December 17, 2008 4

Tanya Abang Minimalis: Musim 7 Episod 2.

By in Tanya Abang Minimalis

Aku sebenarnya sedang bercuti sekarang, sebelum aku bermula di tempat kerja baru tanggal 2 haribulan nanti. Jadi disebabkan ketiadaan perkhidmatan Internet di rumah dan disebabkan keadaan di restoran mamak ber-Wifi ini memang selalu tidak menggalakkan pemikiran yang kreatif (bising yang teramat), jumlah nukilan-nukilan mungkin berkurangan.

OK, mungkin bukan jumlah nukilan, tetapi nukilan-nukilan yang mencabar minda akan berkurangan.

(Alasan, alasan.)

Lagi pun, aku sedang mengambil peluang untuk benar-benar berehat sebelum aku mula kerja baru nanti. Jadi, aku bangun pun lewat, tidur pun lewat, sekadar melepak di rumah, buat kerja-kerja tidak berfaedah. Apa-apa pun ada beberapa soalan yang aku belum jawab lagi, jadi apa kata?

oilchanger bertanya…
ada satu persoalan yg dh lama terbuku dalam benak aku yg mungkin anda tahu jawapannya.
kenapa title2 seperti ‘bitch’ dan ‘slut’ hanya apply kepada perempuan sedangkan lelaki juga sgt ramai yg ‘layak’ mendapat title yg serupa? atau hanya aku yg tak tahu sebenarnya?

Aku rasa ini mungkin kerana pemikiran berdasarkan seksisme yang ada di dalam dunia ini. Bila seorang lelaki meniduri seorang wanita, persepsi umum biasanya meletakkan lelaki sebagai ‘penakluk’ dan perempuan yang ‘ditakluk’. Aku tidak setuju dengan pendirian yang meletakkan wanita sebagai golongan yang lemah, sebab aku rasa ia kurang relevan sekarang. Pencapaian kedua-dua lelaki dan wanita aku rasa sudah berada di tahap yang sama.

Tetapi realitinya, ramai wanita di luar sana yang (mungkin secara tidak sengaja) menganggap diri mereka lemah. Mungkin atas sebab pendidikan, atau pun mungkin sebab tidak cukup bersenam atau pemakanan yang tidak betul. Aku rasa tidak salah jika kamu menggelar seorang lelaki sebagai ‘slut’, sebab aku kenal ramai lelaki yang boleh digelar sebegitu pun. Jadi aku sarankan supaya kamu semua bebaskan minda dan mula menggelarkan lelaki yang ‘banyak main’ bukan sebagai terer tetapi sebagai ‘slut’.

farizzet bertanya…
saya pernah email soalan ke gmail anda sebelum ni. nuffnang saya dah tidak menjana lagi walaupun trafik makin sibuk. mana salahnya dan apa cara untuk menjanakannya semula?

Aku pun begitu. Yang penting untuk menjana wang dengan Nuffnang bukan dengan jumlah trafik yang banyak, tetapi dengan jumlah ‘clickthroughs’ yang diperolehi, iaitu bila seorang pelawat blog kamu klik di iklan tersebut. Tetapi ingat bahawa ini hanya boleh berlaku dengan ‘unique clickthroughs’, iaitu klik yang dibuat dibawah IP atau alamat yang berbeza. Ini bermaksud tiada erti jika kamu (atau seorang kawan kamu) klik iklan tersebut 1000 kali, sebab yang dikira hanya klik yang pertama.

Apa-apa pun memang tidak boleh kaya dengan hanya iklan di Nuffnang. Untuk kaya aku cadangkan belajar tinggi-tinggi dan cari pekerjaan yang baik, kahwin anak orang kaya ataupun hilangkan persahabatan kamu dengan skim MLM.

ann bertanya…
aku nak tau apa pendapat mm tentang ini, sila ulas. tapi topik ni terlalu panjang, jadi saya bagi link utk mm tengok.

http://eforum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=284607&highlight=2012
dan
http://eforum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=364465&highlight=2012

mm ada pendapat tak? yg pasti, tak nak laa jawapan bodoh sebab pening jugak saya baca topik ini.

(Sila klik pautan sebagai panduan.) 2012? Tidak mungkin. Kalau difikirkan melalui sains, bumi kita masih ada masa berjuta-juta tahun lagi sebelum semua kehidupan musnah. Aku cadangkan jangan terlampau taksub dengan ramalan-ramalan sedemikian, sebab telah terbukti banyak kali yang semua ramalan-ramalan ini kurang tepat. Akibatnya ramai antara mereka yang benar-benar percaya perkara ini benar-benar ‘mengkiamatkan’ diri dengan pembunuhan diri beramai-ramai. Ya, memang kiamat, tetapi hanya untuk mereka yang percaya.

Sebagai panduan sila baca entri wikipedia ini.

errk, kenyang bertanya…
hahaha, aku add on questions.
ahad ada tengok cerita “udon”
dari arts central.

1- mat mat jap makan berdiri, itu normal ke? atau situasi. (dalam cerita tu budak sekolah, mat teksi, mat opis order ikut tingkap dan makan diluar kedai, berdiri – indoor seating ada)
2- apasal jalan kampung diorang kecik? hahaha…tipikal view.
3- (soalan malas) apa beza soba dan udon?

1. Ada banyak restoran di Jepun yang tiada langsung menyediakan tempat duduk, hanya ruang untuk berdiri dan makan. Ini mungkin kerana budaya mereka yang pada amnya pantas dan laju dan tidak suka membazir masa, jadi setiap detik dalam setiap hari itu bermakna. Memang bukan perkara yang pelik di sana, sebab bukan sahaja mereka ingin cepat, malah perbuatan ini juga diterima umum dan tidak dipandang serong atau pelik. Malah seseorang yang berpakaian pejabat dan makan sambil berdiri mungkin dianggap pekerja yang baik dan tekun sebab tidak suka membazir masa.
2. Sebab tidak luas. Dan mungkin juga pemandu-pemandu di sana semuanya bagus dan mahir. (Lihat sahaja Initial-D. Itu baru pemandu kedai tauhu!)
3. Soba berwarna gelap (coklat kehijau-hijauan) dan dibuat dari buckwheat (gandum kuda). Udon yang lebih tebal berwarna putih dan dibuat dari gandum biasa. Rasa kedua-duanya berbeza. Sebagai maklumat tambahan Ramen pula dibuat dari gandum dan berwarna kuning, yang serupa dengan Mi Maggi kita di sini.

Sekian, terima kasih.

Popularity: 1% [?]

4 Responses to “Tanya Abang Minimalis: Musim 7 Episod 2.”

  1. Zaini says:

    “Untuk kaya aku cadangkan belajar tinggi-tinggi dan cari pekerjaan yang baik”

    alamak.

  2. insanmungil says:

    di jerman juga orang2nyer makan berdiri …
    nmpak macam kurang ajar , tapi da jadi adat , ape nak ckp …

  3. Anonymous says:

    sometimes we call men, man whores.(whenever needed only.)
    Z

  4. Melayu Minimalis says:

    @Tanpa NAma 03:08
    ya manwhores.
    ramai di KL ni.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes