November 3, 2008 8

Tanya Abang Minimalis: Musim 6 Episod 2

By in Tanya Abang Minimalis

Ada lagi beberapa soalan yang aku belum jawab, jadi dengan menggunakan kemudahan Wi-Fi percuma di restoran mamak depan rumah aku (aku tidak pernah menulis blog dengan keadaan sekeliling yang amat bising sekali tau!) aku akan cuba menjawab soalan-soalan tersebut.

the blackpaper bertanya…
ke hadapan saudara MM,

adakah anda tahu apa2 penerangan secara saintifik berkenaan rasuk.

terima kasih.

Aku kurang pasti tentang penerangan saintifiknya, tetapi menurut ilmu psikologi, the power of suggestion itu memang amat kuat, sebab otak manusia itu memang mudah dipengaruhi. Kalau kamu dibesarkan dengan cara-cara tertentu, atau kamu disogokkan dengan saranan tentang sesuatu dengan bertubi-tubi, maka kuasa kepercayaan yang wujud di dalam akal fikiran manusia itu akan mengiyakannya.

Contoh paling mudah yang aku pernah terfikir ialah tentang warna. Jika kamu dari kecil diajarkan bahawa warna ‘biru’ itu adalah berwarna biru, apa yang boleh membuktikan bahawa warna biru yang kamu lihat itu bukan warna yang lain pada pandangan mata aku? Mungkin dari kecil lagi Ibu aku cakap bahawa langit itu berwarna biru, tetapi pada pandangan mata aku, warna biru itu sebenarnya ‘kuning’. Jadi segala apa yang biru (pada kamu) itu mungkin adalah
warna kuning pada aku sebenarnya. Faham tak?

Mungkin sebab itu citarasa warna kita semua memang berbeza. Mungkin juga ‘warna’ itu mungkin bergantung kepada gene atau bangsa itu, mungkin itu yang menyebabkan sesuatu kaum atau bangsa itu lebih tertarik kepada warna-warna tertentu.

Pada masa yang sama, jika kamu dibesarkan dengan ajaran bahawa seseorang itu boleh ‘dirasuk’, mungkin sesuatu yang semudah ‘tekanan jiwa’ mahupun ‘depressi’ atau mental breakdown itu disalahertikan sebagai rasuk, dan akibat mempunyai pre-conceived notions bagaimana seseorang yang dirasuk itu harus berperangai, maka ketika saat itu berlaku seseorang itu mula mengikut templat apa yang patut berlaku ketika ‘dirasuk’. Tidak kisah-lah, sama ada ‘dirasuk’ mahupun diculik oleh makhluk asing atau sebagainya, tetapi jangan sesekali perkecilkan kuasa minda dan akal manusia.

It’s all in the mind.

lassncranky bertanya…
mm. tolong jawab nie. adakah semua lelaki jenis macam ni : bila suka dkt perempuan yg dia suke, lepas tu nak cium katekanlah kat pipi or mouth, then perempuan tu tak bagi sebab tak sukela, tapi die akan BUAT jugak tak kira mcm mane?

kalau bukn semua laki mcm nie: secara jujur2nya, adakah mm rase die tak hormat kat perempuan tuh sebab buat jugak walaupun berkali perempuan tuh kate tak suke? atau adakah dier sayang sangt? atau adakah dier memg expressive liddat?

tolong jawap nie dgn kadar segera! saye nak tahu. lagipun mm mesti berpengalaman. Pretty pleasssh…

Pada kebiasaannya lelaki bukan berfikir menggunakan otak, sebaliknya menggunakan zakar. Jadi sifat utama zakar ialah untuk mendapatkan perhubungan seks. Jadi tidak pelik jika seseorang lelaki itu berkelakuan sedemikian, lagi-lagi yang masih belum berpeluang untuk mengadakan hubungan sebegitu. Orang yang lebih matang sebenarnya bukan apa, cuma mereka tahu sekadar seks sahaja tidak akan ke mana. Yang penting adalah kepuasan mental, dan juga role-playing dan kostum. Bu-wek.

Jack bertanya…
Apa pandangan anda tentang penulis blog sekarang?

1) Menulis untuk kepuasan?
2) Menulis untuk menunjuk?
3) Menulis untuk kesedaran?
4) Menulis untuk belajar?
5) Menulis untuk mengajar?

6) Semua di atas. Aku kurang faham soalan kamu, tetapi ramai penulis blog yang menulis berdasarkan motif-motif yang kamu sebut di atas. Tetapi secara majoritinya aku rasa ramai yang menulis blog berdasarkan idea bahawa ianya sebuah diari peribadi, dan kemudiannya marah dan malu bila didapati ada orang yang membaca, lagi-lagi bekas teman istimewa atau makcik sebelah emaknya.

nadiah anwar bertanya…
mm,
saya nak tahu apakah band dalam negara yg anda suka?

Ada banyak. Antara yang aku minat ialah Killeur Calculateur, They Will Kill Us All, Laila’s Lounge, Hujan, Komplot, Furniture, dan sudah tentu Dragon Red. Aku suka Dragon Red sebab gabungan mantap bunyi guitar tajam mereka yang didown-tuned-kan, beserta dengan lirik-lirik mereka yang sungguh pintar dan ikhlas. Tidak lupa juga fesyen mereka yang sungguh up-to-date, trendy serta aku suka sangat band-band yang ramai peminat sehinggakan boleh masuk carta. Aku rasa mereka boleh pergi lebih jauh dari band yang lebihkurang serupa dengan mereka dahulu iaitu Black Maria. Kan kan kan?

Ish. Bising betul restoran mamak ini. Tak boleh bla.

Popularity: 1% [?]

8 Responses to “Tanya Abang Minimalis: Musim 6 Episod 2”

  1. Ladynoe says:

    Ingatkan MM tak suka Dragon Red..

  2. Melayu Minimalis says:

    huhuhu :p

  3. das'dis'dus says:

    ala asal boleh belah ekk…semua jalan…

  4. budak jahat says:

    mm, ape dah jadi ngan black maria eh skang? lagu suria masih terngiang2 di telinga aku ni..hehe

  5. the blackpaper says:

    aku setuju dengan penerangan saudara MM berkenaan rasuk. contoh termudah adalah, Melayu lebih takut pada hantu Melayu (pocong, langsuir,etc..) tapi kurang takut atau tak takut langsung pada hantu Cina (erk…apa eik hantu cina?). dan tak pernah pulak aku terlihat yang mat saleh buat filem seram dengan adanya watak pontianak. kan kan?

    ini semua kerana budaya kita telah set hala tuju ketakutan kita. haha apa yang aku tulis nih.sedangkan yang kita harus takutkan adalah hukuman dari Yang Maha Esa kan?

    terima kasih kerana sudi menjawab soalan pendek saya. next time, saya akan cuba bagi soalan2 yang tidak tipikal bagi saudara MM jawab.

    terima kasih.
    the blackpaper.

  6. Madu Warna Biru says:

    wah genius la… pandai jawap soalan.. next time saya nak soal jugak la .. :D

  7. Ahmad Azrin Aziz says:

    hujan ?

  8. Fariz Bakar says:

    blackmaria beb. haha.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes