Tafsiran Minah Lasak Tudung Bandana.

Posted on Tuesday, November 11th, 2008 at 10:15

Hidup aku kebelakangan ini memang amat sibuk. Sibuk menghabiskan kerja sebelum aku berpindah ke tempat kerja yang baru, dan juga sibuk berpindah ke pejabat baru kerja lama. (Agak kelakar sebab dalam masa sebulan lebih aku akan ke pejabat lama kerja baru.) Tak faham? Tidak mengapa.

Aku mendapat idea untuk menulis tafsiran ini sebab aku terserempak dengan seorang perempuan yang betul-betul menepati pemerhatian aku yang berikut. Apa-apa pun, semua ini adalah subjektif, jadi kalau tidak suka terbitkan blog anti-MM kamu sendiri ya?

1. Bandana Di Kepala.
Lasak, lasak juga, tetapi aurat perlu dijaga. Ini mungkin mantra utama golongan ini. Kebiasaannya ramai perempuan bertudung suka mengenakan ikatan bandana (‘key’ kata brader-brader rock di Kompleks Pertama dahulu) ketika melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Tetapi ada di kalangan mereka ini yang tetap mengenakan bandana untuk aktiviti seharian. Juga rajin mengenakan kemeja T berlengan panjang berwarna gelap (sebab berwarna putih akan menjadi jarang bila terkena air bila berakit atau berkayak misalnya). Kalau berkemeja-t putih akan wajib memakai overall denim ala-ala Erra Fazira apabila melakonkan watak yang kononnya lasak atau mekanik wanita dalam filem-filem Yusof Haslam. Tidak pandai memakai kasut tumit tinggi, dan biasanya akan berkasut sukan joging dan berseluar trek panjang.

2. Jiwa Lasak.
Ini memang pasti. Bukan sebab bekerja di ‘Spanar Jaya’ atau beridolakan Erra Fazira, tetapi mungkin suka melakukan aktiviti lasak seperti main futsal, memandu kereta Kelisa dengan berbahaya ataupun rewang kenduri. Di kampung biasanya akan dikenali sebagai perempuan yang suka bermotosikal (bukan sekadar pembonceng) dan sebenarnya memang agak mudah mengenakan bandana apabila berhelmet. Tidak berselerak rambut. Gayanya seakan-akan lelaki, tetapi masih berjiwa lembut dan bermimpikan Anuar Zain sebagai suami. Di sekolah mereka inilah yang selalu bertanding dan menang pingat di dalam sukan olahraga lari jarak jauh dan sederhana. Tetapi badan masih tidak slim.

3. Suka Memandu Laju.
Sepertimana yang aku tulis di atas, kebanyakan dari mereka ini suka memandu kenderaan dengan laju, kadangkala mengalahkan lelaki. Yang masih belum berkahwin akan memandu Kelisa (bukan Kancil, sebab Kancil kecil sangat) kotor yang jarang dibasuh dan penuh dengan kesan lecak akibat selalu ke kawasan-kawasan rekreasi berair terjun. Bukan untuk skodeng tetapi untuk beriadah dengan alam semulajadi. Kalau kamu terserempak dengan seseorang dari mereka ini yang seakan-akan mengejar destinasi kawasan rekreasi air terjun mereka aku sarankan kamu anggapkan mereka seperti ambulans dan berikan laluan.

4. Suka Berkhemah.
Tidak memiliki beg tangan Gucci atau Louis Vuitton tetapi sebaliknya mempunyai beg-beg besar yang boleh memuatkan satu khemah, periuk besi, tali nilon sepanjang 15 meter dan kasut trekking. Beg galas bermotifkan watak kartun Garfield hanya dibawa untuk mengisi sejadah dan telekung ketika balik kampung. Kamu biasanya akan berjumpa dengan segerombolan mereka ini di petang atau malam hari Ahad di sekitar Puduraya, menggalas beg setinggi mereka yang sarat dengan peralatan perkhemahan sambil ditemani lelaki-lelaki berambut pendek yang tidak layak bergaul dengan pelahar-pelajar wanita ayu di kampus yang tidak berbandana.

5. Suka Bercakap.
Ramai dari mereka ini yang aktif sebagai kaunselor atau pembimbing rakan sebaya di kampus. Sifat mereka yang mudah didekati dan pandai berjeneka selalunya menjadikan mereka ini golongan yang disenangi, tetapi akhirnya selalunya akan berkahwin lambat sebab ramai sangat kawan tetapi tiada ‘teman’. Kawan-kawan lelaki yang didekati ketika proses kaunseling (dan tidak lupa juga kem-kem bina semangat yang amat digemari mereka ini) akan lebih berminat kepada musuh abadi golongan ini, iaitu golongan yang seakan-akan Erra Fazira (dan Abby Abadi) ketika tidak melakonkan watak wanita lasak berbandana yang bekerja sebagai mekanik wanita (dan bermotosikal). Akibatnya golongan ini lebih suka bergaul dengan mereka yang serumpun dan boleh berkongsi serta bertukar-tukar jenis bandana yang dipakai.

6. Luarnya Lasak Tetapi Jiwa Sensitif.
Jangan tertipu dengan rupa luaran yang comot dan tampak lasak, seperti yang aku sebut di atas mereka ini sensitif, mungkin lebih sensitif dari golongan wanita biasa. Ini kerana mereka ini mungkin tidak berpeluang untuk menikmati perhubungan romantis dengan lelaki-lelaki ala Anuar Zain idaman mereka, yang hanya menggunakan mereka untuk mendapatkan pendapat wanita untuk bagaimana mengejar wanita yang diidami. Walaupun ada yang mengaku meminati jenis muzik keras seperti metal (Jinbara, XPDC dan Manowar) tetapi mungkin sebenarnya lebih sukakan lagu-lagu balada Anuar Zain dan Uji Rashid. Akibat terlalu kesepian mereka ini akan banyak menghabiskan duit menelefon DJ-DJ di radio untuk menujukan lagu kepada ‘si dia’ yang sebenarnya tidak wujud. Tidak lupa juga kemungkinan besar pengguna-pengguna ‘chat’ SMS di televisyen (seperti saluran @15 di Astro) adalah majoritinya dari golongan ini yang berehat di rumah setelah penat bersukan seharian.

7. Lasak Tetapi Macam Tiada Perbezaan.
Walaupun aktif bersukan, tetapi ramai di antara mereka ini seakan-akan tidak bersukan langsung. Jarang yang bertubuh langsing seperti watak Fazura di dalam ‘Gol & Gincu’ tetapi biasanya serupa dengan watak-watak lain yang bukan seramping watak Fazura di dalam filem/siri tv tersebut. Akibat meletupnya ‘Gol & Gincu’, sejak beberapa tahun ini aktiviti futsal telah mengambil alih sukan bola jaring sebagai aktiviti sukan berkumpulan yang paling digemari. Jadi walaupun golongan ini aktif bersukan tetapi akibat pemakanan yang kurang berkesan mereka ini kurang berketul-ketul ototnya tetapi sebalik akan berketul di tempat lain.

8. Tidak Berapa Pentingkan Rupa Diri.
Jarang mengenakan mekap di muka, dan tidak suka menggunakan produk perapian wanita. Seketul sabun jenama ‘Popinjay’ cukup untuk membersihkan semua. Akibatnya golongan ini mudah terpedaya ketika disogokkan dengan produk-produk ‘ajaib’ yang kononnya boleh mencerahkan kulit yang hitam-legam akibat seharian di kawasan rekreasi air terjun, krim menghilangkan parut jeragat dan krim mencerahkan puting buih dada yang berwarna gelap. Juga jangan terkejut jika kamu terserempak dengan mereka yang bermisai.

9. Tiada Yang Serupa Erra Fazira Atau Wardina Pra-Tudung.
Realitinya tiada yang serupa Erra Fazira ketika melakonkan watak mekanik wanita di dalam filem-filem Yusof Haslam. Jadi jangan berharap berjumpa dengan mereka yang seakan-akannya ketika menghantar kereta kamu ke bengkel. Selain dari mekanik ramai diantara mereka ini akan memasuki pasukan Polis dan Bomba, dan akan menjadi guru yang ditugaskan mengajar Pendidikan Jasmani dan pemegang kunci stor peralatan sukan di sekolah.

Baiklah sekian sahaja untuk nukilan kali ini. Sila tinggalkan komen seperti biasa ya?

Popularity: 5% [?]

Responses (37)

  1. sAfFiYaHnAjLah says:

    yup..
    ada y benar2 tepat..
    ada y hanya sipi2..
    ada y hampir tepat..
    ada y kurang tepat…

    tp y jiwa sensitif tu..mmng tepat,kekadang wanita y macam neh,hati dia lagi lembut drpd perempuan melayu sejati..
    ngengeh..

  2. dena_r says:

    perempuan2 sebegini byk dkt sekolah lama i. selalunya masuk kadet remaja sekolah. makeup yg mereka hanya ada ialah johnson&johnson compact powder ataupun brand2 macam silkygirl tu. kadang2 i tgk dorang suka pakai baju yg promote tempat percutian seperti Kelantan – 'Senyum Sokmo' ke pulau redang ke tioman ke. mmg gemar pakai seluar slack Forest tu tapi kalau nak upgrade sket dorang pakai yg matte punya dan bukan macam plastic tu.

  3. Ferdows says:

    Encik MM, buih dada atau buah dada?
    ;)

  4. schuhz m. says:

    gambar erra tu je dah cukup untuk buat entry ni priceless.

  5. suparman says:

    kalau kat ipta slalu akan join benda2 yang berkaitan dengan ketenteraan seperti askar wataniah atau ROTU. Lepas tu kalau berbual dengan junior slalu akan menggunakan kata ganti nama akak walaupun beza ngan junior tersebut hanya setahun ataupun satu sem… damm !!

  6. Weed and Bandages says:

    ya betul.

    cikgu kat sekolah ada beberapa macam tu.

    selalu ajak bersosial main futsal.

    ms weed, aktiviti sukan di luar sekolah memang malas.

    :D

  7. Dayana says:

    mereka pakai beg besar yang boleh muat khemah, tali nilon dan sebagainya? muahaha!

    mak saya akan pakai ‘key’ ketika melakukan kerja-kerja rumah. adakah supaya beliau mendapat aura kegagahan wanita-wanita seperti disebutkan di atas? Hmmm…

  8. Jebon says:

    MM, aku baca tajuk je dah tergelak.
    Terima kasih untuk entri ni. Apa kau tulis, bila aku fikir2, memang aku pernah nampak juga.
    Dulu masa aku belajar di UiTM, mereka suka main boling padang.
    Dan produk muka yang mereka suka ialah krim pemutih Temulawak.
    Pasal beg Gucci dan Louis Vuitton tu aku setuju. Mereka suka beli beg tangan Alfio Raldo dan jam tangan Roscani sebab jenama-jenama ni selalu jadi penaja hadiah pertandingan di tv.

    MM, mereka ni ke yang, bila dah berumahtangga dan beranak pinak, akan jadi wanita lasak pakai tudung lepas tu pakai topi atas tudung dan bawa payung?

    Maaf, komen terpanjang.

  9. dina says:

    hahahah… tepat

  10. budak jahat says:

    Hebat2. Saya ingatkan golongan ni popular sedikit masa dahulu je, setelah membaca entri ni baru saya sedar bahawa golongan ini masih mendapat tempat di hati masyarakat masakini. hehe

  11. Sarah is the One says:

    ini aku nampak kat budak belajar sains sukan, tapi bandana tu bukan sebab aurat, nampak cool/garang/tough katanya. memang hati sensitif, garang semacam, masa dapat anugerah kolej gitu, tengok-tengok menangis. haha. beg besar pun betul

  12. magenta says:

    Lol Jebon. Krim muka pemutih Temulawak hahahaha. Aku tak pernah tau pun ada brand macamtu. Klasik.

  13. Sue Anna Joe says:

    megenta waaah, itu brand sangat pemes okay. botolnya kecil bulat berwarna hijau. bebudak yang pakai tu muka mereka pasti akan putih siap nampak urat-urat gitu. manakala lehernya tetap sama warna dengan kulit asal, iaitu gelap tona kulit asalnya.

  14. Sue Anna Joe says:

    woops magenta bukan megenta. ahahaha.

    Alang-alang dah tulis komen lagi ni. hmm. MM, masa aku baca entri ni aku terpikir makcik-makcik yang suaminya ‘biker’. Bandana itu seolah makanan ruji mereka.

  15. Zaini says:

    “..ataupun rewang kenduri.”

    haha.

    dem.

  16. Insanity Mind says:

    Haha. Sangat tergelak-gelak bila membaca. Bukan diaorang ni pakai sabun dettol ke? Yela anti-peluh kan. Huhu.

  17. nv crow says:

    sesuai letak gambar erra.
    temulawak tu pasti tau!!

  18. ryurisora says:

    anggapkan mereka seperti ambulans dan berikan laluan.
    hahaha..baik, sy akan bagi laluan.

  19. das'dis'dus says:

    pmpn cm ni ade kat KL atau tempat2 lain….kat JB tkde..aku tk penah tgk minah cm ni atau ade kengkawan pmpn yg cenggini rupenye….

    start tahun 90an dh ada cenggini…

  20. Diloz says:

    watak2 seperti mereka selalu muncul di kaca tv.
    kalau ada perempuan lemah lembut kena rasuk,merekalah jadi Hero.

    realiti,tidak pernah jumpa satu.

    tapi,best ke mereka ini.pasti ada fungsi dalam masyarakat?
    oh,memeriahkan kem-kem bina semangat lah kot.

  21. anti graviti says:

    aku lagi teruk dari pempuan bandana ni kot.

    sebab,
    aku langsung tak tau pemutih puting buah dada tu wujud.

  22. one love says:

    i guess, u are not melayu minimalis…
    u’re more melayu lebih dari yang kamu sangkakan…
    mungkin kamu tak perasan, tapi saya rasa, itulah kamu…

    seorang MELAYU… and tipikal one pulak tu

    :)

  23. NadiaGale says:

    btol..btol… ok, biler plak nak buat tafsiran pasal “lelaki subang”??

  24. shinbao says:

    sekadar bertanya…adakah di antara saudara atau kaum kerabat MM yg menepati tafsiran minah lasak tudung bandana ni??

    contoh mcm emak MM ke, makcik ke, adik kakak ke..saye nak buat survey.harap dapat kasi pandangan sewajarnya

  25. Siberkop says:

    Ah, semua golongan yg MM tafsirkan di sini mestilah dia kenal rapat. Mungkin kawan-kawan atau saudara mara atau sebangsa. Sbb tu dpt buat ulasan yg tepat atau hampir tepat.

    Bravo MM bravo! We r Malay n we’re proud of it! Wooooo~!

  26. Z says:

    gambar Erra tu..dengan makeup tak even nya…aduh. Kelakar. The post..tak tahu nak comment apa. Semuanya parallel to what I’ve observed too.

    *gelak sampai jatuh kerusi*

  27. durian says:

    haha..cerita kau ni membuat aku alert di khalayak awam. wanita bandana!

  28. raisadora says:

    mungkin juga mereka2 cuba nak bertukar watak menjadi ayu tp nampak spt perempuan tiruan pula jdnya… Jd mereka ambil keputusan agar kelihatan ganas n x nk ditindas oleh kaum lelaki… Tp kalau da muka comel mcm wardina atau erra xda maknanya lelaki x pandang… penulisan yg menarik :)

  29. butterflyn says:

    LOL i kenot stop laughing! gambaran yg en. MM bagi mmg kena.
    hahaha

  30. AkiM says:

    dude,

    krim mencerahkan puting buah dada..

    wujud..??

  31. Mama a.k.a Master Mischief Maker says:

    tak baik stereotype..

  32. Chika Chika says:

    macam manakah boleh terbitnya entry ni? macam manakah terkeluar mentol bercahaya di atas kepala anda? (HAHA).

    isi semua tepat. KAH KAH KAH

  33. Abg Awww says:

    ahahahahah mmg lawak…inspirasi!

  34. jasmin ghazalli says:

    you shud terbitkan kamus DEFINISI MENURUT MM.

    pasti, ramai beli.

  35. Melayu Minimalis says:

    @akim
    ada.

    @siberkop
    tepat sekali!

  36. xoxo says:

    rewang kenduri tu paling priceless.*LOL

  37. Anonymous says:

    eh aku baca entry ni cam positive (ala2 entry ppuan tudung urban dulu2)…pesal byk komen negative?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes