October 14, 2008 10

Tanya Abang Minimalis Musim 5 Episod 2.

By in Tanya Abang Minimalis


hac01 bertanya…
ape pendapat pasal bailout plan tu?

Aku bersyukur sebab ekonomi Malaysia sekarang tidak banyak bergantung kepada ekonomi Amerika sahaja jika dibandingkan 10 tahun yang lalu. Aku sebenarnya tidak banyak pendapat dari segi ekonomi, sebab dari kecil dahulu aku tak minat matematik. Sampai sekarang tiada duit simpanan.

Unitedjerks! bertanya…
Salam MM
Relevankah sistem ekonomi kapitalis pada masa kini?
Apa pendapat saudara tentang budaya “cut and paste”?

Kalau bukan kapitalis apa lagi? Sejarah telah membuktikan segala apa jenis ekonomi selain dari kapitalisme tidak boleh berjaya di dalam skala yang besar. Sosialisme, komunisme, semuanya buat masa ini gagal, kalau tidak gagal pun jadi bahan gelak ketawa masyarakat global. Dan aku rasa kapitalisme betul-betul menyerlahkan semangat survivalism di kalangan manusia, di mana mereka yang benar-benar rajin dan pandai mencari peluang sahaja yang akan berjaya.

Budaya ‘cut and paste’ pula akan menjadi punca kematian penyelidikan. Aku lihat ramai mencari jalan mudah (termasuk aku) yang mengabaikan proses penyelidikan (tidak kisahlah untuk apa sekali pun) untuk maju kehadapan. Mungkin pada masa yang sama soalan ini berkait dengan jawapan di atas, sebab lumrah alam ini masih ‘survival for the fittest’. Dan mungkin budaya ‘cut and paste’ ini adalah salah satu cara untuk mereka yang bijak menggunakan apa yang ada untuk kepentingan dan keuntungan diri sendiri. Aku rasa tidak salah, cuma cara penggunaan sahaja yang penting. Ingat, gaya bukan kerana apa yang kamu pakai, tetapi bagaimana cara kamu pakai.

apan bertanya…
Memandangkan kamu orang sains, aku tanya pasal sains. bley tak kamu terangkan camna teori graviti ni bley apply dalam perjalanan kapal terbang?
contohnya: kenapa perjalanan kapal terbang dari malaysia ke eropah (secara terus) ambil masa yang hampir sama dengan perjalanan eropah ke malaysia?kalaulah bumi ini berputar ikut arah jam, tentulah perjalanan balik mengambil masa yang lebih singkat. camna ek?

Sama seperti jika kamu membaling kapalterbang kertas di dalam bas yang bergerak. Halaju satu objek itu adalah relatif kepada halaju ‘dasar’. Putaran bumi ada halaju tertentu yang relatif kepada halaju kapalterbang. Untuk kapalterbang kertas, halajunya bergantung kepada kelajuan bas tersebut. Untuk kapalterbang betul, halajunya bergantung kepada kelajuan putaran bumi bukan?

Nurhanis Mahamarowi bertanya…
Saya terus kepada soalan ya,
1. Kenapa MM suka Macbook/Apple ?
2. Jenis telefon bimbit pilihan MM dan kenapa ?

Aku sudah 13 tahun menggunakan produk Apple secara menyeluruh. Dan rekabentuk Apple lebih minimal dan sesuai dengan citarasa minimalistik aku. Lagipun aku tidak hadapi banyak masalah ketika penggunaanya, seperti masalah driver, dan hardware-hardware yang tidak compatible. Aku jenis yang ingin terus buat kerja, dan tiada masa untuk memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul semata-mata UNTUK bekerja. Setakat ini Apple memang tidak menghampakan aku. Telefon bimbit pula aku tidak kisah, janji murah dan slim, janji muat di dalam skinny jeans aku, sebab aku tidak suka letak telefon bimbit di dalam beg.

SESEORANG bertanya…
MM,klik link ni, ada vc interview dgn beberapa individu.adakah individu dalam vc ke-2 tu AKAB aka MIKE?
http://ajamihashim.blogspot.com/2008/10/kami-movie-disfemisme-yang-betul.html

Ya.

zureen bertanya…
dear MM.
n electromagnetic radiation ni..mempunyai wave-particle duality. pastu kalau kita nak identify dia..kena identify dua-dua sekali lah ye? cam, cthnye a red light can behave like waves under certain circumstances, but boleh juga behave like a particle/photon?(sapa2 nak jawab kalau terbaca soklan ni, dipersilakan jua)
ehem. tapi dalam photoelectric effect..e.mag radiation acts as a photon. what about the electrons yang di emit? what do they behave like? waves ke?

Orang sains pn slalu taip soklan macam ni yerk?

aremierulez bertanya…
apakah pendapat MM tentang pemberian pangkat darjah kebesaran (dato’, tan sri) kepada penghibur yang rasanya tidak patut dapat adalah wajar?
contoh: M Daud. Kilau boleh dapat Dato’ kerana boleh bergelek. S.M Salim yg tak de sambutan sangat boleh dapat tan sri
adakah golongan orang seni ini layak menerima pangkat sedemikian?
dan yg terbaru, shah rukh khan pula boleh dapat dato, macam micheal yeoh. Apa rasional nya pula mereka boleh dapat pangkat demikian?

Sebab kita perlu ingat, untuk kemajuan sejagat sesebuah masyarakat, tidak terhad kepada kemajuan ekonomi, sains, politik, sukan sahaja. Kemajuan dari seni kreatif termasuklah seni, rekabentuk dan penyiaran memang penting. Sebab memang salah satu syarat untuk tergolong di dalam kategori ‘negara maju berindustri’ adalah untuk sesebuah negara itu untuk memiliki intelek seni yang semaju intelek sainsnya. Aku pernah tulis tentang perkara ini dahulu. Jadi mungkin penganugerahan ini semua bermaksud untuk menjadi inspirasi atau pemangkin kepada pencetus kreativiti. Bukan begitu?

Sarah is the One bertanya…
kerana sudah ada di chat box komen tentang tak peduli itu tak peduli ini, boleh tak MM terangkan sedikit apakah benda yang MM tak kisah langsung dalam dunia ini sebab kelakar juga bila baca orang argue, kalau betul tak peduli, kenapa nak ada blog ni dari asal. kalau boleh buat dalam senarai lagi bagus. supaya orang yang tak puas hati boleh baca, telan, dan boleh move on

Aku tak peduli pun orang nak baca, telan dan boleh move on. Sesiapa yang tidak faham sila baca semua kandungan blog aku dari mula sampai sekarang, selepas itu baru komen, ya? Sebab aku tidak bertanggungjawab ke atas kecetekan pemikiran mana-mana pembaca aku.

emollient bertanya…
selalu blog entry pasal fashion ATP menampilkan kasut, baju, kamera dan pelbagai lagi barangan yang selalunya baru, eksklusif ataupun edisi terhad..sudah tentu mahal. Perkembangan terbaru dunia masa kini menampakkan kemelesetan ekonomi akan melanda segenap pelusuk dunia. Jadi, sudah tentu trend konsumer akan beralih ke barang-barang murah, sesuai dengan kemerosotan kuasa membeli. Oleh itu, saya ingin bertanyakan MM, bagaimanakah caranya kita bergaya dalam keadaan begini? Apakah cara-cara untuk menjadi seorang recessionista,selain dari pergi cari di jualan murah atau kedai bundle?

Seperti yang aku sebut di atas, ianya bukan apa yang kamu pakai, tetapi cara kamu memakainya. Kalau kamu tusukkan mantra tersebut ke dalam minda kamu aku rasa tiada masalah. Fikir minimalistik.

Tipu Tapi Benar (TTB) bertanya…
Soalan saya :
MM diberi satu peluang untuk kembali ke satu masa di zaman silam menggunakan kereta DeLorean DMC-12 dan membawa kembali 3 barang barang/benda dari masa silam tersebut. Apakah barang/benda yang akan MM bawa kembali ke zaman ini?
Terima Kasih

Aku rasa semuanya bergantung ke era mana di zaman silam itu bukan? Soalan tidak lengkap, sila isikan borang dengan betul-betul dan hantar semula. Kalau soalan se-am begini mungkin agak sukar untuk aku jawab.

Extremist Thinker berkata…
ini bukan pertanyaan sebetolnya tapi cadangan. tp harap dapat jawapan dalam post mendatang ye.
sila rujuk youtube ini.
http://www.youtube.com/watch?v=gwwrnNeY8yY&eurl=http://aisyahrozi.com/
bolehkah bro MM menjawab soalan dalam format audio dan video semacam aisyahrozi?
p/s: sori aisyahrozi amek youtube ko wat contoh

Tak boleh.

tank bertanya…
resepi menjadi seorang blogger yg berjaya…

Sila ambil kursus ini.

al gorerotted bertanya…
Kalau sebelum ni ada umat sudah bertanya perihal gitar yang menjadi pilihan MM jika berpeluang menjadi seorang gitaris, aku nak tanya pula apakah jenis atau jenama atau ciri amplifier yang mungkin jadi pilihan untuk MM beraksi di pentas & menghasilkan karya bunyi-bunyian yang MM gemari?
Terima kasih.

Ada dua jenis amplifier gitar utama, iaitu solid state dan tube. Dua-dua ada kelebihannya masing-masing, cuma ramai orang lebih suka amp tube sebab bunyinya lebih ‘berisi’, sedap dan mantap. Pada aku kalau penggunaannya betul, tidak banyak beza, terutamanya jika kamu kaki clean tone. (Maaf aku banyak guna istilah yang dipinjam dari Bahasa Inggeris untuk jawapan kali ini.)

Salah satu amp pilihan aku ialah Roland Jazz Chorus JC-120. Walaupun amp solid state, tetapi mampu mengalahkan banyak amp tube dari segi kekuatan bunyi. Aku suka sebab bunyi clean tonenya ‘tebal’, dan amp itu sendiri tidak banyak ‘mewarnakan’ tona asli gitar. Untuk amp tube pula aku gemari Fender Twin Reverb, tetapi aku kadang kala tidak suka headroomnya yang rendah, iaitu kekuatan bunyi maksima sebelum tona gitar kamu menjadi distorted. Aku kurang minat amp jenama Marshall atau mana-mana amp jenis stack, iaitu amp yang mempunyai head dan cabinet speaker yang berasingan. Aku lebih minati combo, lebih praktikal, dan kalau tidak banyak beza pun dari segi bunyi jika dibandingkan dengan amp stack.

Aku tidak kisah sebenarnya, janji clean tone aku cukup kuat, sebab aku lebih mementingkan tona gitar dan bunyi yang keluar dari pedal efek aku.

nashkia bertanya…
soalan aku (hasil cetakan ke-2 selepas yg pertama gagal-hilang)

1. Jika kamu berada di tempat aku, mcm mana kamu overcome situation bila ada seorg dua dr kalangan rakan serumah (to be exact 2 org je yg bodoh mcm tu) kamu yang teramat gemar (obses mungkin) menjadikan/mencari issue untuk mereka cakap belakang-kan, synonym-nya umpatan yg berkonsepkan caci-maki. Tmbah teruk mereka itu lelaki!! (ak ada cadangan untuk section tafsiran kamu!! apa kata kali ini tafsirkan lelaki bacul/timid)
mungkin mereka generasi dr zaman paleolitik yg masih wujud sehingga ke ari ini
ak admit masih belum boleh totally ‘tidak peduli’ dengan ckp2 org. itu mungkin sifat melayu maksimal terakhir yg aku cuba lucutkan.
kamu rasa macam mana?
2. Boleh kamu sarankan apa2 bahan bacaan/pojok (english/malay) yg kamu telah berikan ia label ‘mesti baca’..ak prefer dari bahagian history atau asal usul misalnya (world, science discovery, pre-history etc)
thanks

Untuk soalan pertama itu aku rasa kamu tahu respons aku apa. Pada aku jika aku tidak menyusahkan sesiapa, hidup aku sudah cukup selesa.
Untuk soalan kedua pula cuba mulakan dengan membaca buku ‘A Brief History Of Time‘ karya Stephen Hawking.

Aku rasa sekian untuk kali ini. Kerja semakin berlambak wei.

Popularity: 2% [?]

10 Responses to “Tanya Abang Minimalis Musim 5 Episod 2.”

  1. gary says:

    after this junk is junk, and klue is klueless. how?

  2. smallgestures says:

    “Untuk amp tube pula aku gemari Fender Twin Reverb, tetapi aku kadang kala tidak suka headroomnya yang rendah, iaitu kekuatan bunyi maksima sebelum tona gitar kamu menjadi distorted.”

    No, it should be the other way round. Twin has shitloads of headroom.

  3. Imran says:

    “Sama seperti jika kamu membaling kapalterbang kertas di dalam bas yang bergerak. Halaju satu objek itu adalah relatif kepada halaju ‘dasar’. Putaran bumi ada halaju tertentu yang relatif kepada halaju kapalterbang. Untuk kapalterbang kertas, halajunya bergantung kepada kelajuan bas tersebut. Untuk kapalterbang betul, halajunya bergantung kepada kelajuan putaran bumi bukan?”

    there’s a better explanation for this, but i let you figure it out for yourself..

    hint: try jumping on your bed..do you land on the same spot?

  4. apan says:

    mekasih!tapi kalau nak tanya lagi bley x?macammana pelanggar hadron besar itu berfungsi?dan apa hasilnya jika eksperimen berskala besar ini dapat dilakukan?

  5. TJ says:

    Aku dah tengok video klip temuramah AKAB di blog yang dinyatakan.

    Soalan saya, adakah AKAB sentiasa menggosok hidungnya ketika bercakap? Ataupun kerana dia cuak ditemuramah?

  6. ryurisora says:

    apa pendapat mm dgn orang yg kurang cantik, lelaki mahupun perempuan.

  7. Fariz Bakar says:

    keja apa sebenarnya MM? gambar menarik. gadis comel2 dengan pelbagai fashion. jabatan fizik dan freelancer zine? byk info pasal dunia hiburan urban, muzik dan quantum.

  8. Fariz Bakar says:

    KLPHQ?

  9. Melayu Minimalis says:

    @smallgestures
    hm tak jugak. tapi still personal preference aku kot.

    @tj
    itu kau kena Tanya Abang AKAB

    @ryurisora
    tiap2 orang ada kelebihan dan kelemahan masing2. itu sahaja.

  10. smallgestures says:

    Yup, but I don’t think it’s possible to overdrive a twin (you can actually; but it’s horrible, and loud as fuck)

    Just my thoughts.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes