah betul
    such a observer

  3. SESEORANG says:

    saudara MM, yang ini…saya setuju (intonasi awie dalam zombie)
    aku tak pernah terkena.haha

    apehal pulak juliana evans..ni cari gaduh namenye..
    tak acilah kau dah tengok kami the movie

  4. Diloz says:

    aku suke entry ni.aku rase banyak lagi ciri-ciri mereka ni.sebagai contoh,mempunyai 4-5 email dan akaun myspace/friendster,disebalik gambar tidak menepati muka dan badan yang dianugerahkan Tuhan mereka menyertakan no telefon dibawah gambar tersebut dengan harapan Jaguh Internet Versi No. 1 akan top up untuk mereka.dan,di akaun myspace mereka akan add band-band yang gempak yang mereka sendiri tiada idea untuk diletakkan di top friends yang akhirnya akaun mereka akan di delete oleh Tom (Myspace editor).banyak lagi lah.

    aku dulu nyaris kene mcm MM kene.fuh selamat.

  5. das'dis'dus says:

    ko main COD4 jugak ke?

  6. das'dis'dus says:

    …..menyumbatkan karipap kentang berminyak ke dalam mulutnya ……

    kalian semua. ini adalah punch line terbaik dr MM.

    aku telah ‘lol’ tika baca line neh.

  7. Fariz Bakar says:

    kacak abg nasir “saya…aahh..”

  8. enamdegrees says:

    Hahaha.. x bole bla

    versi no1 tu buat aku teringat lirik lagu butter

    bila kawan ramai sekeliling kita,
    cakap besar tunjuk pandai

    tapi bila sorang-sorang,
    pengecut pemalu macam semua orang

  9. encikmasen says:

    from 95 eh? time isp provider masih jaring, dan connection selalu terputus..

    barangkali semua orang pun pernah terkena penangan jaguh2 internet..yang penting belajar dari kesilapan, tak gitu MM??

  10. 47 says:

    yep, internet champions ni memang ramai. dia lah yang betul, dia lah kuat, dia lah hensem, pendek kata apa saja yang elok – dia lah tu.

    nukilan ini ditulis macam ‘with a vengeance’, macam ada dendam lama :D

  11. Calliope says:

    Tumpang tanya. Mama Jawa dalam kategori apa ye?

  12. Emphbone says:

    apa barang sumbat karipap kentang. apa barang sumbat kat mulut haha..

    aku pernah terkan.. adoi.

  13. das'dis'dus says:

    jom la main COD4 kat shah alam…

    lepas raya kat sek 7 baru….

    we all main 3 jam straight..

  14. Syah Saliman says:

    come la mm,aku rasa Samantha lagi lg hot dr kate moss.
    huhuhuhu
    entri ni lawak tp somehow best gak.dan sedikit jijik bila cerita pasal jaguh no.1

  15. Amri says:

    click….boom

    dua jenis org yg tak paham erti kejujuran

  16. Miss Maple Syrup says:

    True..true…
    bukan boleh percaya sangat gambar online ni.
    Ntah ntah mereka cilok dari profile sesiapa, yang mungkin juga dicilok dari sesiapa juga secara random.
    Maklumlah kalau dah kulit putih mulus tu siapa yang boleh tolak kan. Ditambah lagi dengan free show.
    Gerenti jari gatal nak klik!
    Sekali muka realiti menggerutu.
    Hahaha…

  17. Ladynoe says:

    bwahahahh! kenapa saya tak perasan tntang kewujudan entry ni? hari ni baru terperasan ni. Gila kelakar!

    Bwahahaahahahh!

    Ini lah sebab kenapa saya tak boleh berhenti menjadi pembaca setia kamu.

    hahahah!

  18. ugly says:

    Ntah camne leh termasuk blog ni…
    ok, entry ni giler kelakar… selambau tul!

    Menulis sesuka hati tapi berisi.. kadang-kadang panas, kadang-kandang pedas, kadang2 ceria, kadang2 kelakar… Pandangan datang dari sudut yang berbeza, bakal membuat pembaca berfikir.. mungkin sesetengah orang kata, “kurang enak”… dan kadang-kadang tidaklah tepat apa yang ditulis, but NEway, nice blog.. Sudut ini sudut kamu… hak kamu.. penulisan kamu.. kamu tak kesah, biar apa orang kata… oh, serius sangat berani!! Menulis tak peduli apa-apa.. Damn… Berani siot!

  19. Extremist Thinker says:

    kekeke. sy bersetuju. dan pernah jd mangsa. tp pemangsa sy tersungkur sbb ikot hukum karma, jgn disimpah api dengan minyak. akibanye… ade yg melutut seribu kemaafan berciom kaki. nasib kuku sy br pas servis.

  20. Cik Mata Hati says:

    Internet bullies..
    Gewd2.

  21. mord says:

    ah bro lu pun kena jgk haha,aku pun baru kena sampai line phone aku kena kena potong siee

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes