Sue Anna Joe bertanya…
Adakah anda suka makan sushi? Jika ya, di mana? Dan apakah order kegemaran? Jika tidak, kenapa?
Suka teramat sangat. Kalau boleh aku hendak makan sushi dan sashimi setiap hari. Tempat yang aku paling suka ialah Umai-Ya di The Place, Damansara Perdana. Ada lagi satu cawangan di Uptown berdekatan Bank HSBC. Sushi kegemaran ialah maguro (ikan tuna mentah), salmon, ebi (udang), tako (sotong kurita), tamago (telur) dan inarizushi (kulit tauhu manis). Paling aku tidak suka ialah ikura atau telur ikan yang berwarna jingga itu. Aku sarankan orang kita cuba cipta sushi yang dihidangkan bersama tempeh. Mesti laku.
siggplus berkata…
kamu pernah belajar di luar negara kan kalau tak silap.. antara malaysia dan luar negara, mana lagi seronok? nyatakan sebab.
Luar negaralah mesti seronok. Sebab kita semua terlalu selesa menjadi majoriti di negara kita, jadi apabila kita menjadi golongan minoriti di sebuah negara asing, macam-macam perkara menarik boleh berlaku. Mungkin atas sebab itu kadangkala aku kasihan melihat pelajar-pelajar Arab atau Botswana yang belajar di negara kita. Aku faham situasi mereka.
Apabila kamu menjadi golongan minoriti di sesuatu tempat, segala-galanya berubah. Perkara yang kamu pandang remeh akan dihargai, tetapi kadangkala aku sedih terfikirkan jalan mudah yang ramai antara kamu ambil, iaitu berkampung bersama. Tidak kisahlah di negara ultra urban seperti Berlin mahupun di kampung-kampung di Sudan, mentalitinya sama. Tidak suka bersusah payah berusaha sendiri, sebaliknya hanya mengharapkan jalan mudah dengan ‘rakan-rakan’ seperjuangan. Siapa kata Melayu tidak boleh berdikari di negara orang?
Syah Saliman berkata…
sy belajar bahasa jepun tp x byk itupun guna buku abg. dan adakah mm belajar bahasa ni-hon koku ?
Ya, aku belajar Nihongo dahulu.
xordy berkata…
ima nanji deska?
今二時三十二分です。
d7 berkata…
hajimemashite, ogenki deska? (aku sempat blaja tang ni jer pastu cikgu bhs jepun aku kawin lari) sila komen isu tentang Shah Rukh Khan dapat title Datuk. kenapa sin chan lagi terjal dr shin bei ninja boys padahal muka diaorang sama je. (selain drp nama diaorg lain la kan)
Genki-desuyo. Datuk Shah Rukh Khan? Pemberi pingat peminat filem Hindustan, sudah pasti. Tiada komen selanjutnya. Tentang soalan kedua aku tidak faham istilah ‘terjal’, maaf.
Disco Dramatic bertanya…
abang minimal, apakah band yang anda currently dengar? kerana saya ketandusan muzik.
Sekarang aku banyak dengar bossa nova dari Bebel Gilberto dan Herbie Mann, dan juga hardbop jazz dari Archie Shepp dan semestinya John Coltrane. Selain dari jazz dan bossa nova aku rasa tidak banyak aku dengar buat masa ini. Mungkin sebab aku sedang reboot citarasa muzik aku. Dan aku tidak tahu kenapa semenjak kebelakangan ini aku selalu layan XFM, macam-macam lagu menarik ciptaan anak tempatan ada dimainkan di stesen radio tersebut. Aku suka sebab aku bangga dengar lagu dari Malaysia, walaupun kebanyakannya kalau bukan lagu indie hanya lagu hiphop. Bakat ada, cuma aku rasa kita perlukan variasi genre buat masa ini.
Pecah Kepala bertanya…
mm. pernahkah anda dengar tentang lomography? berikan pandangan anda tentang lomographer yang kini sedang bergiat aktif dalam industri ‘indie’ di Malaysia.
Secara peribadi boom lomografi di Malaysia telah mula lama dahulu, mungkin seawal 1998 dengan kamera Russia LC-A, dan kemudiannya dengan kamera-kamera plastik murah keluarkan syarikat Lomo seperti Coloursplash, Pop 9 (aku pun ada satu) dan sebagainya. Dan pada pendapat aku lomografi ‘mati’ seketika akibat kemunculan kamera-kamera digital murah sekitar waktu yang sama. Tetapi sekarang mungkin popular kembali, sebagai anti-tesis ‘kesempurnaan’ yang wujud dalam fotografi digital. Lihat sahaja kaki-kaki Holga dan Fisheye semua. Mungkin ramai dari kita sudah bosan dengan kesempurnaan dalam fotografi? Aku sekarang cuma tunggu kamera LC-A versi digital sahaja…
Ikmal bertanya…
MM san, chotto kiite ne Anatawa hontoni nihongo wakaru no? Moshi wakattara, subarashi ne! Atowa, anatano ichiban kirai na hito wa nan no hito? tatoiba, ampang toka, soshite, nande? Hai, sore made, yoroshiku ne!
一番嫌いな人はやっぱり嘘をつく人ですね。
theberuk bertanya…
Di manakah tempat kerja anda sekarang? Ada terasa nak tukar kerja lain tak? Kenapa.
Rahsia. Cukuplah aku katakan bahawa ganjaran yang aku terima berdasarkan jumlah kerja yang aku buat tidak setimpal. Aku masih di kerja lama, dan hanya akan mula bekerja di tempat baru hujung tahun ini. Senang cerita di tempat baru ganjarannya seakan-akan aku bekerja di tempat lama tetapi tiap-tiap tahun aku terima bonus gaji 11 bulan.
Diloz bertanya…
osaka best ke tokyo best?
Hmm. Sukar untuk dibandingkan. Orang-orang di Osaka mungkin lebih menarik perangainya, dan suasana di Osaka mungkin lebih meriah, tetapi kalau kamu minat keadaan bandaraya yang ultra-urban aku sarankan Tokyo. Makanan di Osaka lebih menarik, tetapi untuk membeli-belah Tokyo mungkin lebih afdal. Untuk aku, aku suka kedua-duanya sekali, cuma aku hanya pernah ke Osaka sekali sahaja, itu pun hanya untuk dua hari. Jangan lupa makan takoyaki di Osaka!
reaperious bertanya…
apakah yang ditakrifkan sebagai cool untuk seorang lelaki pada masa ini?semestinya tak expect budaya indie sebagai jawapan
Kebebasan kewangan adalah yang paling cool, iaitu berada di keadaan di mana kamu tidak perlu terfikir bagaimana untuk mengisi beg duit yang semakin menipis. Aku rasa dengan kebebasan fiskal yang lain-lain tidak mustahak sangat, sebab apa yang kamu inginkan akan lebih mudah untuk dikecapi. Kahwin ke, kereta ke, rumah ke, pembedahan plastik ke…
dila raden bertanya…
encik MM, apa nama-nama yang agak-agak cool untuk diberi kepada binatang peliharaan?
Jalud, John, Tengku John.
satu lagi memandangkan blog ni bertemakan fiksyen sains semata, apa pendapat MM tentang scientology?
Marah Tom Cruise jika kamu katakan scientology itu fiksyen sains semata. Seperti mana yang aku pernah tulis dahulu, kuasa kepercayaan itu amat kuat. Jika kamu percayakan sesuatu nescaya apa-apa boleh berlaku, walaupun untuk aku dan kamu apa yang dituliskan L. Ron Hubbard mungkin tidak masuk akal. Apa-apa pun ini sudah masuk bab agama jadi soalan ini ditolak 50 markah.
Niksu Rashid bertanya…
Abang MM, Bagaimana caranya untuk memikat dan mengambil hati anda? Apakah anda reti memasak?
Dengan memasak untuk aku seikhlas hati, tidak kisahlah sedap mahupun tidak. Aku tak tahu kenapa tetapi aku rasa memasak itu adalah sesuatu yang romantik. Dan ya, aku reti memasak.
Extremist Thinker bertanya…
*situasi* -MM. kalau kau kena jemput dengan polis (mudahnye angkut tanpa rela) untuk dijadikan budak budak kawad cam, dan perogol diletakkan diantara kau dan budak budak kawad cam yang lain, apekah “persepsi kau pada masa tersebut pada diri kau” dan apekah persepsi kau “jika bukan melihat diri kau” ditempat tersebut pada orang orang kena kawad cam? -MM jika perogol tersebut diletak disebelah kau, apa kau nak buat di dalam bilik kawad cam? -MM jika polis bagi arahan supaya kau berdiri tegak dan jangan pandang mangsa rogol (sebab kanak2) semasa kawad cam, adakah kau akan tengok jugak? -MM jika polis cakap, kali ini kau orang semua tolong polis, nanti polis akan tolonga kau orang suatu hari nanti, adekah kau patut berbangga dan berterima kasih dengan nasihat berikut? *situasi*
Hmm agak sukar untuk aku memikirkan situasi ini sebab aku sampai sekarang tidak pernah melalui kawad cam. Tetapi jikalau aku terjatuh ke dalam situasi yang dinyatakan di atas aku rasa aku tidak apa-apa, sebab aku tahu aku tidak bersalah, cuma aku pastikan mangsa tersebut tidak rabun ataupun memakai cermin mata yang bersesuaian. Aku rasa aku akan memberikan kerjasama, bukan dengan mengikut buta-buta apa yang disuruh, cuma aku tidak akan buat hal. Sebab balai polis turf mereka. Kita kena hormat orang bila bertandang ke rumah mereka bukan? Selepas jejak keluar dari rumah mereka itu cerita lain-lah.
nodadosa bertanya…
lu suka jalan di harajuku atau lepak luar shinjuku station je?
yoroshiku~
hahah ni dah bukan tanya dlm bahasa jepun tapi pasal jepun..
Aku tak tahu mengapa tetapi aku tidak pernah sampai Harajuku. Aku lebih sukakan Shibuya, terutamanya di kawasan lintasan zebra yang besar itu, di depan stesen Shibuya. (Lihat gambar.)
Salmah bertanya…
semalam aku baca blog kau hari ni aku kembali lagi untuk bertanyakan kau satu soalan yang aku rase kau tak boleh jawab.. soalannya berbunyi,
kau kata kau melayu minimalis yang mempersoalkan segalanya.. tapi kenapa kau pulak yang nak memberi jawapan kepada kami? tak boleh ke kau yang bertanya dan kami yang jawab..
Aku selalu bertanya apa. Dan ramai antara kamu sudi menjawab. Sila baca nukilan-nukilan lama aku. Terima kasih.
Aku akan jawab soalan-soalan lain sebentar lagi. Banyak sangat tekanan di pejabat sampai aku rasa macam paku tekan.
Popularity: 2% [?]

nama haiwan peliharaan…salah satu buat saya tersedak.
LOL!
tak sabar nak tunggu Tanya Abang Minimalis Musim 5 Episod 2.
yeah. Salmah kena baca nukilan lama MM jika ada masa.
:)
episod 2 kapan lagi ??
hihi
ええいい~~~ 日本で勉強することあるんだ。じゃ、あなたはあたしの先輩ってことになるんじゃん。ははは。。。よろしくね、先輩!
あぁ!大学はどこだったっけ?
terima kasih, abang minimal. akan saya check out bossa nova.
aku suka kyoto. ada bunga sakura yang cantik dan geisha yang menggiurkan. kahkahkah