November 18, 2008 77

Tafsiran ‘Mamat’.

By in Tafsiran

(Gambar sekadar hiasan diambil dari sini.)

Terlebih dahulu maaf jika nama kamu Mamat.

Aku rasa golongan Mamat ini adalah golongan yang paling umum yang aku penuh buat tafsiran di sini. Aku pasti ramai antara kamu pernah berjumpa dengan mereka ini, dan aku tidak hairan jika kamu sendiri adalah seorang Mamat. Jadi untuk memastikan sama ada kamu ini termasuk dalam golongan ini, teruskan membaca…

1. Kamu Dipanggil Mamat.
Kamu dari kecil lagi telah diberi nama Mamat atau Mat. Tidak kisahlah kalau nama kamu ada ‘Mohamad’ ataupun tidak. Walaupun nama kamu seindah Ahmad Syarifuddin Mikael Mutawakkil Azizullah Danish Hamimi Bin Aziz pun, kamu akan tetap di panggil Mamat akibat sifat kamu yang tiada istimewanya. Bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti dan tempat kerja pun, kamu akan dipanggil Mamat. Kalau adik beradik kamu telah berkahwin dan mempunyai anak, anak-anak mereka akan memanggil kamu Pak Mat atau Uncle Mamat. Kecuali kalau kamu gemuk, maka kamu akan dipanggil ‘Bob’. Dan kecuali jika kamu dengan kawan-kawan yang pandai sepatah dua Bahasa Inggeris, yang akan memanggil kamu ‘Joe’.

2. Kamu Tidak Pernah Menonjol.
Kalau kamu berjalan seorang diri, tiada siapa yang akan perasan kamu. Walaupun kamu perasan yang orang semua perasan kamu. Kalau bilangan kamu ada 100 orang pun, kamu semuanya akan menjadi 100 orang yang tidak dipedulikan. Akibatnya ramai di antara kamu yang mengambil jalan mudah untuk mendapat perhatian—berperangai buruk. Tetapi jarang di antara kamu yang suka berperangai buruk seorang diri, kerana segala aktiviti akan dijalankan bersama Mamat-Mamat lain yang sehati sejiwa dan sebosan kamu.

3. Kamu Pandai Dalam Perkara-Perkara Yang Bodoh.
Ketika dalam Tingkatan 3 kamu berazam untuk lulus PMR sahaja dan kemudian bekerja untuk menjadi mekanik, atas alasan ibubapa kamu miskin dan tidak mampu, walaupun semua orang tahu pendidikan sehingga Tingkatan 5 di Malaysia ini semuanya percuma. Apabila kamu berjaya menjadi mekanik dan kawan-kawan kamu semua masuk universiti kamu akan menyesal tidak melanjutkan pelajaran bersama mereka dan bertekad untuk bekerja di pejabat pula. Sekarang apabila kawan-kawan kamu bertanyakan di mana kamu bekerja, kamu akan kata kamu bekerja dalam pejabat, walaupun hanya sebagai seorang despatch. Sekurang-kurangnya kamu boleh jimat duit menyelenggara motosikal kamu akibat pengalaman sebagai seorang mekanik, bukan?

4. Kamu Sampai Di Blog Aku Selepas Menggoogle ‘bikini melayu’.
Mengaku sajalah.

5. Kamu Suka Dengkikan Kejayaan Orang.
Akibatnya kamu selalu menggunakan ayat-ayat seperti ‘Bapak kau kaya boleh-lah…..‘, ‘Kau pandai mestilah kau boleh…‘ dan ‘Kau boleh speaking mestilah kau boleh….‘ dan yang sewaktu dengannya. Walaupun sebenarnya ini semua tiada kaitan langsung pun dengan apa yang kamu boleh perolehi. Akibat kamu malas berusaha kamu akan lebih suka mengambil jalan senang seperti mencuri, berjudi, berlumba dan cari downline. Mungkin kamu ponteng kelas bila cikgu Darjah 2 kamu mengajar tentang konsep ‘Usaha Tangga Kejayaan’ dahulu.

6. Kamu Agresif Bila Nampak Awek.
Salah satu aktiviti yang aku gemari bila aku ternampak seorang perempuan seksi berjalan di depan restoran mamak misalnya, ialah memerhatikan reaksi lelaki-lelaki lain yang berada di situ. (Beginilah hidup aku, orang lain tengok perempuan, tapi aku tengok lelaki yang tengok perempuan) Biasanya si Mamat ini akan berhenti seketika dari melakukan apa sahaja yang dia tengah lakukan, merenung ke arah dada/punggung wanita tersebut dengan cara agar tidak dikantoi oleh wanita tersebut, dan kemudiannya akan menelan air liur dan akhirnya menghirup miniman (walaupun gelas sudah kosong). Mesti begitu. Dalam 10 kali babak sama yang aku perhatikan, boleh dikatakan 9 kali senario yang sama akan berlaku. Mungkin sebab itu aku suka berjalan dengan kawan-kawan perempuan yang menggiurkan, bukan untuk merenung dada mereka, tetapi sekadar untuk memerhatikan reaksi Mamat-mamat di sekeliling aku. Kelakar kadang-kadang. Oh ya, mereka ini sekadar agresif memandang sahaja, dan biasanya akan berakhir di situ sahaja. Tetapi secara jujur reaksi Mamat ini bukannya menarik pun, lebih menarik melihat reaksi perempuan-perempuan lain yang biasanya akan pandang dari atas ke bawah dan kemudiannya memberikan mimik muka yang sinonim dengan ekspresi ‘Hmmph!‘.

7. Kamu Agresif Bila Awek Tidak Melayan Kamu.
Perempuan di luar sana biasanya tidak akan memberi respon jika ditegur dengan siulan serta bunyi-bunyian haiwan yang lain. Dan biasanya mereka juga tidak akan melayan jika kamu mulakan ayat dengan ‘Hai Cik Adik…‘. Kalau mereka layan nasib kamu bertuah, sebab kamu akhirnya telah berjumpa dengan seorang Minah yang berkemungkinan besar mempunyai cita-cita yang serendah kamu. Paling kurang pun kamu patut yakinkan si Minah tersebut untuk belanja makan kamu sekurang-kurang lima kali sebelum kamu mencuba nasib dengan perempuan malang yang lain.

8. Kamu Bangga Bila Dapat Berjalan/Meronda Dengan Awek.
Walaupun awek tersebut muka pecah lori. Janji ada kemaluan wanita. Tetapi ada juga yang suka kalau berjalan dengan awek yang berkemaluan lelaki. Paling bangga bila awek tersebut membonceng basikal bermotor yang dipandunya. Dan sudah tentu walaupun ada ruang sepanjang 1.5 meter di atas tempat duduk motor si Mamat ini akan duduk jauh ke belakang, agar lebih senang berfantasi yang kedua-dua kemaluan mereka itu berada di posisi yang amatlah berdekatan. Aku hanya tunggu hari di mana aku boleh nampak dengan mata aku sendiri awek jatuh motor akibat duduk kebelakang sangat di tempat duduk motor.

9. Apabila Kamu Akhirnya Berjaya Memajukan Diri Kamu Berubah Menjadi ‘Azman‘.
Jika kamu bernasib baik, kamu akan jatuh di dalam golongan 2% yang berjaya membebaskan diri dari belenggu Mamat, tetapi hanya untuk jatuh sebagai kategori terbawah di dalam golongan ‘Azman‘. Cuma kenderaan bertayar 2 kamu itu akan menjadi kenderaan bertayar 4, dan jumlah bil bulanan kamu akan melonjak 200%. Tidak lupa juga ‘Perempuan-perempuan Ampang‘ yang semakin menunjukkan minat pada kamu walaupun kamu masih menggunakan skrip “Hai Cik Adik“. Itu sahaja. Yang lebih istimewa pula akan cuba berjinak-jinak dengan muzik, bermula dengan sessi latihan dengan pakcik-pakcik kumpulan muzik kampung kamu yang aktif di kenduri-kenduri kahwin, tetapi akhirnya kamu hanya akan makan gaji di dalam band ‘rock’ tidak bermuka yang memainkan lagu-lagu tangkap leleh hasil ciptaan Mahaguru muzik Melayu kita. Beza antara golongan ini dengan golongan ‘Azman’ di atas hanya satu, iaitu warna kereta kamu. Pasti berwarna merah. Atau kuning. Mungkin.

10. Kamu Tiada Citarasa Kreatif.
Akibatnya kamu masih menampal poster-poster gambar artis atau motorsikal berkuasa besar di dinding bilik berwarna hijau kamu dengan menggunakan pita selofan. Langsir kamu masih bercorak bunga-bunga berwarna-warni, yang kamu dengan bangganya pamerkan sebagai latarbelakang gambar profil Myspace kamu. Kamu masih rasakan kasut Timberland tiruan kamu yang dibeli di Danau Kota itu masih bergaya, sebergayanya seluar jeans Levi’s Siam kamu yang pastinya berpotongan ‘boot cut’. Kamu rasakan konsep formal itu ialah memasukkan kemeja berlengan pendek kamu ke dalam seluar jeans lusuh kamu dan memakai topi sambil berkaca mata hitam. Kamu rasakan style idol kamu ialah Aqasha (seperti gambar berpistol di atas), walaupun dia bukan seorang Mamat tetapi seorang Azman. Mungkin juga kamu minat Farid Kamil tetapi kamu rasakan dia seorang hero yang lembik dalam filem ‘Remp-It’ jadi kamu masih utamakan Aqasha.

Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih.

Popularity: 7% [?]

77 Responses to “Tafsiran ‘Mamat’.”

  1. pelumba kereta kelisa says:

    aaaa, muka pecah lori?
    bukan muka pecah rumah ke?

    *confuse*

  2. Hafeez N. says:

    Haha!

    Good one!

  3. Diloz says:

    ramai Mamat kita buleh jumpa.
    semua bercita-cita tinggi.
    tetapi lepak warung kopi sahaja.
    apa nak buat kalau macam tu eh?

  4. Anonymous says:

    MM…!!
    yang nombor 6 tu ada kesalahan ejaan…, sepatutnya menghirup minuman…, tapi apa yg MM taip adalah menghirup “miniman”

    Sekian, terima kasih..

  5. maditheman says:

    mamat is nama komersial malaya!sian dow!

  6. LoveyAshLiecious says:

    haha.
    quite relevant juga.
    pemerhati yang bagus.
    MM kategori yang mana pula?

  7. butterflyn says:

    golongan mamat pun suka chatting especially kt kampungchat dgn menggunakan nickname yg ada panggilan ‘abang’ di hadapan.. and and

    dieorg pun suka bg picture comment di myspace terutamanya, kepada rakan-rakan se-mamat mereka yg lain dan yg pasti picture comment tersebut mesti ada berbaur kutukan dan cacian.

    contoh : ”haram… muka mcm bangla jual kapet kat belakang umah aku..”

    ”ni apa lancau??hang nak tunjuk apa?tangga?? br kutu ataih pala dok penuh nak mai tayang plak ….fuck u o0o”

    apakah? hmmm..

  8. Jack says:

    Seronok juga jadi pemerhati ya.
    Boleh tulis journal tentang “mamat” nih. Hehe..=p

    Keep it up dude. Good one.

  9. sibajuhitam says:

    macam mana nak jadi pemerhati hebat cam MM ni? kagum betul.
    mamat exist termasuk tak dalam kategori ‘Mamat’ ni?

  10. Pewaris Reformasi says:

    kau ada bakat jadi pemerhati yang baik tapi ia boleh bertambah baik jika kita dapat tahu apa sebenarnya bermain di dalam fikiran mamat-mamat ni?

    aku ada seorang kawan namanya muhammad, tapi orang ganu panggil dia mamat…kesian dia, tapi dia baru kawen dan aku rasa dia cool.

  11. AkiM says:

    kenapa agaknya mereka2 ini mesti jadi mamat..??

  12. suparman says:

    terlampau klise.

  13. johnlegend says:

    aku rasa ni mcm terlalu kasar.

  14. Fariz Bakar says:

    aku pernah lihat gadis yang sangat cantik dan seksi, lepas tu aku tengok alam sekeliling. hampir 98% lelaki dan 95% perempuan menoleh selama 5-10 saat, aktiviti kerja tergendala. aku tergelak dalam hati. “memang kuat-lah penangan awek seksi ni”.

    Faktor mamat juga selalunya dipengaruhi oleh jumlah gaji.

  15. Tipu Tapi Benar (TTB) says:

    Adalah gelaran ‘Mamat’ ini sama dengan gelaran ‘Jusoh’ yang digunakan di pantai timur?

  16. Weed and Bandages says:

    budak mak aku mengasuh dulu2 (sekarang tak mengasuh dah) gelaran dia Mamat. Dia dah balik dok kampung kat Beruas perak.

    bebaru ni dia dapat USPR 5E. bapak dia kata “ok la tu..sebut2 dekat2 A” hahaha.

    kalau raya dia balik dia tunjuk aksi willy.

    “mamat tamau keja nak beli moto nak rempit!” yeah!

  17. Mr.Barrock! says:

    ai ni yg buat aku x miss entry mm ni…

    pemerhatian cukup tajam..

    sybas!

  18. Siberkop says:

    Mcm JohnLegend cakap, mmg agak kasarlah entri yg ni.

    Mungkin Abg MatMinimalis punya sedikit grudge terhadap org2 camni kot? Manalah saya dan peminat2 setia yg lain ni nak tahu kan? Abg MM kena cerita sikit pasal diri sendiri kot.

  19. Siberkop says:

    Anyway err, aku rasa no. 6 tu tak terhad kepada mana2 golongan. Aku pun termasuk kot? Hmm.

  20. Mohd Faiz Ariff says:

    hahaha..tapi ko kene igt..

    kadang2 orang ko hina tu lebih baik dari diri ko..

  21. Matt says:

    semua btl tntg diri aku. pling utama agresif bila nmpak awek

  22. Z says:

    yeah..more anger than humour here.

  23. Hanna The Belgariad says:

    i agree when u mentioned that they like to ogle..

    lelaki paling rendah martabat: lelaki yg ogle pompuan mcm tatau nak kate la

  24. Point44 says:

    Yang aku tak faham…apasal Aqasha berkaki ayam dan bajunya terbukak?

    Aku cuba fikirkan situasi yang boleh sampai keadaan cam tu…tapi fikir punya fikir memang tak logik…

    Tapi tu out of topic…

    Aku ada jugak cuba google ‘bikini melayu’ tapi tak keluar jugak blog ini…

  25. Anonymous says:

    haha… mamat2 naik pangkat juga jadi azman.,…… tp sume tak guna punya….. n aku confuse,….. pa kena gena ‘bob’ ngan ‘gemuk’ n pa pula kena gennya juga dengan joe?? nak tau nie…. mm ngko dapat cite nie dari mana… koe nie gatal juga kan…hahaha…. then orang llaki nie.. pantang nampak pompuan ; kurang kain’ lalu kat depan mata mula la naik….. bukan takat naik meter…. tu haa…….. ‘ c comel’ kat bawa… hidup terus nak naik cari udara ek..haha… faham2 kan la…… nie aku banyak guna kata2 umpama..n kata ganti… haha… kalo ada silap speel pun,,.. sowie je lar……. jan siap dok ngumpat jer bro…oooiii….

  26. nanatron says:

    perot aqasha takley blah…

    haha..skit lagi bleh jadik “bob”.

  27. r4v3 says:

    how do u spell “spell” ?
    how do u read “read” ?

  28. shinbao says:

    mamatminimalis ni susah laa bila dah ada sikap holier than thou..setakat keje mcm kau tu takde laa nak hina ke ape..ramai lagi yg gaji lagi besar..

    setakat main band klphq yg rata2 lagu dicelup artis luar EITS contohnya takyah bangga sangat..langsung tak original..mcm seluar levi's siam jugak laa kualiti lagu korang.

    tapi biasa laa mamatminimalis ni bila dia buat tafsiran dan terjemahan tentang pemerhatian dangkal nya, dia akan establish satu sense of accomplishment tentang betapa sempurnanya dirinya itu..dan betapa buruknya, hinanya masyarakat sekalian yg dimatanya tak punya apa2.lalu merasa kepuasan di atas apa2 mediocrity yg telah dicapai.

    umur dah lanjut tapi perangai still mcm betinanya yg umur 19 yg baru nak kenal dunia..setakat dok kat kl dan gelarkan diri urban. itu pemikiran siamang..

    —->Aku Tak Peduli. Kamu Pedulikah? Tapi awas, komen bodoh hanya akan membuatkan anda kelihatan bodoh, jadi komenlah dengan bijaksana

    disclaimer yg mcm diatas hanyalah pendinding rapuh utk mengesahkan pemerhatian akal pendek mamatminimalis..komen yg tak seirama dgn pencacai2(penjilat dubur) mamat minimalis akan dianggap bodoh..kah kah kah..

    burit anjing lah

  29. Melayu Minimalis says:

    @pelumba kereta kelisa
    pecah lori lagi drastik rupanya.

    @sibajuhitam
    mamat exist ada kategori tersendiri.

    @pewaris reformasi
    nak tahu apa bermain di fikiran mamat-mamat? baca saja komen2 di sini.

    @akim
    semuanya akibat cita-cita yang tidak tinggi.

    @ttb
    aku ada kawan nama Mamat Jusoh. Asal ganu.

    @siberkop
    aku tak cerita pasal diri sendiri pun dah ramai orang boleh ceritakan pasal aku kat comment dan chat box.

    @nanatron
    bob aqasha!

  30. Dayana says:

    please don’t generalised people.. this shows that you are very shallow and put yourself better than the community..some people are grown up that way and do not think or have the same lifestyle as you. soo…dengan mengkategorikan orang hanya melalui sikap atau gelagatnya tidak meng-justifykan amalan dan ibadatnya. afterall..we are all human..tima kasih..

  31. Point44 says:

    Sheesh…ramai orang complain aje kerja. Tak puas hati tak payah baca lah blog ni. Takde sapa yang paksa nak click kat sini.

    Anyway…aku nak bagi tahu ni…sebab kau pun peminat zombie macam aku(Tapi aku rasa aku lagi expert lah dalam hal-hal zombie ni)

    Ada cerita zombie baru…Dead Set…TV series. Cari dan download. Kalau nak cop…aku ada. Best Oi!!

  32. stanum_saliva says:

    ler…baca ajelah ape yg si MM tu tulis…nak bising2 watpenya lg…open-minded r sikit…si MM tu enjoy je bloggin’…org lain plak yg lebih2…ntah ape2,lucu r wei..

  33. erm says:

    *laugh* at no 4

  34. Anonymous says:

    shinbao you so poyo like fuck..

    kau tak suka mm tapi setiap post mm kau baca dan siap komen lagi. kenapa? kau suka baca apa dia nak tulis ye? rajin betul.. sure kau bosan kalau mm tak ada post baru. sure kau ingat kau lagi bagus dari semua orang kan? sebab kau sangat pissy. apa telah kau contribute pada masyarakat? siapa telah kau inspire?

    to me, this post sounds like a sarcasm post. i assume to mat rempits. lol.

    kau ni tahu macam macam pasal mm. mesti kau cintakan dia tapi bila tahu dia tak minat laki kau kecewa. tak pun kau jelous dengan dia kan. aku pasti. sebab tu kau marah kat mm. loser sungguh kamu ni.

  35. .:: 5u|-|@iL ::. says:

    yes..
    shinbao
    YOU
    ARE
    SO
    GAY~

  36. xx says:

    WEH. aku ada kawan sebijik macam kau cakap ni. and obviously, kiteorang panggil dia mamat. i salute you!

  37. dena_r says:

    anthropologie at its best. dari cara laki tenung pompuan kepada gemuk=bob semuanya betul. tapi dari dulu sampai skarang mm slalu eja sesi as ‘sessi’.

  38. brick says:

    keras sangat ni.. aku pun kadang membenci golongan Mamat ni.. tapi aku tak peduli sangat pun, pasal diorg ni part of masyarakat kita.. tentu bosan kalau semua org macam aku apetah lagi macam kau MM.. yer dak.. ?

  39. i c k i e says:

    hahahaha.
    setiap kali aku baca post ko utk tafsiran,aku sakit perut tergelak.
    sebab kadang2 ciri yang ko nyatakan mmg benar dan ‘kena’
    lawak sungguh.

  40. budak jahat says:

    hahaha no.8 terbaek!

  41. pipiyapong says:

    Secara jujurnya gua tak berani nak pandang rendah pada ‘mamat’ ni. Mana tau kot kot ‘mamat’ ni lagi pandai mengaji quran dari gua..

  42. Amaradona says:

    Gua memang sokong seratus peratus lu shinbao..orang dah tua memang macam gini..

  43. Anonymous says:

    erk aku rasa bukan ‘mamat’ je yg tgk kalau ade gadis2 urban seksi, ‘mamak’ pun tgk! hehe..tolong jaga statistik kes ‘Rogol’ ye :P.

  44. Qareem Need Rebel says:

    Salam.

    MM… bab ganguan, siulan dan swiit terhadap perempuan telah berlangsung sejak zaman Sarip Dol Kg Dusun lagi. siap si sarip tu boleh acah2 cik Salmah sampai jatuh beskal.

    mungkin lepas ni MM boleh tafsirkan “Mamat Dulu dan Sekarang dalam Konteks Menseduce Perempuan?” dengan lebih mendalam.

    Ataupun, tafsiran “Kenapa bila lelaki Melayu tengok perempuan cina seksi, tak seghairah dari tengok perempuan melayu yang seksi?”

    adakah itu peraasan besifat semulajadi?

    Sekian.

  45. Qareem Need Rebel says:

    opss.. sori ganggu MM..

    yang ni. macamana ya? agak terkujat aksi2 gaya mereka…

  46. Mamat Khalid says:

    untuk siberkop dan shinbao,

    1) why so serious?

    2) tepat kena di batang hidung kamukah?

    3)kalau benar, biarkanlah diri kamu dilanda arus perubahan yang sesuai.

    4)patutlah ramai blogger2 yang menyepikan diri, masih ramai lagi pembaca yang terlalu serius dan tiada humor dalam hidup mereka.

  47. Mohd Faiz Ariff says:

    haha..rilex2..semua orang ada pendapat sendiri..

    kalau tidak mahu ditegur atau tidak dapat menerima komen berunsur negatif lebih baik ruangan komen ini dimansuhkan. Nama pun ruangan komen bukan?

    tetapi ada betulnya, tak perlulah diskriminasi golongan-golongan tertentu..kalau semua orang satu standard macam kau sahaja tentu tak seronok malaysia ini kan?

    bagi saya..post melayu minimalis berunsur “observation” walaupun agak kasar sedikit, itu sahaja.

  48. Siberkop says:

    Kepada Abg Mamat,

    kalau kita terima semua(maksud aku kita telan jer bulat2) apa yg org suapkan pada kita, bermaksud kita hanyalah seorang pengikut yg buta tuli(melainkan mende tu mmg jelas benar la).

    MM ternyata penulis yg baik(kau ingat aku ni serius ker orgnya?) tapi tak semestinya kita kena setuju dgn semua yg dia cakap.

    Kenal Salman Rushdie?

    Apapun, bukan salah sesiapa kalau kita sekadar nak jadi pasif dan mengikut membuta-tuli.

  49. nadiah anwar says:

    kawan aku dulu ada bela monyet.
    nama monyet tu ‘mamat’
    hehe

  50. ar3youth3r3 says:

    lol

  51. suparman says:

    aku nak komen, tapi nak kene pegi bank jap. jap lagi aku komen yerr

  52. Khalid Mamat says:

    Bukan mengikut membuta tuli, aku sekadar sengaja membebaskan semua bahan yang ditulis/dibaca sahaja.

    Salman Rushdie?

    Aku tidak kenal siapa dia, tapi aku pernah baca novel-novel karya Encik Salman ni. Bagus, terbuka, sinis terhadap ekstremis.

    Dan aku pasti siberkop mahu beritahu yang beliau mengenali si Salman, tapi tak pernah pun baca novel-novelnya, bukan?

    Sekadar kenal Salman Rushdie dari sudut fatwa popular yang menghukumnya sahaja tidak perlu heboh ya, siberkop.

  53. shinbao says:

    1) why so serious?

    kenapa? kena ada sebabkah utk menjadi serius

    2) tepat kena di batang hidung kamukah?

    tidak tepat, tidak jitu, tidak kena langsung. cuma aku pun nak letak komen disini. Kamu pun letak komen disini juga kan.bezanya kamu pencacai kepada mamat minimalis dan aku bukan.

    3)kalau benar, biarkanlah diri kamu dilanda arus perubahan yang sesuai.
    tidak benar, arus perubahan tidak mengubah diri aku.aku yg mengubah diri aku.

    4)patutlah ramai blogger2 yang menyepikan diri, masih ramai lagi pembaca yang terlalu serius dan tiada humor dalam hidup mereka.

    aku tidak berhumor dgn meperbodohkan(ridicule) orang2 lain. Aku berhumor bersama Seth MacFarlane.

  54. Melayu Minimalis says:

    @Mamat Khalid
    sila jadikan aku satu watak dalam filem kamu seterusnya. aku nak! nak cameo pun takper.

    @semua
    jeng jeng jeng.

  55. Anonymous says:

    (sorry for the long comment)

    dear shinbao,

    i think it’s ridiculous of you to make such a big fuss. in my point of view, mm never meant to shove this down anyone’s throat. he’s just stating what he sees and gave it a name. if you fall into this category then that’s what he ‘ll refer you as.

    for example if i see someone wearing a bow tie and holds a tray i’ll “tasfir” him as a waiter. tak kisah la dia sebenarnya saja pakai macam tu sebab dia rasa macam cool dan bukannya waiter pun. takkan la you nak kata tak elok judge laki tu. dah memang i nampak dia nampak macam waiter. nak buat macam mana. so bila i balik i tulis la kat my blog. tasfiran lelaki berbow tie pegang talam. tak boleh ke? im sure no one would take that post seriously pun.. haha. mungkin kebetulan what i said about that tasfiran is true. what ever it is my point of view of what i see.

    at the end of the day, it’s up to you or your friend or your mother’s unty second brother son in law distant cousin or the rest 457602756471645 bloggers who read this post to accept it and shove this down their throat or not. mm tak paksa pun. kan? haha.

    we’re all old enough to make better judgments. you know mm is kidding around right? unless you’re too dumb to notice this. wait.. i think you are. haha. you don’t have to be an attention seeker okay. i know no one loves you and you’re upset that no one wants to lick your ass. but this is not the right thing to do. please find some other talent or hobby la.

    lol

    :)

  56. Anonymous says:

    owh ya i’m not licking mm’s ass. i’m just giving a comment on how i find the whole situation to be. maybe i’m right and maybe i’m wrong. only mm knows. kan mm?
    nanti saya buat tasfiran mm yeah? tapi macam malas la. haha.

  57. Siberkop says:

    Ya Mamat, mungkin juga kau boleh kata aku tak pernah membaca apapun.

    Tapi aku harap kau dapat apa yg aku cuba maksudkan dalam komen sebelum ni, yg penulis yg baik tidak semestinya mereka betul. Dan manusia ada hak utk perbetulkan apa yg dia rasa salah.

    Mcm aku cakap, MM setakat ini cool sahaja. Dia tahu org mesti akan hentam dia tapi dia cool jer. Sbb tu aku suka jer dtg sini.

    Sbb aku ingat dekat sini kita boleh berkomen dgn benar2 terbuka.

  58. Anonymous says:

    dah nama pun tak peduli, ish

  59. Anonymous says:

    kalau tak pedulu, kenapa dia tulis ya?

  60. Anonymous says:

    @MM

    kedung kedung takk jeeeennngggg…

  61. ryurisora says:

    saya tak peduli. cuma nak cakap, entri ni klakar..huhu. tapi mamat cucu jiran sy tu cute gak. =)

  62. What would i do? says:

    :)) fresh oren satu.. haha

  63. mamat khalid says:

    ada org beritahu saya, saya mengkomen disini. ini pertama kali saya menjenguk ke blog ini dan segala komen di atas yg menggunakan nama saya itu adalah milik individu yang lain.

    saya pro choice. saya juga suka jika ada org bernama mamat yang cepat bertindak balas. peace.

  64. Melayu Minimalis says:

    @(the real) mamat khalid.
    aku memang suka filem2 kamu, kalau kamu tak percaya baca nukilan2 aku sebelum ini.

    dan kalau boleh aku masih nakkan kamu jadikan aku satu watak dalam filem kamu seterusnya.

    HIDUP MAMAT KHALID! (bila nak buat sequel zombi kampung pisang?)

  65. one love says:

    “Aku Tak Peduli. Kamu Pedulikah? Tapi awas, komen bodoh hanya akan membuatkan anda kelihatan bodoh, jadi komenlah dengan bijaksana”

    banyak melayu maximalist daripada melayu minimalist di sini..

    sayang…

  66. mamat khalid says:

    dalam perwatakan realism maupun absurd dan surreal kita mmg perlu kepelbagaian watak. racun pada setengah tapi madu pada yg lain. comes in whatever form….yg penting dia bertindakbalas. tak kira maxi atau mini.

  67. one love says:

    reaksi yang penting?
    minimum atau maksimum?

    it doesnt matter
    rite!
    asalkan ada reaksi :)

  68. A'XTEQS says:

    hehe..sabar semuanya..bila kite bertindak balas walau postive or -ve..maknanya kita normal…

  69. Melayu Minimalis says:

    @mamat khalid
    mungkin komen itu adalah komen terbagus yang pernah aku terima dalam blog ini. terima kasih.

    HIDUP MAMAT KHALID!

  70. Siberkop says:

    Saya suka abg Mamat Khalid(yg real) jugaaa!

  71. shay says:

    i was 'introduced' to your blog by one of my malaysian friends. well yes, i admit, while i do not understand some words used here, the whole blog gave me one helluva laugh i almost teared.

    i am not from malaysia, but the 'mat' epidemic definitely exists in my country. and these guys are called 'MATrips' which i find rather disturbing. so my friends and i made a nicer term to call them : "m&m(s) – mat and minahs". i sure hope i wont get sued by Mars, Incorporated.

    well thank you for making my mundane monday colourful. =)

    i will be re visiting soon.

    x

  72. one love says:

    abg mamat kata, “hehehehe”
    betul! tak caya tanya dia :)

  73. Razlan Hanafiah says:

    mendalam betul tulisan ni. keep up bro. *kagum*

  74. xoxo says:

    memang seorang antropologist yang handal.aku dah lama tunggu pemerhatian kepada kaum mamat ni diulas.kaum mamat memang suka tengok porn amatur malaysia lagi2 yang menjadi mangsa gotong royang. aku pun xpaham,but seriously lucu perut.

  75. Anonymous says:

    aha perannng peraannnNGGG cool laa..bace saje for fun. i posted tis link to my fren..and just like me..he sticked to the monitor almost hours…ahha rilex2 minda la joohNN..kadang kena batang idong aku gak..tp pandai2 la tapis…

  76. Tenux says:

    MM= mat mat
    LOL
    juz kiddin

  77. skol says:

    “Salah satu aktiviti yang aku gemari bila aku ternampak seorang perempuan seksi berjalan di depan restoran mamak misalnya, ialah memerhatikan reaksi lelaki-lelaki lain yang berada di situ. (Beginilah hidup aku, orang lain tengok perempuan, tapi aku tengok lelaki yang tengok perempuan)”

    i used to do the exact same thing!reaction laki same je,x kesal la kt mane ke,pg jln2 ngan gf/bini ke,nk gak usha klu ad pompuan cun lalu…oh,btw,i said “i used to” sbb im somewhere where the chicks are generally hotter then those in malaysia..so nk x nk,ter’usha’ gak la..haha..

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes