October 31, 2008 50

Tanya Abang Minimalis Lagi Dan Lagi!

By in Tanya Abang Minimalis

Aku rasa kamu semua tahu apa yang kamu perlu buat. Lagipun kebelakangan ini aku seakan-akan ketandusan idea untuk menulis. Dan dengan menulis aku maksudkan penulisan yang bukan mengutuk. (Mengutuk dan kritikan sinis itu lain, OK?)

Tanyalah apa-apa yang patut. Lagi-lagi soalan berdasarkan muzik, fesyen, ideologi, sosiologi, kriptozoologi, morfologi perempuan dan lain-lain. Seperti biasa soalan-soalan berkaitan agama dan politik mungkin tidak akan dilayan.

Walaupun di rumah aku tiada Internet sekarang, tetapi aku baru dapat tahu malam tadi di restoran mamak kegemaran di depan rumah aku sudah disediakan perkhidmatan Wi-Fi secara percuma. Betul-betul percuma ataupun tidak aku tak tahu-lah, sebab harga Teh C Ais aku pun sudah naik 20 sen.

Apa-apa pun aku sedikit gembira disebabkan harga minyak (mungkin) akan turun malam ini. Jimat duit sedikit.

Jadi, sediakan soalan-soalan kamu. Kepada mereka yang telah pun bertanyakan soalan di sessi yang lalu tetapi masih belum terjawap, sila taipkan semula di ruangan komen nukilan ini ya? Ingat, soalan bodoh biasanya akan diberi jawapan bodoh jadi tanyalah dengan ikhlas, hati yang murni serta nahu yang betul.

Popularity: 2% [?]

50 Responses to “Tanya Abang Minimalis Lagi Dan Lagi!”

  1. penanya (?) says:

    Ku Klux Klan. KKK. benda ni tertumpu kat south US aje ke atau kat europe pun ada? ada kaitan kuat tak dgn brotherhood2 mat salleh yg lain?

  2. errk, kenyang says:

    saya pernah terbaca yang awak menyebut(menulis) tentang movementKL.

    soalan nya : mengapa selepas terbakarnya bangunan tersebut, ia terus dijadikan parking kereta?

    (sekarang saya tak tahu apa yang jadi/4 tahun saya keluar dari KL)

  3. Tipu Tapi Benar (TTB) says:

    MM suka memasak bukan? Apakah menu yang paling MM suka masak dan makan dan bolehkah MM kongsi bersama kami resipi masakan tersebut?

  4. Diloz says:

    1)walaupun Jack Lingam telah terangkan tentang recession yang bakal berlaku,
    aku nak tanya pendapat MM.sebab,akibat dan cara untuk mengelakkan kesan recession.

    2)apa MM nak buat kalau diberi peluang kembali semula ke zaman MM belajar di luar negara selain pergi ke gig-gig atau mencari kawan-kawan warga asing yang ramai.

    sekian.

  5. suarakosong says:

    Pencuri Identiti yang suka menggunakan nama/gamba/maklumat peribadi milik orang lain. Apa pandangan anda tentang mereka ini?

    Jenis A: Yang menggunakan nama/gamba/info individu tertentu utk memburukkan individu tersebut walaupun bukan celebrity mahupun wakil rakyat. Mungkinkah mereka obses dengan individu tersebut, tapi tak mungkin kan, kerana individu itu diburukkan.

    Jenis B: Yang menggunakan kombinasi nama A, gamba B, info C, jenis ini paling banyak di dalam internet.

  6. Fendy says:

    Pendapat engkau tentang golongan kelas ke-tiga?

    apa itu golongan kelas ke-tiga?

  7. dena_r says:

    soalan ni agak bodoh dan mungkin juga trick question, dan jawapan pon mungkin dpt jawapan bodoh jugak tetapi saya baru teringat ungkapan ‘ada ke patut!?” jadi kalau nak di jawab secara affirmative, kita jawab “ada” ke “patut”? eg. “ada ke patut?!” -”ada”. ataupun “ada ke patut?!” -”patut!”

    lol

  8. 47 says:

    c’mon MM, let’s see the manga version of you!

    http://www.faceyourmanga.com/faceyourmanga.php?lang=eng

    soalan:

    is it possible get a job where it’s like 100% doing something that you love and you’re getting paid for doing it? or is this just a pipe dream? the always unreachable beautiful sunset right in front of us?

    thanks MM.

  9. reaperious says:

    society sekarang kebanyakannya melihat sekadar apa yang terpampang di depan mata tanpa mahu menilai lebih dalam sifat seseorang itu.stigma ini tidak dapat diubah.so bagaimana untuk seseorang tidak terlalu obses dengan perwatakan dirinya bile berhadapan dengan society?

  10. Sarah is the One says:

    cara/kaedah untuk mewujudkan komunikasi saintifik yang berkesan antara mereka yang mempunyai latar belakang sains dengan umum. apakah antara faktor terbesar menghalang komunikasi saintifik dua hala begini?

  11. curseshadow says:

    Nice content blog nih..
    salam kenal.
    -www.zulhatfi.com-

  12. akumenerawang says:

    salam bro mm…
    mengenai orang malaysia dan singapore…
    rata-rata orang singapore (lelaki) tak kira apa bangsa terutamanya golongan muda(lahir di s’pore,besar di s’pore)…berbadan/bertubuh besar/tinggi,ini amat berbeza dengan orang malaysia terutamanya remaja malaysia zaman sekarang yang kebanyakannya bertubuh kecil,halus halus je…
    dan setiap makanan/melibatan makanan yang di packing di singapore atau di packing untuk singapore mempunyai label/cop “eat all food in moderation” lebih kurang macam tu la…
    jadi…saya tertanya adakah singapore mempunyai teknologi dalam bidang pemakanan yang menyebabkan rakyatnya bertubuh besar/berbeza dari orang malaysia ?
    dan mengapa malaysia tak menggunakannya…

  13. sleepyhead says:

    salam.

    selalunya mana satu yg abg mm tulis dahulu sebelum nk publish sesuatu entry.

    tajuk post atau isi kandungan ?

  14. one love says:

    kalau malas bertanya, adakah aku akan sesat jalan?
    sila jawab…

    :)

  15. l.i.f.e says:

    kalau mengikut kalendar cina, kamu lahir pada tahun binatang apa ye

  16. d7 says:

    salam MM..
    aku nak tanye pendapat kamu mengenai isu smoke free zones..
    bebaru ni kan govt. da bitau yg mamak stalls dan kedai2 yg open air pun termasuk sekali dlm smoke free zones tu kan..
    makanya soalan aku apekah pros & cons bila govt wat restriction camtu.. kesan pada ekonomi?

    btw, terjal tu maksudnyer nakal tahap dajal. lol

  17. .khairi. says:

    hmm, kamu tak pernah pakai jeans boot cut?

    pada pandangan mm,cutting apa pula ya agak2 yang akan timbul selepas skinny?

  18. audiociologist says:

    Salam MM,

    Sebelum ini ada umat pernah bertanya tentang gitar kegemaran MM (walaupun kami semua sedia maklum bahawa MM bukanlah seorang gitaris) serta amplifier juga efek berkaitan gitar.

    Izinkan saya kali ini untuk bertanya apakah pula jenis/jenama/bunyi bass kegemaran saudara MM? (boleh berikan rujukan dari lagu yang berkenaan?) Sila sertakan juga jenis amplifier serta efek-efek yang berkaitan bass yang menjadi kegemaran saudara.

    Terima kasih.

  19. ejanas says:

    kalau diberi peluang oleh tuhan untuk mengkabulkan satu permintaan dengan syarat kena korbankan salah satu bahagian anggota badan, anggota badan mana yang sanggup dikorbankan dan apa permintaan itu?

  20. Mo. says:

    selain estrella, band malaysia apa lagi yang memain kan lagu lagu jenis jazz dan blues? ada kah lagi?

  21. test says:

    apa pendapat kau tentang orang yang ada blog-blog yang agak “popular”, pastu dorang buat entry-entry yang telah dibayar?

    contoh: “haih, aku penat betul la harini. aku rasa seolah-olah kekurangan mineral di dalam badah aku doh!

    Nasib baik ada 100 Plus, minuman isotonik yang enak lagi lazat dan diformulasikan supaya tubuh badan kita tidak akan terasa terdehidrasi kerana ia mempunyai electrolait yang sesuai. Terima kasih 100 Plus! sila lawat http://www.100plus.com untuk dapat air free!”

    kalau tanya aku, aku rasa they are selling themselves out.

    mcm buat blog, tak ikhlas.. haha

  22. The Spiral Eyes says:

    pertama sekali,assalammualaikum

    saya tak dak soalan sementelah soalan agama tidak boleh ditanya,jadi saya cuma nak mengucapkan tahniah dan berterima kasih bagi sesetengah hasil tulisan anda yang berjaya menerobos ke hati saya
    Whatever good happens to you is from Allah; but whatever evil happens to you is from your (own) soul.. [Qur'an Surah 4:79]

  23. theladyteller says:

    bila lelaki ignore gf dia… what is dat mean? no sms no phone call.. tp bila berjumpa setelah 2 3 minggu xjumpa.. mcm ok jer, xder pape masalah.. but no phone call or sms langsung pown…

  24. mizanofx says:

    mm,

    kalau anda akan (atau mungkinkah telah?)menulis sebuah buku, buku apakah yang akan anda tulis dan mengapa? maksudnya buku jenis apa (fiksyen, short story, bukan fiksyen, puisi, falsafah etc)

  25. chopstick says:

    yeee..saya juga mahu tahu tentang klu klux klan.boleh tak mm crita dengan MUDAH tentang mereka dan sape diorang nye otai2 yang masih ada di muka bumi sekarang (ada ke?).thanks mm.

  26. d7 says:

    MM..
    aku nak tanye lagi la..
    dah alang2 ni kan.. lol
    hopefully kamu leh share pendapat kamu pasal isu kahwin muda..

    umo aku 23 dan aku rasa masih banyak perkara dalam hidup ni yang aku tak kecapi lagi selain daripada kahwin..
    soalnye skang ni environment aku.. kengkawan aku yg muda daripada aku pun sibuk nak kahwin (bagi yg ade calon) @ bising x de calon nak kahwin) padahal diaorg ni keje pun x stabil & ada gak yg masih study..

    mende2 ni sedikit sebyk mempengaruhi pemikiran aku gak walaupun aku rasa aku x puas enjoy lagi.. eheee
    jadi, leh x bagi advice kat aku yg cpat jugak la terpengaruh ni?

    p/s: blog kamu ni kan dah jadi cam blog berunsur nasihat.. ehee

  27. ryurisora says:

    mm, tak taulah ini soalan ke mintak nasihat. kalau lah mm masih belajar, macam mane nak terus motivasi diri untuk belajar sungguh2 sedangkan sudah 5 tahun mm belajar kat persekitaran yang sama. umur pun dah semakin meningkat tapi tak habis2 belajar. maksud sy, dah boring giler belajar! ha…macam mana nak motivasi diri supaya rajin belajar?

  28. XMaTaPeJAmCeliKX says:

    MM..sy nak tnya pendapat mm mengenai pertubuhan pekida?adakah perjuangan mereka ni relevan dengan masyarakat melayu sekarang?mereka nie kelihatan seperti samseng yg cuba merosak kan bangsa sendiri……….

  29. anon E says:

    posisi seks yang kamu gemari? dan mengapa?

  30. Emphbone says:

    kawan aku ada berkata bahawa selain sinar alfa, beta dan gamma, ada lagi satu partikel yang berbahaya yang boleh menembusi segalanya even gold particles.. Namanya neutron. Adakah ini satu singularity atau god’s particle atau whatever? apakah bezanya strange matter, odd matter, singularity, haldron dan lain2 lagi partikel ini? Merbahayakah mereka? Apakah peluang aku mengelakkan badan aku ditembusi partikel in atau lebih teruk diconvert menjadi strange matter?
    Maaf banyak sangat soalan dan bahasa melayu-inggeris yang rojak..

  31. Niksu Rashid says:

    Hello Abg MM,

    1. Perkara paling adventurous nak dibuat dalam hidup. Adakah naik buaian 360 darjah? Atau ada yg lebih adventurous?

    2. Perkara-perkara apa yg meng-sensitivekan orang lelaki.

    3. Apakah Abg MM sudah mempunyai teman wanita?

  32. Melayu Minimalis says:

    hmm banyaknya soalan.
    insyallah aku akan jawab semua esok. malam ni tak sempat!!! :(

    selamat!

  33. Pecah Kepala says:

    lelaki atau perempuan, mana lebih gemar berfesyen?

    mengapa?

  34. Sam Pah An says:

    apa filem yang all time fave bagi kau?
    dan mungkin kau ada suggestion filem2 menarik yang ada unsur2 spt donnie darko??

  35. Ferdows says:

    Encik MM,
    aku tidak pasti sama ada kau minat atau tidak dengan Dragon Ball. Timbul niat untuk bertanya memandangkan kau pernah belajar di Jepun dan mungkin juga kau berminat dengan manga dan anime.
    Jadi, apa pendapat kau tentang filem Dragon Ball yang akan datang April 2009. Adakah kau rasa filem itu mampu memenuhi kehendak peminat setia Dragon Ball? Memandangkan aku lihat trailer di You Tube macam tak boleh bla(tidak pasti sama ada itu fake atau betul)
    Itu saja terima kasih

  36. Hafeez N. says:

    Apa kau buat kalau ko benci dgn semua orang disekitar kau?Apa kau buat kalau kau benci dgn hidup kau?

    Apa kau buat untuk halang kata-kata nista org yg dengki dan culas?

    sigh

  37. Jazzmir says:

    Memandangkan En.MM ni seorg yg pandai berbahasa dan berkata2, boleh tak en.mm tafsirkan lagu Malique – mantera beradu ,dari segi pemahaman encik?

  38. Roma's Rhythm says:

    Ada orang cakap kat aku yang janggut MM sudah beruban. Bagaimanakah cara untuk menghilangkan uban?

  39. SESEORANG says:

    mm,bile lagi nak kawen? umur makin lanjut.

  40. prejudis says:

    ape bestnya facebook?

  41. jebat says:

    bleh x MM cita kan serba skit tetang geng 3line ni??aku google xjumpa sangat info2 berguna selain pekida dan sebgainya.

  42. the blackpaper says:

    ke hadapan saudara MM,

    adakah anda tahu apa2 penerangan secara saintifik berkenaan rasuk.

    terima kasih.
    theblackpaper

  43. lassncranky says:

    mm. tolong jawab nie. adakah semua lelaki jenis macam ni : bila suka dkt perempuan yg dia suke, lepas tu nak cium katekanlah kat pipi or mouth, then perempuan tu tak bagi sebab tak sukela, tapi die akan BUAT jugak tak kira mcm mane?

    kalau bukn semua laki mcm nie: secara jujur2nya, adakah mm rase die tak hormat kat perempuan tuh sebab buat jugak walaupun berkali perempuan tuh kate tak suke? atau adakah dier sayang sangt? atau adakah dier memg expressive liddat?

    tolong jawap nie dgn kadar segera! saye nak tahu. lagipun mm mesti berpengalaman. Pretty pleasssh…

  44. Jack says:

    Apa pandangan anda tentang penulis blog sekarang?

    1) Menulis untuk kepuasan?
    2) Menulis untuk menunjuk?
    3) Menulis untuk kesedaran?
    4) Menulis untuk belajar?
    5) Menulis untuk mengajar?

  45. Datuk Seri Lelaki Romeo says:

    Jack, oraang skunk da tak tentu..
    banyak fiil…tul tak MM?? Salam perkenalan..peace bro!!

  46. buih says:

    MM, kalau kau tak larat nak ajwab soalan, aku boleh tulung sikit..especially masalah yang sebal2 dan tak intelek macma masalah comolot nih..aku suka..

    buleh?

  47. nadiah anwar says:

    mm,
    saya nak tahu apakah band dalam negara yg anda suka?

  48. nanatron says:

    Cinta Pertama pada kamu, pada tahap mana ianya akan memberi efek dalam hidup kamu?

  49. tumpanglalu says:

    soalan aku hg blom jwb..

  50. Emphbone says:

    tolong abg mm..
    mahu tanya ni, urgent..
    apakah ubatnya bagi hati yang patah?
    baru kena isnin lepas.. tgh gila ni

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes