Aku ingatkan sudah nak tidur sebab sedang sedap berbaring-baring di atas katil aku tadi, tetapi rasa macam tidak senang hati lalu muncullah idea untuk nukilan hari ini.
Sebenarnya bukan apa, tetapi aku suka hati gila bila aku terlihat motto terbaru (dan penjenamaan terbaru) saluran Discovery Science. Rekabentuk yang lebih minimal, dan motto yang digunakan sekarang, iaitu ‘Question Everything’.
Kalau kamu rajin mengikuti blog ini, mungkin kamu sudah tahu motto aku yang sesuai dengan motto baru Discovery Science, dan juga keadaan aku sebagai seorang pewaham.
(Babi ah HBO tengah siarkan filem ‘Children Of Men’. Gila tak boleh fokus! Tak tengok lagi! OK OK aku taip laju-laju.)
Bukan apa, cuma aku hendak bercerita seketika tentang peristiwa di rumah ibubapa aku aku semasa Raya hari itu. Aku tidak boleh ceritakan secara terperinci, tetapi ianya melibatkan ayah aku, seorang saudara, sentuhan, rasuk, menurun dan suara yang berubah.
Kesimpulannya untuk aku ialah a) didikan dari kecil yang bermula ketika ditadah kain kuning bila dilahirkan, b) multiple personality disorder, c) kepercayaan.
Cerita di atas berakhir bila si saudara itu cuba ‘menghalau’ apa yang berada di dalam badannya melalui pintu depan rumah, dan semua orang berkata agar jangan ‘menghalang’ pintu depan agar ia mudah keluar.
Aku selamba sahaja duduk depan pintu rumah. Apa pendapat kamu?
Popularity: 2% [?]

mesti benda tu persoalkan segalanya.
“tadi suh kluar pastu duk depan pintu pulak?”
bende tu pn pening
benda tu mesti cuak sebab ada yang lebih mafia dari dia…dah tentu benda tu ingat kamu nak pau dia…
mungkin kes sebegini perlu diutarakan dalam siri TV House bagi membongkar misteri tersebut.
atau juga seperti sembilu kasih. Kekasih nak keluar, tapi di halang. tiba tiba hujan, air mata berlinang. menangis dalam hujan. benda tu lari. kena laggar kereta. jerita NooOOoooOOooOO~ menemani bunyi titisan air hujan. syahdu .
pandai-pandai la dia nak keluar.
Pragmatic (Functional) truth. Berkeley cakap, “esse est percipi”. So yes, pragmatic truth.
wah…macam jgn pandang belakang plak…
tak boleh ke benda tu lompat je keluar? ikut tingkap ke? bukan ke kena bukak bumbung macam dalam cerita jangan pandang belakang tu? wuih..macam2 persoalan..
” a) didikan dari kecil yang bermula ketika ditadah kain kuning bila dilahirkan “
- MM, adakah anda merupakan keturunan Raja? Pantang tanah dari bayi hingga umur 2 tahun ke?
Kalau jawapan untuk soalan saya itu adalah “ya”, memang kita ada persamaan. Mungkin MM boleh cerita atau ulas tentang hal ini dalam posting akan datang. Mungkin MM boleh tulis tentang adat, kepercayaan dan identiti.
kalau “ia” boleh masuk dalam badan manusia, “ia” tentu takde masalah nak keluar dari rumah yang pintunya tertutup/terhalang. kacang baginya, sedangkan badan manusia lagikan boleh tembus, apa sangatlah dengan pintu.
masa arwah ayah dulu, tok bomoh/pawang/doktor kampung/identity unknown tu bagitau pantang jangan lalu bawah ampaian.
satu famili kena ikut, tak tau apa relevannya T__T
orang cakap la kan, kalau kita tak percaya langsung ia tak jadi dekat kita. dan siapa entah cakap, kita tak boleh nak sihirkan sesiapa yang minum sebab tu bush can’t be defeated. (part ni memang kelakar tapi ramai yang cakap ia betul).
bab bab ni dalam family aku ada sebelah arwah papa.
naik bosan aku!
banyak sangat kepercayaan karut.
gila dulu balik penang, malam jumaat berasap!
rimas aku asap asap neh!
*mujur family aku tak into!
mesti ‘benda tu’ handal suka tulis blog
.rebellious
@sarah
memang. the human mind is a powerful thing.
@ttb
takdelah, bukan keturunan2 macam tu.
bro MM apa kata anda mencuba sendiri pengalaman paranormal begini…
Aku sarankan anda pergi ke hutan seperti di Taman Negara, cuba cari busut-busut besar di dalam hutan tersebut dan kencing di atasnya.
Sekiranya, tiada apa-apa yang terjadi anda memang benar…kepercayaan mistik itu memang karut.
Tetapi sekiranya terjadi apa-apa kepada anda, mungkin ianya menjawab segala scaptical anda selain dari anda mendapat bonus pertambahan saiz xxx anda. hahaha.
ada berani sebab aku tak berani…hahaha.
@ares
taman negara jauh sangat la.
Benda tu cuma marah kalau orang halang jalan dia.
Kalau sama geng, dia takde hal punya.
kenapa mesti melalui pintu?
bukanke mereka percaya ia tembus jisim pepejal manusia?
kadang2 cuba berlaku rasional tapi ditakut2kan pula. apakah benar hantu jembalang ini boleh buat aku mati?
children of men sangat best!
one of my favourite shots adalaha long take yang tah berapa minit tu. awesome.
oh, pasal mistik? erm. entah la. i believe in science.
aku tengah kaji gaya penulisan kau sebab aku nak tgk, mana tau benda tu tepegun tgk kau rileks je, dia pun lepak dalam badan kau je. senang. :P
melayu dan kepercayaan karut tidak dapat dipisahkan…