December 18, 2008 13

Lagu-Lagu Layan Diri 1.

By in Layan Diri, Youtube

Setelah aku menulis pasal lagu ‘Something I Can Never Have’ tempohari, aku terfikir pula tentang lagu-lagu yang aku dengar ketika aku melayan diri. Lagu-lagu gembira ketika aku sedih, lagu-lagu sedih untuk mengingatkan diri ketika bahagia, lagu-lagu ramai ketika bersendirian, lagu-lagu bersendirian ketika aku bahagia di samping orang. Kesemuanya lagu-lagu memperingati dan mengingatkan.

Jadi di dalam situasi-situasi yang aku sebut di atas, aku hanya ada beberapa lagu yang aku benar-benar layan, lagu yang aku boleh dengar berpuluh-puluh kali tanpa merasa bosan. Aku senaraikan lagu-lagu tersebut, dan mungkin juga sedikit penjelasan mengapa lagu itu relevan dengan aku, OK?

Pearl Jam – Alive
Lagu ini sebenarnya kalau diteliti dari segi lirik amnya memang tidak relevan dengan aku. Tetapi aku suka betul bahagian korusnya yang mengingatkan aku, dari dahulu lagi (sudah bertahun-tahun aku layan lagu ini), bahawa walau apa pun musibah yang menimpa aku, aku masih hidup lagi.

Mogwai – Hunted By A Freak
Lagu ini mengingatkan aku pada satu tempoh yang paling membingungkan kepada aku. Lagu ini aku kaitkan dengan pemanduan kereta berseorangan sampai entah ke mana, dan persoalan-persoalan yang wujud ketika aku bingung ketika itu. Lagu ini mengingatkan aku bahawa aku telah berjaya mengatasi kebingungan tersebut, dan berjaya melangkah satu langkah lagi ke hadapan.

Mono – Halcyon (Beautiful Days)
Aku pernah menulis tentang lagu ini dahulu, dan aku bertuah kerana sempat menyaksikan lagu ini dipersembahkan secara ‘live’ oleh band tersebut. Lagu ini sedikit sebanyak telah menjadi catalyst untuk aku bertindak untuk mencapai satu impian, dan juga mengingatkan aku tentang saat-saat indah yang aku kongsikan bersama seseorang.

Hurt – Johnny Cash
Lagu ini sebenarnya hasil karya Nine Inch Nails, tetapi aku gemar betul versi yang dibuat penyanyi country lagenda Johnny Cash. Aku pernah sesat dahulu (mungkin masih sesat), dan hidup penuh melankoli dan kesedihan. Lagu ini sedikit sebanyak memberikan aku semangat untuk terus berjuang dan tidak menyerah kalah walau seberapa sakitnya hati aku.

The Album Leaf – Always For You
Lagu ini sebenarnya lagu kegemaran salah seorang dari kawan baik aku, yang banyak membantu aku ketika aku susah hati dahulu. Walaupun kami kurang rapat sekarang di atas sebab-sebab tertentu, tetapi bila aku mendengar lagu ini aku teringatkan persahabatan dan kepercayaaan yang diberi rakan tersebut, yang sedikit sebanyak boleh menenangkan aku.

The Cure – Pictures Of You
Aku mula mendengar lagu ini lama dahulu, dan merupakan lagu templat ketika aku merindui seseorang. Secara am, tidak tertumpu kepada mana-mana individual ya? Selain dari lagu ini aku juga selalu mendengar lagu ‘Lovesong‘ dari The Cure, walaupun aku sebenarnya mungkin lebih minat versi yang dibawa oleh band 311.

Deftones – Minerva
Lagu ini juga merupakan lagu yang penting bagi satu titik noktah hitam dalam hidup aku, dan setiap kali mendengar aku mengingatkan diri tentang kepayahan yang menimpa aku ketika itu dan bagaimana aku mengatasinya. Memang lagu pembina semangat.

Depeche Mode – Home
Selain dari lagu ‘Somebody’ yang aku pernah tulis dahulu (hmm.. aku pun tidak jumpa nukilan tersebut), ini salah satu lagu dari Depeche Mode yang aku paling suka, sebab liriknya yang amat bermakna. Sekurang-kurangnya kepada aku-lah. Ada banyak lagu Depeche Mode yang aku selalu layan, tetapi ‘Home’ di antara yang aku paling minat sekali.

Memang lagu-lagu yang layan tidak terhad kepada mana-mana genre. Pada aku muzik itu amat universal, dan muzik yang paling bagus ialah muzik yang kamu dengar dan kamu boleh fikirkan kaitannya dengan hidup kamu. Jadi nantikanlah bahagian kedua, ya?

Popularity: 3% [?]

13 Responses to “Lagu-Lagu Layan Diri 1.”

  1. ducknezz says:

    Jarang org dgr Mogwai ni.. hehe

  2. Weed and Bandages says:

    Ramai juga orang dengan Mogwai.

    :D

  3. Fariz Bakar says:

    311 – love song, yeah!

  4. xeem says:

    MM: I love your love for MONO. Personally, I think they are better than Mogwai at the genre despite their later establishment.

    They are indeed my favourite post-rock band. I’ve seen them live twice and went away with tears in my eyes.

  5. che-mie says:

    pendapat saya ialah saya ambil peduli dengan tulisan kamu

  6. fatin fatan says:

    jarang org dgr sunn 0))).
    hahahahahah

  7. Peeps says:

    deftones.

    no doubt kebanyakan lagu dorang memang pembina semangat. lagu deftones bila terasa susah dengan apa saja benda dalam hidup kau, memang membina. hopefully chi cheng (bassist deftones) cepat sedar dari koma. ye. dia eksiden keta.

  8. PinkCherry says:

    alamak was abt to write on the exact same thing but nanti u perasan pulak ur reader suka buat spinoff from your writing. opps :)

  9. Anonymous says:

    :)
    beautiful halcyon days

  10. Melayu Minimalis says:

    @fatin fatan
    kalau layandiri dengan sunn o))) padah akibatnya nanti.

    @xeem
    you really think so? i think mogwai is way ahead than mono. mono just copied the sound from a particular period from mogwai and made it their own. mogwai just went on ahead from there….

    apa pun bulan january nanti MOGWAI TURUN KL!!!

  11. Penguin Digital says:

    pearl jam terbaeeeeek :D

  12. dena_r says:

    jom bermogwai. tak nak kasi smashing pumpkins dtg sini ke?

  13. Gravity says:

    aku suka gila entri mcm ni. nak lagi!

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes