Apa kata kita sambung terus ke bahagian kedua hari ini.
Glen Hansard & Marketa Irglove – Falling Slowly
Aku benar-benar tersentuh dengan filem ‘Once‘ yang menampilkan lagu ini. Kisah tentu dua orang yang bertemu disebabkan muzik memang sentiasa menarik perhatian aku. Dan kebetulan juga pelakon yang muncul dalam filem ini merupakan ahli muzik handal, yang berjaya memaparkan emosi satu filem ini dengan hanya lagu ini. Pada aku ini memang genius, dan aku benar-benar kagum. Mungkin.
Explosions In The Sky – Memorial
Aku mula-mula melayan band ini ketika aku rasakan tona dan mood lagu-lagu yang dibawakan sesuai sungguh dengan situasi hidup aku ketika itu. Dan aku kagum dengan kebolehan mereka berempat ini untuk membawa emosi di dalam sesuatu lagu tanpa menggunakan lirik, yang membebaskan perasaan aku dari lirik yang mungkin tidak relevan. Dengar, dan adaptasikan dengan hidup kamu. Mudah bukan? (Lagu ini juga aku sempat mendengar secara langsung ketika band ini turun ke KL tempohari.)
Radiohead – Exit Music (For A Film)
Aku kagum dengan kebolehan Thom Yorke untuk menggubah lirik yang benar-benar menyentuh perasaan. Lirik lagu ini tentang cinta terhalang benar-benar membuatkan aku terfikir, dan menyedarkan aku bahawa cinta dan kasih sayang sebenarnya kadangkala cukup untuk mengatasi segala rintangan. Che-wah.
Joy Division – Love Will Tear Us All
Lagu terkenal ini aku rasa memang relevan untuk ramai orang di luar sana. Aku rasa aku tidak perlu menerangkan tentang mesej lagu ini. Selain versi asal aku juga suka versi yang dibawa oleh penyanyi Jose Gonzales. Kalau kamu rajin, Google sahaja, memang banyak versi lagu ini yang dibawa oleh ramai orang penyanyi dan band lain.
Kings Of Convenience – The Weight Of My Words
Kadangkala bukan lirik sahaja yang bererti, tetapi melodi yang mudah juga ada keupayaan untuk menyentuh jiwa. Aku benar-benar suka melodi yang dibawa oleh dua orang vokalis dalam duo ini, dan secara keseluruhannya aku memang suka mendengar lagu-lagu Kings Of Convenience untuk menenangkan hati yang sedang panas, misalnya.
Sigur Ros – Njosnavelin (The Nothing Song)
Terus terang aku katakan di sini lagu ini banyak menyusahkan aku, sebab aku selalu kaitkan dengan sepatah dialog yang Tom Cruise gunakan di dalam filem ‘Vanilla Sky‘ yang menggunakan lagu ini. Aku terlalu taksub tentang apa yang dikatakan sehingga menyusahkan diri sendiri. Jadi sekarang aku gunakan lagu ini sebagai peringatkan untuk mengingatkan diri aku supaya jangan terlalu taksub dengan Tom Cruise.
Smashing Pumpkins – Today
Di kala aku benar-benar gembira dan senang hati, aku suka mendengar lirik yang dinyanyikan Billy Corgan di dalam lagu ini. Dan di kala aku benar-benar bersedih, aku akan keluar membeli aiskrim sambil mendengar lagu yang paling menggembirakan aku. Walaupun seketika.
Toe – Goodbye
Aku tidak faham langsung apa yang dinyanyikan oleh band dari Jepun ini, tetapi memori ketika aku menyaksikan lagu ini secara ‘live’ sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum ketika aku bersedih. :)
Jadi sebelum aku mendapat idea untuk menulis selanjutnya sila tunggu bahagian ketiga ya? Kalau bosan sila layan Piah Zadora, terima kasih.
Popularity: 2% [?]
i still couldn’t figure out how love can turn one’s apart.it should be other way around.
when your minds made up. meremang bulu roma aku.
semua lagu sedih je…
playlist lagu kamu pun sedih2.
lagu happy lagu apa? aku dah lama tak dengar…
I think it should be “Love will tear us apart”
well yeah, love can tear us apart. lets put it this way. if you and your partner are together, there is a possibility that you would break up or something. its bcos of love, u started to fight, argue and everything. aku rasa kalau berkawan aje mungkin hal hal remeh mcm gigit kuku, pegang tas tangan tak timbul. but when you are together, this might come up. so love will tear us apart.
lagu kafabindunya pun layan gak..
leh buat ko teringat kisah silam ko ke, ikut r, bregantung kelayanan ko kat lagu tuu hahaha
apa ini?
semua orang bercerita pasal kekasih.
haha.
siapa putus cinta?
tak paham lah aku.
ahh pilihan lagu yang terbaik. post rock memang indah.
kalau kau betul nak layan jiwa supaya lebih sakit lagi, dengar lagu Padi “Ode”.
i’m sorry dude…
MM! Love Will Tear Us Apart!
MM, ade kesilapan ejaan dekat perenggan 1. Lagu falling slowly memang terbaik. dan, terima kasih sebab kenalkan lagu Halcyon dalam post dulu tu. sangat indah n melankolik.
lagu dikala sedih mm?
@mediocre sadist
can. macam cinta terlarang. lagi cinta lagi susah untuk berjumpa, so Love Will Tear Us Apart la.
u 4get laura marling
oh lupe, Adele and Al Green is a great singer
10 points each for listing today, the nothing song & love will tear us apart
btw wats the line that tom cruise said yng menyusahkan tu?
you…….complete me.
great song selection btw. makes me want to traverse cyberspace & time continuum and share headphones with you.