penanya (?) bertanya…
Ku Klux Klan. KKK. benda ni tertumpu kat south US aje ke atau kat europe pun ada? ada kaitan kuat tak dgn brotherhood2 mat salleh yg lain?
Aku rasa kaitan umum yang boleh dibuat di sini adalah perubahan banyak kumpulan-kumpulan serpihan Ku Klux Klan di Amerika Syarikat yang merubah kepada imej Neo-Nazisme, yang seperti kamu tahu berasal dari Eropah. Hmm. Ku Klux Klan = KKK = 3 huruf, satu barisan. Hmm.
errk, kenyang bertanya…
saya pernah terbaca yang awak menyebut(menulis) tentang movementKL.
soalan nya : mengapa selepas terbakarnya bangunan tersebut, ia terus dijadikan parking kereta?
(sekarang saya tak tahu apa yang jadi/4 tahun saya keluar dari KL)
Menurut lagenda urban yang tersebar luas ketika itu, dan maklumat-maklumat orang dalam, kebakaran MovementKL kononnya berpuncakan dari ketamakan wang insurans. Pengusaha MovementKL ketika itu kononnya merupakan ‘orang kuat’ kawasan Bukit Bintang, dan kononnya mereka sengaja membakar tempat tersebut untuk meraih keuntungan dari polisi insurans. Aku rasa memang rugi tempat itu tiada sekarang, sebab pada pendapat aku sistem bunyi di situ memang tiada tandingannya. Aku kurang pasti kenapa ianya hanya tempat letak kereta sekarang, mungkin sebab kos ‘wang perlindungan’ tempat letak kereta lebih murah dari apa yang mereka perlu bayar untuk sebuah kelab malam. Kononnya-lah.
Tipu Tapi Benar (TTB) bertanya…
MM suka memasak bukan? Apakah menu yang paling MM suka masak dan makan dan bolehkah MM kongsi bersama kami resipi masakan tersebut?
Aku sudah lama tidak masak, tetapi ketika zaman memasak dahulu, salah satu benda yang aku paling suka masak Nasi Lemak Sambal Telur. Resepinya begini.Sambal Nasi Lemak
2 biji bawang merah
Bawang putih
Cili Kering
Asam Keping/Asam Jawa
Udang KeringKisar bawang dan cili kering yang telah direndam bersama. (Keluarkan biji cili kering untuk kurang pedas, ya?) Panaskan periuk dengan sedikit minyak (pada aku dua sudu besar sudah cukup) dan masukkan beberapa ulas bawang putih (tak perlu hiris, kemekkan dengan pisau dan tanggalkan kulit bawang yang kering). Selepas baunya naik, masukkan sedikit udang kering yang telah direndam terlebih dahulu dalam air dalam 30-60 minit. Tak perlu potong, kemekkan juga. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi, dan tumis di dalam periuk sehingga naik bau (naik bau bukan maksudnya naik bau hangus, OK?). Selepas naik bau, campurkan asam keping dan air yang diambil dari asam jawa. (Hancurkan asam jawa di dalam sepiring air dan asingkan biji asam) Campur gula serta garam secukup rasa. Gula yang lebih akan membuatkan sambal berwarna lebih merah gelap dan nampak seksi, dan mengurangkan rasa pedas. Akhir sekali campurkan dua biji telur, tapi jangan kacau sampai lumat, biarkan kuning telur mengeras, baru enak. Kacau perlahan-lahan ketika telur hampir keras, agar tidak melekat di dasar periuk. Siap.
Untuk nasi, pakai beras biasa, tetapi masak dengan gantikan air dengan santan kelapa. Jangan terlalu banyak santan nanti nasi kamu lembik. Campurkan aduan dengan daun santan, dan beberapa hiris halia dan sedikit sahaja garam.
Hidangkan nasi dengan ikan bilis dan kacang goreng serta timun. Sedap!!!
Diloz bertanya…
1)walaupun Jack Lingam telah terangkan tentang recession yang bakal berlaku,
aku nak tanya pendapat MM.sebab,akibat dan cara untuk mengelakkan kesan recession.
2)apa MM nak buat kalau diberi peluang kembali semula ke zaman MM belajar di luar negara selain pergi ke gig-gig atau mencari kawan-kawan warga asing yang ramai.
sekian.
Buat aksi berani mati dan cari kerja yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan. Macam aku. Tempat kerja baru aku menjanjikan gaji sekali ganda. Tapi kamu kena pastikan yang kamu benar-benar layak dan mampu berbuat demikian-lah. Kalau kamu masih belajar, aku rasa tiada apa yang kamu boleh buat kecuali lebihkan berjimat. Baca majalah versi online, jangan beli naskhah sebenar, dan macam-macam lagi. Macam aku dulu aku perasan aku jimat lebih duit dengan makan di luar secara ala kadar berbanding dengan masak sendiri di rumah.Untuk soalan kedua, aku akan simpan duit biasiswa dan beli saham Google. Kalau 10 tahun yang lepaslah. Kalau sekarang, aku rasa aku akan merantau sebanyak boleh, sebab bila sudah mula bekerja memang tiada masa untuk merantau ala-ala filem ‘Fear And Loathing in Las Vegas‘.
suarakosong bertanya…
Pencuri Identiti yang suka menggunakan nama/gamba/maklumat peribadi milik orang lain. Apa pandangan anda tentang mereka ini?
Jenis A: Yang menggunakan nama/gamba/info individu tertentu utk memburukkan individu tersebut walaupun bukan celebrity mahupun wakil rakyat. Mungkinkah mereka obses dengan individu tersebut, tapi tak mungkin kan, kerana individu itu diburukkan.
Jenis B: Yang menggunakan kombinasi nama A, gamba B, info C, jenis ini paling banyak di dalam internet.
Ini semua mungkin boleh dikategorikan dalam kategori ‘Jaguh Internet’. Dan aku tiada masa untuk menulis tentang orang-orang sebegini.
Fendy bertanya…
Pendapat engkau tentang golongan kelas ke-tiga?
apa itu golongan kelas ke-tiga?
Setiap golongan ada fungsinya tersendiri, walaupun ditindas seteruk mana pun. Nasib baik di sini tidak ada definisi burakumin seperti di Jepun, golongan yang berasal dari golongan bawahan semasa zaman feudal Jepun yang melarat dan ditindas sampai sekarang. Apa-apa pun aku rasa kita di sini semua berpeluang untuk bersaing dengan adil, tak kisah sama ada polisi Bumiputera ataupun tidak.
dena_r bertanya…
soalan ni agak bodoh dan mungkin juga trick question, dan jawapan pon mungkin dpt jawapan bodoh jugak tetapi saya baru teringat ungkapan ‘ada ke patut!?” jadi kalau nak di jawab secara affirmative, kita jawab “ada” ke “patut”? eg. “ada ke patut?!” -”ada”. ataupun “ada ke patut?!” -”patut!”
lol
Senang. Cuma fikirkan jawapan negatif untuk soalan tersebut. Adakah ia ‘tak ada’ atau ‘tak patut’? Jawapan yang logikal ialah ‘tak patut’, bukan?
47 bertanya…
c’mon MM, let’s see the manga version of you!
http://www.faceyourmanga.com/faceyourmanga.php?lang=eng
soalan:
is it possible get a job where it’s like 100% doing something that you love and you’re getting paid for doing it? or is this just a pipe dream? the always unreachable beautiful sunset right in front of us?
thanks MM.
Untuk soalan pertama aku sudah buat baik punya tetapi tiba-tiba server error jadi aku sudah malas buat semula. Lihatlah macam mana nanti. Untuk soalan kedua tiada apa yang mustahil. Macam aku, aku rasa aku sudah hampir mencapai impian tersebut. Yang penting kena kerja keras, itu sahaja.
reaperious bertanya…
society sekarang kebanyakannya melihat sekadar apa yang terpampang di depan mata tanpa mahu menilai lebih dalam sifat seseorang itu.stigma ini tidak dapat diubah.so bagaimana untuk seseorang tidak terlalu obses dengan perwatakan dirinya bile berhadapan dengan society?
Amalkan sifat ‘aku tak peduli’. Seperti yang aku katakan, sifat ini bukan bermaksud tidak endahkan sekelilingan kamu, tetapi sifat tidak endahkan kata-kata busuk yang mungkin muncul ketika kamu ingin mengejar impian (ke bintang tralalala). Kalau kamu terlalu fikirkan sangat apa orang lain kata tentang kamu, kamu hanya akan membazir masa untuk melawan balik apa yang mereka katakan dan kurang fokus kepada impian sebenar kamu.
ladyesah bertanya…
ive always wanted to ask you something. but i dont know what to ask. hahhahaha. okla.. just for fun.
kamu suka rambut potongan edgy yang macam mana?
Potongan semua tak kisah. Yang penting keyakinan diri kamu untuk membawakan apa jenis potongan pun.
Sarah is the One bertanya…
cara/kaedah untuk mewujudkan komunikasi saintifik yang berkesan antara mereka yang mempunyai latar belakang sains dengan umum. apakah antara faktor terbesar menghalang komunikasi saintifik dua hala begini?
Bahasa. Dari aspek ini aku rasa Dr Stephen Hawking itu memang seorang genius. Menurut penerangan yang diberi dalam buku-bukunya, beliau cuba menerangkan konsep-konsep saintifik dengan menggunakan bahasa mudah yang orang di tepi jalan pun boleh faham. Selagi ada tirai bahasa yang memisahkan komuniti sains dengan orang awam selagi itulah sains akan dipandang sebagai misteri. Mungkin bukan misteri, tetapi sekurang-kurang bersifat elitist.
akumenerawang bertanya…
salam bro mm…
mengenai orang malaysia dan singapore…
rata-rata orang singapore (lelaki) tak kira apa bangsa terutamanya golongan muda(lahir di s’pore,besar di s’pore)…berbadan/bertubuh besar/tinggi,ini amat berbeza dengan orang malaysia terutamanya remaja malaysia zaman sekarang yang kebanyakannya bertubuh kecil,halus halus je…
dan setiap makanan/melibatan makanan yang di packing di singapore atau di packing untuk singapore mempunyai label/cop “eat all food in moderation” lebih kurang macam tu la…
jadi…saya tertanya adakah singapore mempunyai teknologi dalam bidang pemakanan yang menyebabkan rakyatnya bertubuh besar/berbeza dari orang malaysia ?
dan mengapa malaysia tak menggunakannya…
Senang sahaja jawapan ini, sebab aku sudah lama sebenarnya memikirkan hal ini. Pada aku ini semua kerana latihan yang diberikan dalam polisi ‘National Service’ mereka. Semua remaja-remaja yang sedang membesar dikerahkan tenaga dalam sistem latihan ala askar sejati (bukan Pengakap sekolah seperti latihan di Malaysia) dan akibatnya tubuh mereka terpaksa bekerja keras untuk melalui latihan-latihan tentera yang sudah tentunya menyeksakan. Lagipun mereka di sana suka berjalan ke sana sini untuk ke stesyen MRT, tapi kita di sini dari kecil ada orang pandukan ke sana dan ke sini ataupun dapat motorsikal ketika Tingkatan 3.
sleepyhead bertanya…
salam.
selalunya mana satu yg abg mm tulis dahulu sebelum nk publish sesuatu entry.
tajuk post atau isi kandungan ?
Bergantung kepada nukilan. Biasanya isi kandungan dahulu, kecuali nukilan-nukilan bersiri seperti nukilan ini.
one love bertanya…
kalau malas bertanya, adakah aku akan sesat jalan?
sila jawab…
:)
Sekarang sudah moden, ada GPS. Takkan boleh sesat lagi? Googlemaps pun ada.
l.i.f.e bertanya…
kalau mengikut kalendar cina, kamu lahir pada tahun binatang apa ye
Harimau Kuat.
d7 bertanya…
salam MM..
aku nak tanye pendapat kamu mengenai isu smoke free zones..
bebaru ni kan govt. da bitau yg mamak stalls dan kedai2 yg open air pun termasuk sekali dlm smoke free zones tu kan..
makanya soalan aku apekah pros & cons bila govt wat restriction camtu.. kesan pada ekonomi?
Salah satu perkara yang aku perasan tentang perokok ialah kami semua pandai mencari tempat untuk merokok. Kalau sesuatu tempat itu diharamkan merokok, kami akan berpindah en masse ke tempat lain yang kurang merokok. Kesan yang mungkin dirasa ialah hanya mungkin kekurangan pelanggan yang merokok. Kalau tempat makan itu memang sedap aku rasa impaknya tidak semaksima Impak Maksima.
.khairi. bertanya…
hmm, kamu tak pernah pakai jeans boot cut?
pada pandangan mm,cutting apa pula ya agak2 yang akan timbul selepas skinny?
Pernah. Aku rasa potongan klasik seperti Regular dan Straight Cut akan popular kembali (memang popular pun) cuma aku rasa apa yang penting selepas ini adalah bahan (material) jeans tersebut, dan bukannya potongan. Juga cara jeans itu dipakai. Pada pendapat aku fesyen jeans lusuh mungkin akan pudar untuk seketika, dan sebaliknya perhatian akan memfokus kembali kepada jeans yang nampak baru serta jeans menggunakan Raw Selvage.
audiociologist bertanya…
Salam MM,
Sebelum ini ada umat pernah bertanya tentang gitar kegemaran MM (walaupun kami semua sedia maklum bahawa MM bukanlah seorang gitaris) serta amplifier juga efek berkaitan gitar.
Izinkan saya kali ini untuk bertanya apakah pula jenis/jenama/bunyi bass kegemaran saudara MM? (boleh berikan rujukan dari lagu yang berkenaan?) Sila sertakan juga jenis amplifier serta efek-efek yang berkaitan bass yang menjadi kegemaran saudara.
Terima kasih.
Gitar bass kegemaran aku ada dua, Fender Jazz Bass (memang klasik) dan Musicman Stingray. Yang lain semua aku tidak berapa pasti sebab aku kurang main bass sebenarnya. Kali terakhir aku angkat gitar bass mungkin 11 tahun yang lalu. Tetapi aku amat suka tona gitar bass yang dimainkan melalui efek Octave yang menambahkan satu lagi frekuensi rendah kepada bunyi bass yang keluar dari amplifier. Bunyi bass yang sedap kena bass-y, bukan macam bunyi tin kosong, ya?
ladyesah bertanya…
i know mm patut jawab. but i saja nak jawab. for guys, it’s khairi cutting mcm skinny or longgar sikit tapi lipat kat bawah. pakai dengan sneakers low cut with ankle socks or no socks at all. sooo sexyy. :)
Eeee. Buat ruangan sendiri-lah.
ejanas bertanya…
kalau diberi peluang oleh tuhan untuk mengkabulkan satu permintaan dengan syarat kena korbankan salah satu bahagian anggota badan, anggota badan mana yang sanggup dikorbankan dan apa permintaan itu?
Buah pinggang kanan, dan permintaan aku ialah segala permintaan aku yang dimulakan dengan ayat, “Alangkah indahnya jikalau…” akan dimakbulkan.
Mo. bertanya…
selain estrella, band malaysia apa lagi yang memain kan lagu lagu jenis jazz dan blues? ada kah lagi?
Dragon Red.
test bertanya…
apa pendapat kau tentang orang yang ada blog-blog yang agak “popular”, pastu dorang buat entry-entry yang telah dibayar?
contoh: “haih, aku penat betul la harini. aku rasa seolah-olah kekurangan mineral di dalam badah aku doh!
Nasib baik ada 100 Plus, minuman isotonik yang enak lagi lazat dan diformulasikan supaya tubuh badan kita tidak akan terasa terdehidrasi kerana ia mempunyai electrolait yang sesuai. Terima kasih 100 Plus! sila lawat www.100plus.com untuk dapat air free!”
kalau tanya aku, aku rasa they are selling themselves out.
mcm buat blog, tak ikhlas.. haha
Aku tiada pendapat sebenarnya, tetapi jika kamu yang ada pendapat, apa kata kamu lontarkan pendapat kamu ke laman Gua.com.my. Laman Gua penuh dengan informasi dan gossip terkini, dan juga forum yang membolehkan kamu berkomunikasi dengan beribu-ribu pengguna lain di seluruh Malaysia! Jangan lupa juga ruangan video mereka, di mana kamu boleh menyaksikan banyak video-video dan muat turun terkini untuk lagu-lagu popular hari ini. Lawati Gua.com.my sekarang!
theladyteller bertanya…
bila lelaki ignore gf dia… what is dat mean? no sms no phone call.. tp bila berjumpa setelah 2 3 minggu xjumpa.. mcm ok jer, xder pape masalah.. but no phone call or sms langsung pown…
Habis kredit. Sebab asyik melayan perempuan lain.
mizanofx bertanya…
mm,
kalau anda akan (atau mungkinkah telah?)menulis sebuah buku, buku apakah yang akan anda tulis dan mengapa? maksudnya buku jenis apa (fiksyen, short story, bukan fiksyen, puisi, falsafah etc)
Hmm. Soalan yang bagus. Aku rasa buku aku mungkin tiada fokus tertentu, cuma pendapat-pendapat dan pemerhatian aku tentang keadaan dan manusia di sekeliling aku. Komentari sosial, mungkin, sama seperti blog ini. Aku kurang minat menulis fiksyen atau formula matematik. Mungkin juga buku fotografi gambar-gambar bogel dan seksi perempuan Malaysia.
d7 bertanya…
MM..
aku nak tanye lagi la..
dah alang2 ni kan.. lol
hopefully kamu leh share pendapat kamu pasal isu kahwin muda..
umo aku 23 dan aku rasa masih banyak perkara dalam hidup ni yang aku tak kecapi lagi selain daripada kahwin..
soalnye skang ni environment aku.. kengkawan aku yg muda daripada aku pun sibuk nak kahwin (bagi yg ade calon) @ bising x de calon nak kahwin) padahal diaorg ni keje pun x stabil & ada gak yg masih study..
mende2 ni sedikit sebyk mempengaruhi pemikiran aku gak walaupun aku rasa aku x puas enjoy lagi.. eheee
jadi, leh x bagi advice kat aku yg cpat jugak la terpengaruh ni?
p/s: blog kamu ni kan dah jadi cam blog berunsur nasihat.. ehee
Repeat to self, ‘aku tak peduli’. Capai cita-cita kamu sendiri sebelum kamu mencuba untuk penuhkan cita-cita orang lain, ya? Nanti sama-sama kecewa cita-cita masing-masing tidak tercapai kan susah?
ryurisora bertanya…
mm, tak taulah ini soalan ke mintak nasihat. kalau lah mm masih belajar, macam mane nak terus motivasi diri untuk belajar sungguh2 sedangkan sudah 5 tahun mm belajar kat persekitaran yang sama. umur pun dah semakin meningkat tapi tak habis2 belajar. maksud sy, dah boring giler belajar! ha…macam mana nak motivasi diri supaya rajin belajar?
Senang juga. Fikirkan bahawa setelah kamu habis belajar dan boleh mula bekerja dan makan gaji sendiri kamu boleh berkata dengan ibubapa kamu yang rokok yang kamu beli dan hisap itu dibeli dengan menggunakan duit sendiri. Sekurang-kurangnya sedap sikit hati mereka. (Gantikan ‘rokok’ dengan apa-apa benda relevan yang ibubapa kamu tidak suka seperti ‘teman lelaki/teman wanita/arak/dadah/dildo dan sebagainya.)
XMaTaPeJAmCeliKX bertanya…
MM..sy nak tnya pendapat mm mengenai pertubuhan pekida?adakah perjuangan mereka ni relevan dengan masyarakat melayu sekarang?mereka nie kelihatan seperti samseng yg cuba merosak kan bangsa sendiri……….
Aku sebenarnya telah berfikir panjang tentang perkara ini. Lebih-lebih lagi tempohari aku ada membuat kajian sedikit tentang Peristiwa 13 Mei, dan apa yang sebenarnya berlaku ketika itu dan tidak diajar atau diajar dengan ringkas di dalam buku-buku sejarah di sekolah kita. Aku rasa peristiwa tersebut (dan banyak lagi peristiwa yang berkait) semuanya akibat perasaan Malay Supremacy. Kalau kita lihat di negara lain pun, banyak peristiwa negatif (sama ada disebabkan Ku Klux Klan ataupun Parti Nazi yang disebutkan di atas) disebabkan superiority complex golongan-golongan bangsa majoriti negara tersebut. Mungkin ini semua berkait, dan mungkin pun tidak, tetapi memang lumrah manusia jika berada di dalam golongan majoriti untuk tunjuk gagah dan berlagak sedikit untuk mendapatkan segala ‘kelebihan’ terhadap golongan-golongan lain. Dan pada aku memang tak guna pun untuk berbuat apa-apa, sebab mentaliti mereka memang sukar diubah. Apa yang penting ialah mentaliti kamu terhadap mereka, dan bagaimana kamu menangani mereka. Itu sahaja.
anon E bertanya…
posisi seks yang kamu gemari? dan mengapa?
Apa-apa, janji dengan wanita. Sebab dengan wanita.
Emphbone bertanya…
kawan aku ada berkata bahawa selain sinar alfa, beta dan gamma, ada lagi satu partikel yang berbahaya yang boleh menembusi segalanya even gold particles.. Namanya neutron. Adakah ini satu singularity atau god’s particle atau whatever? apakah bezanya strange matter, odd matter, singularity, haldron dan lain2 lagi partikel ini? Merbahayakah mereka? Apakah peluang aku mengelakkan badan aku ditembusi partikel in atau lebih teruk diconvert menjadi strange matter?
Maaf banyak sangat soalan dan bahasa melayu-inggeris yang rojak..
Tanya kawan kamu lah, dia nampaknya macam terpelajar. Mungkin dia boleh menerangkan dengan lebih terperinci kepada kamu, lengkap dengan rajah rujukan semua. Aku sedang sibuk troubleshooting LHC yang konon-kononnya membolehkan kita semua meneliti partikel Higgs Boson.
Niksu Rashid bertanya…
Hello Abg MM,
1. Perkara paling adventurous nak dibuat dalam hidup. Adakah naik buaian 360 darjah? Atau ada yg lebih adventurous?
2. Perkara-perkara apa yg meng-sensitivekan orang lelaki.
3. Apakah Abg MM sudah mempunyai teman wanita?
1. Kahwin. 2. Kahwin. 3. Sudah.
Pecah Kepala bertanya…
lelaki atau perempuan, mana lebih gemar berfesyen?
mengapa?
Secara tradisionalnya perempuan, tetapi aku rasa tiada beza dari segi jantina tentang kegemaran berfesyen sekarang. Cuma yang kamu perlu amati ialah had-had yang ditetapkan oleh had kewangan kamu, dan tidak lupa cuaca dan kesesuaian. Orang kita ramai yang mampu, tetapi dua had yang akhir itu macam kurang diendahkan. Sebab itulah muncul fesyen-fesyen yang tidak kena. Dan tiada had umur tentang fesyen. Aku rasa kalau seseorang itu bergaya dia boleh dan mampu bergaya sehingga mati.
Sam Pah An bertanya…
apa filem yang all time fave bagi kau?
dan mungkin kau ada suggestion filem2 menarik yang ada unsur2 spt donnie darko??
Hmm. Sukar untuk menjawab soalan ini. Aku memang minat banyak filem. Antara yang aku paling minat ialah trilogi awal Star Wars, dan mana-mana filem arahan pengarah-pengarah Wes Anderson, dan yang ada zombie. Terlalu sukar untuk aku jawab. Untuk soalan kedua apa kata kamu lihat pautan ini?
Ferdows bertanya…
Encik MM,
aku tidak pasti sama ada kau minat atau tidak dengan Dragon Ball. Timbul niat untuk bertanya memandangkan kau pernah belajar di Jepun dan mungkin juga kau berminat dengan manga dan anime.
Jadi, apa pendapat kau tentang filem Dragon Ball yang akan datang April 2009. Adakah kau rasa filem itu mampu memenuhi kehendak peminat setia Dragon Ball? Memandangkan aku lihat trailer di You Tube macam tak boleh bla(tidak pasti sama ada itu fake atau betul)
Itu saja terima kasih
Tidak mampu.
Hafeez N. bertanya…
Apa kau buat kalau ko benci dgn semua orang disekitar kau?Apa kau buat kalau kau benci dgn hidup kau?
Apa kau buat untuk halang kata-kata nista org yg dengki dan culas?
sigh
Potong nama mereka. Kawan mudah dicari, percayalah. Aku sudah potong nama ramai ‘kawan-kawan’ aku, dan aku tidak rugi apa-apa pun. Mereka yang rugi sebab sia-siakan peluang bersahabat dengan kamu. Kalau benci dengan hidup sendiri kamu bayangkan kamu tukar kehidupan dengan orang yang lebih malang dari kamu, macam pengemis di tepi jalan, pemain boleh M-League ataupun Khairy Jamaluddin. Mesti kamu akan lebih menghargai kehidupan kamu sekarang.
Jazzmir bertanya…
Memandangkan En.MM ni seorg yg pandai berbahasa dan berkata2, boleh tak en.mm tafsirkan lagu Malique – mantera beradu ,dari segi pemahaman encik?
Lagu Tema Tiga Line. Konsep yang baik sebab di Barat unsur-unsur gangsterisme memang biasa dalam hip-hop. Jadi apa yang gangster di Malaysia? Sebab di sini tiada Compton (setakat Keramat tu boleh-lah) dan tiada East Side vs West Side. Apa-apa pun aku rasa lagu itu memang bagus dan genius, tetapi aku lebih suka rap bersahaja Joe Flizzow dalam lagu ‘Do It Duit’. “I’m not being arrogant I’m not being sombong.” Memang genius cara dia menggabungkan lirik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam satu lagu. (Agak pelik juga memikirkan kenapa M Nasir yang bergandingan dengan Malique untuk lagu tersebut walhal M Nasir sendiri yang ada lagu bertajuk ‘Duit’, mungkin lebih relevan untuk Joe Flizzow.)
Roma’s Rhythm bertanya…
Ada orang cakap kat aku yang janggut MM sudah beruban. Bagaimanakah cara untuk menghilangkan uban?
Cabut rambut yang beruban.
SESEORANG bertanya…
mm,bile lagi nak kawen? umur makin lanjut.
Kalau ada jodoh dan rezeki pasti aku akan berkahwin. Soalan seterusnya…
prejudis bertanya…
ape bestnya facebook?
Boleh lihat album foto kawan-kawan dan kemudiannya berkawan dengan kawan-kawan kawan kamu tersebut, terutamanya yang comel-comel.
jebat bertanya…
bleh x MM cita kan serba skit tetang geng 3line ni??aku google xjumpa sangat info2 berguna selain pekida dan sebgainya.
Dengar lagu Malique – ‘Mantera Beradu’. Mungkin juga lagu Dragon Red – ‘K.A.M.I (Kerana Aku Masih Ingat.)
Nukilan ini macam sudah panjang sangat jadi aku akan bersambung kemudian, ya?
Popularity: 2% [?]
thanks MM. sebenarnye, masa tanye soalan tu sy tension study.huhu..
pasal geng 3 line tu menarik ler.
Terima kasih MM atas jawapan terhadap soalan saya. Saya pasti mencubanya. Membacanya sahaja sudah terliur!
Apapun, menyebut nama DRAGON RED lebih dari sekali di dalam satu posting amat membingungkan saya.
Adakah anda sudah jadi ahli kelab peminat DRAGON RED? Apakah?
tetiba rasa cm nk demam lak baca neh..
hmmm
nk kena print neh..
baru study balik..
scroll up n down..
juling dow..
btw: keep on..giler lah menjawab2 soklan2 neh..
cm exam lak kan?
hurmm..
saja bertanya nak second opinion..
xpe lah
daunb santan??? You meant to type daun pandan kan…
Terima kasih kerana menjawab soalan tentang bass. Sungguh berinformasi dan sangat mempengaruhi aku untuk menggantikan P-Bass aku kepada Musicman Stingray.
panjang sgt neh. aku bc smpai terlelap. bass SX pun klu kena gaya si pembeli, dia hambik.
anda seperti seorang genius yang sempoi
terima kasih kerana sudi menjawab :)
haha resepi nasik lemak yg bagus..
sy sgt obses dgn memasak skang.
selepas hidup selama 24tahun baru nak belaja
haish
hahah
dragon red tu jazz la…
jazz yg tepu..