November 20, 2008 53

9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi James Bond.

By in Pemerhatian, Pendapat

Aku belum lagi sempat menonton filem ‘Quantum Of Solace’, tetapi menurut cerita dari rakan-rakan memang filem yang amat menarik. Aku sebenarnya dari zaman kanak-kanak lagi gemarkan filem risikan dan agen-agen rahsia (bukan merisik untuk bertunang) dan espionage, dan ya, hanya Sean Connery yang merupakan James Bond sejati pada aku (lihat gambar). Tak silap aku, filem pertama James Bond yang aku lihat di panggung wayang (dan ingat-ingat sedikit) ialah ‘For Your Eyes Only‘ dengan lagu temanya dendangan Sheena Easton. Walaupun begitu salah satu memori terawal aku ialah menonton watak penjahat bergigi besi bernama ‘Jaws‘ di panggung wayang, jadi mungkin aku pernah menonton samada ‘Moonraker‘ atau ‘The Spy Who Loved Me‘ terdahulu.

(Oh ya, lagu tema filem James Bond kegemaran aku ialah ‘The Living Daylights‘ dendangan A-Ha. Dan mungkin juga ‘A View To A Kill‘ dendangan Duran-Duran.)

Apa-apa pun matlamat nukilan hari ini ialah untuk memberikan 9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi James Bond.

1. Melayu Suka Berahsia Tetapi Tidak Pandai Simpan Rahsia.
Aku rasa industri perisikan satu dunia ini berasaskan satu konsep, iaitu keupayaan untuk menyimpan/menghantar/menjual maklumat rahsia dan sensitif. Sekarang kita lihat sahaja Harian Metro. Penuh dengan berita-berita peribadi yang mengaibkan, lagi-lagi selebriti murahan dan ahli politik. Lagi pun kita semua memang gemar mendengar perkara yang sepatutnya dirahsiakan. Macam siapa main dengan siapa, laki siapa yang keluar dengan bini siapa, laki siapa yang keluar dengan laki lain, siapa yang bayar duit kepada siapa, benda-benda macam tu-lah. Aku tidak hairan kalau Melayu yang jadi James Bond sudah pasti keesokan harinya terpampang di muka depan suratkhabar segala apa rahsia kerajaan kita semua. Tapi itu mungkin perkara yang baik pun. Cuma bergantung kepada nilai wang ringgit rahsia itu bukan?

2. Martini Yang Digoncang, Bukan Dikacau (Martini, Shaken, Not Stirred) Itu Haram.
Takkanlah kamu pergi ke tempat-tempat ekslusif di French Riviera atau Monte Carlo dan kamu pergi ke bar dan memesan, “Bang, fresh orange satu?“. Aku rasa pada saat dan ketika itu pastinya identiti kamu sebagai perisik dari Malaysia yang jual rahsia kepada Harian Metro akan terbongkar serta-merta. Akibatnya pasti kamu dibunuh atau sekurang-kurangnya diseksa dengan menonton kesemua episod 6 musim Akademi Fantasia. Sekaligus.

3. Kasino Dan Perjudian Haram.
Kalau kamu menonton ‘Casino Royale’, James Bond dengan selambanya menggunakan duit kerajaan British untuk berjudi demi tugasan rahsianya. Bukan itu sahaja malah pegawai yang ditugaskan dari Kementerian Kewangan pula ialah seorang wanita seksi dan mengancam yang tidak suka memakai coli (sarung tetek kata orang tua-tua). Kalau agen rahsia kita yang pergi mesti fikir dua tiga kali untuk melangkah ke dalam kasino. Dan sudah pastinya akan terfikir untuk ke kasino sambil berbaju batik berlengan panjang macam semasa latihan espionage dulu di Genting Highlands. Kalau ada pegawai Kementerian Kewangan kita pula yang ikut sudah tentu pegawai yang ditugaskan seorang makcik bertudung yang memakai lencana nama berwarna hitam. Jangan haraplah kalau dihantar untuk masuk ke dalam kasino yang penuh dengan perjudian, arak dan seks bebas (menurut Harian Metro).

4. Seks Bebas Juga Haram, Bukan?
Semua pasti tahu bahawa James Band ialah seorang Player (Cerita Lain). Seks dan nafsu digunakan semata-mata untuk menyelesaikan misi. Banyak masalahnya kalau agen kita yang menjadi James Bond. Satu, agen kita pasti kacak macam Daniel Craig, jadi sudah tentu amat sukar untuk menggunakan seks sebagai taktik. Mesti ramai yang tidak berselera pun. (Orang kita kalau kacak paling kuat cita-cita pun hendak berganding dengan Nasha Aziz di dalam siri drama 72 episod. Tak akan ada yang ingin jadi agen kerajaan.) Dua, kalau kacak pun, bukan tentu agen-agen serta pegawai-pegawai yang kita hantar itu sukakan perempuan pun.

5. Proton!
Hendak buat kereta tahap konsumer pun masih terkial-kial selepas 20 tahun, inikan pula kereta khas untuk perisikan yang penuh dengan fungsi dan senjata tersembunyi dan kalis peluru pula. (Macam Batmobile dulu) Aku rasa paling kuat pun kalau kita ada James Bond fungsi tercanggih Kereta Perisik Nasional merupakan Keupayaan Untuk Buka/Tutup Pintu Tingkap Tanpa Tersangkut. Memang tak akan ada Kereta Perisik Nasional yang boleh jadi kapal terbang/kapal selam/belon/helikopter. Kalau hendak gunakan kereta import pula susah nanti, satu Dewan Rakyat kecoh pasal peruntukan/kos penyelenggaraan/AP.

6. Identiti Palsu Amat Terhad.
Dengan rupa sawo matang kita, memang sukar untuk agen kita low-profile. Sebab kita turun lapangan terbang mana pun, nama kita yang ada perkataan ‘Bin’ itu sudah pasti menyebabkan sedikit kesukaran akibat ‘ancaman keselamatan’. Untuk menggunakan nama ‘Carlos Valderrama’ atau ‘Bebeto’ (orang Amerika Latin ada rupa Melayu apa?) di dalam passport pula susah, nanti orang kampung ingatkan kamu murtad. Kalau guna nama Mat Salleh memang 100% kantoi. Kamu ingat ada orang akan percaya ke bila lelaki rupa Melayu pakai passport di bawah nama ‘John Holmes’ atau ‘Ron Jeremy’? Sudah tentu tidak.

7. Tidak Cukup Peralatan Khas.
Kalau James Bond ada watak ‘Q’nya yang membekalkan segala apa peralatan rahsia sebagai alat komunikasi, senjata atau alatan perubatan, kita ada apa?

Setakat remote control Astro tidak ke mana. Kalau hendak harapkan satelit-satelit Measat untuk komunikasi pun aku rasa agen rahsia kita kena ‘beratur’ dan tunggu giliran di belakang quota penggunaan Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile dan macam-macam lagi. Kalau musuh kita letupkan semua Measat-Measat kita (tidak silap aku ada 2? Betulkan aku jika salah, ya?) memang habis terkandas agen rahsia kita. Takkan nak tulis dan hantar surat pakai Pos Malaysia?

8. Satu Malaysia Akan Tahu Identiti Agen Rahsia Kebangsaan.
Ya-lah, mestilah bangga, ada anak jati kita yang berjaya menjadi Agen Rahsia. Sudah tentu akan ada lintas langsung hari Ahad ketika rancangan Nona, ala-ala perkahwinan-perkahwinan glamour selebriti kita. (Itu pun kalau Astro Awani tidak ambil dulu.) Memang sah akan terpampang muka agen rahsia kita di mana-mana, yang sudah tentunya dipilih melalui undian SMS. Apa-apa pun aku rasa agen rahsia kita mungkin akan menjadi kaya akan menjadi duta produk itu dan produk ini. Mungkin atas sebab ini agen rahsia kita tiada sebab untuk dilaporkan ke BPR sebab sudah cukup gajinya.

9. Kita Mungkin Cukup Belanjawan Untuk Satu Orang Agen Sahaja.
Mestilah, sebab aku rasa belanja untuk latihan sahaja sudah berjuta-juta. Akan wujud Pusat Pra-Latihan Agen Rahsia yang pastinya akan dibina di lokasi eksklusif di United Kingdom (atas dasar perkongsian teknologi), kemudiannya Pusat Latihan Asas Agen Rahsia Kebangsaan di lokasi rahsia yang tidak boleh dikemukan (Langkawi. Sebab bebas cukai) dan tidak lupa juga Pusat Latihan (Dan Convention Hall) Lanjutan Agen Rahsia Kebangsaan di Putrajaya. Selepas agen rahsia kita terbunuh ketika melakukan tugasan (akibat keracunan makanan di Dubai) sudah tentu kecoh satu Malaysia tentang program agen rahsia kita di suratkhabar, dan akibatnya satu program ini dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dari segi latihan (sebab gunakan pelatih sukarelawan) dan bangunan (kandungan pasir lebih dari simen dalam bancuhan konkrit). Tamat cerita.

Jadi, memang sahlah Orang Melayu Tidak Boleh Jadi James Bond, bukan?

Popularity: 8% [?]

53 Responses to “9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi James Bond.”

  1. Hafeez N. says:

    haha!

    Good one.Sekali lagi!

  2. SUNDAL JALAN says:

    hahahhaa!!!!! cam sial jer.. sial dan terbaik.

  3. Anonymous says:

    MM, kenapa buka semula komen oleh anonymous? i bencilah baca komen2 yang geli2 tanpa nama.

  4. Encik Bibir says:

    james bond tak boleh tp jebon boleh

  5. AkiM says:

    Jefri Zain boleh dikira iras2 James Bond ke..??

  6. VoidDance says:

    Cetek sungguh pemikiran kamu tentang kakitangan kerajaan. Bukan semua klise seperti yang kamu sering fikirkan.

    Selalu baca blog ini, tapi kali ini adalah artikel paling tidak menarik. Setakat inilah.

  7. errk, kenyang says:

    hahaha…
    ada sedikit kelainan dalam tona penyampaian…santai mungkin…
    hahaha…9 sebab …

  8. The Spiral Eyes says:

    aku sangat anti kerajaan..harap maklum..

  9. MengkudeLubangKude says:

    the good one..haha

  10. Miko Yamaguchi says:

    alasan no 8 tu x ble blah. kelakar gila..hahaha.

  11. Fiziy says:

    unsur sinikal di sini. hebat!

    tp aku dah cukup berangan nak jadi James Bond lelagi bile main card poker ngan budak ruma. soundtrack James Bond mmg kasi aku luck menang. satu petanda, kan? HAHA

  12. iqanabeera. says:

    brilliant entry. tergelak sorang-sorang at every point you made.

  13. StingRay says:

    mat sentul rilek ja jadi mat bond..cam jebon gak la jadinya…

    ha ha ha….

  14. Sarah is the One says:

    orang memang sensitif hal agama. ada orang tak kisah, tapi yang kisah memang akan make a big fuss out of it. martini shaken not stirred di translate- hahahahahahahahah!!!!!!

  15. buruh says:

    kalau ada gajet guna signal measat, mesti takleh pakai ketika hujan.
    kena tunggu hujan redia baru signal elok balik.

  16. ber'spy" says:

    jika anda cuba berwancana akan perihal “ajen risikan” dengan menjadikan filem sebagai wadah dan kiblatnya..nampaknya anda kurang peka dengan filem filem melayu lama…”jefri zain”..seorang melayu..adalah seorang spy yang sangat hedonis di zaman nya…macam bond..malah kita juga pernah mempunyai spy wanita..”nora zain” yang tidak kurang hedonis tapi bertarung dengan kebaya ketat nya…dan..kita juga punya spy perody sinikal bernama “mat bond” dan mereka semua berbahasa melayu dalam semua filem tersebut.
    Kerana sejarah adalah perkara yang perlu “dilihat” dan “diketahui” dan “difahami” sebelum menilai sesuatu bangsa atau apa saja.

  17. drugbuddy says:

    haha. kelakar!

  18. dena_r says:

    mm, you da best. i dunno which one is better, kenapa melayu tak boleh jadi batman or this post. lol

  19. Anonymous says:

    hmmmm…betul2..melayu mmg xsesuai jd james bond..sume akan nmpk xkene je..obviously bkn cara kite james bond nieh…

  20. TJ says:

    Ron Jeremy porn hero pun ada?

  21. [Dee]nyet says:

    hahahahaha, adoii tergelak aku bace, hey i’m new here, and currently i love this post, very knowledgable and yet very funny ,

    memang betol pon org melayu xleh jdi james bond, orang melayu ade org melayu cara tersendiri

  22. TOY BOX says:

    ron jeremy tak tahan tue. hahahaha. takleh bayang dia jadi spy. rasa dia akan sibuk spy benda lain dari job yang dapat. hahaha.

  23. .m a r y n n a.® says:

    cool sial. aku setuju 200%

  24. Melayu Minimalis says:

    @ber[spy]
    ada sebab aku tidak tulis pasal itu semua. sebab tu jins shamsuddin setakat jadi jefri zain sahaja, dan mat sentul hanya layak jadi mat bond.

    makes any sense?

    @dena_r
    thank you! i liked your pop art styling!

  25. 47 says:

    You’re good man! XD

    sekarang aku sudah 100% convinced yang orang melayu tak boleh jadi james bond.

    yoga pun kena fikir 2-3 kali sebelum buat, inikan pulak martini LOL

    Aku pun belum tengok lagi quantum of solace, ahad ini mungkin.

    dan..

    sedikit ralat:

    no4: james band, ..agen kita pasti (tak) kacak macam daniel craig.

  26. Siberkop says:

    Erm, tapi tidakkah kau rasa sebenarnya kita mmg ada ejen2 rahsia ni, atau kaki2 spy la. Cuma kita tak berapa nak pasti mereka wujud la.

    Cuma aku rasa para pengarah, penulis atau org kaya penerbit filem kita tak dpt timbulkan satu icon mcm James Bond ni lagi(selain Jeffry Zain tu). Itu antara masalah negara yg berkaitanla.

  27. Adil says:

    Dalam banyak-banyak, aku terketawa baca no 8. Sangat betul.

  28. Scribbles Of My Life says:

    LOL…
    Aku suka direct trans : Martini Yang Digoncang, Bukan Dikacau

  29. ber'spy' says:

    ok..faham..jika arahnya kesitu mungkin lebih sesuai “mengapa orang melayu tak layak pegang watak james bond”..dan apa pun inikan blog anda..terpulang semuanya pada anda.

  30. zaFFA says:

    lawal tapi tk selawak nukilan si budak afiqsays

    http://afiqsays.blogspot.com/2008/11/our-malaysian-007.html

  31. semi-clairvoyant says:

    Dude,

    “Hendak buat kereta tahap konsumer pun masih terkial-kial selepas 20 tahun.”

    Yang part ni, kurang gua kurang setuju beb. Sejak Datuk Syed Zainal masuk, Proton is turning around very well. Lu tgk Persona ngan the new Saga. Itu kereta-kereta ‘tahap konsumer’ lah tu. Apa kita harap kalau takat bayar 40-50k? Honestly, tahap kualiti memang ada peningkatan. Tapi vendor ngan after-sales memang still fucked-up. Yelah, ramai sangat Melayu minimalis yang tak berapa peduli. Diorang tu melayu minimalis yang tak peduli soal kualiti, komitmen and tanggungjawab kerja untuk suap family. Bab masalah kualiti Proton ni lu kena tanya lah Tengku Mahaleel apa dia buat screwing up Proton dulu….

    - Downcycle semi-clairvoyant, who doesnt drive Proton, no having any relationship with the national auto maker. But, he really thinks Proton is turning around. He also thinks – “melayu minimalis” seorang yang sebenarnya peduli. ya, sangat peduli tentang perkara-perkara di sekelilingnya…

  32. Pewaris Reformasi says:

    haha, u make my day!

    aku pun memang tak yakin orang melayu boleh jadi james bond. ada mat bond dan jeffri zain tu dah kira cukup baik….

    tapi kau tau tak orang melayu boleh jadi apa?

    KONSTABEL MAMAT! tak percaya tanya Salleh Yaacob! Terbaik punya!

  33. Anonymous says:

    tak kelakar pon…

  34. Anonymous says:

    melayu yg xsedar diri mereka jd bahan cerita lucah@dongeng.pathetic.setuju dgn ulasan lu tanpa rasional dengan beralaskn ‘u make my day and cool sial’..mat saleh kot smua..kasihan kpd pengkomen2 anda yg mmg cukup ‘melayu’

  35. Anonymous says:

    mungkin kelakar bg setengah org,mungkin tidak bg setengah yg lain..ikut jenis manusia..
    1.yg rasa artikel ni juz tersurat knapa kita xkan jd “mereka” dan betapa ignnya kita jd mereka akan rasa ini kelakar.
    2.jenis yg melihat tersirat dan tahu btapa bangsa itu kadang2 penting utk wujud jati diri dan betapa sedih bila kelompok sendiri merasakan kita x lyak utk jd sesuatu..

    sori..takut nak letak nama..internet tempat yg indah utk mereka yg penakut.

  36. dena_r says:

    alamak u saw that? malunyaaa gila spur of the moment thing. desperate for a new phone punya pasal. takpa i will try for androgyny pulak

  37. mrgbum says:

    ngah rahra har har har… sangat kewl alasan alasan ko… snap on…

  38. Moro & Tomorrow says:

    Your blogs wonderful..but comments ni makin towards the end..makin craps! mendelaa smpi syed zainal pon kuar ni..cool laa weh!

  39. c3kgu says:

    cam siot jek…nak terkeluar isi perut aku baca..

  40. MUNIRAH BAHRIN says:

    haaa.
    ya!
    aku sokong. betol tu apa yang kau ckp

  41. Hidup Aku Bosan kerana... says:

    Haha.. tapi orang melayu boleh jadi Mat Bond.. tak pon jebon.. hahahaha

  42. BAGAk says:

    Kena masukkan masalah bahasa juga

    James Bond Melayu pakai loghat apa?
    Kedah, Kelantan atau Perak?

    kejap jer boleh detect kampung mana

  43. aficiozado says:

    eh james bond melayu ada la..tapi aku tak boleh beritahu la siapa..sebab kalau aku beritahu kau, aku takut aku kena bunuh kau..hahaha

  44. Anonymous says:

    melayu itu bangsa, bukan agama.

    and anyway, what ever happened to malaysia boleh?

  45. eLLe says:

    Tapi aku rasa Melayu yang bagus boleh mencipta identiti sendiri untuk menjadi ajen risikian, dan Melayu lain tidak boleh downgrade keupayaan Melayu. Kalau nak downgrade Mat Rempit, takpa lah. Tapi populasi Melayu ramai, takkan takda sorang pun yang boleh jadi sehebat James Bond? (kalau betul hebat) . Tetiba aku pelik la, kenapa Melayu perlu membezakan atau menyamakan dirinya dengan Orang Barat or whatever? Why dont we just focus on something yang boleh menaikkan level seorang Melayu…

  46. y(a)ppie says:

    omg number five proton hahaha!!!
    so true!

    by the way, best la read your bahasa melayu blog. refreshing!

  47. Anonymous says:

    kira melayu ni loser r ea sebab xbley jd james bond?ke melayu ni memang kena ubah jd james bond br dier jd hebat?
    kira negara berbudaya sir tu amat hebat sebab diorg bley minum martini goncang dan bley wat keta yg pastinya bukan proton..owh..
    james bond tu spy kan..jd untuk jd james bond kena jd spy..melayu xder langsung yg layak jd spy sebab kulitnya sawo matang dan bukan putih..owh ..xbley adapt rupanya org melayu..

  48. xoxo says:

    memang betul pun orang melayu xbleh simpan rahsia,camne nak jadi james bond

  49. Kajang Pak Malau says:

    or whatever? melayu loser? get some real self esteem lah weeh

  50. [...] (Aku suka menonton filem Amerika dan letakkannya di dalam konteks pemikiran Melayu. Seperti 9 Sebab Melayu Tidak Boleh Jadi James Bond, 9 Sebab Utama Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Zombie dan 9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi [...]

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes