December 5, 2008 22

Tanya Abang Minimalis Lagi Dan Lagi Dan Lagi!

By in Tanya Abang Minimalis

Wuish. Penat betul aku membaca buku semenjak dua menjak ini, sampai tiada masa untuk menulis. Sebagai seorang yang telah lali membaca buku fiksyen, aku memang asyik membaca buku-buku perihal budaya serta sub-budaya popular, terutamanya yang ada berkenaan dengan muzik dan fesyen seperti buku-buku karangan Chuck Klosterman, Rob Sheffield dan John Sellers.

Tetapi baru-baru ini aku telah mula mengangkat buku yang lebih ‘berat’, sehingga sampai setengah kilogram beratnya. Dan sudah semestinya buku-buku sebegini yang penuh dengan perkataan-perkataan seperti ‘hikayat’, ‘penjajah’, ‘keris’ dan ‘etnonasionalisme’ memerlukan daya konsentrasi yang lebih. Tidak semudah membaca tentang buah dada Britney Spears misalnya.

Jadi sementara aku menghabiskan pembacaan buku-buku aku (aku akan bercuti panjang selepas ini, banyak masa untuk membaca) dan kurang masa untuk menulis, aku ingin buat sesi Tanya Abang Minimalis sekali lagi. Ramai yang telah menulis meminta ruangan ini kembali sekali lagi, jadi cepat-cepatlah tinggalkan soalan di ruangan komen di bawah (bukan di Kotak Taburan Fitnah). Seperti biasa soalan-soalan tentang politik dan agama tidak akan dilayan. (Kecuali aku sendiri yang bertanya.)

Nota: Aku tiada niat untuk membuatkan blog ini lebih serius, sebab memang secara lumrahnya aku bukan seorang yang amat serius. Banyak lagi blog lain yang lebih serius tonanya, tetapi sampai sekarang aku tak pernah jumpa blog yang ada menulis pasal Cik Mat. (Aku mungkin salah.)

Popularity: 2% [?]

22 Responses to “Tanya Abang Minimalis Lagi Dan Lagi Dan Lagi!”

  1. Diloz says:

    1)dalam keadaan ekonomi semasa,elokkah sambung study atau ambil 2nd degree atau terus kerja?

    2)selain Msia,mana kau rasa paling menarik.sebab?

    3)sehari kau mandi berapa kali?

  2. Tipu Tapi Benar (TTB) says:

    Boleh MM ceritakan tentang sistem rangkaian/spesifikasi perkakasan komputer yang MM impikan (untuk kegunaan di rumah)?

    Apakah sistem rangkaian/ spesifikasi pekakasan komputer yang dipunyai MM buat masa sekarang?

  3. mamat khalid palsu says:

    MM sebenarnya adalah gabungan beberapa bloggers yg berkongsi satu ruang bebas untuk menulis, tetapi mengapakah irman klphq shj yg disebut2 atau disalak2 sedangkan beliau hanyalah ahli yg paling tidak aktif, mereka tidak tahukah ada lagi 5-6 orang lagi yg terlibat di sebalik tabir ATP.blogspot ini?

  4. Pecah Kepala says:

    sekiranya mm sedang menunggu keputusan SPM, apakah jenis part time job yang mm akan pilih?

  5. jajabinks says:

    hi abang minimalis.

    1. siapa blogger selebriti kegemaran, and why?

    2. raya haji nanti sambut di mana?

    ok sekian.
    selamat hari raya aidiladha!

  6. joe jambol says:

    tanya sama MM.

    1) apakah rasa arak? aku tak pernah minum, tak pernah mahu minum, tapi amat curious sekali mahu tahu. sila jangan jawab dengan jawapan “cuba sendiri”.

    2) terima kasih.

  7. Tora Aman says:

    Hai MM.
    Soalan saya,

    1.Suratkhabar manakah yang paling berbaloi untuk dibaca dan adakah MM membaca suratkhabar?

    2.Boleh tak listkan perkara-perkara penting yang tidak boleh kita terlepas pandang atau terlupa jika hendak ke luar negara untuk belajar dan melancong?

    3.Ada tak website yang menyediakan proses pembelajaran yang menyeronokkan untuk subjek sains dan matematik?

    Thanks MM,
    Selamat Hari Raya Aidiladha. =)

  8. Kurie says:

    1 – pendapat kau tentang “novel internet” yg dah lama kat Jepun…

    2 – pendapat kau tentang istilah “minum segelas, mabuk setempayang”..

    abis…

  9. Anonymous says:

    Soalan :-

    -Adakah anda membenci mat rempit
    -Kenapa anda membeli kereta Proton
    -Apa pendapat anda tentang Hishamudin Rais

  10. tetikus optik says:

    Aku ingin btanya apakah mminimalis ini seorg gamer atau anti gamer? kalau seorg gamer, game apkah yg menjadi kegemaran? adkah game2 LAN yg mjadi pilihan para azman spt Counter Strike, Defends of The Ancients, atau game2 online berbentuk RPG atau side-scrolling spt Ragnarok dan Maple Story? atau lebih gemarkan game2 kompleks seperti siri Bioware Neverwinter Nights, Icewind Dale, Heroes of Might and Magic, dan Age of Empire?
    kalau boleh sila nyatakan sebab2 dan rasional2 jawapan anda. dan maafkan sy jika soalan ini pernah dtanya org lain sbelum ini.

  11. Valentina Ibiza says:

    MM,

    buku apa yg perlu kita baca untuk menunjukkan yang kita ni cerdik dalam intellectual discourse

  12. xFAZx says:

    1.sebelum adanya kamera kamera digital,kedai gambar merupakan tempat utama untuk memproses gambar selain memiliki bilik gelap itu sendiri.ianya juga merupakan tempat menjual filem serta tempat untuk menangkap gambar.oleh kerana kamera manual sudah jarang digunakan,dari manakah datangnya keuntungan untuk kedai gambar itu dengan lambakan kamera digital serta mesin pencetak segera?

    2. mengapakah sesuatu benda yang dianggap betul sukar untuk ditonjolkan atau ditegakkan?adakah kerana kita malu atau kerana mentaliti masyarakat kita sendiri.

    3. semangat kejiranan.adakah ianya masih lagi relevan dimasa hadapan?

    Terima Kasih

  13. d7 says:

    MM..
    apakah ciri2 tipikal melayu pada pendapat nko?
    e.g. dengki bila tgk bangsa sendri berjaya, suka burukkan org lain tanpa tgk diri sendri kat cermin dulu.

    lagi satu, aku dah bosan deal dengan lelaki melayu yang tipikal e.g. try nak impress org tapi sebenarnya buat org lagi meluat ngan dia. sila bagi aku cara utk deal dengan mereka yang x faham bahasa ni selain daripada buat tak peduli sbb mereka tak akan faham.

  14. badrul says:

    eh MM, aku mungkin lambat 100juta tahun, tapi aku nak cakap jugak..sony kluar kan digicam model skinny..haaa, ko kan suke cam nipis2, cekidaut man..10.1mp..

    buleh kasik sumbat lam skinny jeans ko tanpe masalah.

  15. abang mat tora says:

    adakan MM salah seorg peminat kumpulan rock kapak CROSSFIRE drp batupahat? TQ

  16. #%$*&@ says:

    MM,
    kat mana lagi ada jual kamera polariod, range harga n kos penjagaan dan pembaikian
    Terima kasih

  17. .theberuk says:

    .Mungkin Dragon Red dianggap sebagai band nu-metal yang agak poyo bagi saudara MM, tapi saya ingin menanyakan pendapat MM pasal satu band ni.

    Dah lama tak dengar khabar band tu. Ramai orang kata lagu dia susah nak digest lah apalah. Apa pendapat MM pasal band KLPHQ?

  18. azimpuch says:

    salam,
    baju melayu, selain bahasa melayu, itulah budaya melayu yang masih tinggal. bukan? adakah MM suka berbaju melayu?

    ape pula pendapat MM utk golongan yang gemar memakai baju melayu lengkap bersamping, pada majlis tertentu mahupun tiada majlis.

  19. oilchanger says:

    ada satu persoalan yg dh lama terbuku dalam benak aku yg mungkin anda tahu jawapannya.

    kenapa title2 seperti ‘bitch’ dan ‘slut’ hanya apply kepada perempuan sedangkan lelaki juga sgt ramai yg ‘layak’ mendapat title yg serupa? atau hanya aku yg tak tahu sebenarnya?

    itu sahaja setakat ini.

  20. farizzet says:

    saya pernah email soalan ke gmail anda sebelum ni. nuffnang saya dah tidak menjana lagi walaupun trafik makin sibuk. mana salahnya dan apa cara untuk menjanakannya semula?

  21. ann says:

    salam.

    aku nak tau apa pendapat mm tentang ini, sila ulas. tapi topik ni terlalu panjang, jadi saya bagi link utk mm tengok.

    http://eforum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=284607&highlight=2012

    dan

    http://eforum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=364465&highlight=2012

    mm ada pendapat tak? yg pasti, tak nak laa jawapan bodoh sebab pening jugak saya baca topik ini.

  22. errk, kenyang says:

    hahaha, aku add on questions.
    ahad ada tengok cerita “udon”
    dari arts central.

    1- mat mat jap makan berdiri, itu normal ke? atau situasi. (dalam cerita tu budak sekolah, mat teksi, mat opis order ikut tingkap dan makan diluar kedai, berdiri – indoor seating ada)

    2- apasal jalan kampung diorang kecik? hahaha…tipikal view.

    3- (soalan malas) apa beza soba dan udon?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes