Kenapa Perempuan Melayu Tidak Dipanggil Bumiputeri?

Posted on Friday, December 19th, 2008 at 04:18

Bila sedang bercuti dan tiada kerja, mulalah fikiran melilau, memikirkan banyak-banyak benda. Selain dari benda-benda tidak senonoh yang melibatkan barangan plastik bergetar dan kaki panjang, semestinya cuti yang panjang membolehkan aku untuk berfikir panjang tentang tujuan dan arah hala hidup, dan membuat penangan perjalanan hidup setakat ini.

Macam aku, sebagai seorang yang berbangsa Melayu, aku selalu terfikir bolehkah aku sampai ke tahap hidup yang aku sampai sekarang jikalau selama ini mulut aku tidak disuap? Bolehkah aku berjaya jika aku di luar sekatan kuota, atau peruntukan, atau kelebihan hanya berdasarkan bangsa aku?

Terus terang aku pun kurang pasti. Cuma yang aku pasti apa yang diberikan kepada aku, aku telah eksploitkan secukup-cukupnya. Bukan sekadar makan apa yang disuap, malah menggigit terus tangan yang menyuap.

Tetapi aku bernasib baik, kerana pertaruhan aku akhirnya berbaloi. Sekurang-kurangnya aku sedar peluang yang diberi kepada aku, dan aku gunakan secukup-cukupnya. Mungkin platform mudah untuk aku supaya berusaha untuk berjaya.

(Inilah akibatnya bila menonton filem ‘Impak Maksima’ malam tadi.)

Sekeji mana pun aku memandang mamat-mamat yang aku lihat bersepah di kawasan Bukit Bintang setiap hujung minggu (memang sungguh parah kebelakangan ini aku lihat), sebagai seorang yang berbangsa sama, kadangkala aku kasihan.

Sebaik mana pun pendidikan yang diberikan kepada kamu, semua pendidikan itu tidak bermakna jika kamu tidak menggunakannya. Hidup memang tidak cukup berbaloi jika motif kamu tiap-tiap minggu adalah untuk menimbang bola di depan pelancong Arab di sekitar Bukit Bintang.

(Ish wanginya ah moi yang baru duduk sebelah aku ni.)

Aku pun secara jujur tidak ada catalyst yang benar-benar memaksa aku untuk membuat perubahan diri. Aku tidak dibelenggu kemiskinan, aku jarang dipandang rendah atau digelar bodoh atau tolol, aku tidak membazir masa semata-mata ingin mengusha lurah dada atau pinggul tonggek perempuan.

Tetapi mungkin keinginan aku untuk keluar dari belenggu ‘herd mentality‘ telah membuka pemikiran aku sedikit. Aku rasa ketika aku berumur 15 tahun dahulu pun cara aku berfikir tidak berapa berbeza dari mana-mana pelajar berumur 15 tahun yang lain. Jadi apa ya yang berlaku suatu ketika dahulu yang membuatkan aku berkata ‘tidak!’ apabila diri aku hampir dikandangkan dengan Kem Bina Semangat dan ‘penziarahan’ oleh abang-abang yang sekarang berada di dalam Raihan?

Terima kasih rock’n'roll.

Jadi apa pula catalyst kamu? (Macam ‘Heroes’ Musim Ke-3 saja.)

Popularity: 2% [?]

Responses (5)

  1. Anonymous says:

    aku pun once jadi macam tu.jadi macam sheep.then masa umur 12 saya diintroducekan kepada punk rock,
    semakin banyak aku berfikir,berfikir pasal hidup aku dan pilihan aku.sekarang aku 16.

  2. *Sarah is the One says:

    sebab tak sedaplah bumiputeri!

    rasanya pernah baca explanation tentang terms yang diguna untuk lelaki perempuan, tapi hanya guna kata nama sesuai bagi lelaki sahaja. tak ingat dah kenapa. cikgu bahasa mesti tahu.

  3. Hafeez N. says:

    Aku cuba untuk keluar dari mentaliti majoriti,tapi aku lebih suka cara yang bapa aku pernah ajar dulu.

    Dia pesan,kalau kau nak ubah orang lain,jangan guna cara rejim.Guna cara Yahudi.Buat baik,dlm subconcious kau ubah mentaliti majoriti.

  4. Rfq says:

    thanks jimi :)

  5. Melayu Minimalis says:

    @Sarah Is The One
    OKlah kamu jadi Bumiputeri yang pertama OK? hahaha.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes