December 8, 2008 88

Senarai Suka-Suka.

By in Pemerhatian, Pendapat, Youtube

(Gambar di atas sekadar gambar hiasan.)

Demi tanggungjawab aku sebagai seorang penulis blog yang bertanggungjawab aku ingin menyahut saranan Cik Magenta dan menulis tentang perkara-perkara yang menjengkelkan aku jika perempuan buat. (Sekali lagi tiada kaitan dengan gambar di atas.)

1. Perempuan yang terlalu memainkan peranan Wanita Yang Lemah. Jenis perempuan yang terlalu hendakkan kesatria berperisai berkilat untuk menyelamatkan keadaan pada tiap-tiap masa sehinggakan benda yang remeh-temeh pun si lelaki kena buat. Macam tiupkan makanan yang panas sebelum masuk mulut dan yang paling pantang menyuruh si lelaki pegangkan tas tangan ketika membeli-belah. Puh-lease. (Tiada kaitan dengan gambar di atas.)

2. Perempuan yang kamu tahu sukakan kamu betul-betul dan berusaha sedaya upaya untuk membuatkan kamu terpesona dengannya dengan menceritakan segala pencapaian-pencapaian yang kurang relevan. Seperti kenyataan “Saya tengah buat tesis 2000 mukasurat tentang Damien Hirst” bila kamu beritahu kamu minat baca komik ataupun “Saya sudah hafal semua buku karangan Jamie Oliver dan Anthony Bourdain!” bila kamu beritahu kamu suka makan di restoran Secret Recipe. Kiranya terlebih sangat nak impress-lah. (Juga tiada kaitan dengan gambar di atas.)

3. Perempuan yang suka kutuk negara sendiri. Asyik-asyik suka berkata “Malaysia ini panas-lah, di London/New York dulu sejuk sahaja…” atau “Orang di Malaysia ini bodoh la, aku tak sabar nak kerja di Melbourne/Berlin, di mana orang-orangnya semua bijak-bijak, ramah mesra dan sopan santun belaka.” Kalau sudah orang Malaysia buat macam orang Malaysia. Kecuali kalau kamu bukan orang Malaysia, kalau kamu hendak kutuk negara sendiri dipersilakan. (Semestinya tiada kaitan dengan gambar di atas.)

4. Perempuan yang suka tunjuk Perasaan Kasih Sayang Di Tempat Awam (Public Display of Affection) di tempat yang tidak kena. Seperti ketika beratur untuk membayar barangan di Tesco/Globe Silk Store/Mydin di depan makcik-makcik atau ketika beraya di rumah orang. (Mungkin tiada kaitan dengan gambar di atas. OK, OK tiada kaitan.)

5. Perempuan yang tidak berusaha untuk menghilangkan misai nipis sendiri. Ataupun mana-mana bulu di tubuh badannya yang tidak sepatutnya berada di situ. (Ini subjektif, jadi sila abaikan jika kamu suka bulu.) (Ya, tiada kaitan dengan gambar di atas.)

6. Perempuan yang perasan dirinya teramat cantik sehingga satu cakerawala terpaksa patuh kepada kehendaknya. Ini termasuk berpendapat semua planet-planet mengorbit di sekeliling dirinya, jadi dialah yang paling patut diutamakan, termasuk dari segi masa (ambil masa sendiri), graviti (harapkan orang lain yang patut mengangkat beban) dan yang paling tak boleh bla ialah perempuan yang menggunakan kecantikannya untuk melarikan diri dari tanggungjawab. Sebab dia perasan dia lawa sangat kalau dia buat salah apa-apa pun orang semua akan maafkan. Sebab dia lawa. Puh-lease. (Masih tiada kaitan dengan gambar di atas.)

7. Perempuan yang lebih buku dari ruas. Kita beri dia peluang dan kebebasan, dan sebaliknya kita dikongkong atas kehendaknya. Tidak boleh keluar rumah, tidak boleh tegur rakan-rakan perempuan (yang sudah kenal lama pun) walaupun sebaliknya kita berikan segalanya. Aku rasa ini satu simptom besar kes Queen Control jadi jika ini telah pun terjadi kepada kamu sila berwaspada dan picit-picit tangan dia sampai sakit. (Tentunya tiada kaitan dengan gambar di atas.)

8. Perempuan yang lebih ruas dari buku. (?) Selalu hendakkan lebih pengorbanan dari kita jika dibandingkan pengorbanan yang diberinya. Misalnya satu hari kamu dibelanjanya makan nasi sambal udang di kedai mamak, tetapi sebagai balasannya dia mengungkit-ungkit kononnya mengidam makan udang kara bakar di Seychelles. Kalau kamu bantah dia akan kata, “Eeeeh tapi hari tu kan I belanja you makan???”. Pirah. (Tiada kaitan juga dengan gambar di atas.)

9. Perempuan yang terlalu cintakan seseorang sampai sanggup melakukan dan menerima segalanya sampai hilang pendirian diri. Aku rasa pendirian tegas dan mempunyai sifat individualiti itu penting, jadi jika kamu hilang pendirian semata-mata kerana cinta memang tidak patut sebenarnya. Jatidiri itu penting dan aku rasa boleh menjadikan mana-mana lelaki terpikat dengan kamu. (Tiada kaitan langsung dengan gambar di atas.)

10. Perempuan yang selalu ajak makan tetapi bila makan bersama-sama, malu pula untuk makan sampai habis walaupun sebenarnya perut sedang berkeroncong versi orkestra. Tidak payah berselindung sangat, sebab aku suka lihat perempuan makan dengan puas, janji tidak gelojoh dan makan sampai muntah. (Mungkin ada kaitan. Mungkin tidak.)

11. Perempuan yang buat macam dalam video berikut.

Ha. Ha. Ha.

Popularity: 6% [?]

88 Responses to “Senarai Suka-Suka.”

  1. c3kgu says:

    apa kes perempuan melayu tersebut? seperti tiada kemaluan

  2. Barteria says:

    video mmg xboleh bla,haha.

    MM, memandangkan magenta tak jawab soalan aku (lagi),mintak pendapat kau pulak.

    1. pasal significant other yang berasal dari luar bandar (kebiasaannya, mereka yg tinggal di kawasan urban pun ada je macam ni). yg kebiasaannya akan memanggil pasangannya ‘abang’ bg perempuan atau membahasakan dirinya sebagai ‘abang’ bg yg lelaki. dalam erti kata lain, perempuan/laki kampung yang bercir-cirikan kekampungan dalam segala benda termasuk dalam hubungan dan pertuturan yang menggunakan abg-syg dan mungkin papa-mama.

    2. pasal mereka memang mencari pasangan tanpa sebab selain pasangan untuk berkahwin tapi pada usia yang muda, macam around 19.

    contoh situasi (kisah benar) :

    *dibazaar ramadhan kolej,ada lecturer dan rakan berdekatan yg boleh mendengar perbualan dengan jelas*

    P : nak jadi bini yg baik kena la pandai layan bakal suami dengan baik, meh saya pilihkan lauk.

    L : erh,ok.

    perempuan tersebut baru mula keluar dengan lelaki ni dalam 2 minggu, fyi lah.

    aku pernah berhadapan dengan perempuan yang bersifat macam yg aku tulis kt atas tu. dan,memang ianya satu turn off la.

  3. Azzam?? says:

    weihh.. tolonglah cakap ko rakam video tu sendiri dan berada di tempat kejadian.. sangat menarik okay.. =D

  4. momoe says:

    hahahahhahaha apa masalah pompuan tu? hahahahhahahahahahahhahahaha hina sial.menjatuhkan maruah sendiri bodoh nak mampus.

  5. Jard The Great says:

    drama…women are always being dramatic.. sigh..

  6. Topengperak_Xinwugi says:

    7. Perempuan yang lebih buku dari ruas. Kita beri dia peluang dan kebebasan, dan sebaliknya kita dikongkong atas kehendaknya. Tidak boleh keluar rumah, tidak boleh tegur rakan-rakan perempuan (yang sudah kenal lama pun) walaupun sebaliknya kita berikan segalanya. Aku rasa ini satu simptom besar kes Queen Control jadi jika ini telah pun terjadi kepada kamu sila berwaspada dan picit-picit tangan dia sampai sakit. (Tentunya tiada kaitan dengan gambar di atas.)

    yang ni aku setuju sesangat.ini adalah pencabulan hak asasi.aku benci..!

  7. phikool thong says:

    hahahahahahak..mengong gler jtuh bedebuk saham..ak dpt bygkn mcm mne klu dia da kwin sok..fuhh ‘slmt’ laki dia

  8. Tak letak nama sebagai langkah berjaga jaga. says:

    Aku ada kenal lelaki yg sifat no 7. Queen Control lelaki. Atau Khing Control?

  9. The Spiral Eyes says:

    perempuan merokok,kamu boleh terima ya?

  10. chopstick says:

    7. Perempuan yang lebih buku dari ruas. Kita beri dia peluang dan kebebasan, dan sebaliknya kita dikongkong atas kehendaknya. Tidak boleh keluar rumah, tidak boleh tegur rakan-rakan perempuan (yang sudah kenal lama pun) walaupun sebaliknya kita berikan segalanya. Aku rasa ini satu simptom besar kes Queen Control jadi jika ini telah pun terjadi kepada kamu sila berwaspada dan picit-picit tangan dia sampai sakit.

    ohh..ni memang satu NO NO NO utk aku jugaaaa..benci kalo lelaki seperti ini,yg kononnya caring tapi sebenarnya takut dengan bayang2 sendiri.huh!

    10. Perempuan yang selalu ajak makan tetapi bila makan bersama-sama, malu pula untuk makan sampai habis walaupun sebenarnya perut sedang berkeroncong versi orkestra. Tidak payah berselindung sangat, sebab aku suka lihat perempuan makan dengan puas, janji tidak gelojoh dan makan sampai muntah.
    hahaha ini diakui oleh beberapa lelaki yg aku kenal dan rapat.mereka selalu akan ‘perasan’ dan tegur keslamberan aku makan dgn penuh selera di hadapan mereka (sama ada big mac atau kueteow sup) sebagai sesuatu yg amat menyenangkan.

    btw,gadis dalam video itu memang sangaaattt memalukan..iskkk..

  11. senhora says:

    Jgn dikutuk perempuan dlm video itu jika tak terjadi sendiri kepada korang atau org terdekat korang. Bukan nak sokong sgt perempuan tu tapi perempuan mmg susah kawal perasaan.

    Lelaki boleh la gelak, korang yang sedap buat pasal.

  12. drugbuddy says:

    kalau aku lelaki, kita mungkin sama.

  13. Azreen Zzz says:

    Tak boleh kawal perasaan? Tak boleh kawal maksudnya mengalir air mata(secara senyap)dalam lrt bukan menjerit-jerit maki kat telefon depan semua orang. Takde kelas punya pompuan.

    Kesian abang kat sebelah tuh…nampak awkwardnya dia berada di tempat kejadian…hahahaha..

  14. Hunn says:

    Macam tiupkan makanan yang panas sebelum masuk mulut dan yang paling pantang menyuruh si lelaki pegangkan tas tangan ketika membeli-belah.

    - Seriously ada ke orang minta tolong tiupkan makanan yang panas? EUWW. And yeh, aku geli tengok lelaki pegangkan handbag perempuannya. Kalau rasa malas nak pegang handbag, buat apa bawa and beli handbag. Haihh.

    Perempuan yang suka tunjuk Perasaan Kasih Sayang Di Tempat Awam.

    - Hahahaa lelaki pun ramai juga yang suka menunjukkan kasih sayang di tempat awam.. Ehe.

    Perempuan yang tidak berusaha untuk menghilangkan misai nipis sendiri.

    - Hello, its natural, and it will look more ugly and weird if its shaved.

    Perempuan yang terlalu cintakan seseorang sampai sanggup melakukan dan menerima segalanya sampai hilang pendirian diri.

    - Kasihan lah perempuan macam ni. Macam takde life.

    sebab aku suka lihat perempuan makan dengan puas.

    - Im a girl, I wonder why some girls are shy or “afraid” to eat infront of guys? Its not that shes naked when she does that! HAHH.

    - Hahahaa video tu, perempuan tu sumpah macam takde life gila nak maki maki depan orang.

  15. faharasat. says:

    aku pulak yang rasa segan dengan pompuan tu.

    haha.

  16. Ladynoe says:

    haah la MM malu lah jadi perempuan yang kat video tu. Malunya.

    kepada senhora, memang la kalau perempuan dapat tau lelaki dia menipu/curang, memang lah susah nak kawal emosi. Tapi tak bermakna ko boleh terpekik macam langsuir kat public macam tu.

    Mencarut2 macam tu. Malu la weh.
    Kalau nak cakap aku tak pernah rasa, aku pernah rasa tau.

    Memang sakit. tapi tak de la emosi sampai macam tu sekali.

    Macam…”patut la lelaki tu blah cari perempuan lain” kot

    sorry la kalau apa aku cakap ni ada menginggung orang lain.

  17. Ladynoe says:

    silap,
    *menyinggung.
    =)

    ei, tapi macam terasa je nombo 5 tu. Jap nak cek cermin. Ahahah.

  18. Z says:

    wtf..
    brader due orang yang tengah duduk tu statik je.
    macam tak berani nak bagi respon.
    mungkin mereka sedar mereka dirakam juga kot.haha

    perempuan jenis apa lah tu..tak malu betul.

  19. Anonymous says:

    eh MM, kau dh bawak turun tht vid ke apa? aku tk sempat tengok, dh ckp no longer available :(.

    Ada alternative link?

  20. AkiM says:

    huuih..??

    apa punya org nih, org yg duduk2 kt tepi tuh pun takut nak bgn kang tak pasal2 kena carut ngan pompuan tuh…

  21. nanatron says:

    sangat teringin nak tengok sesuatu yang dramatik seperti itu secara live…lama sungguh tak naik LRT!

    hmm..kalau perangai perempuan itu selalu sangat complain, setiap benda dia mahu complain atau bagi pendapat dia walaupun tidak diminta, bagaimana? Menjengkelkan atau tidak?

  22. nhanania says:

    haaha lawak2 aku ingt jenis2 perempuan mcm tu jadi kegilaan laki..laki kn nk suka tunjuk ego..konon leh tunjuk die caring abis pd p’puan mcm tu..

    yg aku tahu..org laki ni x suka sgt perempuan yg terlampau independent ni..ade p’puan gedik nk cross jln raya pun x reti..konon mcm histeria kt tepi jln..x reti nk cross..bodoh.
    jenis ni mmg xbleh blaah.

    p’puan yg xleh naik bas sorg2..payah kene jemput dr kedah nun..laki die kt johor..nk kne g kedah sana jemput die..pastu blk johor blk..mmg x bleh blahh.

    kes p’puan x reti nk shave mmg lawak laa..da jenis hormon Testosterone tu terlebih, pandai2 laa..aku ade kawan yg mcm tu..kelantanese sorg, bdk ganu sorg..mmg sian laa..

  23. hans says:

    6. Perempuan yang perasan dirinya teramat cantik sehingga satu cakerawala terpaksa patuh kepada kehendaknya. Ini termasuk berpendapat semua planet-planet mengorbit di sekeliling dirinya, jadi dialah yang paling patut diutamakan, termasuk dari segi masa (ambil masa sendiri), graviti (harapkan orang lain yang patut mengangkat beban) dan yang paling tak boleh bla ialah perempuan yang menggunakan kecantikannya untuk melarikan diri dari tanggungjawab. Sebab dia perasan dia lawa sangat kalau dia buat salah apa-apa pun orang semua akan maafkan. Sebab dia lawa. Puh-lease. (Masih tiada kaitan dengan gambar di atas)

    Aku said…
    ada budak pompuan ni dkt kelas aku…dalam 2-3 orang..kami panggil group mean girls..haha..

    10. Perempuan yang selalu ajak makan tetapi bila makan bersama-sama, malu pula untuk makan sampai habis walaupun sebenarnya perut sedang berkeroncong versi orkestra. Tidak payah berselindung sangat, sebab aku suka lihat perempuan makan dengan puas, janji tidak gelojoh dan makan sampai muntah. (Mungkin ada kaitan. Mungkin tidak.)

    aku said..
    haha3….aku selalu ajak geng2 macam nih makan..sapa suruh malu2..last2 aku bedal semua…haha

  24. mist says:

    pompuan dlm video tu, mungkin:

    1. hilang pertimbangan
    2. hilang kawalan
    3. hilang kewarasan

    kerana secara fitrahnya, malu itu adelah pompuan dan pompuan secara azalinya (insyaAllah) adalah pemalu.
    tp kemungkinan juge byk faktor lain yg memungkinkan sebab2 yg ditulis di atas yg berkait rapat dgn kehidupan peribadinye secara serius.

    haih.. walau apepun saye sendiri malu bile tengok

    –hanya penganalisa bukan penghukum–

  25. Anonymous says:

    Aku paling tak tahan bila tengok lelaki pegang beg tangan perempuan. Kalau tak berat sangat nak bawak beg tangan sendiri, baik bagi semua telefon and dompet kepada si lelaki dan dia boleh masukkan dalam pocket dia atau masukkan dalam beg dia sendiri. kenapa nak suruh dia pegang? Itu cara nak tunjuk betapa sayang si lelaki tu pada kamu? Tapi banyak cara lain kan? Dan, kenapa pula masa nak beli beg tu, kamu yang gayakan di cermin padahal akhirnya si lelaki yang bawa? Perempuan sememangnya pelik.

  26. echo machine says:

    video itu…

    *saya tak tahu nak cakap apa kerna ia sungguh … memalukan*

  27. husni says:

    err…kenapa lelaki dalam telefon tu tak letak je?

    ataupun…yang lebih menarik ialah kalau tiada sesiapa di talian…

    hahaha…

  28. Anonymous says:

    aku setuju dengan nukilan MM! apa pendapat MM terhadap perempuan yang kurus kepeng macam papan tetapi suka bertanyakan soalan merepek e.g “saya nampak gemuk tak dalam seluar ni?” tak boleh blaaa!! dua tahun lepas aku pernah date satu minah ni, dia kurus dan kecil macam badan kanak-kanak, tetapi dia suka bercakap pasal ‘lemak’ dia. tak tahan bai. nak ‘feel’ pun tak rasa apa benda, macam nak cuba stim dengan dinding.

  29. magenta says:

    Kawan aku send video ni kat aku sebelum dia kena upload kat youtube. “Kau kat mana..kenapa kau buat aku begini..”

    Lol. Ni mesti banyak sangat tengok cerekarama kat TV pastu perasan hidup dia tu drama and dia heroin yang baru dicurangi.

  30. cabincrew are here not to kiss ur ass says:

    apsal suara pmpuan tu macam fasha sandha mengamuk?wawawa..

    kalau sy jd sahabat dia,sy lari dok gerabak lain.

    kalau sy jadi dia,sy cepat2 faham kenapa bf sy tinggalkan sy demi perempuan lain.

    kalau sy jd dia,takyah nk bazir2 crdt fon.kita ngurat abg baju putih di belakang tu pun ok..

    haha.ini boleh report polis.menganggu ketenteraman awam.biol.

  31. Anonymous says:

    no. 11 – perempuan “SAKIT”

  32. famia says:

    kesianlah.

  33. xoxo says:

    perempuan perasan, suka pda n xde pegangan hidup mmg xley blah.
    tapi video tu macam tgk cite sutra maya ade gak.bile fasha sanda gaduh ngan maria farida.fuyoh

  34. xoxo says:

    i still dun understand y perempuan suruh bf pegang handbag bile shopping.apekah tujuan sebenar perempuan bwk handbag kalau suruh bf pegangkan.handbag bukan accesories lelaki.yang paling xpaham, lelaki plak kekadang rasa bangga bwk handbag gf.muka bangga xleh blah.nak2 handbag gf dia handbag ‘mahal’ macam handbag guess danau kota..hahahahhahahha

  35. d7 says:

    aku berada di tempat kejadian..
    gile psycho aku rase dia ni..
    tapi aku lagik giler cuak kot2 dia mengamuk tahap gaban kan sbb aku opposite dia je..
    wuuu

    p/s: aku suka btol no. 1 tu. paling pantang tgk lelaki yg bwkkan handbag.. kecualilah kalo wife dia tgh saraf mengandung kan.. ohoho

  36. erm says:

    fukin badass sial…stim dengan dinding

    hahaha

  37. Si Baju Hitam says:

    aku setuju dengan xoxo…tak payah kot nak bawak handbag girlfriend. ngada2. kalau taknak bawak handbag sendiri…tak payah bawak at the 1st place…ok?

  38. Pously Naie says:

    Nombor 4. Terlalu ramai siot. Tapi kes ni takda bertepuk sebelah tangan. Perempuan dan laki tu, dua-dua. Aku geli. Rasa nak tepuk kepala dari belakang dan kata “oi get a room la” Kalau kena tangkap basah, padan muka. Gatal sangat.

  39. The A says:

    abah dia!gila apa cakap camtu kat public?!burghh.

  40. Qing says:

    Encik MM,
    Video tu. . ha ha ha ok.
    Kalau Yusof Haslam tengok pasti dia terus tawar berlakon filem ‘Siapa Perempuan Itu?’

    Pure talent.

  41. shyssa says:

    ha ha is very blog add mmee plz

  42. smallgestures says:

    Dude, this is actually a sweet love post.

  43. Lola says:

    aku rase kadang kala kite kene berfikiran out of the box dan jgn terlalu berfikiran negatif..
    psal bawak tas tgn perempuan tu..bley jadek si lelaki yg sukarela nk pegangkn handbag si perempuan kononnya byk kejadian ragut dan sbgnya..kirenye nk protect la kot..
    tp kalao sbb selaen itu,abaikn je la…

  44. *Sarah is the One says:

    bf nak pegang handbag aku? no way! banyak rahsia dalam tu. err video memang tak boleh blah tapi aku kesian juga tak tahu apa cerita sebalik amukan tu. tapi markah classy memang -30 lah.

  45. sarloamd says:

    kalau aku jadi salah seorang dari penumpang tren tu. pasti ada orang yang dah ditendang keluar.

    dan kalau aku jadi kawan perempuan gila tu. mampus. memang aku tinggalkan kawan macam tu.

    hahaha

  46. shehahaha says:

    wow. i’m experiencing some major second-hand embarrassment after watching that video. buat malu kaum perempuan je.

  47. o says:

    perempuan mmg macam tu. sumpah aku tak tipu.

  48. Eemi says:

    insiden terjadi apabila seorang perempuan gagal mengawal emosi . HAHA .

  49. qai says:

    yeap!
    inilah perempuan.
    bukan sebarang perempuan.
    aku juga perempuan.
    jgn pikir bukan-bukan xD

  50. nanatron says:

    Perempuan bukannya lemah bila suruh si lelaki pegangkan tas tangan bila beli-belah. Cuma nak mintak tolong pegangkan sahaja. Salah ke? Sekadar 10 minit si perempuan nak belek baju? Kalau itu pun susah nak tolong, tak boleh tolak ansur dan berkira kudrat & nak jaga imej *aku tidak dikontrol gf/wife* sangat…bayangkan lah bila berkahwin nanti. Azab yeh!

  51. Melayu Minimalis says:

    @nanatron
    kalau kamu kekasih yang faham hati lelaki kamu akan elakkan kekasih kamu dari stigma memegang handbag kamu tau. kalau si lelaki yang mintak tolong pegang sekejap apa salahnya.

    @shehahaha
    erm gambar kamu lawa. hai.

    @Qing
    tu la memang. pelakon handal.

  52. Anonymous says:

    apa yg aku blh ckp ni gadis sgaporelah sebab dia cakap..

    ko PAT mana?
    aku BILANG sekarang…

    sekian :-)

  53. Weed and Bandages says:

    aku setuju dengan semua.

    antara ciri-ciri yang ada kat adik bongsu aku.

    kegedikkan melampau dengan balak dia didepan orang termasuk depan mak aku.

    aku rasa nak lempang saja.

    tapi agak kesian.

    aku tegur cara baik.

    tapi kadang-kadang terlepas juga kegedikkan tu. itu yang rasa nak kasi sedas dua!

  54. Foxybabe says:

    Aku nak tambah list ko la…

    ada sesetengah perempuan yang dah kawin suka merendah2kan perempuan yang masih single lagi. pastu cam kutuk2 nape kite tak kawin. padahal, bukannye pompuan yang masuk minang… kena tunggu lelaki jugak…. tak tau ke jodoh tu tangan tuhan? bukannye kite yang masih single ni tak nak kawin.

    eheheh.

    :)

    p/s: sorry tumpang blog ko. malas nak tulis kat blog sindrik.

  55. PnampoJepon says:

    pergh terase macam nak masok dlm spender sendiri bile tgk video ni..

  56. Anonymous says:

    aku rasa insiden no.11 ni dkt s’pore nih..
    sian pompuan itu..

  57. Rozana Alia says:

    “Sape pompuan tuuuuuuuuuuuuuu.”

    Damn. Suara dia sangat Lucu hehe

  58. lembuhijao says:

    haha~ mmg tak ley blah laki bwkkan handbag pompuan..td mase ngah lunch kat secret, masokla satu pasangan ni nak beli kek..yg laki pakai handbag si pompuan yg besar gedabak tuh tp purse bdk pompuan tuh sendiri pegang..ape kes?? baek tak yah beli beg sebesar alam tu kalau tak nak guna..

    kecuali handbag besar cap uptown tu mmg laki tuh yg punya..

    p/s: kek tuh laki tu jugak yg byr walo bdk pompuan tu keluarkan purse die awal2..

  59. Ezad says:

    Dan pemenangnya bagi pelakon wanita terbaik jatuh kepada?? (Drum Roll) adalah…jeng3 pikir2 la sendiri..huhu

  60. SESEORANG says:

    erkk..mintak maaf tuk..anak cucu tumpang lalu

    http://www.belogbaruaku.blogspot.com/

  61. fadh says:

    shite, bagus jugak that I saw this, to remind myself not to lose control and stoop so low. Cos I just found that I’m going through the same thing.

    Or maybe since I’ve mellowed with age (read : met enough lying cheating assholes) that maybe I shouldnt be bothered anymore …. kan?

    Wahai Perempuan Kegilaan Perasaan dalam Video, sudah2lah tu. He’s not worth it, so just quietly get your closure, say “Next!” and move on.

    (adakah komen masih relevan? nasib ah! )

  62. bulan. says:

    astaghfirullah.
    tolonglah.sudah la ulang pertanyaan yg sama byk2 kali,yg perkataan *toot* bkn main lg kuat dijeritkan.
    laki itu dah tak syg,dia ada pompuan laen,dia tak mau jumpa kau.

    video itu membuatkan sy mau ketawa & annoyed dlm masa yg sama.

  63. Lea Dzahir says:

    1st time baca blog nih.. hmm.. gitu yer? apsal la ppuan tu pun kot ye xleh nak kawal emosi, it’s not the right place to show the emo.. hee.. wrong place wrong time.. kalau saya sbg kawannya, akan heret dia keluar dr situ n cari space yg xde org utk dia emo2.. if she was me, i’ll get a room with no ppl innit.. heee.. malu ler nak ngamuk2 n jd pratonton org.. sheessh.. sabar je la.. :)

    and.. pasal hbag, sy mmg selalu bawak hbag sendirik, tp kadang2 mr bf yg nak bawakkan sbb barang dia beli ada dlm beg tu, maka dia telah menambahkan bebanan beg.. tp kejap je.. then sy akan mbawa hbag sy sendirik. x sker tgk lelaki n hbag. cam aper tah.. hehe..

  64. hikayat aku dan mereka says:

    what? tak sangka ada perempuan mcm tu… well.. kdg2.. sebabkan perempuan2 mcm ni la yg buat imej perempuan bertambah buruk…

    aku perempuan.. tapi.. aku harap aku takkan buat benda yg memalukan mcm tu.. mintak dijauhkan..
    point2 kau mmg bagus..

    Aku benci nak tgk agenda2 manje org depan org ni.. dah la melayu.. jaga la adat sket….

    Aku sendiri pernah putus hubungan dgn lelaki hanya kerana aku taknak berpegangan tangan…

    Kaum2 lelaki pun.. jgn diminta yg bukan2.. faham tak?

    Hal handbag tu.. takleh blah sgt2… klu nak bg pakwe pegang.. elok kau bwk pakwe kau.. suh dia beli ikut matching baju… ahahaha… Yer la.. kau beli.. tapi bg pakwe pakai.. Taknak pakai,meh bg aku.. okeh?

    p/s: dari aku yg perempuan tapi tak malu nak makan sampai kenyang depan lelaki..

  65. chloe says:

    oh. my. gawd.
    the video was an eye opener. mmg set a new standard for “clingy”.

  66. d7 says:

    aku nak tambah comment lagi..

    kejadian tu bkn kat spore lah..
    kat msia..
    aku ade kat situ time dia tgh ngamuk.. otw pi midvalley..
    kalo x silap bf dia nak clash ngan dia sbb ade gf lain kot..
    x bape nak sure..

    apepun, peringatan pada kita semua x kira la jantina agar x out of control gile kentang cam tu..

  67. i love my handbag says:

    seriously. pasal handbag tu sebenanyer bukannyer perempuan jer yg nak sedap2 suh laki pegang tapi kengkadang memang lelaki yg nak pegang. maybe nak tunjuk macho or prihatin. ni aku seniri yg rase. mase i went on a date with a guy, dier yg nak pegangkan handbag. terus i cakap no its oke…then dier insist nak tlg pegang jugak n tanyer kenape tak bagi dier pegang. sampaila aku ckp kalu aku kuar ngan my girlfrens n ader nampak guy pegang hb the partner, kiterang kutuk. terus dier kate, okey, reason acceptable. ssooo tuan2 dan puan2. bukan perempuan jer yg tergedik2 nak suh lelaki bwk handbag. ader jugak yg laki yg sengaje nak tunjuk macho ok. sila mengaku yer laki2.

    ps: aku kalu tak pegang handbag sniri rase bogel. betol. accesories kene complete.

  68. GAGAK TUNGGAL says:

    hahah,satu tulisan yang menarik. aku selalu jumpa dengan perempuan yang berperangai begini terutama jenis perempuan yang no 1,4,6,

    mengikut kata hishamudin rais, mereka yang berperangai seperti perempuan 1,4 dan 6 ini digelar menghidap penyakit KKS

    penyakit KKS ialah penyakit=kurang kasih sayang

    tentang perempuan no 11,itu baru pertama kali aku lihat. Dasyat juga perempuan tu memaki hamon,kasihan kawan dia,tak pasal-pasal tanggung malu. mungkin perempuan ini juga KSS

  69. Emphbone says:

    wau.. aku lelaki pun tak pernah maki hamun macam pompuan tuh ahaha.. tapi lelaki tak maki hamun, pakai penumbuk je..

  70. suet says:

    the video is priceless

  71. Anonymous says:

    kalu aku kwn die dah lame aku bla…hahaha

  72. Syah Saliman says:

    mm, dlm tren tu,saya pun ada gak.keluar pergi borders cari buku ngan kawan.tp taktau plak ada kt utube.wah,ni nak hantar kt dia ni.hahaha.masa tu saya tgh dgr mp4 skali tersentak dgr org jerit2.

    p r i c e l e s s

    oh yeah,entri terbaru. is it carcosa ? been there but not sure if am right.

  73. you know me ! says:

    this shit flush!

    hahahaha.
    hhahahahah
    hahahahah

    adeh. tatau ckp apa dah.

    kamu ni aihhhhhhhhhhhhhhhhhh.

  74. suzy D says:

    ini kali ke2 sy melihat video ini deiselitkan dlm blog..video buat sy ktawe..perempuan bodoh tak reti malu…

  75. Anonymous says:

    I can only hope pompuan dalam vid tu hanya berlakon semata mata.

    Im a girl, but I cannot, for the of life me, understand why would a girlfriend, let the bf pegang her handbag.and lelaki pon tolongla jangan mintak pegang handbag.pls.dont.

    as for no 3.kita kena hadapi kenyataan.

    other than that.Im in love with you.

    ha ha.

    abaikan.

  76. insanmungil says:

    cube kite berfikiran postif kat sini …
    mungkin
    1. mic hp pompuan tuh rosak , jadi die kene cakap kuat2
    2. balak die ader masalah pendengaran , jadi die kene cakap kuat2 gak
    3. die tgh shootin drama swasta
    4. dan lain2 kemungkinan yg memungkinkan

    tapi mungkin gak die nih da tergolong dalam pompuan melayu yg da hilang nilai2 keMelayuannyer …

    hadoila cik kak , mane hilang ko punyer malu haa …

    wat malu kaum bakal bini aku je aa …

  77. ::. na[d]iEya .:: ~! says:

    Kalau aku jadi kwn dia mesti aku da lari jauh²..
    Malu dowh ade kwn camtu..

    Mcm mana plak kalau perempuan yg t’lalu m’ambil berat..
    M’jengkelkan atau tidak?

  78. ekin bla bla says:

    hurmm… anyway…she’s acing weird…
    but still, mybe she had given something that is precious for her to him…
    no offence to guys, but mostly… mmg laki yg salu buat prangai…
    but for sure, pmpuan tu mcm overreact..

  79. Anonymous says:

    janberg>>
    dis miserable gurl>>lack off attention disorder(LOAD)..1st time aku view blog niew,best sgt..ur words takes away my footings..kalu aku nak bg topic bley,hmmmm…nape kebanyakan owg kt dlm myspace, friendster or yg seumpama dengannya..mesti nak posing ala2 senget..pelik aku..hmmm..aku pown kdg2 gaks..mueh3..tp aku dew gaks pic muke x senget..hi3..

  80. photofaker says:

    no.11:

    “aku nak jumpa kau, pukimak!”

    hahaa brgkali lelaki tu menggunakan loudspeaker dan hp nya jauh dr telinga.

    aku tk fhm dgn perempuan mcmni, buat malu kaum je. haihhh

    *abg MM, sye sudah link kamu. hrp tidak kisah

  81. mu says:

    kesian pompuan dlm video tu. kesian sbb memalukan diri seniri n dipermalukan oleh orang lain yg rakam video tu. adakah tindakan merakam orang lain yg memalukan diri sendiri tindakan yg baik? aku peduli juga

  82. silent perfect says:

    adui…sengal gak dier tu…jerit + carut2 cam takde maruah…malu la..
    kawan dier tu senanyer mesti tak tahu nak buat ape dah..memalukan la…

  83. belalang kunyit says:

    lunatic…

  84. Aleya Ariana says:

    salam MM. saya fokus video sebab yg terakhir dalam senarai mungkin adalah perkara yg pertama. haihss. so sadis and i geleng kepala tunduk segan.

  85. Anonymous says:

    drama queen… O_o

  86. syda says:

    aku sebagai perempuan, malu tengok video yang MM post tu. sumpah malu. kalau ye pon dah x leh control emotion tuh, at least fikirlah org sekeliling,dah lah kau tuh dekat public area, naik train yg agak ramai juga penumpang. kalau perkara tuh jadi dekat depan mata aku, mesti aku harapkan someone pergi tampar perempuan tuh bagi sedar sikit sekarang ni dia dekat dunia nyata. malu gila, confirm org tua semua ada dalam train tuh. memang drama queen!

  87. Pink Updates says:

    Fuckin’ Perfect is an amazing song by Pink and I like how it gives a good message to everybody in the world! I also liked Raise Your Glass, but Fuckin’ Perfect is that much better. Everyone is perfect in their own unique way and this is the only thing that actually means anything!

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes