Biasanya, apabila aku ingin menulis, aku akan cuba mendapatkan ilham dengan membuat pemerhatian tentang perkara-perkara di sekeliling aku, ataupun dengan menonton TV siaran RTM atau TV3. Selepas berjaya mendapatkan pemerhatian yang aku ingini, aku akan kembangkan idea (di dalam kepala, tak main lah tulis-tulis di jurnal) dan akhirnya ia akan menjadi satu nukilan lengkap. Tetapi kadang-kadang banyak perkara yang aku perhatikan, cuma aku sukar untuk gabungkan menjadi satu nukilan lengkap. Contohnya macam pemerhatian-pemerhatian rawak di bawah—
1. Orang Bangsa Afrika Suka Berjalan/Berdiri Di Tengah Jalan.
Sudah beberapa kali aku hampir terlanggar bayang-bayang hitam yang suka berkerumun di tengah-tengah jalan berdekatan tempat tinggal aku. Aku kurang faham mengapa mereka perlu berdiri betul-betul di tengah jalan, bukan di bahu jalan atau di tempat pejalan kaki. Aku andaikan ini kerana dari mana mereka berasal ini merupakan perkara biasa. Mungkin sebab batasan jalanraya untuk kereta lembu dan kereta kuda di sana mungkin sukar untuk dipastikan mana hadnya. Iaitu di mana jalanraya berakhir dan laluan pejalan kaki bermula. Atas sebab ini perangai ini mungkin terbawa-bawa sampai ke sini. Mungkin seperti mana kita selalu minta sos cili ketika di makan di luar negara.
2. Orang Yang Borak Berslanga Selalunya Didiskriminasi.
Ini khas untuk Bahasa Inggeris. Kalau kamu dibesarkan di negara luar memang sah cara percakapan Inggeris kamu akan berbeza dengan cara biasa di sini. Diskriminasi di sini tidak selalunya negatif, malah mungkin atas sebab slanga kamu itu kamu dipandang tinggi. Maklumlah kita di sini suka sangat dengan benda-benda luar. Kalau slanga yang asli itu tidak mengapa, tetapi slanga yang dipungut selepas hanya sebulan di negara luar itu yang tidak boleh tahan. Setahu aku slanga yang sebegini tidak akan kekal selamanya, dan biasanya akan hilang selepas seketika. Macam aku, aku tiada slanga pun. Malah, ketika berborak dengan orang Amerika atau Britain mereka yang kagum sebab slanga aku berbeza dari mereka. Jadi amalkan Bahasa Inggeris slanga Malaysia ya? (Bukan slanga Melayu.) Tiada untungnya berslanga Amerika, British atau yang paling meluat, Australia yang dibuat-buat.
3. Perempuan Indo (Bukan Indon) Lawa Biasanya Bermisai Nipis.
Ini selalu aku lihat, bukan sahaja di sinetron-sinetron di Astro malah di depan mata aku sendiri. Dari jauh memang lawa, tetapi bila didekati akan ketara mekap tebal dan misai nipis di atas bibir. Aku pun tidak tahu mengapa. Mungkin kebiasaan dari sana? Tidak pernah dengar pasal threading ke? Misai hanya untuk orang lelaki, terima kasih.
4. Seksi Wajib Konfiden.
Aku membesar dengan banyak membaca majalah-majalah wanita kepunyaan Ibu aku. Ibu aku memang suka mengumpul majalah, yang dahulunya akan dijilid mengikut tahun keluarnya majalah tersebut. Aku paling suka membelek majalah-majalah edisi lewat 60an dan awal 70an, ketika gerakan ‘flower power’ dan ‘hippies’ sedang memuncak. (Siapa ingat lagi majalah ‘Koleksi’? Popular pada tahun 80an dahulu. Kalau nak gambarkan kandungannya adalah seperti gabungan majalah Mastika, Mangga dan Starlog. Mungkin.) Majalah ‘Wanita’ ketika itu memang bebas habis, bukan macam ‘Wanita’ edisi sekarang yang hanya diminati wanita tua sebaya emak kamu. Penuh dengan gambar separa bogel dan fesyen-fesyen micro-mini dan see-through dan macam-macam lagi. Gambar bikini jangan ceritalah. (Walaupun dalam cetakan hitam putih.) Mungkin ketika itu Akta Percetakan keluaran Kementerian Dalam Negeri masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya. Dan salah satu perkara yang aku selalu baca dahulu ialah nasihat bahawa jika kamu ingin seksi (untuk wanita sahaja ya?), kamu kena berani dan konfiden. Sebab kalau kamu berani dan konfiden tiada lelaki yang akan mengacau kamu. Kalau kamu malu-malu kucing sambil memakai baju nampak lurah dada akan semakin ligat si rempit kurap tepi jalan akan bersiul-siul ke arah kamu. Dan memang betul pun, kalau kamu nampak segan-segan memang akan kurang keseksian kamu. Kalau tak percaya cubalah. Depan aku. Boleh aku ambil gambar sekali, ya?
5. Hidup Aku Bukan Terhad Di Dalam Blog Sahaja.
Mungkin ada di antara kamu yang kurang faham. Aku ada kehidupan lain di luar blog ini. Dan kalau kamu rajin mengikuti blog ini pun kamu pasti sedar yang aku sebenarnya jarang menulis tentang diri sendiri (aku sudah tak ingat berapa kali aku tapi ayat ini di sini). Sebenarnya kalau boleh pun aku ingin asingkan apa yang aku buat dalam blog dengan apa yang sebenarnya berlaku di dalam hidup aku. Tetapi ini bukan bermakna apa yang aku tulis di sini fiksyen, jauh sama sekali. Sebab itu aku lebih rajin menulis tentang orang lain, mungkin kerana ianya lebih mudah untuk menulis apa yang aku lihat dari menulis tentang apa yang aku alami sendiri.
Tetapi aku perasan sekarang ramai yang suka menulis segalanya tentang apa yang berlaku kepada diri mereka tiap-tiap hari. Yang aku selalu ikuti ialah kehidupan gadis-gadis parti liar yang keluar tiap-tiap malam, bergambar dalam keadaan mabuk dan pulang rumah pagi keesokan harinya. Ini bukan cerita di Los Angeles atau London, tetapi cerita-cerita di Kuala Lumpur, Subang dan Damansara. Kisah gadis-gadis yang bekerja sambilan sebagai gadis litar seksi dan nukilan-nukilan tentang hari-hari mereka berjemur di kolam renang memakai bikini. Lengkap bergambar lagi. Dan tiba-tiba kamu dikejutkan dengan nukilan yang berbunyi -
“Kelas Geografi membosankan. Aku harap aku lulus kertas Geografi untuk SPM bulan depan. “
Apakah??? Kehidupan budak-budak zaman sekarang memang berbeza dengan kehidupan aku dahulu yang hanya menonton tentang kehidupan-kehidupan begini ikhsan Brenda, Brandon dan Dylan dalam ‘Beverly Hills 90210′. Dan tidak, aku tidak akan membuat pautan kepada blog-blog mereka ini. Sila guna otak dan ‘Google’ sendiri. Yang aku pasti kalau kamu menggoogle ‘awek sekolah pakai bikini’ sudah pasti kamu akan berakhir di blog aku.
Popularity: 3% [?]
hemm…i ada kwn yg bermisai halus, nk tegor rasa cam segan & one day we all tego jugak…then she said dia tak kesah suma tu because orang patut accept dia for who she is…
ada betulnya la kot..
benar yang bermisai halus itu seorang gadis..??
jangan2..
hye bro. lama x drop comment kat cni. akoo ske part 5 tuh. gadis2 melastik bintang. keke… mcm2 hal!
mak dulu pun slalu beli majalah sebab dia tukang jahit. jadi fesyen terkini memang patut tahu. majalah Wanita atau Nona zaman dulu memang berbeza!
haha.. ini lawak..
sekira nya tak berpakaian seksi tapi konfiden..kira nye boleh jadi seksi jugak la kan mm?
Setuju dengan fakta #1.
Kat uni saya, budak2 afrika ni memang SUKA sangat berjalan tengah-tengah jalan. Dahlah malam, pakai pulak baju seluar hitam. Nasib baik tak langgar.
Bila dihon, dia boleh pandang siap sengih. Tapi tak ketepi pun!
Apa dia ingat orang hon sebab orang minat ke?
wth.
Agreed with point no.2
many of the brits,ozzies and americans amazed to hear me speak in english. they said i’ve different accent which they called Manglish* =)
*Manglish = malaysia+english ya, bukan melayu+english
Kalau lepak cukup waktu kat Darussalam, nanti nampak orang2 Afrika berlari2.
aku pun tak tau nak lari ke mana. mungkin bila boring diorg lari2 kot.
Diorg tak pakai kereta, binatang2 liar atau scooter. Mereka hanya berlari.
Macam dalam God must be Crazy.
aku dah gunakan enjin carian Google untuk ‘awek sekolah pakai bikini’…
tp tak sampai ke blog ko…
syabas…
mak aku kate perempuan kalu ader misai bertuah. aku ader skit misai n dulu2 kat skola kene kaco ngan budak laki.aku benci giler2.malu tak yah cakap. tapi sebab mak aku suke cakap mcm tu kat aku, dier cakap jangan cabut so, akhirnyer sampai besa nie la tak penah bercabut. tapi rasenyer cantik jugak aku nie. hehe. kalu cabut bile tumbuh ader dot-dot hitam. aku rase cam tuh lagi hodoh kot, mcm aku tgk kat cikgu english aku dlu.ala, mcm misai ko la. shave ader dot dot.ngeh.
Sangatlah setuju dengan point no. 3. Macam hampir semua perempuan indo diaorang macam tu. Pernah juga tanya dekat one of my friend. Dia kata memang itu adalah kebanggaan diaorang. Berkumis itu seksi barangkali. Tak tau la kalau dia saja je nak tipu.
cakap pasal orang bangsa afrika nie teringat plak aku kat audition african idols yang aku tengok kat youtube tempohari…, memang kelakar habis sampai aku tengok sambil gelak guling2 depan laptop…
sangatlah sumbang dia nyanyi lagu lonely..
nie video dia: -
http://www.youtube.com/watch?v=tumyWihLwaQ&feature=related
teman wanita kau pun mcm babi ke ..bawak keta sambil sms sampai eksiden.
cik berkumis comel,
kalau lama2 simpan kumis, dan boleh pintal2 buat cam sifu citer kungfu dah..
“abang Yem!!”
Her: Mereka sengih bukan kerana minat…tapi untuk menunjukkan gigi putih macam reflector lah…kalau tak sengih langsung tak nampak lah…
kak sham: takde betulnya dia kata “accept for who she is”. Sebenarnya tu hanya nak coverline malu…mana tak… korang ambush dia tiba2 kata dia ada misai…
but anyway…aku lapan tahun duduk uk pun tak boleh jugak dapat slang orang putih…padahal memang tak gaul ngan melayu pun…asyik duk rumah sorang sorang tengok Tv ngan main computer…dan tengok cerita zombie…tapi sebab aku kerja gomen…cakap english sikit takde slang pun didiskriminasi…apahal ni???
untuk pengetahuan kamu (terpaksa guna kamu,kalau guna kau – agak kasar bunyinya..kalau awak – aku pulak yang nak muntah mendengarnya..haha).perempuan2 indo memang suka bermisai nipis sekarang ini..bila aku tanya kawan indo aku, dia cakap, “its the in thing babe.” tak tau apasal, aku rasa perempuan yg bermisai nipis agak keji rupa mereka..tapi aku rasa trend ini hanya bersifat sementara, ‘fad’ lah kunun..
suke memerhati orang?
aku pon suka juga..
n..
kalau orang tu jln kerap melihat ke bawah..selalunya baru beli kasut baru..
huhu
Perempuan Indo (Bukan Indon) Lawa Biasanya Bermisai Nipis.
Kinda true. I thought its just my mind keeps thinking about that after seeing some pretty indo girls who has thin mostach.. Heh.
*aku ada misai nipis juga, tapi aku bukan Indo. Hehe
bukan orang melayu yang terkejut ngan transformasi budak2 muda skang, orang bangsa lain pun sama. tgk saje oprah berapa banyak percentage american teenagers yang rosak.haih
btw, saya pun suka 90210 version lama,version baru agak corny.yeah